Parecetamol, nak dijadikan perkongsian...
Petang tadi Dr. ada menerima sebuah mesej...yang tertulis....
**********
Sony Ericson
14-12-2010 01:25 pm
Kalau beli qur'an yang dicetak
dalam edisi terbaru, Berhati-hati ar !
Ada 4 surah palsu ciptaan kafir laknatullah.
Surah2:
Al-Iman,
Al-Wasaya,
Al-Tasajud,
Al-Muslimin.
N jangan bukak web www.thequr'an.com
coz semua isi adalah palsu.
Sebarkan SMS ini kepada Semua umat Islam
Sebanyak mungkin. Sebarkan jika sayang Islam
dan Jangan takut kredit habis.
******** end of message ********
p/s : certain short form yang telah dipanjangkan.
Sekarang mari kita teliti baik-baik mesej di atas... Betul ke mesej tu ? boleh percaya ke ?..
macam-macam reaksi dan timbul tanya dalam diri kita.. nak forward ke tak nak ek ?... kita jadi penasaran tiba-tiba...
setelah institut Pakar Perubatan Dr. Pakar membuat kajian sebentar tadi.. ternyata mesej tadi positif racun 'fitnah' dan terdapat 2 Virus 'bohong'.
mari kita lihat kembali.. ayat ini (hati-hati ! ada virus) :
"Ada 4 surah palsu ciptaan kafir laknatullah.
Surah2: Al-Iman, Al-Wasaya, Al-Tasajud, Al-Muslimin."
dalam ayat di atas... ada dua kesalahan yang melanggar ayat al-qur'an... asif, Dr. tak ingat ayat dan surah mana yang berkait.. tetapi insyaAllah akan diupdate semula...
firman Allah yang bertafsir "orang kafir itu tidak mampu untuk meniru walau hanya se ayat daripada ayat-ayat al-qur'an.. ini kerana Allah telah menjamin bahawa Al-qur'an tidak akan diseleweng hingga hari kiamat"..
(p/s : tafsiran di atas bukan maksud bulat-bulat ayat tetapi maksud yang sudah diolah..)
Maka, jelas bahawa fakta tersebut tidak benar sama sekali... kalau cuma 1 ayat mereka tak mampu nak tiru, inikan pula membuat 4 surah.. lagi tak logik dek akal sama sekali... jelas ! ini fitnah... hazihi fitnah !
Hadis Rasulullah Mafhumnya :
"Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) Jadi, adakah kita sanggup membawa fitnah ini ... meskipun kita mengatakan bahawa ini daripada orang kafir !... Mana adab kita sebagai Muslim ?... Sama-samalah kita Renung kembali... itu yang pertama. Yang kedua pula... Mari kita lihat pula ayat ini : Sekarang, cuba anda cuba buka link di atas... saya cabar anda bukak... siapa yang jumpa boleh minta RM 100 di kaunter Yuran... Pernahkah anda jumpa url laman web yang wujud tanda ( ' ) di dalamnya ?.. Sah2 ini bohong... okay, kalau nak berhusnu zhon contohnya : ala, mungkin dia salah letak kot tanda ( ' ), sepatutnya tiada... jadi, laman web itu akan jadi www.thequran.com . Dan cuba tekan link itu. Nah ! apa yang anda dapat ? Sebuah laman web yang belum berdaftar.. ada gambar sumpah2 lagi... Sumpah ! itu semua bohong... jadi, sudah jelas atau belum kebenaran mesej tadi ?... jelas mesej bohong... jadi, pesanan Dr., sebelum kita forward apa2 mesej, teliti dahulu kebenarannya... ini namanya mesej berantai, kalau dahulu ada surat berantai, sekarang ni dah moden skit jadi mesej berantai pulak.. haha.. malah ada lagi mesej yang menggugut2 kita kalau tak hantar mesej tu jadi gini-gini... dan yang bahayanya ! kalau kita forward jugak mesej itu.. dah dikira sebagai syirik kecil... sebab apa ? dalam diam-diam tanpa kita sedari, muncul perasaan takut terhadap mesej tu dan menyebabkan kita forward mesej tu.. takut apa ? kene bala ?... dan inilah yang dikatakan syirik sebab kita mula percaya yang mesej itu mempunyai kuasa untuk memberi kita bala... sedangkan hanya Allah sahaja tempat kita berserah.... maka, perbuatan meng'forward' mesej tadi dianggap sebagai percaya mesej itu ada kuasa dan boleh beri kita malapetaka kononnya... agenda siapa semua ini ? Wallahua'lam.. apa yang kita perlu buat adalah berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan seperti ini.. ingat ! jauhi syirik kerana dosa syirik hanya boleh diampunkan oleh Allah dengan Taubat nasuha yang betul-betul ikhlas... Jika ada sahabat-sahabat pesakit yang menghadapi situasi ini, berilah penerangan sebaiknya kepada mereka... harap dapat disebarkan.. Kesimpulannya, jangan sesekali kita menyebarkan fitnah dan jauhilah syirik terutama syirik-syirik kecil yang dilakukan tanpa kita sedari... Nauzubillahiminzalik.. Mohonlah selalu keampunan Allah... siapa tahu kita ada melakukan dosa2 itu tanpa disedari... Wallahua'lam... p/s : Kepada pesakit-pesakit yang perlukan apa-apa ubat, boleh terus ke kaunter pertanyaan di shoutmix atau komen di bawah... Asif, ada on call.. terpaksa out.. Assalamualaikum... |
0 Orang Melekat :
Catat Ulasan