Ahad, 4 Julai 2010

Dedikasi buat Adikku ~ moga cepat sembuh !

Bismillah ~


Post ana kali ni mungkin agak berbeza skit.. anyway, xpelah.. lain pun..
Semalam, wasktu semalam, adik ana ( Munzir) dan sorang abang dia dan sorang lagi jiran ana main2 api kat luar rumah... memang x duga mende ni boleh berlaku ~ 


Memang asyik mereka bermain, menurut sumber abangnya munzir, Si munzir tukang cucuh api dengan surat khabar.. mereka cuba nak bakar something tapi tiba2 terlintas nak guna petrol yang ada di depan rumah... alang2 nampak, mainlah terus.. rentetan daripada main itu, api yang sedang dia cucuh itu tiba2 menyambar bajunya. apalagi, habis terbakar separuh bajunya dan lengan kirinya masak... 


Bila bunyi riuh2 skit kat luar, tiba2 ada jiran mengetuk pintu rumah kami... Ana dan ayah ana tengah ada dalam rumah, penat.. baru lepas balik kenduri dan orang2 perempuan pula pergi kenduri ~ x tahu pulak mereka buat project bahaya kat luar rumah.. 


Bukak sahaja pintu rumah, kami terperanjat tengok keadaan munzir yang tidak berbaju dan sedang menangis sekuat-kuatnya.. mata ana terlirik kepada sebuah baju yang terbakar separuh bahagian...Ya Allah ! teruknya terbakar badan dia... Apalagi, ada jiran yang datang membantu kami , tolong hantar Munzir dan ayah ana ke Hospital sebab kereta orang2 perempuan tengah guna...Alhamdulillah, mujur kami ada jiran2 yang baik..

Luka pada badan dia teruk sangat.. malah,  kulit2 dekat bahagian tangan habis mati sel2 dalam tu.. Lepas incident tu, munzir dimasukkan ke wad biasa kat hospital kemaman, bilik yang berasingan sebab takut jangkitan kuman.. tapi, kat kemaman tiada pakar pediatrik 
(kanak-kanak) , jadi terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Terengganu dengan menaiki Ambulans hospital bersama ayah ana... lebih kurang pukul 10.40 semalam ambulans tu bertolak dari sini..


Memang besar dugaan ini, hospital kat KT pula tiada specialist bahagian kebakaran2 ni... katanya terpaksa dihantar ke hospital kubang kerian di kelantan sebab perlu buat pembedahan kulit untuk tampal kulit di tangan dengan kulit di peha... Ya Allah, moga2 kau permudahkan urusan adikku.....


Buat pembaca, ana harap agar kalian sudi mendoakan agar urusan ini berjalan lancar.. Segala apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik kejadian... insyaAllah ~ amin...

6 Orang Melekat :

Khaleefah Allah ^_^ berkata...

Syafahullah!!

Aheed Razlan berkata...

insyaAllah ~ amiin...

Tanpa Nama berkata...

Syafahullah... hari tu ayah ana pegi umah nta pun die duk main api kat luar..selalu ke?

moga utik cepat sembuh..~

izzat-chillaxxer berkata...

semoga cepat sembuh...

Aheed Razlan berkata...

munzir ~ erm ~ ntahlah.. tak tahu la boleh sampai camni....

ijat ~ insyaAllah

ina :) berkata...

...^^

munzir mmg suka main api.
tapi, muslim lgilh suke..

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews