Isnin, 18 Januari 2010

seminar kerjaya ~

Assalamualaikum... post3.. bukan senang nak wat post baru kan?... kalau setakat tulis ayat sejengkal je.. tak boleh kot diiktiraf sebagai post yang bertauliah.. hehe..

Petang tadi, ana hadiri satu seminar kerjaya.. dianjurkan oleh cikgu Jamal Sidek dari SMK Geliga..jiran alamin je..huhu.. semua form4 dan form5 hadiri seminar ni.. bertempat di library.. library kami tak lah berapa besar... tapi cukuplah untuk semua pelajar bernafas dalam tu.. O2 yang ada dalam library masih lagi banyak..huhu.. memandangkan pelajar f4 dan f5 tidak terlalu ramai.. jadi, seminar ni pon berjalan dengan jayanya...

seminar ni sebenarnya memberikan kepada kami pendedahan terhadap kos2 yang bakal kami ambil apabila menjejak alam universiti nanti... apa yang sesuai dengan kami .. sesuai dengan nama seminar ni.."seminar kerjaya".. owh.. rupanya ia penentu kerjaya kita pada masa hadapan.. macam2 yang dia terangkan kepada kami.. ada sekali tu, dia beri sehelai kertas yang tertinta atasnya 6 kolum... dalam sebuah kolum itu ada bermacam2 jenis perbuatan yang kita suka buat atau ingin melakukannya... dia suruh kami tick dan kolum bahagian yang paling banyak ditanda adalah bahagian yang kita cenderung... kalau ana lebih cenderung kepada Investigate ataupun nama tempatannya Kajian... maksudnya lebih kepada benda2 yang boleh dikaji dan dicari seperti kerjaya sebagai seorang doktor dan lebih dalam bidang perubatan lah...

banyak lagi bidang lain... namun ana tidak cenderung pada yang lain.. artistik pon kurang..huhu.. well, sengaja ana nak kongsikan sedikit pasal seminar ni.. harap2 kita semua dapat ambil keputusan yang terbaik untuk menentukan kerjaya kita..

Namun, bukanlah semua kerjaya ini yang kita nak kejar sebenarnya.. kalau kita fikir2 balik.. kenapa kita belajar ???.. adakah sebab nak dapat kerja yang baik ??.. kalau macam tu.. kenapa x masuk sekolah yang lebih baik dan lengkap semua frasarananya.. kenapa still pilih alamin ??... ( untuk bebudak alamin sahaja)..huhu..

sebenarnya, bukan kita belajar semata2 sebab nak kerjaya yang tinggi gajinya... seperti yang telah diperkatakan oleh Pak Cik Abbas, kalau kita tengok orang2 yang paling kaya di dunia, kebanyakkan daripada mereka tak masuk pon universiti.. malah Bill Gates pun tak masuk universiti... so, macam mana mereka boleh jadi kaya sedangkan mereka tiada pon ijazah2 ni.. lebih2 lagi master.. so, mulai sekarang baik betulkan niat kita untuk masuk universiti bukan untuk jadi kaya, tetapi untuk untuk menuntut ilmu, menjadi seorang yang alim... sebagaimana
falsafah pembentukan Alamin adalah untuk melahirkan seorang ulama' yakni orang yang alim.. yang berpengetahuan luas.. yang mana orang yang kita nak lahirkan dikelilingi oleh tiga aspek utama, ataupun ciri2 alaminians yang nak dilahirkan iaitu umara'( pemerintah, ketua, leader), azkiya' (seorang yang professional, sebagai contoh, seorang jurutera yang dalam ilmu agamanya, seorang doktor yang alim) dan akhir sekali aghniya'(seorang usahawan) yang mana semua aspek2 ini insyAllah bakal menaikkan nama islam di persada dunia kembali setelah jatuhnya islam sebelum ini...kalau bukan kita semua yang nak naikkan islam, siapa lagi??

Di kesempatan ini, ana nak mengucapkan selamat hari lahir buat abang YDP Amt SMIAAK, Hafizuddin Redzuan.. semoga diberkati Allah dan ana doakan anta mencapai target anta dalam SPM nanti.. dan, jadilah pemimpin yang membawa rakyat alamin kemaman ke arah kebaikan dalam usaha membanteras kebatilan di bumi alamin ini.. insyaAllah..

Sekian post kali ini, buat budak alamin.. fikirlah masak2 akan kerjaya antum di masa hadapan.. demi melahirkan seorang ulama' yang umara' , professional..bersifat holistik dalam segala aspek.. Wallahua'lam.. wassalam..

0 Orang Melekat :

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews