Selasa, 20 Julai 2010

Dedikasi buat adikku tersayang ...

Bismillah...
Agak lama x menaip lagi.. huhu.. memang sibuk beberapa minggu ni sebab kene handle program dan macam2 lagi.. Anyway, ana just nak ceritakan sedikit mengenai 'kes' adik ana yang memang x putus2 ada orang yang tanya pasal dia ..

Pada hari rabu lepas, dia ada buat satu pembedahan kulit daripada kulit peha tampal kat kulit bahagian perut... tapi bukan cukup nak tampal semua sebab bahagian kulit yg terbakar tu agak besar dan x padan dengan kulit yang dibedah... emak ana cakap macam tampal rumput karpet aje.. petak2 kat badan.. moga2, cepat bercantum kembali kulit tu..

Dan esok, (20 Julai 2010) , dia akan jalani satu lagi pembedahan kulit sekali lagi.. kali ni untuk bahagian belakang badan pula yang hampir 90% yang terbakar... kali ni terpaksa bedah lebih byk lagi kulit di peha dia yang kecil lagi kurus tu..hurm, xpe.. asalkan dapat cepat sembuh.. doktor cakap kekulit tu akan memitosis semula untuk bercantum... tapi akan mengambil masa yang agak lama... Ana mohon doakan agar pembedahan tu berjaya berjalan dengan lancar..insyaAllah...

Mengenai musibah, ana pernah terbaca mengenai satu dalil yang mengatakan bahawa Allah tak akan menarik sesuatu nikmat tu daripada kita melainkan Allah akan gantikan dengan nikmat yang lebih baik daripada tu... Jadi, kalau antum semua rasa musibah yang kita hadapi terlalu byk, seperti yang banyak puisi2 ada tercoret..lebih kurang berbunyi : Kita rasa sedih bila matahari hilang dan hujan pula yang turun... tetapi kita lupa bahawa Pelangi akan hadir kembali apabila hujan mula reda... maka, ingatlah dalil tersebut, (maaf sebab tak ingat dalil yang mana.. insyaAllah ana akan post di lain masa).. insyaAllah.. kita akan rasa musibah itu suatu ujian yang Allah nak uji tahap kesabaran, keimanan dan pengorbanan kita untuk hadapi musibah tersebut.. dan kita bakal mengahadapi musibah dan ujian itu dengan penuh sabar dan ikhlas..

Wallahua'lam.. moga bermanfaat..

2 Orang Melekat :

Muhammad berkata...

Ilmu medik menyatakan kulit kanak-kanak lebih cepat pulih berbanding kulit orang dewasa. Seorang tua yang 50% badannya melecur lebih kecil peluang untuk selamat berbanding seorang anak kecil yang 50% badannya melecur. Apa-apa pun doa dikirim buat adik Munzir.

Ps. Saiz parut juga tidak akan membesar biarpun badan semakin membesar.. (jika 10 cm, 30 tahun kemudian, masih 10 cm misalnya) Semoga Allah menyembuhkan..

Aheed Razlan berkata...

insyaAllah~

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews