Isnin, 2 Januari 2017

Amman Unofficial Public Transport Map

P/s: This post is written in Malay Language, if there is request for me to translate it into English, let me know okay.

[Malay]

Warkah Dari Pelajar Jordan, untuk Pelajar Jordan, Amman especially:

"خطوطنا"

Akhil habaib once said: "Benda baik, tak baik dapat manfaat sorang2. Bukan ke dalam muwassofat tarbiyyah kita, selalu tekan aspek "bermanfaat pada orang lain".

Jadi, harapnya post ni dapat beri manfaat buat semua penuntut Malaysia di Jordan amnya, Amman khususnya. Kendatipun, harapnya semua orang yg dapat manfaat daripada post ni untuk share pada orang lain jugak manfaatnya.

Sebenarnya kalau kira-kira, ada lebih dari 5 cara transport nak ke balad amman. Yelah, selalu mudah travel dengan teksi, tapi kalau dah travel sorang2, susah jugak kan nak naik teksi, mahal tak gitu?
Tahu tak, sebenarnya kalau nak ke Ro'sul Ain, bundle balad tu dari UJ, betul2 naik depan pintu pagar UJ hanya 40 qursh je dah sampai balad. City Bus no 252.

EVEN, Pergi Mujamma' Janubi utk ke Karak/Mu'tah dari Sweileh pun tak sampai sedinar, direct ke sana tanpa kena transit kat Mujamma' Syimali. Mudahlah nak gi talaqqi pasni 

Nak ke Abdoun, Swiefieh untuk urusan EMJ atau embassy, semua tu ada je sebenarnya bas atau coaster atau sarfis atau city bus utk memudahkan pengangkutan ke sana ke mari.
Kalau mahasiswa mantiqah Irbid, mafraq, mu'tah, zarqa'  turun amman, boleh lah guna cara ni utk memudahkan urusan. Nak ke mana2 pun mudah.

Sebenarnya pengangkutan Jordan, especially amman memang banyak choice dan quite paduu jugak actually tapi jarang kita tahu macam mana, nak naik apa, amik bas no berapa dll. Kalau tahu, sangat beruntung dan mudah untuk ke mana2.

Jadi nak share, aplikasi Map pengangkutan awam Amman. Haaa, boleh la laju2 download dan belajar baca offline map ni, serius bermanfaat pada semua. Kena belajar lah cara nak baca, dan kena try naik sendiri dulu baru tahu camne. Dan selalunya kena transit lah, tukar2 naik bas then sarfis then bas dll. Alah bisa tegal biasa. Lama2 expert lah tu.

Ada jugak terfikir, kalau lah ada app ni dari tahun satu kat sini lagi kan best. Boleh jenjalan ngan murabbi 

Download apps here 

(Android) Google Play Store: http://bit.ly/1pvXId5
(IPhone) Apple App Store: http://apple.co/1YsS4Ep

Biasa rate harga:

Coaster - 35 qursh
Bas biru - 40-50 qursh
City bus - 40-50 qursh
Sarfis - 40q - 2JD

Jangan lupa #SHARE kat semua orang deh. Jzkk!
#AmmanUnofficialPublicTransportMap #Traveller

Rabu, 21 Januari 2015

Ready, set go! (Sem 2 Sem Struggle)


Bismillah, atas permintaan peminat paling setia (Jay-diey) inshaAllah ana akan taip review ana sepanjang sem struggle tahun lepas. Eheh.

Eh, suka hati je namakan sem 2 sem struggle. Yelah, sem 2 ni serius korang kene struggle betul-betul struggle se-struggle-strugglenya.

Hmm. Kalau korang dah rasa habis struggle dah masa sem relax-struggle haritu, kene tambahkan lagilah effort utk struggle. Haih. Peningnya. 

..............................................................................................

okay, kita bermula. (Mesti menyesal kan baca ayat tongue twister kat atas kan) :p

Jadi, untuk simplified, ana pun malas jugak tulis panjang2 sebab banyak episode lagi Dr. House tak habis habis. ehh. Time cuti lah nak rasa pandai skit tgk Dr. House. lulz.

Jadi, Sem 2 nanti. kita akan ambil 2 sistem + 2 subjek

...............................................................................................


Introduction to Medical System


Senior-senior bajet selalu sebut perkataan system. Tak kisah korang faham ke tak, baru nampak macam style sket. hahah.

perkataan system dalam konteks ni sebenarnya merujuk kepada system badan kita. Sistem penghadaman (GIS), sistem Endokrin dsbgai.

Jadi sepanjang pre-clinical korang akan ambil lebih kurang dalam 9 system rasanya.

Tahun 2:

- MSS (Musculoskeletal System)
- GIS (Gastrointestinal System)
- ES (Endocrine System)

Tahun 3:

- RS (Respiratory System)
- CVS (Cardiovascular System)
- HLS (Hematolymphatic System)

- UGS (Urogenital/Genitourinary System)
- CNS 1 (Central Nervous System 1)
- CNS 2 (Central Nervous System 2)

*So, korang akan ambil system-system ini secara berperingkat. dan inshaAllah akan habis tahun 3 masa sem 2. Soifi tahun 3 dah masuk tahun 4. - kalau x silap.

selain tu, ada jugak subjek subjek lain yang korang kene ambil, mostly 2 kredit hour.

- Genetics and Molecular Biology
- Immunology
- Behavioral Science
- Epidemiology and Biostatistic
- dan ana tak ingat nama sebab tak ambil lagi. hehs.

...................................................................................................

Tahun lepas, batch kitorang ambil MSS --> ES --> GIS. Kemudian masa soifi baru ambil Genetics dan Immunology.

Tapi Tahun ni, batch Ittihad akan ambil dua system sahaja masa sem struggle iaitu MSS dan GI + 2 subjek kecil. Masa soifi pula, ES + 1 subjek kecil.

...................................................................................................

Muqaddimah mengenai system

jadi, dalam satu-satu system tu ada dalam 4-7 subjek bergantung kepada system tu sendiri.

Contohnya, dalam MSS ada 6 Subjek, Anatomy, Embryology, Physiology, Microbiology, Pathology dan pharmacology. Dan silibus setiap subjek ni saling berkait dan semua tertumpu kepada Muscle, Skeleton, mechanism of movement, action potential etc. Sebab tu nama system ni "Musculo-skeletal System"

manakala untuk ES pulak ada 4 subjek, Anatomy, Physiology, Histology, dan Pathology. semua silibus-silibus ni melibatkan enzyme, secretion mechanism, endocrine hormone etc. Jadi, compilation subjek-subjek ni akan jadi satu system "Endocrine sytem"

Biasanya sistem 'System' di UJ sedikit berbeza daripada JUST dari segi exam final.

di JUST, mereka akan ambil satu system, exam final. dan akan bermula dengan system baru, exam final dan sekali lagi system baru yang finally exam final. Err. Faham ke?

Jadi, bagi setiap satu system tu, ada satu sahaja exam iaitu final dan mereka akan habiskan satu-satu system itu secara teratur.

wahhai di UJ, sistem 'system' kita sedikit berbeza. sebab kita akan ada dua exam untuk setiap system (mid dan final). Jadi, untuk lebih faham cuba perhatikan gambar di bawah.



timeline ni untuk batch kami tahun lepas. Jadi, andaikan ada tiga system MSS, ES, GIS untuk belajar dalam satu sem.

biasanya material mid lebih banyak daripada material Final. selepas habis je belajar material final untuk MSS, terus masuk ES. Tapi, kadang-kadang ada juga overlap antara dua system contohnya dah mula belajar ES walaupun material final untuk MSS belum habis lagi.

dan yang paling mencabar adalah final ketiga-tiga system secara berderet-deret di akhir sem. dan Sumpah menensyenkan. Jadi, brace yourself lah.

disebabkan tahun ni inshaAllah kita akan ambil dua system je, jadi mungkin lebih kurang tension lah kot. dan masa untuk habiskan satu system tu panjang jadi xdelah exam berderet-deret sangat.

Tapi dalam masa yg sama ada jugak subjek lain yg kene dpt tumpuan jugak. So, exam jadi berderet-deret jugaklah. Haih. *Ayat arab-keling*

Jadi, ni timeline batch kita untuk system - MSS dan GIS saja :) dan dalam masa sama 2 subjek lain. Jadi, kita ada 2 timeline lah.




Perkara paling mencabar semasa system ni? - LUPA dan ULANG.

sebab kita dah lama tinggalkan MSS bila masuk GIS. Last-last masa final dah lupa semua, nak ulang balik daripada awal bukan ambil masa yang sekejap tau. Sebab tu kene study gradually dan tak boleh tinggalkan terus MSS walaupun dah masuk GIS masa tu.

...............................................................................................................

Okay, SYSTEM. MSS dan GIS.

1. MSS

macam yang ana terang tadi, MSS ini terdiri daripada kompenen2 6 subjek. Jadi, setiap subjek ada cara study yang tersendiri. Dan ana hanya mampu terangkan berdasarkan pengalaman sahaja sebab cara study dan silibus mungkin sedikit berbeza. Maklumlah, batch korang kan batch scorer, kene lah dugaan besar skit. hmm hmm hmm.

i. Anatomy + Embryology

Anatomy MSS masa tahun kami dr. Amjad yang ajar. Best Dr. Amjad ajar walaupun banyak jugak dia cakap arab. Tapi dia memang cuba sedaya upaya untuk fahamkan semua orang. dan dia suka bagi special attention kat kami dulu.

soalan dia tak sesusah Dr2 yang lain. dan biasanya MSS system yang senang faham sebab Anatomy adalah core kepada system MSS ni. 

korang akan sentuh hampir semua muscle yang tak pernah sentuh lagi, ada jugak yang ulangan. Jugak setiap nerve bagi setiap muscle. Hurm. Mencabar jugaklah nak ingat satu-satu. tapi yang paling penting kene selalu ulang dan lepas ingat tu takleh terus tinggal. Still kene ulang lagi kalau tak habis lah lupa lepas 3-4 hari.

ii. Physiology

Physio MSS pendek je, ada lah dalam 2-4 lecture je, yang ajar tahun lepas Dr. muhammad Khatatbeh, sedikit boring sebab suara dia perlahan. Ana banyak study pakai handout dan salin dalam kelas sebab kadang-kadang banyak penerangan daripada mulut dia yang selalu keluar exam. Sheet dan Handout inshaAllah cukup je.

iii. Microbiology

MSS microb pun tak banyak mana, dalam 6-8 lecture. Ada Virus, Bacteria dan Parasite by Dr. Dre. Eh,  Dr. Ashraf, Dr. Asem dan Dr. Hasan. (Tahun lepas). Teknik study lebih kurang je macam Microb sem 1. Dan mostly Virus bacteria dll tu ulangan je, jadi inshaAllah lagi mudah cuma nak tengok kerajinan kita je.

iv- Pathology

MSS Patho tahun lepas agak best sebab Dr dia best. Dr. Nisreen. dan inshaAllah mudah je. tak banyak jugak lecture dia.

v- Pharmacology

MSS Pharma tahun lepas di ajar oleh Dr. Alia shatnawi (kedai lampu kat irbid tu). dr. ni rasanya tak banyak sangat ajar subjek lain. dan ana pun lupa-lupa dah muka Dr ni.


2. GIS

Bagi ana system yang paling mencabar dan sedikit (banyak sebenarnya) susah. Sebab Anatomy dia sangaaaaat banyaaaaaak.

i- Anatomy, Histology

MSS GIS tahun lepas yang ajar dia, Dr. Muhtasib. Eh, asal korang terkejut. Yelah, korang pun kenal kan sapa tu. heheh. Boleh tahan banyak material dia dan tak tahu nak fokus kat mana-mana sebab slide dia pun dah macam sheet -_- 

Apapun, kene banyakkan bersabar jelah.

Subjek-subjek lain ana lupa lah. Xpelah, korang bukan nak tahu pun kan. heheh. Dr-dr ni mungkin berubah. kot2 dr. hiyam ke ajar patho. Yeay.

............................................................................................................

Subjek-subjek kecil (biasanya 2 kredit hour)

- tahun ni kita ada Genetics dan Epidemiology. Epidemiology ana tak pernah ambil lagi, jadi tak tau camne cara study etc. Tu kene mintak daripada 3 senior haybat lah.

Genetics and Molecular Biology

subjek ni boleh tahan best (bagi ana) sebab dia banyak membuka minda dan mata terhadap human genome map. eheh.

Best, cuma kene banyak menghafal skit lagi-lagi mutation kat chromosome ni, translocation kat chromosome tu, penyakit2 daripada Genetics dsbgai.

Tahun lepas yang ajar Dr. Khateeb dan Dr. Mamoun. Lepas habis belajar genetics baru masuk molecular biology.

study mostly pakai sheet dan slide je. Slide sangat penting sebab banyak gambar yang perlu difahami. hmm hmm.
...........................................................................................................

Jadi, ana rasa tu je kot untuk preview Sem 2. bittaufiq wannajah semua.

Alang-alang cuti, boleh la kot belek-belek skit website Batch 2012. Dalam tu ada banyak slide, sheet dan apa-apa je untuk di download. Kot-kot boleh study awal. huhu.

Okay! Sekian. Apa-apa tara faham boleh komen di bawah ni ye.

Wassalam ;)




















Selasa, 26 Ogos 2014

Muhasarawak Tsanah Tsaniah - Review Halus Kasar Tahun Perit

Muhasarawak Tsanah Tsaniah


Stethoscope dalam kenangan.
Bismillah. Post kali ni simple, berkaitan review sepanjang setahun bertahun dua.
Ana akui, ana bukanlah yang paling layak untuk menulis review seperti ini memandangkan tahun depan ana akan turut turun padang bersama-sama antum antunna ke muhadharah (baca: repeat). Ya, perasaan memang sedih, tapi sebenarnya ana agak teruja dan gembira memandangkan dunia sunyi dan berseorangan kelak sirna dek masa yang pantas berlari. Aiwah. Berenam kami lelaki di tahun dua ^_^

Review yang ana tulis ini (taip sebenarnya) adalah muhasabah untuk batch kami, batch muassis el-stethoscope, sepanjang setahun kami meredah tahun dua. Sebarang komen dan penambahbaikan amatlah dialu-alukan terutamanya daripada senior-senior haybat yang telah berjaya lepas tahun 2 yang cukup sofiskated ini. Mungkin juga, memandangkan silibus, doktor, madah dan credit hour tahun kami sedikit berbeza dengan tahun antum, jadi review ini mungkin sekadar memberi gambaran perjalanan yang bakal antum lalui dalam tempoh hampir sebulan lagi.

Apa apa pun, hubungan kita dengan pemilik ilmu lah yang paling kita kene jaga, sebab kalau Allah tak redha dengan kita, sehabuk ilmu yang kita miliki pun tak guna weh! Kita muhasabah balik agak-agak macam mana lah sikap kita, ibadah kita, hubungan kita, aurat kita, pakaian kita, tabarruj kita, pergaulan sesama lelaki perempuan kita, mulut kita, akhlak kita entah entah ada part kita yang Allah tak redha, kalau dah tahu Allah tak redha part tu, kenelah ubah. Takkan sampai kiamat kita selesa dgn keadaan macam tu kan. 

Ya!, berubah itu susah, tapi mengekalkan perubahan itu sebenarnya lagi susah, paling penting kita kene selalu cuba untuk mula berubah, well, starting is the half of the task.

Nak mudah berubah dan istiqomah dalam perubahan, itulah pentingnya institusi Tarbiyyah untuk membantu dan menyokong perubahan baik itu sendiri. Tak hebat lah kalau amik medik tapi tarbiyyah tak jalan. Kamoon beb!

Sebelum kita bermula, ana hamparkan perbandingan kasar antara khuttah dirasah (study plan) batch el-stethoscope dan batch ittihad.

Stethoscope
Perbandingan
Ittihad
Sem 1
-          Biochemistry (3)
-          Microbiology (3)
-          Pharmacology (2)
-          Pathology (2)
-          Community Medicine (4)

Sem 2
-          Musculoskeletal System (6)
-          Endocrine System (3)
-          Gastrointestinal System (6)

Sem 3
-          Genetics and Molecular Biology (2)
-          Immunology (2)
Madah dan Jam Kredit
Sem 1
-  Biochemistry (3)
- Microbiology (3)
- Pharmacology (3)
- Pathology (2)
- Community Medicine (3)

*pengurangan jam kredit Community dan penambahan jam kredit Pharmacology

Sem 2
-  Musculoskeletal System (5)
- Endocrine System (3)
- Gastrointestinal System (6)
- Genetics and Molecular Biology (3)
*Penambahan satu subjek biasa (yg lain semua system)

Sem 3
-  Global Health (3)
-   Epidemiology and Biostatistics (3)

*Subjek yang asalnya tahun tiga diserap masuk ke tahun dua. Manakala, Immunology akan diambil semasa sem satu tahun tiga.

*Daripada perbandingan kasar di atas, jelas menunjukkan cabaran dan ujian untuk batch antum lebih haybat berbanding batch kami. Mana taknya, belajar tambahan satu subjek dalam masa belajar tiga system yang lain, juga subjek-subjek 2 jam kredit kami hampir semuanya menjadi 3 jam kredit. Tapi, kami yakin antum semua mampu lakukan yang terbaik inshaAllah. Kalau untuk tahun satu yang sebenarnya agak menekan pun antum boleh lepas, mesti kali ini antum boleh lakukan juga! Yang penting selalu optimis dan tingkatkan usaha, anda mampu melakukannya.

Sebenarnya beruntung kita di UJ dapat masuk klinikal lebih cepat daripada student JUST, sem soifi tahun tiga dah start sem klinikal. J

Okay, jadi sekarang ini adalah review secara halus pulak sebab ana cuba buat by subjek. Eheh. Sebenarnya agak panjang, kalau nak dengar curhat (baca: Curahan hati) ana, silakan, kalau nak cepat-cepat sgt tekan (ctrl + F) dan cari keywords yang korang nak, e.g: Biochemistry etc.

(Sem 1 Tahun dua) Jeng jeng jeng.

– Biochemistry (3 hrs)

Subjek ini daripada dulu lagi sebenarnya subjek kegemaran ana, tapi entah kenapa nilah subjek antara yang lowest ana dapat among subjek-subjek lain. Teori ana, ana rasa ramai jugak yang suka subjek ni, pastu study gila-gila pastu score, jadi average naiklah. Klol. Jadi, korang memang kene hardwork gila-gila lah untuk score subjek best ni.

Untuk tahun ana, ada tiga doktor yang ajar subjek ni, awal-awal Dr. Nafeth ajar pasal Intermediary Metabolism, dia ajar pakai slide, sama macam dalam buku (Biochemistry Campbell oren biru yg korang pakai tahun satu). Then Dr. Nayef, macam setiap topic besar tukar doktor. Contohnya, kalau bab nitrogen metabolism, ada beberapa subtopic yang Dr nayef akan ajar, then bila tukar Carbohydrate metabolism tukar doktor Faisal pulak, lebih kurang macam tulah.

Dr. selain Doktor nafeth semua pakai satu buku, Lippincott’s Biochemistry. Ana beli yang edition lama dekat kedai sebelah Raid 5Jd je. Kalau nak latest edition pun ada rasanya haritu 17Jd satu. Nak baca dalam bentuk .pdf pun ada jugak, just search kat google je.
Biochem kali ini tak sama macam biochem masa tahun satu, kali ni belajar pasal metabolism. Bermula dengan Carbo, Lipid, and Nitrogen metabolism. 

Biochem ni tak susah, it’s just too much. Banyaaaaak sangat nak kene hafal. Semua cycle-cycle yang korang pernah belajar akan masuk secara dalam dan detail dalam biochem ni. Kreb’s cycle, Tricarboxylic Cycle, Glycolysis, Glycogenolysis, Gluconeogenesis, Urea cycle etc.

Nasihat ana : Study subjek ni berkali-kali dan setiap hari. Terutamanya buku teks sebab doktor punya slide macam @#$%^& pening kepala nak baca. Bila dah habis baca buku teks barulah boleh faham tengok slide doktor. So, manfaatkanlah waktu cuti kali ni untuk usha-usha dan kalau boleh baca sebanyak mungkin biochem. Sebab subjek lain tak sebanyak biochem, jadi bila dah start sem nanti sangat membantu antum semua.


-          Microbiology (3 hrs)

Subjek yang paling pening kepala dengan nama-nama bacteria, virus, parasite dsbgai. Sumpah pening kalau study tak cukup. Pengalaman ana, masa study rasa yakin je, tup-tup bila masuk exam habis bercampur-baur sekali semua info, sampai tertukar maklumat, maklumlah, bacteria bukan seekor kot! Ana sebenarnya sangat tak suka subjek ni atas sebab bagi ana bacteria dari luar tetiba dtg kacau system badan kita, dan ana faham alasan ni sangat lol sebenarnya. Klol.

Subjek ni, ada dalam tiga doktor jugak masa zaman ana, Dr. Asem – dr ni dah tua, ajar pun cara org tua lah. Mengantuk jugaklah (sbenarnya mengantuk gila dan super bosan) tapi bagus dr ni sebab dia explain dalam English. Dia pakai slide, dan ada orang buat sheet utk dia, bila baca sheet jadi kejap okay kejap pening, ana rasa baik try cari satu buku rujukan utk study setiap ekor makhluk kecik ni. Takpun, study by name microb. Contohnya, Clostridia. Ada beberapa jenis antaranya Clostrium Tetanus, Clostridium Difficile, korang hadamlah betul-betul pasal satu family clostrida ni, wat research sket, buat perbandingan dlm table dalam bentuk yg membantu, wat mnemonics, dan mcm-mcm cara lagi sbenarnya.

Rasanya semua doktor ajar pakai slide, Dr yang ajar bacteriology Dr Asem soalan keluar dari slide dia je, Doktor lain pun lebih kurang macam tu, Cuma Dr Ashraf khasawneh, Dr Virology je kene lebih kefahaman sket sebab nak fham jenis-jenis mechanism of viral infection tu semua. Ada jugak Dr. Hasan ajar Parasitology, dr ni ajar jugak Immuno kami, dia ajar best Cuma dia takde slide, semua benda keluar dari kepala dia.

Dr suggest mana-mana buku teks tak silap ana, tapi ana ada baca yg doktor sebut, Microbiology MRS (Made Ridiculously Simple), buku dia hodoh je, tulisan dalam pun agak retro, tapi ayat dia lawak gak lah. *Sengih Kambing. Ana rasa mana-mana buku teks pun okay sbenarnya.

Hakikatnya, awal-awal sem, ana sangat lost dengan subjek ni, rasanya jarang gila sentuh microb bila study. Boleh kata masa sem ni hampir setiap hari ana stay library sampai malam sebab nak habiskan study sheet dan slide,tapi ana lebih fokuskan subjek lain jadi ana kurang perform, lepas mid, kami ada buat study group, masa tu baru celik skit macam mana nak study Microb, tapi macam agak lewat jugaklah untuk bermula dan bila dah final ana dah start blank masa exam. Sumpah rasa nak menangis kot dalam dewan exam. Dan ana dah yakin gila fail subjek ni lepas exam, nak kene buat make up walaupun masa tu tak tahu result lagi.

Jadi, biarlah pengajaran buat ana seorang saja, ana tak nak benda sama berulang kat el-juniors ana. Ana faham sangat perasaan kene make up, kene repeat. Ana bukan nak takutkan korang, tapi inilah hakikat, jadi nak tak nak kene bersedia dari awal untuk elak perkara macam ni berlaku lagi.

Nasihat ana (wlaupun ana rsa x layak lah nk nasihat geng-geng scorer macam korang): Subjek ni bukan semata-mata faham, korang kene gila-gila pulun untuk hafal setiap ekor microb yang korang belajar nanti. Ana Nampak akhawat-akhawat batch ana yang excel subjek ni, diorang rajin buat nota, buat table of info utk setiap microb. Takpe je buat nota berkali-kali, kertas yg korang guna tu apalah sgt berbanding nilai lulus microb, chewwah.

Yelah, kalau tak mampu baca pun, at least kita ada idea mengenai microb tu bila kita start tulis on our own words, bukan salin tau. Satu lagi, berdasarkan pemerhatian ana, soalan-soalan yang keluar mostly disease-based questions. Contohnya, ada several microb yang menyebabkan lung infection, tapi doktor tak Tanya microb mana yang cause lung infection. Yang mostly dr Tanya Lung infection is caused by which of the following microbes, berderet empat nama microbes, pilihan E. All of the above. Hehs. Tension gua tgk soalan macam tu. Sebab tulah kalau kita selalu study based on microbes sebenarnya agak susah. Jadi ana sarankan jugak untuk link kan antara satu microbes dengan microbes yg lain based on disease caused by them. Fuh, panjangkan. Haha. Sorry, sape suruh korang mintak ana buat review. :P


-          Pharmacology (2hrs --> 3hrs)

Ana tak tahu macam mana style belajar subjek ni 3 jam kredit, tapi masa zaman 2 jam kredit ana, subjek ni boleh kata antara subjek yg ana suka jugak walaupun agak penat untuk hafal banyak gila nama ubat, mechanism, dan side effects bagi ubat tu. Subjek ni kene banyak rujuk internet, sebab ubat-ubat ni efficiency dia selalu berubah tapi inshaAllah kita belajar berdasarkan latest information about drugs ni.

Subjek ni ada tiga org doktor yg ajar masa zaman ana, awal-awal Prof Omar shaheen, ajar pasal basic pharmacology, yang ni korang kene study pakai buku sebab slide dia memang tak fham langsung. Tapi topic ni skit je dan mudah. Lepas tu Dr  Hamza elayyan rasanya, dia ajar untuk ubat-ubat basic yang perlu tahu, pun ada dalam buku yg sama. Asif, ana tak ingat apa nama buku, nanti ana akan inform balik lah kot. Then exam mid. Lepas mid, Dr yg ajar Dr Malik az-zuhluf. Dr ni bagi ana best, dia baik ngan ana dulu, pernah sembang ngan dia pasal Malaysia, rasanya dia pernah gi USM p. pinang pasal apa ntah. Dia ajar pasal Anti-microbial drugs, benda yang sama korang akan belajar jugak dalam microb Cuma tak dalam mana je.

Nasihat ana: Study pharma jugak based on disease. Masa final haritu, satu ubat tu mesti ada satu soalan khas untuk dia, nak tak nak memang kene hafal betul-betul setiap jenis ubat tu, side effects dia dsbgainya. Ana study dulu pakai buku, untuk rujuk dan mostly pakai slide doktor je. Rajin-rajinkan diri kalau ada masa pergi pharmacy tgk sendiri ubat itu ini, dia tak marah pun, sekaligus kita jadi lebih focus dan ingat nama ubat tu.


-          Pathology (2hrs)
Antara subjek yang penting dan sangat penting sebenarnya sebab masa nilah basic utk antum fahamkan pathology, study of disease and its etiology(causes), nanti dah masuk system baru tak terkapai-kapai nak fham basic patho. System sumpah banyak gila pathology dan satu-satu bukan senang kalau tak biasakan diri utk hadamkannya.
Subjek ni dulu ada sorang je doktor yang ajar, nama dia Dr. Fatima obeidat. Tak pakai tudung -_- pun. Dia ajar based on slide, baca satu-satu perkataan kat slide tu, bagi ana agak bosan jugaklah. Slide dia satu-satu besar gila sampai kadang-kadang susah nak cari point. Ana compare dengan buku teks Robbin’s Pathology, Dr. sarankan buku ni. sebijik je slide dia ngan buku, Cuma buku lebih tersusun, dan bukan semua yg dalam buku ada dlm slide dia.

Ana kalau boleh nak study pakai buku, tapi atas dasar kekangan masa, biasanya pakai slide je. Akhir-akhir ni ana kalau slide Dr. Fatima mesti ana edit kasi kecik skit tulisan dan jelas skit supaya lebih senang nak cari point. Nanti dalam system pun, Dr Fatima jugak ajar patho.

Nasihat ana: Cara study patho bagi ana, ana bayangkan ana dapat penyakit tu, lepas tu bayangkan symptom-symptom yang akan ana dapat. Bila orang Tanya kita, penyakit apa ni? Kita terus jawab nama penyakit tu. Hehs. Imaginasi kanak-kanak :p. Btw, patho mungkin tak semudah tu, sebab kita akan belajar jugak Gross examination, microbiologically camne keadaan penyakit tu dan sometimes masuk jugak pharma dalam ni. 

Jadi, biasanya ada keywords dan istilah-istilah special utk satu-satu penyakit tu. Contohnya bila sebut butterfly rash, terus kita tahu ni penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus), kait ngan DNA breaks down segala bagai. Kalau korang ada twitter, follow lah @master_usmle, @medicole, tweet2 medik at least dapat jugak mnemonics dan tips2 daripada sembang kosong lagho takde faedah ngarut-ngarut meroyan kat twitter tu. Ohoi. Makan dalam :P


-          Community Medicine (4hrs --> 3hrs)

Subjek ni bagi ana subjek paling boring dan gedik. Dulu, setiap hari yg ada kelas mesti ada subjek ni sebab 4 jam kredit. Niat asalnya baik sebab nak tolong student naikkan average sebab senang dan simple. Tapi belajar dia memang super boring jugaklah, kadang-kadang best jugak. Seolah-olah macam bukan subjek medic. Subjek ni belajar pasal disease-disease dalam satu-satu komuniti, ofkos lah focus kat komuniti Jordan, nak tak nak memang kene hafal birth rate, death rate, most prevalence disease dan semua benda lah yang berkait dengan Jordan, ada statement yg menyamakan Jordan dengan negara Europe tu biasalah, kadang-kadang naik mual. K, jahat gila ana. Haha.

Subjek ni senang, tapi jangan ingat semudah tu boleh score sebab persaingan average tu sangat tinggi. Maklumlah, ni je can (baca: Chance) untuk naikkan average kot. Dan jangan pandang remeh subjek ni sebab dia akan jejaskan pointer kalau kita buat sambil lewa. Bersyukurlah sebab kurangkan jam kredit, letih kot tiap hari nak belajar benda alah ni.
Nasihat ana: Study slide dan sheet dah cukup. Dan ofkos takde buku lah :3 .




Secara konklusinya, ana dapat simpulkan macam ni:

1. Cara Study

Biochemistry – Buku Teks, Slide, Sheet(Dr nafeth je ade sheet)
Microbiology – Internet (tgk gambar), Buku Teks MRS, Slide, Sheet
Pharmacology – Internet (search details ubat), Slide, Sheet, Pharmacy
Pathology – Buku teks/Slide doktor
Community Medicine – Slide dan sheet, baca banyak kali dah lebih daripada cukup

2. Buku Teks yang disarankan, bila start study?

Biochemistry – Campbell Biochemistry (Dr Nafeth), Lippincott’s Biochemistry (Dr Nayef, Dr Faisal) – Kalau boleh sebelum mula sem untuk scan dulu.
Microbiology – Microbiology MRS (Made Ridiculously Simple), 4th edition rasanya, sambil study sheet dan slide, lebih baik kalau nak mulakan dari awal sem.
Pharmacology – Ana lupa nama buku, rasanya Lippincott’s Pharmacology, takpun Campbell, boleh je rasanya mana-mana buku pun – sebelum start kelas sebaiknya, biar faham basic sebelum masuk kelas.
Pathology – Robin’s Pathology – Sebelum Masuk kelas, sbb mudah untuk tangkap dan terus faham.
Community Medicine – Sila buat buku teks sendiri :p – bila-bila masa je ;p

3. Cadangan penambahbaikan mohon komen di ruangan komen ye! Sebaiknya di blog ini supaya kekal untuk dibaca org ramai yang dahagakan ilmu :D
4. Ana sebenarnya ada cadangan dan cubaan untuk publish buku notes dan nota express based on subjek, agak-agak subjek apa yg rasa perlu dan nak. Mohon komen.

Untuk review system dan sem 2, inshaAllah ana akan try buat klau ada masa. Sebab yang penting sekarang ni adalah focus dan persediaan untuk masuk sem 1. Bittaufiq semua. Selamat berusaha, beramal dan selamat Berjaya!















Selasa, 24 Disember 2013

Oh Biochem !

Suppose to be : Keep Du'a and Study Biochemistry :)
Bismillah. Saja nak kongsi pautan menarik untuk fahami konsep2 Biochemistry Level II. 

Tapi, jangan bergantung sepenuhnya pada animasi ini, baca jugak slide, sheet dan buku teks. Lagi faham inshaAllah melekat dalam cerebrum anda hehe.

p/s : 

1) Jangan lupa baca Bismillah sebelum klik link, 
2) Niat study kerana Allah. 
3) Sebaiknya buka menggunakan browser di Laptop/ Computer sebab pautan ini memerlukan perisian Java(TM). Tak pasti di handphone boleh ke tak. Tekan >>>Sini<<< untuk Download.

Fatty Acid Metabolism : >>> Klik Sini <<<

Cholesterol Metabolism : >>> Klik Sini <<<

Ataupun lagi senang sila pilih sendiri mana-mana topik yang entu suka di > Sini <

InshaAllah jumpa lagi yang lain yang menarik ana share. 
Syukran :) Jangan lupa like. Eh? Kbai.

Sabtu, 14 Disember 2013

Sori. Aku Tak Cukup 'Masa' !

*Watak dalam kisah-kisah berikut tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati. :p

Shafnan menjeling kasar, lirikan matanya sebentar tadi sudah cukup membawa maksud yang mendalam. Tension dengan mamat arab seorang ni. Dalam hatinya cukup dalam kebencian terhadap orang arab. Entah kenapa, dia sendiri keliru. Jarang-jarang sekali dia menjumpai orang arab pada hematnya baik, kalau ada memang dia sendiri cukup senang dengan orang arab rare yang dianggapnya cukup baik. Cuma sebagai langkah berjaga-jaga, dia akan bersangka buruk terlebih dahulu terhadap semua arab yang dijumpainya sehinggalah kebaikannya benar-benar terserlah. Itu prinsip teguhnya. Tidak pernah goyah bermula saat dia menjejakkan kakinya di bumi anbiya' ini.

Tangannya menyeluk saku lab coatnya, wang sedinar Jordan dikeluarkan. Dihulurkan tanpa senyuman kepada mamat arab yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba memaksa dia bersedekah tanpa rela. Macam sudah bukan sedekah bunyinya. Mamat arab itu pun berlalu, tersengih kecil mendapat habuan tengah harinya.

"Macam-macam arab ni, bajet minta sedekah lah ape lah. Common lah, takkan minta sedekah pakai smart-smart kot. Aku pun tak mampu beli baju mahal macam tu. Arggh! Tension tension!", mulutnya yang diam itu tidak mengeluarkan suara tetapi jiwa pula yang mengambil alih. Macam-macam keluhan hati kecil keluar.

Dia segera mendapatkan bangku putih yang dilihatnya kosong. Duduk menenangkan dirinya yang sedikit panas sebentar tadi. Sekali lagi tangannya menyeluk saku, kali ini seluar jeans pula. Dikeluarkan iPhone yang dibelinya hasil titik peluh berkerja sementara menunggu keputusan SPM dahulu keluar. Aplikasi Twitter dibuka. Lirikan matanya segera menoleh bilangan tweet semasa, 26, 815. Hampir mencecah 27K. Tersengih kecil, kalau kiraannya tepat, esok agaknya dah boleh mencapai 27K itu. Dia segera membuka data, membenarkan aliran data internet yang dilanggannya.

Sudah 15 minit Shafnan di bangku putih itu. Mujurlah dia kuliyyah medik di University of Jordan. Selamat rasanya kerana tidak mudah terserempak dengan pelajar melayu yang lain di sini. Lagi-lagi tiada orang melayu yang akan sibuk-sibuk memerhati tingkah lakunya.

"Apesal lah mamat tadi tu, tension aku"

"Entah apa ntah dia cakap pun aku tak faham, tiba-tiba mintak duit sedinar dengan aku"

"Daripada aku bagi duit kat mamat yg poyo tu, baik aku beli Halab, lagi best dpt makan"

"Tension. Tak puas hati aku dengan mamat sorang ni"

"How dare you took away my mood -_-"

"Kecik-kecik tak nak mati, dah besar panjang menyusahkan orang"

"Mesti badan dia busuk gila, dah seminggu kot tak mandi. I guess."

"Alahai serabutnya kepala bila fikir balik pasal mamat tu. Serabut paham dok?"
.......

Sudah hampir sampai berpuluh-puluh tweets yang rata-ratanya berkisar mengenai mamat arab itu sahaja. Tidak kurang juga sambutan hangat reply daripada followersnya yang ramai itu. Ada juga yang respon secara teguran, dibalasnya "sentap 14 tahun". Orang famous mestilah ramai orang follow. "Tweet kadang-kadang kene pakai ayat ala-ala mat salleh gitu, baru ada international followers"."Nasib baik ada approval  untuk follow aku, kalau tak mesti jadi kes lambakan followers ni.", boleh tahan gedik juga bisikan hati kecil Shafnan. 

"Ai!, tweet limit pulak!", mungkin itu sahaja yang mampu menghentikan aktiviti twitternya saat itu. Dia melihat jam tangannya, sudah 45 minit berlalu bermakna sudah 50 minit sejak drama Shafnan dan Orang Arab itu tamat. 10 minit lagi kelas Biochemistry akan bermula. Dia segera bergegas berlari-lari anak ke dewan kuliyyah. Risau-risau kalau kelas bermula awal. "Bukan boleh kira Dr Samar Bustami seorang ni, entah-entah kelas dah mula. Semangat betul nak mengajar", getus hatinya.

Memikirkan semula hasrat hatinya untuk mengulang kaji pelajaran semasa senggang waktu tadi, dia melepaskan keluhan kecil. Harapan yang secara tidak sengaja atau mungkin separa tidak sengaja dimusnahkan. Satu muka surat pun lecture note yang dibelinya sebelum drama epik itu bermula tidak dia hadam. Hatta satu perkataan pun.

"Gara-gara Twitter tadi lah", getus hatinya lagi sambil kaki laju melangkah ke dewan kuliyyah. "Bukan, bukan salah aku. Semuanya salah mamat arab tadilah. Ya memang konfem sebab dia. Memang dia.", sebab yang dirasakannya kukuh biarpun hakikat sebenarnya tidak begitu.

********************************************************************************

Sejak satu jam yang lepas hingga kini, Lizea meleret-leret tangan bekunya pada skrin tahan calar Gorilla, iPhone miliknya itu. Sesekali terhenti melihat jam tangan. Retina matanya turut tertumpu pada alat elektronik itu daripada tadi. 

"Dah pukul berapa Mah?", soal Lizea tatkala mengesyaki perubahan waktu pada jam tangannya itu. "Sembilan dah Mak Cik!", separa kasar Yaemah menjawab, berhajat untuk bergurau. Lizea sengih sebentar, kemudian menyambung konsentrasinya pada telefon pintar itu.

"Dah bilanya mak cik nak study?". 

"Alah, sikit je lagi ni, dua level lagi nak sampai level 220, bila dah sampai nanti Lizea berhenti lah. Macam tak best kalau berhenti kat level 218, nombor tu tak cantik, Lizea kan perfectionist", monotona ucapan Lizea. Yaemah sekadar mendengus kecil, menggeleng kepala barang sejenak, lantas menyambung pembacaan Lecture Note Endocrine System yang sedikit terganggu sebentar tadi. 

"Perfectionist lah sangat Lizea oi", bisik hati kecil Yaemah. Kalau ikutkan kemahuan, mahu saja dia berleter panjang bagai mak orang kepada si Lizea ni. Iyalah, study pun malas, asyik main Candy Crush sahaja. Kalau study pun, sekadar satu hingga dua jam sahaja kemudian terbungkang tidur atau kadang-kadang sambung main Candy Crush sekali lagi sampai larut malam. Tup tup bila exam, dapat markah sama dengan Yaemah. Mana tidak frust menonggeng si Yaemah. Sebab itulah Yaemah dah letih berleter pada Lizea, membazir masa dan tak membuahkan hasil, tak muntij kata naqibah Yaemah.

"Kau untung Lizea, study malas pun masih bijak lagi, baca sekejap sahaja semua dah masuk!. Aku ni baca sampai dua tiga kali ulang pun masih tak ingat", tambah meruap-ruap jiwa Yaemah. Tension. Mulalah Yaemah tatkala jiwa meruap, tak tahan amarah ditambah pula dengan ajinomoto amarah syaitan, terus menyalahkan takdir. Tak puas hati kenapa dia tidak dilahirkan seperti Lizea. Tuhan pula yang dipersalahkan.

Fikirannya jadi berserabut, seolah-olah neuron dalam Central Nervous System semua terbelit sesama sendiri tatkala memikirkan perihal itu. Dia tiba-tiba teringat pesanan ustazahnya di sekolah dahulu untuk menahan kemarahan dengan mengubah posisi dan mengambil wudhuk.

Yaemah lantas berdiri gagah, mengubah posisi sambil berhajat membasahkan esophagusnya yang dehydarated sedari tadi. Entah-entah Limbic System yang berperanan menaikkan nafsu amarah menyedut semua air dalam tekak menyebabkannya dehydrated. Yaemah menggeleng-geleng kepalanya, berusaha membuang falsafah-falsafah kemedikan yang pada hematnya tak sepatutnya bersarang dalam cerebrum otaknya kala itu. 

Lampu dapur tak mahu Yaemah sentuh. Mahu cepat-cepat keluar dari dapur yang sejuk beku itu. Namun, tatkala tangannya menggapai cawan dalam kegelapan malam, Yaemah tergelincir terpijak lopak air yang bertakung di lantai dapur bersama jeritan kecil yang bergema di dinding dapur kecil itu. Dia mengaduh sakit. Terfikir pula mungkin ini kafarah dosa buatnya. Dia bingkas bangun sambil beristighfar. 

Lizea dengan muka selamba membuka lampu. "Imah tak apa-apa ke?", iPhone masih kemas terkejap pada genggamannya, bunyi soundtrack Candy Crush itu perlahan-lahan bunyinya sangat dikenali Yaemah. Yaemah tersenyum kelat menahan kesakitan. Mujurlah Allah maha penyayang, lembut sahaja teguranNya. Yaemah fikir kalau Allah berikannya ujian yang lebih berat lagi atas kekhilafannya menyalahkan takdir tadi, entah bagaimana dia mahu menanggung. 

Yaemah sedar, ujian untuk semua orang itu berbeza menurut kemampuannya. Mungkin Lizea nampak tenang dengan pelajarannya, namun Yaemah tahu Lizea mempunyai masalah tersendiri yang dia sendiri tidak tahu entah dia mampu menanggungnya jika dia berada di tempat Lizea. Benarlah Allah itu maha pengasih. Memberikan manusia ujian atas kemampuannya.

********************************************************************************
Uthman membiarkan sahaja Facebooknya terbuka begitu, membenarkan notifikasi masuk secara langsung. Setiap minit berlalu pasti ada notifikasi baharu. Ya, kadang-kadang notifikasi lama yang diperbaharu. Tidak hairanlah, orang kuat persatuan pasti diperlukan setiap saat. Mujurlah dia hanya sekadar bertugas dalam bidang multimedia, kalau presiden, pasti lebih sibuk agaknya.

Setiap bait-bait perkataan dalam ruang sosial itu mesti dituturkan dengan sebaiknya. Risau kalau-kalau ada pihak yang akan tidak berpuas hati, kutuk belakang dan macam-macam lagi. Ya, bukan senang menjaga imej. Orang persatuan pun manusia juga, mesti ada silap salahnya. Cuma, masalah yang datang apabila ada orang yang menghukum tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Semua itu dapat diatasi dengan berlapang dada, memohon kemaafan dan memaafkan kesalahan orang lain. Hatta, sangkaan yang menjadi-jadi juga boleh dikatakan ancaman kepada hubungan persahabatan dan ukhuwwah. Disebabkan itulah, Rasulullah selalu menghilangkan sangkaan pada sahabat-sahabat baginda walaupun sahabat-sahabat mungkin tidak bersangka buruk terhadap Rasulullah. Bukankah orang-orang mu'min itu bersaudara. Lantas, perdamaikanlah antara sesama mereka.

Kali ini Uthman membaluti dirinya dengan hirom, selimut tebal seberat 8kg itu cukup selesa. Haba dikepung, mengekalkan suhu panas dalam hirom itu. Haruslah, masakan musim sejuk bersalji seperti ini dapat ditahan tanpa hirom. Kadang-kadang terfikir juga dia entah bagaimana nasib umat Islam di Syria dan Palestin, entah bagaimana mereka mampu menahan kesejukan dek turunnya salji lebat mencurah-curah. Belum turun salji pun sudah menggigil apatah lagi setelah turunnya kapas putih dari langit itu. Memikirkan hal itu, Uthman jadi beristighfar berulang-kali. Tidak kurang juga menyumbang sedikit sebanyak sekadar yang dia mampu kepada NGO-NGO yang memberikan khidmat kebajikan kepada umat Islam di Syria dan Palestin misalnya Aqsa Syarif.

Mengulang-kaji di dalam hirom bukanlah cara yang terbaik bagi Uthman, entah masuk entah tidak. Lantas Uthman duduk bersila di atas tilamnya. Ditariknya meja kecil di tepi dinding ke arahnya lantas dibuka buku Pharmacology yang tebalnya 5cm itu di atas meja tersebut.

Melihat sahaja isi dalam muka surat pertama yang dibukanya, Uthman sudah mula mengeluh. Entah sempat atau tidak dia habiskan semua materials yang akan disoal saat peperiksaan akhir semester nanti. "Ah, tak kisahlah. Asalkan aku cuba. Takpe-takpe, Allah tak tengok hasil, Allah tengok usaha kita Uthman", naluri pemberi kata semangat membakar obor jiwa yang kian redup.

Uthman mula menelaah, menghafal sedikit sebanyak nama-nama janggal Adrenoceptor Agonist dan Antagonist. Pening-pening, malam itu hanya berjaya menghafal 4 ubat. Masih tinggal 8 ubat lagi yang belum dihafal. Dia mula risau, mencari-cari slide pharmacology yang dibelinya minggu lepas pada rak buku kecil miliknya di sebelah tilamnya. Entah ke mana hilangnya. Sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal, Uthman menyeret jarinya pada skrin membuka kekunci Galaxy Note 8.0 pemberian ibunya itu. Kata ibunya, supaya mudah untuk dia mengulang-kaji pelajaran walau di mana pun dia berada. Dia sendiri tidak pasti adakah hasrat ibunya membelikan peranti canggih itu untuknya sudah tercapai atau belum. Kalau difikirkan, seperti lebih banyak dia terleka daripada sebaliknya. Dibukanya laman web pelajar medik tahun sepengajian dengannya, lantas memuat turun slide pharmacology ke dalam peranti canggih itu.

Dibacanya dengan teliti setiap bait perkataan dalam slide tersebut namun dia tidak berpuas hati. Susunan perkataan yang bertarabur dan tidak teratur dalam slide itu diamati. Tension juga dia membaca slide sedemikian rupa. Sesekali mukanya berkerut tidak faham apa yang dimaksudkan daripada ayat yang dibacanya. Saat itu, dia menekupkan mukanya dengan kertas nota yang dicontengnya seraya menghempap badannya pada tilam empuknya itu.

Telefon pintarnya tiba-tiba berdering, dia menoleh seiring. Teragak-agak mahu mengangkat andai ada pula urusan yang menggangu pelajarannya saat itu. Digagahkan dirinya kembali ke posisi duduk menjawab panggilan tersebut. Butang hijau pada skrin itu diseret perlahan-lahan.

"Salam alaikum, sihat? Macam mana dengan poster tu? Dah siap ke?"

"Ya Allah, ana lupa lah nak buat. Aduh, macam mana ni. Minta maaf sangat-sangat."

"Oh.. yeke. Bukan anta cakap nak buat petang tadi ke?"

"Ya, tapi terlupa pula ana nak buat petang tadi."

"Oh. Kalau macam tu, anta buatlah sekejap malam ni ye, sebab dateline dia esok. Ana takut kalau tunda-tunda anta tak sempat buat pula."

"Emm, oklah kalau macam tu. Ana try buat malam ni. esok nak kan? Nanti ana bagi kat facebook anta ok?"

"Okay! Beres. Terima kasih tau, esok ana cek. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Kelu. Uthman menghenyakkan kepala pula pada tilam. Berbaring meratapi nasib studynya malam itu. Sungguh epik. "Nampak gayanya tak habis lah study aku malam ni. Hmm. Baru ingat nak habiskan bab ni malam ni jugak", keluh jiwa kecil Uthman.

Dia menutup buku 5cm tersebut lantas menekan butang kuasa pada komputer ribanya. Digantikan tempat letak buku itu tadi dengan komputer ribanya. Perisian Adobe Photoshop CS6 dibuka. Setelah itu, dia mula larut dengan kerjanya. Biasalah, kalau 5-6 jam di hadapan komputer riba pun memang tidak terasa. Kalau buka buku 2 jam pun sudah penat otak. Uthman sendiri bingung mengapa otaknya juga begitu. Timbul juga sedikit kesal dalam hatinya kerana tidak menyiapkan kerja ini awal-awal lagi.

Uthman mula bermuhasabah, memikirkan apa yang dia lakukan petang tadi sehingga dia lupa menyiapkan kerja tersebut. "Awalnya boleh lupa", keluh Uthman sedikit kesal. Otaknya pada malam itu baginya sedikit bebal. Lupa banyak hal dan kerja tidak efektif. Kemudian dia mengimbas semula nama-nama 4 ubat Adrenoceptor Agonist yang menurutnya berjaya dia hafal sebentar tadi. Hanya tinggal 2 yang dia masih ingat, itu pun kabur-kabur. Uthman melepaskan keluhan kecil. Sedih rasanya baru hafal tidak sampai 30 minit dah mula lupa.

Notifikasi baru pula muncul pada Galaxy Note 8.0 miliknya, notifikasi luar talian. "Ah, gara-gara game ini lah yang buat aku leka petang tadi. Pastu ngantuk pastu tertidur sampai maghrib. Tak muntij sungguh!", keluh hati kecil Uthman, menyalahkan dirinya kerana tidak pandai mengatur masa. Uthman tidak teragak-agak, membuka folder 'awas! Lagho' itu lantas mencari aplikasi game tersebut lantas menekan butang pangkah pada sudut tetapan di bahagian kanan atas peranti itu. Satu kotak muncul di skrin, "Uninstall 'Minion Rush: Despicable Me'?". Uthman menekan butang 'yes'. Kurang daripada 2 saat aplikasi itu terpadam. Sekejap sahaja. Entah berapa lama jahiliyyah itu bersarang dalam perantinya. Hingga kini dia sudah memotong banyak High Scores rakan-rakan facebooknya sehinggakan muncul notifikasi pada peranti rakannya yang lain mencabar untuk turut memotong High Scoresnya. 

Ya! Uthman selalu dengar orang lain cakap tak apa main game sekali-sekala untuk menghilangkan tekanan. Namun, jika dia fikirkan balik, disebabkan game itulah dia jadi tidak pandai menguruskan masanya, lantas membawa kesan kepada prestasi pembelajarannya juga dalam prestasi amalnya. Maka, andai itu menggangu pelbagai urusannya termasuk urusan ibadahnya, amalnya, dan dakwahnya, maka perihal tersebut adalah jahiliyyah dan harus dibuang jauh-jauh. 

"Analoginya sama seperti membawa sebuah beg yang sangat berat berisi benda yang sia-sia sambil mendaki gunung. Nah, buang sahaja barang-barang yang sia-sia itu. Kan senang tu nak mendaki. Puncak itu pula dianalogikan sebagai kemenangan Islam", sentap juga Uthman mendengar kata-kata tersebut semasa program usrahnya kira-kira dua bulan yang lalu. Sentap dan padu.

Ya! Seluruh umat Islam mahukan kemenangan Islam, justeru itulah Uthman merasakan dirinya harus turut berkerja menjayakan objektif terbabit. Kalau dia tidak dapat melihat kemenangan itu sekalipun, sekurang-kurangnya dia sudah berusaha membina pelapis bangsa yang bakal menjayakan objektif itu kelak. Apabila disoal Allah nanti di akhirat, dia telah menyediakan sebuah jawapan yang cukup teguh untuk dijawab dengan gembiranya. 

Uthman meneruskan kerjanya membuat poster, malam ini dia tidak dapat study gara-gara menyiapkan poster terbabit. Namun, tidak adil rasanya jika menyalahkan persatuan jika kerja yang diberikan itu sudah lama ditangguh. Sebaliknya, Uthman bertindak menyiapkan segera poster terbabit dengan baik meskipun menyiapkan sebuah poster boleh memakan masa sehingga lebih daripada 6 jam jika tiada idea.

"Jalan terbaik juga solusi terbaik adalah dengan cara menggunakan masa dengan sebaiknya. Ya, benar. Allah telah memperuntukkan masa yang sama kepada semua orang, terpulang bagaimana seseorang itu menggunakannya. 

"Dan sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugiaan, melainkan orang yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran", Ya! Cukup dalam sekali hadiah Allah ini. Maka, sekadar sentap tanpa melakukan sebarang tindakan adalah sia-sia juga. Seolah-olah membina resistance terhadap kata-kata sentap itu dan menanti kata-kata sentap yang baru untuk merasa sentap. Di kala itu, sia-sialah andai tidak berubah kerana mungkin Allah akan menarik balik hidayah yang diberikan andai manusia tidak berusaha bersungguh-sungguh bersyukur dengan hidayah yang diterimanya.", begitu terasa apabila Uthman membelek semula catitannya ketika usrah minggu yang lalu, Uthman sedar dia harus berubah untuk ke arah yang lebih baik.

Andai sebelum itu dia banyak main game sehingga terabai pelajarannya, amalnya. Maka dia harus bertindak segera.

Andai sebelum itu dia banyak main twitter, facebook sehingga ibadah pun entah ke mana, Maka dia harus mengawalnya.

Andai sebelum itu dia banyak tidur lagi-lagi di musim sejuk ini sehingga kelas pun terlewat, kadang-kadang terlepas, maka dia harus kurangkan tidur.

Andai sebelum itu dia selalu merasa tidak cukup masa, sebenarnya bukan itu hakikatnya. Tetapi salah Uthmanlah sebagai pengguna masa itu sendiri. Juga salah Lizea, Yaemah dan Shafnan, rakan facebook Uthman yang turut mempunyai lebihan waktu yang selalunya digunakan untuk perkara yang tidak produktif. Justeru, mereka perlu berubah. Mereka perlu melakukan sebuah anjakan paradigma supaya suatu hari kelak, seluruh dunia mula berubah, bermula daripada kesedaran beberapa individu yang menggerakkan dan menggegarkan perubahan dunia! InshaAllah.

************************************************************************
Lizea juga manusia biasa, dia juga pernah jatuh dan bangun. Hakikatnya, Lizea juga mahu berubah setelah resultnya merudum jatuh pada semester yang lalu. Kalau dahulu, berpuluh-puluh levels dihabiskannya dalam masa sehari tetapi kini dia mengahadkan hanya 10 levels sahaja secara maksimum dalam sehari. Cuma kadang-kadang dia terleka terlebih main. Ya, perubahan memang memakan masa. Dia juga sedikit malu dengan Yaemah yang dilihatnya cukup teguh belajar tanpa jemu. Tatkala itulah, dia selalu bangun di awal pagi ketika Yaemah masih belum celik matanya untuk menelaah pelajaran dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk menambah amalnya.

Memang awal-awal sampai di bumi anbiya' ini dahulu dia tidak sebaik sekarang, dahulu ilmu agama pun dirasakan tidak lengkap. Namun, dia tidak malu untuk berubah. Ramai kakak-kakak yang prihatin membantunya berdiri kembali. Hasil usrah, dia banyak membaiki dirinya. Tuduh labuh kini sudah sinonim dengannya. Alhamdulillah ramai yang ingin membimbingnya. Rahsianya cuma satu, jangan malu dibimbing dan jangan sombong untuk berubah. Kini hal itu menjadi prinsip hidup Lizea. 

**************************************************************************
Shafnan menghempaskan badannya pada tilam biru di biliknya. Tatkala memikirkan hal tadi, dia merasa tidak senang hati. Seperti sesuatu menggangu fikirannya. Dia muhasabah sejenak, memikirkan perihal dirinya, tujuan hidupnya. Pernah dia mendengar sahabatnya bercerita mengenai tujuan hidup kepadanya. Cuma masa itu, Shafnan belum memikirkan hal itu secara serius. 

Dia mencari-cari nota yang pernah ditaipnya dalam aplikasi iPhone. Lantas menekan sebuah nota yang bertajuk "Tujuan Hidup menurut Al-Qur'an". Shafnan mengamati nota tersebut penuh minat. 

Tujuan hidup : 

1) Ibadah - beribadah kepada Allah dengan sebenarnya. Tidak mencampur adukkan antara yang haq dan batil. Meninggalkan Jahiliyyah, perkara yang melalaikan untuk masuk Islam secara keseluruhan.

2) Khalifah - Menyebarkan ajaran Islam melalui pelbagai cara dan utamanya adalah Dakwah. Dakwah adalah wajib untuk semua orang dan akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. Untuk berdakwah, kita perlu ditarbiyyah bagi mengisi dan membina diri dengan ilmu-ilmu dan kelengkapan dakwah. Contoh cara mendapatkan tarbiyyah : Usrah, Al-Qur'an.

Shafnan sedikit terkedu, rupanya masih banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan. Kali ini dia bertekad, untuk melakukan perubahan. Dirinya dahulu tidak sama dengan dirinya sekarang. "Sudah tiba masanya untuk aku berubah!", getus hatinya.

"Moga Allah permudahkan urusan aku dan seluruh orang muslim. Amin.", nekad Shafnan.




-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews