Bismillah...
terdetik tiba-tiba hati ini untuk menaip sebuah post tentang aidilfitry kali ini..
entah kenapa, ..
walaupun sudah maklum internet di kampung sangat perlahan.. mengalahkan kura-kura.. sungguhpun, signal di sini kurang mantap..
well, anyway...
mengenai raya aidilfitry ...
ana terfikir balik tentang amal kita selama Ramadhan kali ini...
haritu, ana terdengar sebuah tazkirah ringkas dalam radio IKIM.fm..
seorang ustaz itu, katanya, amal kita di bulan Ramadhan ini umpama baja-baja yang diberikan kepada pokok... dan dahan-dahan, iaitu hasil daripada baja-baja itu pula ialah amalan kita selepas Ramadhan... cuba kita bayangkan kalau sebatang dahan daripada pokok itu buruk dan rosak, apa yang akan kita lakukan untuk menyingkir dahan itu... sama ada kita mengambil gergaji dan memotong dahan itu atau kita mencantasnya, adalah terpulang kepada kita sendiri.. apabila kita sudah mencantas dahan itu.. lalu tak lama kemudian keluarlah pula tunas baru daripada dahan itu.... dan apabila ada dahan lain pula yang rosak, kita cantas pula dahan yang lain.. itulah perbandingan dengan akhlak kita... bagaimana apabila ada akhlak yang buruk, kita singkirkan segera... mungkin kerana satu sahaja akhlak buruk kita ini akan menyebabkan akhlak baik kita yang lain akan kene tempiasnya...oleh itu, mari kita tengok balik amalan kita.. dengan baja-baja nutrisi yang telah kita tabur pada bulan Ramadhan, apa pula hasilnya ?... kita selidik sendiri..
Berbalik kepada cerita asal.. huhu..
sebenarnya raya tahun ni ana rasakan tidak semeriah mana.. entah kenapa.. mungkin diri ini sahaja... hari petama sahaja kami lawat beberapa rumah sahaja...memang sedikit.. kata ummi, ramai saudara yang akan melawat kami di rumah apabila ada kenduri kahwin pada hari raya ketiga.. tapi, sedikit saja yang dapat cam sebab sibuk buat kerja...
Pasal itu, hari raya kedua, kami kene siapkan segera tempat perkahwinan mak saudara ana... (kami panggil mak nor).. sebab itulah tak ada masa nak ziarah rumah saudara-mara terdekat.. dengan pelaminnya, kerusinya, lembunya, sembihlanya, ayamnya dan macam-macam lagilah... kali ini baru rasa dapat pengalaman mengendalikan sebuah kenduri kahwin...
pasal kenduri, awal-awal pagi lagi, kira-kira pukul 8.00 pagi, ana dan lelakis yang ada dalam rumah atuk ana dikerah keluar rumah.. pasalnya, awal-awal dah kene siapkan bahan-bahan nak memasak.. kenduri start pukul 11 tapi pukul 8 dah start masak... mula-mula, kami dah siang daging semalam sampai pukul 1.20 pagi kot...banyak betul daging.. dahlah pisau tumpul.. huhu... then, mulalah kene angkut barang-barang memasak.. kalau ana ni dikira macam orang suruhan la... awang, amik itu.... 5 minit... awang, amik ni..., 7 minit, awang amik nun... 10 minit.. jahid, amik santan ni letak dalam guni.. nanti nak hantar ke rumah nininini... huh.. memang letih.. kalah merentas desa... haha..
kat-kat pukul 11 pagi, baru orang ramai start datang.. time tulah kami kene kerja keras sikit... nak kene sentiasa tengokkan apa yang tak cukup... biasanya kami tengok2 then cakap kat orang dapur belakang.. nasi perempuan.... nasi lelaki... belacan lelaki... sayur labu lelaki... bagi arahan, bilan orang dapur bagi baldi berisi lauk, kene tuang pulak dalam tempat lauk.. (apa ntah namanya)...memang letih sebab start sampai pukul 11 pagi sampai pukul 5.30 petang orang ramai dah berhenti -henti mari.. dalam hati ada gak kadang2 rasa macam nak sekat jalan jangan bagi orang masuk .. baru tak payah letih2 nak kene tambah nasi, basuh cawan, macam2 lagilah.. tapi, kalau sekat, sape nak datang makankan... membazir pulak.. huhu..
Pengajaran diterima : sesiapa yang menyusahkan seorang muslim, Allah akan susahkan dia pula..
Rasional : fikirlah sendiri..
0 Orang Melekat :
Catat Ulasan