Hari ini, Dr. ingin berkongsi dua buah novel yang telah berjaya dikhatamkan dengan bersusah payah.. Target bulan ini dapat habiskan sekurang-kurangnya dua novel... walaupun sekarang lagi sibuk dengan tugas dan on call selalu.... maklumlah, taraf kesihatan menurun sikit akhir-akhir ni...(bajet macam dr. Betul).. terpaksalah cubalah mencuri2 masa untuk membaca dua novel ini yang rasanya sangat menarik untuk dikongsi bersama pesakit sekalian... hehe
Pertamanya, Novel Isabella... mungkin ada yang pernah baca dan dengar pasal novel ini... sangat menarik..
Sebuah novel pembantangan perbandingan antara Islam dan Kristian yang unik. Hinggakan satu ketika pernah menjadi buku teks mata pelajaran pengajian islam tak silap.
Sumber : ibu tersayang..
Novel ini merupakan satu pembentangan sebuah cerita indah seorang gadis bernama Isabella. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering mendengar cerita benar mengenai beberapa orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk menerima hidayah-Nya. Yang menarik perhatian adalah kebanyakan mereka adalah golongan yang sangat tidak menyenangi Islam. Di antaranya bekas paderi besar dan pelajar yang belajar khusus mengenai agama Kristian itu sendiri.
Kembalinya mereka kepada agama fitrah ini bukanlah hanya kerana kajian terhadap agama Islam itu semata-mata tetapi ia juga adalah kerana mereka telah membuat beberapa kajian yang mendalam dan menemui beberapa kesilapan dalam agama Kristian itu sendiri. Yang lebih menarik, kebanyakan hujah yang mereka lontarkan adalah berdasarkan kepada kandungan kitab Bible itu sendiri.
Tidak kurang juga, novel ini mengisahkan tentang Isabella yang merupakan anak seorang ketua paderi yang sangat taat beragama. Tapi ia tidak menghalang beliau untuk mencari kebenaran yang berada dihadapan beliau selepas menyaksikan beberapa acara perdebatan yang dijalankan antara Islam dan Kristian. Akhirnya, beliau telah memilih Islam sebagai satu-satunya keyakinan yang menenangkan jiwanya. Selanjutnya beliau telah memperuntukkan hidup dan matinya untuk Islam.
Selepas peristiwa pengIslaman beliau diketahui, banyak dugaan terpaksa dilalui termasuklah berdepan dengan seksaan secara mental dan fizikal, ancaman bunuh dan berdepan dengan kerenah para rahib dan paderi yang terlalu banyak mempercayai perkara-perkara ghaib yang dibuat-buat. Namun, itu bukanlah suatu yang akan menghalang Isabella menyampaikan kebenaran.
“aku kini telah membebaskan diriku daripada semua fikiran yang bukan-bukan. Allah telah menganugerahkan kepadaku nikmat Islam dan Dia juga akan membimbing aku menjalani hari depanku serta tidak akan mensia-siakan niat yang baik. Aku menemui ketenangan yang luar biasa daripada ayat Al-Quran yang mengatakan ‘Barangsiapa yang takut akan Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keselamatan dan akan memberikan kepadanya rezeki dari tempat yang sama sekali tidak disangka-sangkanya’”.
Isabella terus hidup sehingga mencapai usia lapan puluh tahun dan telah menutup mata dalam keadaan yang tenang dan damai. Diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol.Keistimewaan novel ini, ia turut memuatkan banyak dialog perdebatan perbandingan agama yang menyentuh dari masalah kepercayaan, ketuhanan Jesus, hukum hakam dan sebagainya. Namun, kisah mengenai tatacara kehidupan Isabella sendiri selepas terselamat dari ancaman besar sangat kurang diceritakan. Walau apapun, perjalanan hidup wanita istimewa ini seharusnya diambil sebagai penyuntik semangat kepada para muslimat khususnya dan umat Islam umumnya yang berada di luar sana.
Catatan:
1. Dialog perdebatan diceritakan dengan terperinci
2. Isabella seorang gadis yang cantik
3. Naskhah ini menjadi bestseller di Indonesia
4. Benar kadang-kadang orang yang mendapat hidayah akan menjadi lebih baik daripada orang yang telah lama Muslim
Tajuk: Isabella
Tebal: 336 mukasurat
Penulis: Maulana Muhammad Saeed Dehlvi
Harga: RM22.00
Penerbit: Kharisma Network SDN BHD
Itu baru novel pertama, yang keduanya adalah novel Negeri 5 Menara.. memang belum agak famous di Malaysia sebab ini novel dari Indonesia yang telah dimelayukan.. menceritakan mengenai kisah seorang anak muda lulusan SMP (macam tahap PMR) yang mahu masuk ke SMA (sekolah Menengah Atas - macam tahap menengah atas di Malaysia..) .. memang mulanya adalah dipaksa oleh ibunya tetapi akhirnya menjadi sebuah kesyukuran.. Novel ini dipinjam dari rakan kongsi Dr. iaitu Dr. Nu'aiman Afanddi.. Memang agak sukar nak khatam novel ini..
Negeri 5 Menara |
Baru halaman pertama dibuka, terus jatuh cinta pada buku ini. seru deh. Halaman pertama ini terdapat kalimat-kalimat yang sangat menarik dari Iman Syafie. Antara kalimat yang ada pada muka surat pertama:
“Orang yang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang. Merantaulah, kau akan mendapatkan pengganti dari kerabat dan kawan. Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.
Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan. Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, kan keruh menggenang.
Singa jika tak tinggalkan sarang tak akan mendapat mangsa. Anak panah jika tidak meninggalkan busur tak akan kena sasaran.
Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam. Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.
Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang. Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika dalam hutan.“
Kisah Kehidupan di pondok bukanlah seperti yang biasa kita semua gambarkan... sangat unik dan proses tarbiyyahnya yang berterusan.. hinggakan mampu membuat orang yang tergagap-gagap membaca tulisan arab lancar dan fasih berpidato dan berbicara dalam bahasa arab dalam masa 3 bulan sahaja. Memang sangat menarik proses pembelajaran di sana.. sistem yang sangat teratur dan sebagainya.. Boleh dapatkan di mana2 kedai buku terkenal terutamanya MPH.. harga dalam 20 lebih.. memang x rugi membaca... dan rugi x baca... dapat inspirasi yang baru... man Jadda wa jada... juga ada laman web : www.negeri5menara.com ..
**********************************************************************************************
Buku Ilmiah + motivasi berkenaan cinta yang rasanya paling best yang pernah dibaca ialah ' pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulnya' karangan Fatimah Syarha Mohamad Noordin.. memang best.. dan kdang2 rasa malu sebab rasa macam tak layak nak jadi seperti Dr. Muslih, perwatakan yang sangat soleh... Ya Allah, mesti sangat beruntung isteri yang ada suami macam Dr. Muslih ni... anda mesti baca juga.. moto utama : No Love Until Akad.. simple motto but it's hard to protect it from being damaged... what a big challenge for her... Juga memuatkan cara-cara-cara menjadi suami soleh... bukan saja suami, bahkan hamba Allah yang taat... Ada juga mengenai keburukan dan bahaya bercinta sebelum akad.. memang rasa agak teruja.. hehe...Buku ini juga ada kaitan dengan kisah denyut Kasih medik yang ditulis oleh Suami kepada Fatimah Syarha.. sebuah kisah yang sangat menarik buat kita semua...P/s : Next pending novel is Rayyan Fantasi, novel Terbaru Ramlee Awang Murshid... Baru beli tadi.. x sabar-sabar nak baca... Cetakan Pertama - Januari 2011.. wow.. harap2 dapat habiskan sebelum kelas tambahan bermula... :).. SPM menunggu tahun depan. Eh, bukan2 er, maksud Dr. jadi pengawas peperiksaan SPM.. (cover line)..
sekian, sila komen atau follow.. dan jangan lupa klik semua iklan multimedia Nuffnang yang ada di dalam blog ini, request dan Dr. sendiri akan turun padang click iklan nuffnang sang pe'request'.. Kiranya mutualism la.. Symbiosis..
Harap dapat juga cari and baca buku-buku di atas.. memang tak rugi langsung.. sengat best... InsyaAllah, banyak ilmu dan input baru boleh dapat..
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
4 Orang Melekat :
apa ke ulat novel la nta ni.haha.
hehe.. xdelah ulat sgt.. boleh la skit2...
banyaknyer novel!!
http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/miss-hurix-jangan-la-deactivate.html
biasa aje..
Catat Ulasan