Ahad, 14 Oktober 2012

Keif Al-Urdun ? | كيف الأردن ?

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, sudah 14 oktober rupanya. Pejam Celik Pejam Celik dah hampir sebulan ana di sini, bumi anbiya' Al-Urdun. :). Pernah juga ada perbincangan mengenai sirah nabawiyyah, Raheeq Maktum. Bumi Syam ini satu negeri yang unik dahulunnya. Banyak sirahnya di sini. Di sinilah tempat berlakunya Perang-perang penting dalam zaman awal kegemilangan Islam, Yarmouk, Mu'tah.


Walhal, apa yang nak diceritakan sebenarnya nih =.=' ?


Hee. Okk. Cuma just nak share ape sebenarnya yang berlaku di Jordan.


Baiklah, sekarang sila buang sagala pemikiran-pemikiran dan teori mengenai Jordan yang tak berlandaskan fakta yang sahih. heh.



Suasana Sweileh, Amman.

Jordan bukanlah sebuah negara yang cukup cantik, err dalam kata lain tidaklah selawa Malaysia. Bukanlah dapat dilihat kehijauan daun-daun dan bunyi deruan ombak seperti di Malaysia melainkan pokok-pokok zaitun yang berhabuk daunnya (Hujan yang sangat sangat sangat jarang) dan iklim-iklim panas. Err, tak dapat bayangan ?.



Sweileh Gharbi, dalam 2 km jalan kaki dari rumah.

Baiklah, kita teruskan Hoho. Tapi meskipun sedemikian, tidaklah Jordan itu akan panasnya sepanas Malaysia. Heeh. (Musim selain musim panaslah). Suhu sekarang kat Jordan dalam range 25-20 darjah celcius (Peralihan musim luruh ke musim sejuk). Standard suhu macam antum pergi Cameron Highland. Cuma bila tiba musim sejuk nanti, Salji mungkin turun bergantung pada tahap kesejukan. Huish. Banyaknye musim ? Alright, jadi si Jordan ni terletak di asia barat, Bermusim empat, jirannya Palestin, Syria, Mesir, Saudi Arabia + Iraq.


Jami' Jamiah - Masjid Universiti of Jordan

Culture dan bi'ah di Jordan ni lain sikit daripada Malaysia. Ada yang pelik sikit dan ada juga yang baik. Bab-bab solat, diorang jaga. Tapi Bab-bab Aurat dan adab kurang sikit, lelaki hampir kesemuanya hisap rokok. Dushh, kat kampus bersepah-sepah puting rokok, orang arab siap ade yang hisap rokok dalam bangunan dalam kampus. Dalam office pun.. Okk, agak melampau. Dah terampampang " Mamnu' Tadkhin - Dilarang Merokok" lagi. Nantilah lain kali amik gambar, orang arab ni sensitif skit bab-bab gambar, pantang tgk henset mahal sikit boleh tangkap gambar terus nak posing atau nak marah. Pernah sekali tu ade kecoh-kecoh kat depan masjid, bulldowzhar(jentolak) sodok buah-buah dari sebuah kedai, pastu ade pelajar malaysia nak tangkap gambar, terus bising orang arab siap rampas handphone agi suruh delete balikm gambar tuhh. Fuh, mujur gak tak sempat lagi tangkap gambar, lepas tu memang trauma nak bawak keluar phone kat tgh khalayak ramai. Yang pasti, bukan ana lah yang kene tu. :P 



Kat kedai makanan Yaman
Selalu orang tempatan tanya pelajar-pelajar oversea "makan apa kat situ" ? Huhu. Ok. Normal juga di sini tapi kene biasakan dirilah. Pagi-pagi dan malam-malam biasa orang Jordan ni makan hidangan-hidangan jenis Roti mcm Syawarma sandwich, Kebab, Skalub, Falafil Sandwich, Burger lahm, roti biasa dan banyak lagilah roti-roti lain.(nak tahu rupa nya sila tanya inche google). Disebabkan matawang di sini agak tinggi, jadi makanannya pun boleh kata tinggi jugak, tapi takdelah tinggi sangat macam UK sebenarnya. # 1 JD(Jordan Dinar) ~=~ RM 4.50 . Klau standard harga Syawarma 50-60 Qurush satu. Kirenye dalam RM 2.70 jugaklah. Err. Tapi bahaya kat sini kalau dah menganggap 1JD macam RM1 in fact 1JD = RM4.50. hoho.


Serius Roti Canai XXL.
Baiklah, kemudian, tengahari orang Jordan biasanya makan Mansof - Nasi kebangsaan Jordan. Nasi kekuningan + Lauk (ade banyak jenis) + Ayam (1/4) + Bebola daging (kalau nak) + Laban (susu masam). Best jugaklah, tapi memang kalahla dengan lauk ikan singgang nenek dan mak ana, huhu. Tapi biasanya pelajar-pelajar Malaysia masak sendiri je kat rumah. Yay, kami bawak berkotak-kotak rempah ratus dari Malaysia datang sini, xdenye nak jumpa semua rerempah tu di sini. Hatta lada jarum pun xda (satu kesedihan yang amat). Pernah sekali ana ke satu restoran order makanan kat menu dia tulis Harr Jiddan (Pedas bagai nak rak), sekali makan mungkin hanya secuit kepedasan je. Lho, memang orang arab x suka makan pedas agaknya. Macam bosan je xde pedas dalam makanan.Hmm. Lagi-lagi sos cili pun sekali dua je terserempak, selebihnya semua Sos Tomato. Jhadi, bile kami masak sendiri, kepedasan itu pasti tak akan diabaikan. :)


Mudarraj Ar-Rumani, Balad, Amman

Soal public transport, sangat mudah sebab coaster (prebek sapu), berlambak-lambak kat sini :), taxi pun banyak dan murah. Biasanya kami ke Jami'ah (University) naik coaster kene bayar 35 qurush sehala sebab rumah kami agak dekat dengan jami'ah, dalam 15-20 minit jalan kaki. Oklah tu kott. Nak pergi mana-mana pun mesti naik taxi tak pun coaster. Jadi, amat mudahlah kami nak jenjalan sebab coaster murah je. Haritu pegi Irbid, dalam 70-80 km dari Amman naik coaster kene bayar 1.30 JD je. :) Pergi tempat bersejarah pun sekitar amman dah ada. macam Mudarraj ar-rumani, Colloseum Roman di Amman. Ingat nanti nak juga ke Bahrul Mayyit + Ashabul Kahfi. :))


My New Timetable :)
Alhamdulillah, walaupun kami 3 lelaki dan 6 perempuan tajaan YT di UJ(The University of Jordan) yang ambil Medic di sini adalah first batch, namun still ramai Senior Arab yang sudi membantu. Bagi buku, soalan past year dll lagilah. :). Tak semua orang arab itu jenis yang nano-nano skit. Huhu. Hatta ada seorang lecturer kimia ana, Dr. Emad namanya pandai cakap melayu, hoho. Kami siap belajar dalam bahasa melayu lagi kalau tak faham apa-apa. Rupanya dia dulu belajar di UPM Serdang. :). Dan hampir setiap kali lepas kelas dia akan panggil budak-budak melayu tunggu jap, tanya ade yang tak faham ke, bagi no Hp siap. Alhamdulillah dapat lecturer yang caring sebegitu rupa. Mengenai Akademik, kat sini credit hour tidaklah sebanyak di Malaysia dulu. Kalau USIM 25 Credit Hour seminggu tapi sini 18 credit hour sahaja (budak medik yang ambil 7 'madah'-subjek). 


Suasana Jami'ah.
Kalau budak pengajian Islam
biasanya 9 credit hour je sminggu. Itupun, kelas setiap ahad, selasa dan khamis je. Kirenye cuti diorang 4 hari seminggu. huhu. Jami'ah pun dekat je, jadinya memang tak jadi masalah untuk pengangkutan ke jami'ah. Ramai jugak yang suka jalan kaki dari rumah ke jami'ah, jimat kos tambang katanya, boleh beli halibb. hee. Best juga merantau ke bumi anbiya' ni, meskipun hanya 6 tahun, sudah lebih dari cukup untuk kuasai bahasa arab. Orang arab jordan still boleh cakap bahasa arab 'fushah' - Standard walaupun mereka biasanya guna ammi (pasar). Dan ammi ni sebenarnya tak adelah susah sangat. Asal kita tahu perkara-perkara basic. Tapi ammi Jordan boleh tahan lagilah drpd mesir. Contoh Ammi :


  • (apa) Maa -----------------------> Syu
  • (kenapa) Limaza ---------------> Leish
  • (apa khabar) Kaifa Haluka ----> Syu ekhbarak enta ? / Halla'
  • (How much) Kam saminuhu --> Geddish ? / Bikam ?
  • (pergi) izhab ! -----------------> Ruh !
  • (semalam) amsin -------------- > Embareih
dan banyak lagilah. Cuma tak ingat mana. Nak ingat senang je, kene practice selalu dan jangan segan-segan nak practice n berbual dengan orang arab. :). Oleh itu, sape-sape yang berminat nak sambung study kat Jordan ni sangat dialu-alukan lah :). hehe.

Sebenarnya, Malaysia, Jordan, US sekalipun, semuanya sama sahaja. Adalah sangat rugi dan malang sekali kalau kita hanya sekadar menuntut ilmu dan abaikan tanggungjawab kita sebagai muslim dan khalifah Allah. Sebagaimana syahadatul  Haq, Kita sedar dan kita yakin betapa manisnya nikmat iman dan nikmat islam yang kita peroleh, Maka, haruslah kita merasakan bahawa nikmat ini perlu juga dikongsi dan dirasai oleh orang lain ! Justru itulah wujudnya peranan dakwah untuk menyebarkan kemanisan nikmat itu. :) Benda yang baik haruslah kita kongsi bersama kan ?. (^_^). Jadi, sila jangan abaikan tanggungjawab kita semua. 

"Syaikh Ali Mahfuzh -murid Syaikh Muhammad Abduh- sebagai pencetus gagasan dan penyusunan pola ilmiah ilmu da'wah memberi batasan mengenai da'wah sebagai: "Membangkitkan kesadaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat ma'ruf dan maencegah dari perbuatan yang munkar, supaya mereka memperoleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan di akhirat." Kan ? Itu tanggungjawab semua orang, bukan ustad-ustad je. Buatlah semampu kita. NIat kerana Allah, inshaAllah ganjarannya besar sekali.

Andai ada lagi nak tanya boleh je, inshaAllah ana akan jawab.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.





0 Orang Melekat :

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews