Hari ini, Dr. ingin berkongsi dua buah novel yang telah berjaya dikhatamkan dengan bersusah payah.. Target bulan ini dapat habiskan sekurang-kurangnya dua novel... walaupun sekarang lagi sibuk dengan tugas dan on call selalu.... maklumlah, taraf kesihatan menurun sikit akhir-akhir ni...(bajet macam dr. Betul).. terpaksalah cubalah mencuri2 masa untuk membaca dua novel ini yang rasanya sangat menarik untuk dikongsi bersama pesakit sekalian... hehe
Pertamanya, Novel Isabella... mungkin ada yang pernah baca dan dengar pasal novel ini... sangat menarik..
Novel ini merupakan satu pembentangan sebuah cerita indah seorang gadis bernama Isabella. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering mendengar cerita benar mengenai beberapa orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk menerima hidayah-Nya. Yang menarik perhatian adalah kebanyakan mereka adalah golongan yang sangat tidak menyenangi Islam. Di antaranya bekas paderi besar dan pelajar yang belajar khusus mengenai agama Kristian itu sendiri.
Kembalinya mereka kepada agama fitrah ini bukanlah hanya kerana kajian terhadap agama Islam itu semata-mata tetapi ia juga adalah kerana mereka telah membuat beberapa kajian yang mendalam dan menemui beberapa kesilapan dalam agama Kristian itu sendiri. Yang lebih menarik, kebanyakan hujah yang mereka lontarkan adalah berdasarkan kepada kandungan kitab Bible itu sendiri.
Tidak kurang juga, novel ini mengisahkan tentang Isabella yang merupakan anak seorang ketua paderi yang sangat taat beragama. Tapi ia tidak menghalang beliau untuk mencari kebenaran yang berada dihadapan beliau selepas menyaksikan beberapa acara perdebatan yang dijalankan antara Islam dan Kristian. Akhirnya, beliau telah memilih Islam sebagai satu-satunya keyakinan yang menenangkan jiwanya. Selanjutnya beliau telah memperuntukkan hidup dan matinya untuk Islam.
Selepas peristiwa pengIslaman beliau diketahui, banyak dugaan terpaksa dilalui termasuklah berdepan dengan seksaan secara mental dan fizikal, ancaman bunuh dan berdepan dengan kerenah para rahib dan paderi yang terlalu banyak mempercayai perkara-perkara ghaib yang dibuat-buat. Namun, itu bukanlah suatu yang akan menghalang Isabella menyampaikan kebenaran.
Keistimewaan novel ini, ia turut memuatkan banyak dialog perdebatan perbandingan agama yang menyentuh dari masalah kepercayaan, ketuhanan Jesus, hukum hakam dan sebagainya. Namun, kisah mengenai tatacara kehidupan Isabella sendiri selepas terselamat dari ancaman besar sangat kurang diceritakan. Walau apapun, perjalanan hidup wanita istimewa ini seharusnya diambil sebagai penyuntik semangat kepada para muslimat khususnya dan umat Islam umumnya yang berada di luar sana.
Catatan:
1. Dialog perdebatan diceritakan dengan terperinci
2. Isabella seorang gadis yang cantik
3. Naskhah ini menjadi bestseller di Indonesia
4. Benar kadang-kadang orang yang mendapat hidayah akan menjadi lebih baik daripada orang yang telah lama Muslim
Tajuk: Isabella
Tebal: 336 mukasurat
Penulis: Maulana Muhammad Saeed Dehlvi
Harga: RM22.00
Penerbit: Kharisma Network SDN BHD
Negeri 5 Menara |