Ahad, 24 November 2019

Tips untuk Mendapatkan Ticket Flight AirAsia Percuma Menggunakan BigPay !

BigPay Card, adalah cara termudah untuk dapatkan Ticket Flight AirAsia secara percuma!

BigPay adalah salah satu e-wallet yang sangat menarik berbanding e-Wallet lain di Malaysia. E-wallet lain banyak fokus pada penggunaan Apps masing-masing di telefon pintar masing-masing, menggunakan features "Scan to Pay" dan sebagainya.

Inilah rupa Kad BigPay, simple je

Manakala, BigPay pula lebih konservatif dengan hanya menggunakan Kad fizikal. Ironinya, hal ini memberi kelebihan ekstra pada BigPay apabila menggunakan Kad Fizikal. Lebih-lebih lagi Kad BigPay merupakan Mastercard yang secara am-nya boleh digunakan di mana-mana terminal yang menerima MasterCard.


Selalunya bila stay oversea atau nak travel, agak leceh kan, sebab nak kene activate kad utk pengeluaran ATM. Dahlah tu, ada limit pengeluaran lagi, caj transaksi, caj foreign exchange lagi, macam-macam hidden caj lah.


Akhirnya, banyak duit hilang sebab caj2 macam ni. Lagipula, online transaction kalau pakai kad debit bank/kad credit bank, kena selalu berhati-hati takut terkena scam kat website mana2 habis duit dalam akaun bank tu kena kaut/ kad kredit overcharge. Rugi.


Sebab tu lah, saya dengan senang hati terus apply BigPay card ni - card debit prepaid dari syarikat AirAsia, secure, selamat dan berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia. Mudah dan percuma sahaja pendaftarannya. Kalau pakai kod referal, boleh dapat RM10 pada waktu pendaftaran (lihat di bawah).


Jadi, setiap kali nak pakai, hanya perlu topup amount yang dikehendaki ke dalam kad melalui App BigPay, boleh guna online banking atau topup dengan kad kredit pun boleh!


Kalau nak keluar duit kat mana-mana sahaja ATM kat dunia ni (asalkan terima mastercard), dia akan lock currency exchange sama atau lagi murah daripada XE Currency tu. Cuma untuk pengeluaran ATM tak dapat lah kumpul BigPoints.


Kalau beli flight kat AirAsia, siap tak kena processing fees lagi. Sangat best. Untuk pengeluaran ATM pula, caj dia cuma RM10 utk every transaction + caj bank (bergantung kpd negara). (Boleh tgk foto - contoh caj bank di Jordan).



Saya keluarkan 105JOD dari ATM di Jordan. Caj bank Jordan 3JOD. Manakala BigPay hanya mengenakan RM10 untuk caj pengeluaran ATM di Luar Negara. 

Kalau keluar duit dari Maybank/CIMB/mana-mana bank dari Malaysia di luar negara, ada lagi caj foreign exchange. Ada limit transaction pulak tu nak kene keluar sikit-sikit tapi banyak kali. Leceh, lagi-lagi bila urgent nak guna banyak duit.


Ini User Interface BigPay App. anda boleh perhatikan semua transaksi yang anda lakukan baik menggunakan kad fizikal (swipe di kedai), pengeluaran ATM atau transaksi dalam talian (online). 

Lagi jimat kalau travel mana-mana, kalau kedai yg terima mastercard atau buat online transaction - sekadar bawa kad dan swipe sahaja kad ni dekat cashier yg ada terminal (tempat bayar kad) - lebih jimat berbanding keluar duit dari ATM sebab tak ada sebarang caj dikenakan.


Currency pun dia lock dengan exchange semasa (lihat foto). So, takde lah risiko sangat bawak cash banyak-banyak semasa melancong/travel ke negara orang.


Ini contoh saya menggunakan Kad BigPay untuk membeli tiket Flight. Fuh, dapat juga lah 220 points kannn. Kumpul lagi sikit sampai 500 dah boleh redeem flight AirAsia! 

In case kad hilang/kena curi, boleh cepat-cepat bukak app dia dan freeze card tu so pencuri tu dah takleh guna. Boleh juga report stolen. Antara features lain, boleh juga track transaction berapa banyak, bila, dalam kategori apa yg paling banyak spent dan macam-macam lagi lah.


Lagi best, setiap kali transaction (kecuali pengeluaran cash ATM), anda boleh kumpul Big Points yg boleh digunakan untuk tebus tiket flight/hotel dari AirAsia. Kalau time-time sale dari Air Asia, 500 Points pun dah lepas tebus ticket flight ke Thailand/Indonesia/Brunei!, saya tengok haritu 1500 points dah boleh tebus flight ke Hong Kong!


============================================

Antara cara tercepat untuk kumpul BigPoints adalah dengan menggunakan Kad Kredit. Contoh di bawah kalau topup RM2000:


1. Topup BigPay dengan Kad Kredit. RM2000. Jadi, dah dapat 2000 points kad kredit. Boleh guna guna Kad Kredit Cashback untuk dapat Cashback (eligible utk TopUp BigPay).

2. Gunakan Kad BigPay seperti kad debit. Pergi kedai, swipe kad BigPay instead of bayar pakai cash. Contoh kalau penggunaan untuk beli barangan dapur, keperluan harian dll, RM1500. Jadi, anda akan dapat 150 points.

3. Isi minyak RM500 di petronas, contohnya menggunakan BigPay. Dapat 50 BigPoints dan 500 mesra points (kdg2 boleh dapat lebih).

Jadi untuk sebulan, anda dah dapat kumpul:


2000 Points Kad Kredit

150 + 50 BigPoints

500 Mesra points


Anda sebenarnya boleh tukar:


Points kad Kredit --> BigPoints,

biasanya 7500 ---> 1000 BigPoints

Points Mesra ----> BigPoints

So, dalam sebulan tu anggaran boleh jugak dapat dalam 200-300 points bergantung pada penggunaan.


ada beberapa online merchants contohnya Lazada, Zalora, etc menawarkan 1 BigPoints for every RM1 transaction*


Bila akhir tahun, boleh lah dapat sekurang-kurangnya 1/2 ticket flights bila ditebus dengan BigPoints (ketika Sale)



Boleh download App ni untuk tengok full list merchants2 yang memberi extra bigpoints. ( https://play.google.com/store/apps/details… )


- untuk Apple, search AirAsia Big dekat App Store.


==============================================

Senang cerita, memang rugi tak apply kad ni especially kalau study/stay oversea dan jugak selalu travel ke sana ke mari, bahkan kalau selalu guna online transaction untuk membeli-belah.


So, macam mana nak apply?


Mudah je, just follow step-step kat bawah:


1. Install "BigPay Mobile App" dari Google Playstore/Apple App Store. Boleh tekan link di bawah:


Android: ( https://play.google.com/store/apps/details… )

Apple: ( https://apps.apple.com/…/bigpay-challenge-bank…/id1243379690 )



2. Buka App dan register macam biasa. Follow je arahan-arahan dia. Dia akan minta IC dan scan muka utk security.


3. Kalau nak RM10 FREE, masa register tu, key-in code ni dalam ruangan referral code (595ZLVJJA4). Kalau tak key-in, melayang je lah RM10 tu. Huhu. Selepas selesai isi details dan alamat, anda perlu menunggu beberapa jam (5-48 jam untuk verification).



Jangan lupa guna kod ini ye! Kalau tak, rugi tak dapat RM10 tu! 


4. Setelah info anda sudah disahkan, topup RM20 minima dalam akaun tu dan siap!

5. Tunggu kad BigPay sampai dalam masa lebih kurang 1-2 minggu dari tarikh korang apply ke alamat yg korang key-in.

6. Bila dah sampai kad ke tangan korang, activate kad tu melalui App BigPay dan set pincode (untuk ATM/password App).

7. Enjoy using BigPay!


Jangan lupa kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda ya. Silakan share hehe !

#BigPay #Big #Pay #AirAsia #Air #Asia #Ewallet #GrabPay #TnG #Boost #ReferralCode #BigPay #FlightAirAsiaFREE #PercumaTiketFlight #Percuma #FREE #AirAsia #CheapFlight #FreeTickets #TiketPercuma 

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews