10 Muwassafat Tarbiyyah ?


Apa itu muwasafat tarbiyyah

Anda seorang Muslim bukan ?, makanya, seorang Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Oleh itu, kalau kita nak jadi Dai'e, hendaklah kita ada 10 ciri-ciri yang dinyatakan di bawah ini. Ciri-ciri inilah yang kita gelar sebagai 10 muwassafat tarbiyyah. Selamat beramal. :D 

#glosari : Syumul : lengkap melengkapi seluruh aspek kehidupan
Dai'e : Pendakwah

1. Salimul Aqidah

Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). (maksud doa iftitah yang selalu kita baca)

Memiliki aqidah yang bersih merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid terlebih dahulu.


2. Shahihul Ibadah

Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul Saw yang penting, dalam satu hadisnya; beliau menyatakan:

‘shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.’

Daripada ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap ibadah haruslah merujuk kepada sunnah Rasul Saw yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan atau lebih dikenali sebagai Bid'ah.


3. Matinul Khuluq

Akhlak yang kukuh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah mahupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Kerana begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah Saw diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al- Qur’an, Allah berfirman yang artinya:

‘Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung’ (QS 68:4).


4. Qowiyyul Jismi

Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimum dengan fizikal yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fizikal yang sihat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk- bentuk perjuangan yang lain. Oleh kerana itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan daripada penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Kalau kalian belajar bahasa Arab tinggi, ada satu quote yang bermaksud "pencegahan daripada penyakit lebih baik daripada 1000 pengubatan" atau english "prevention is better than cure". Disebabkan kekuatan jasmani juga termasuk antara perkara yang penting, maka Rasulullah Saw bersabda yang ertinya:

‘Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim).


5. Mutsaqqoful Fikri

Intelek dalam berfikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu peribadi muslim yang penting. Kerana itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur’an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang minda manusia untuk berfikir, tamsilnya firman Allah yang bermaksud:

"Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: ‘pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.’ Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ‘Yang lebih dari keperluan.’ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (QS 2:219)." 

Dalam Islam, tidak ada satu pun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan proses berfikir. Asal pulak ?, sebab seorang Muslim itu harus sentiasa berfikir tentang kesan baik dan buruk dia melakukan sesuatu perkara itu. Cuba kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh kerana itu Allah mempersoalkan kepada kita tentang tingkatan kebijaksanaan seseorang sebagaimana firman-Nya yang artinya:

Katakanlah:samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).


6. Mujahadatun Linafsihi

Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu keperibadian yang harus ada pada diri seorang muslim, kerana setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut kewujudan kesungguhan. Thus, kesungguhan itu akan wujud manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu juga perlu bersungguh-sungguh. Bro, bukan senang tau nak jaga hawa nafsu. Sebab itulah kita kena kuat azam dan bersungguh-sungguh. Oleh kerana itu hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus dididik untuk tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang ertinya:

Tidak beragama seseorang daripada kamu sehingga dia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).


7. Harishun ‘ala Waqtihi

Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan hal penting bagi manusia. Hal ini kerana waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar daripada Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Allah Swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, iaitu 24 jam sehari semalam. Daripada waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tidak sedikit manusia yang rugi. Betullah quote yang menyatakan:


‘Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.’ 
`Waktu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka habislah... dia potong kamu'
`waktu ibarat emas'

Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh sebab itu, setiap muslim amat dituntut untuk manage waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, takde yang sia-sia. Maka antara yang ditekankan oleh Nabi Saw adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu waktu hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit dan kaya sebelum miskin. Ingat tau lagu raihan ek ? Kot.


8. Munazhzhamun fi Syu’unihi

Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk keperibadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an mahupun sunnah. Oleh sebab itu dalam hukum Islam, baik yang berkait dengan masalah ibadah mahupun muamalah(macam jual beli, komunikasi, pergaulan) harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah cinta kepadanya. Dengan kata lain, setiap urusan memerlukan profesionalisme yang tinggi supaya urusan yang dilaksanakan menjadi teratur. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, kesinambungan dan implementasi ilmu pengetahuan merupakan antara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugasan.


9. Qodirun ‘alal Kasbi

Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan berdikari (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Hal Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya mampu seseorang itu laksanakan dengan berdikari. Tak sedikit(ramai) orang yang mengorbankan prinsip yang telah dipegangnya kerana tidak memiliki keupayaan dari segi ekonomi. Kerana itu peribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia boleh menunaikan haji dan umrah, zakat, infaq, sedekah, dan bersiap-sedia untuk masa depan yang baik. Oleh kerana itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur’an mahupun hadith dan hal itu menjadi keutamaan yang sangat tinggi.


10. Naafi’un Lighoirihi

Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik tidak kira manapun dia berada, orang disekitarnya merasakan kewujudannya kerana dia memberi manfaat yang besar kepada orang lain. Maka, jangan sampai masyarakat, orang sekitar kita sampai tak sedar kehadiran kita sebab kita tidak langsung memberi sumbangan dan manfaat kepada mereka. Ini bererti setiap muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksimum mungkin untuk bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak boleh mengambil peranan yang baik dalam masyarakatnya. Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang ertinya:

Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir).

Demikian secara umum profile seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadits, sesuatu yang perlu kita implementasi pada diri kita masing-masing. Selamat beramal ! :D

-|SyaheedViaMujaheed|-

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews