Dimulakan dengan kalam suci bismillahirrahmanirrahim
Kedinginan kali ini sungguh degil, menggigil habis tubuh kurusku. Meskipun komposisi otot badannya hampir 90% daripada berat badan keseluruhan, namun kelebatan otot tidak berdaya menahan kedinginan membeku itu. Shita' pun belum tiba lagi, kesejukan paras buku lali pun sudah tidak berdaya menahannya apatah lagi nanti tiba shita' yang kesejukannya tahap pangkal rambut. Negeri yang bersebelah saja dengan Palestin ini sememangnya bukan negeri yang panas pada waktu ini,...
Masih segar dalam ingatannya memori sebulan yang lalu....
Imbas Kembali,
USIM Nilai, Ogos 2012
"Wah, rindunya kau !. Bila nak balik heh ? Tak reti nak balik ke ?", usik Salman dan Ikhwan tatkala aku dianggapnya bercuti terlalu lama. Balik Khamis, hari selasa baru nak balik ?. Tak logik, tak logik.
Mahu saja memberitahu mereka, namun hati kecil masih serba salah. Takut tak jadi, nanti datang balik macam dulu. -_-' . Hari selasa, keputusan terakhir keluar, dari awal pernah aku menduga betapa tempatku di situ. Cuma masanya sahaja yang belum mengizinkan. Rasa sebak mula timbul, berpisah dengan sahabat seperjuangan untuk berhijrah ke tempat yang baru. Namun, masa sangat terhad memandangkan hari jumaat pada minggu yang sama dikhabarkan untuk berlepas ke Jordan. Ya Allah ! Barang pun satu pun tak kemas lagi, beli pun tak lagi, surat berhenti USIM pun tak buat lagi, Kawan-kawan pun tak jumpa lagi !
Pagi selasa, segalanya mulai jelas, sedang kalut aku dan ayahku menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan, perancangan demi perancangan dilakukan. Namun, ada hikmah pada perkara yang berlaku. Walletku hilang ketika di USIM, maka segala kad ada di dalamnya. Urusan kami tergendala, disebabkan kad pengenalan yang 'hilang' di USIM, Alhamdulillah, sahabat baikku Salman menjumpainya balik. Lalu perancangan perlu direncanakan dan dimanifestasikan dengan baik.
Pagi Selasa - Mempersiapkan dokumen di Kuala Terengganu, buka akaun HSBC ( xleh buka sebab tak ada IC)
Petang Selasa - Balik Kemaman, ambil barang dan 'driver'
Malam Selasa - Bertolak ke Nilai (Ambil semua barang di USIM). Sampai di Nilai pukul 1 pagi.
Pagi Rabu - Bertolak balik ke Kemaman dalam pukul 2 pagi.
Pagi Rabu - Sampai di Kemaman dalam pukul 5 pagi.
Pagi Rabu - Buka Akaun HSBC di Kuala Terengganu, pukul 2 petang ada taklimat penerbangan.
Alhamdulillah, urusanku dipermudahkan. Terima kasih Ya Allah. Cuma sedikit terkilan sebab waktu farewell jumpa dengan kawan-kawan USIM hanya pada waktu tengah malam masa nak ambil barang keluar dari USIM. Waktu itu jugalah mereka semua tahu yang ana dah nak pindah Jordan. Itupun bukan semua yang jumpa. Isk2, Mintak maaf semua tapi memang masa tak mengizinkan. T_T. Harap dapat maafkan segala salah dan silap. :'(
Esoknye, lagi bersyukur sebab penerbangan ditangguhkan ke hari selasa.Jadi ada masa yang lebih panjang untuk buat persiapan, kemas-kemas barang, uruskan mana-mana urusan yang masih tak selesai lagi. Dengar khabar waktu itu, macam-macam rempah yang kene bawa dari Malaysia sebab Jordan tak ade semua benda tu. Terbayang juga macam mana suasana Jordan, macam Oversea ke ? Hmm.
Perjalanan yang mengambil masa hampir 24 jam itu memang suatu tempoh jangka masa yang sangat meletihkan, merentasi sempadan masa. Bermula pukul 7 malam dari Malaysia transit di Bangkok selama 2-3 jam. Terus dari Bangkok transit kedua di Bahrain selama 12 jam. Dan Alhamdulillah akhirnya sampai juga di Amman lebih kurang dalam pukul 12 tengah hari waktu Jordan (Lewat 5 jam daripada waktu Malaysia). Secara total dikira lebih kurang 24 Jam. 7 petang Selasa bertolak sampai 7 petang Rabu (waktu Malaysia). Transit di negara orang pun satu pengalaman yang berharga. :). Paling shock sikit, 1 Dinar Bahrain = RM10. waa. Mahal betul, kirenye duit 100 fils (mcm 10 sen Malaysia) kat Bahrain nilainya RM1 cuma orang anggap macam 10 sen je. Huh.
Sampai di Jordan, memang agak terkesima. Haha. Kenapakah ?. Terkezut melihat suasana sekitar Jordan yang kelihatan begitu padang pasir, tandus, *dalam bayangan mesti panas terik, berpeluh tak henti-henti. Hmm. Tak adalah maju sangat. Sebab dalam bayangan otak Jordan ni macam madinah, mekah kee... Agak lain jugaklah. Sukar diungkapkan. Dan Jelas boleh dikatakan Malaysia lebih maju daripada Jordan dari segi bangunannya.
Sampai di Sweileh(Tempat penempatan ramai pelajar melayu yang menuntut di UJ, University Of Jordan), satu suasana bandar yang cukup berbeza sekali. Kedudukan bandar amman di atas perbukitan menyebabkan suhunya cukup rendah. Sejuk dan nyaman meskipun panas matahari masih menyengat di waktu tengah hari, udaranya masih juga sejuk.
Hampir semua bangunan di sini berwarna tanah, paling hebat sikit di cat warna putih. Haha. Pokok pun di cat warna puteh. Jalan yang berbukit-bukit dan hampir setiap 200m pasti ada masjid di sekitar rumah orang, orang-orang arab yang menjerit menjual barang2 dan buah2 di gerai-gerai dekat masjid sentiasa kedengaran setiap kali selepas solat fardhu.
Rumah ana takdelah jauh sangat dengan jami'ah, kalau naik coaster(macam prebek sapu) boleh sampai dalam 3-5 minit dan kalau jalan kaki 15 minit pun boleh sampai kot :) Cuma kawasan Jami'ah jelah yang macam taraf oversea skit (Oversea pandangan melayu). :P. Boleh la kalau nak berlakon skit mcam duk negara org puteh. :). InshaAllah lain kali ade cerita ana kongsi.
Doakan kami pelajar medic malaysia Jordan seramai 3 lelaki(including me) + 6 Perempuan. Memandangkan kami adalah first batch Malaysia untuk Medic di Univ. Jordan, Amman. Pelajar medic yang lain kalau pernah dengar sebelum ni hanya hantar ke JUST di Irbid. :))
Maha suci Allah yang telah membenarkan aku berhijrah ke bumi anbiya' ini. Moga-moga perjuangan ini tidaklah sia-sia di sisiMu ya Rabb. Amin. Sekian...
10.30 pm - Bayt Darul Iman, Sweileh, Amman, Jordan.
Kedinginan kali ini sungguh degil, menggigil habis tubuh kurusku. Meskipun komposisi otot badannya hampir 90% daripada berat badan keseluruhan, namun kelebatan otot tidak berdaya menahan kedinginan membeku itu. Shita' pun belum tiba lagi, kesejukan paras buku lali pun sudah tidak berdaya menahannya apatah lagi nanti tiba shita' yang kesejukannya tahap pangkal rambut. Negeri yang bersebelah saja dengan Palestin ini sememangnya bukan negeri yang panas pada waktu ini,...
Masih segar dalam ingatannya memori sebulan yang lalu....
Imbas Kembali,
USIM Nilai, Ogos 2012
"Wah, rindunya kau !. Bila nak balik heh ? Tak reti nak balik ke ?", usik Salman dan Ikhwan tatkala aku dianggapnya bercuti terlalu lama. Balik Khamis, hari selasa baru nak balik ?. Tak logik, tak logik.
Mahu saja memberitahu mereka, namun hati kecil masih serba salah. Takut tak jadi, nanti datang balik macam dulu. -_-' . Hari selasa, keputusan terakhir keluar, dari awal pernah aku menduga betapa tempatku di situ. Cuma masanya sahaja yang belum mengizinkan. Rasa sebak mula timbul, berpisah dengan sahabat seperjuangan untuk berhijrah ke tempat yang baru. Namun, masa sangat terhad memandangkan hari jumaat pada minggu yang sama dikhabarkan untuk berlepas ke Jordan. Ya Allah ! Barang pun satu pun tak kemas lagi, beli pun tak lagi, surat berhenti USIM pun tak buat lagi, Kawan-kawan pun tak jumpa lagi !
Pagi selasa, segalanya mulai jelas, sedang kalut aku dan ayahku menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan, perancangan demi perancangan dilakukan. Namun, ada hikmah pada perkara yang berlaku. Walletku hilang ketika di USIM, maka segala kad ada di dalamnya. Urusan kami tergendala, disebabkan kad pengenalan yang 'hilang' di USIM, Alhamdulillah, sahabat baikku Salman menjumpainya balik. Lalu perancangan perlu direncanakan dan dimanifestasikan dengan baik.
Kemaman, Terengganu ---> Nilai, Negeri Sembilan (3 Jam) kalau bawak 160km/h .err. |
Pagi Selasa - Mempersiapkan dokumen di Kuala Terengganu, buka akaun HSBC ( xleh buka sebab tak ada IC)
Petang Selasa - Balik Kemaman, ambil barang dan 'driver'
Malam Selasa - Bertolak ke Nilai (Ambil semua barang di USIM). Sampai di Nilai pukul 1 pagi.
Pagi Rabu - Bertolak balik ke Kemaman dalam pukul 2 pagi.
Pagi Rabu - Sampai di Kemaman dalam pukul 5 pagi.
Pagi Rabu - Buka Akaun HSBC di Kuala Terengganu, pukul 2 petang ada taklimat penerbangan.
Alhamdulillah, urusanku dipermudahkan. Terima kasih Ya Allah. Cuma sedikit terkilan sebab waktu farewell jumpa dengan kawan-kawan USIM hanya pada waktu tengah malam masa nak ambil barang keluar dari USIM. Waktu itu jugalah mereka semua tahu yang ana dah nak pindah Jordan. Itupun bukan semua yang jumpa. Isk2, Mintak maaf semua tapi memang masa tak mengizinkan. T_T. Harap dapat maafkan segala salah dan silap. :'(
Esoknye, lagi bersyukur sebab penerbangan ditangguhkan ke hari selasa.Jadi ada masa yang lebih panjang untuk buat persiapan, kemas-kemas barang, uruskan mana-mana urusan yang masih tak selesai lagi. Dengar khabar waktu itu, macam-macam rempah yang kene bawa dari Malaysia sebab Jordan tak ade semua benda tu. Terbayang juga macam mana suasana Jordan, macam Oversea ke ? Hmm.
Perjalanan yang mengambil masa hampir 24 jam itu memang suatu tempoh jangka masa yang sangat meletihkan, merentasi sempadan masa. Bermula pukul 7 malam dari Malaysia transit di Bangkok selama 2-3 jam. Terus dari Bangkok transit kedua di Bahrain selama 12 jam. Dan Alhamdulillah akhirnya sampai juga di Amman lebih kurang dalam pukul 12 tengah hari waktu Jordan (Lewat 5 jam daripada waktu Malaysia). Secara total dikira lebih kurang 24 Jam. 7 petang Selasa bertolak sampai 7 petang Rabu (waktu Malaysia). Transit di negara orang pun satu pengalaman yang berharga. :). Paling shock sikit, 1 Dinar Bahrain = RM10. waa. Mahal betul, kirenye duit 100 fils (mcm 10 sen Malaysia) kat Bahrain nilainya RM1 cuma orang anggap macam 10 sen je. Huh.
Macam adik Palestin ! |
Lebih kurang macam ni jugaklah rupa Sweileh. |
Sampai di Sweileh(Tempat penempatan ramai pelajar melayu yang menuntut di UJ, University Of Jordan), satu suasana bandar yang cukup berbeza sekali. Kedudukan bandar amman di atas perbukitan menyebabkan suhunya cukup rendah. Sejuk dan nyaman meskipun panas matahari masih menyengat di waktu tengah hari, udaranya masih juga sejuk.
Hampir semua bangunan di sini berwarna tanah, paling hebat sikit di cat warna putih. Haha. Pokok pun di cat warna puteh. Jalan yang berbukit-bukit dan hampir setiap 200m pasti ada masjid di sekitar rumah orang, orang-orang arab yang menjerit menjual barang2 dan buah2 di gerai-gerai dekat masjid sentiasa kedengaran setiap kali selepas solat fardhu.
University Of Jordan |
Doakan kami pelajar medic malaysia Jordan seramai 3 lelaki(including me) + 6 Perempuan. Memandangkan kami adalah first batch Malaysia untuk Medic di Univ. Jordan, Amman. Pelajar medic yang lain kalau pernah dengar sebelum ni hanya hantar ke JUST di Irbid. :))
Maha suci Allah yang telah membenarkan aku berhijrah ke bumi anbiya' ini. Moga-moga perjuangan ini tidaklah sia-sia di sisiMu ya Rabb. Amin. Sekian...
10.30 pm - Bayt Darul Iman, Sweileh, Amman, Jordan.
1 Orang Melekat :
woh boleh masuk university of jordan ni ke? syarat2 dia sama macam nak masuk just ke?
Catat Ulasan