Ahad, 14 Oktober 2012

Dah Memang Kami Dah Ditakdirkan Bersama :)

***PERINGATAN***
Post ini hanya boleh difahami jika anda 'memahami'. Sekian.

Bismillah

Tajuk macam jiwang. Tapi ini hakikat tentang takdir Allah yang maha kuasa :)

 "Allah jualah sebaik-baik perancang"" Dan kepadaNya jua kita akan dikembalikan"

Berkisar mengenai seorang sahabat yang ana sayangi. Memang agak 'segan' nak ekspresikan perasaan kasih kepada sahabat kita. Tapi kalau bukan sekarang bila lagi :) ?

Berukhuwwah kerana Allah itu manis. Cubalah rasa ! 

Ehh, Macam mana nak berukhuwwah kerana Allah ?

"Mudah !, kita berukhuwwah bukan untuk mendapatkan perkara selain redha Allah. Dengan maksud lain mungkin kita berkenalan dengan dia, bersama-sama dengannya di atas jalan yang paling Allah redhai iaitu Jalan Dakwah dan Tarbiyyah.

Subhanallah OSEM rasanye jika anda pernah merasainya. Belum cuba belum tahu.

Alhamdulillah kami ditakdirkan bersama berada di jalan dakwah ini di bumi anbiya' lagi :). Dahulu tak pernah terfikir bahawa kami akan tinggal bersama, di rumah yang sama, bilik yang sama, hatta Universiti yang sama lagi.

Meh3 ana perkenalan salah seorang akh yang ana kasihi.

Berasal dari Kampung Mak Chili, Anak sulung kepada 8 orang adik beradik yang masih kecil-kecil. Cukup bertanggungjawab dan peramah. 

Perangai ala-ala gila dan kadang-kadang mengada-ngada. :P 
Namun, setelah jalan dakwah dan tarbiyyah kami lalui bersama,
 suka duka bersama,
ketawa dan girang bersama, 
segala kebejatan menghilang begitu sahaja. 

Alhamdulillah, kini dia semakin 'stabil'. 

Emosinya hampir terjaga, 
Mathurat pun semakin terpelihara. 
Semamangnya impak bersahabat kerana Allah lebih mulia 
Daripada bersahabat kerana kami berasal dari sekolah yang sama, 


Al-Amin.

Walhal, Al-Amin jualah menjadi wadah bagi Allah membuka mata kami 'celik seluasnya'.
Alhamdulillah nikmat ini nikmat yang sungguh indah. Langsung tidak gulana 
Bukanlah perkara-perkara cabang menjadi perhatian kita semua. 
Bulatan Gembira pun semuanya girang gembira. 
Cukuplah tidak perlu disebut nama   
Anda yang tahu cukup hanya tersenyum sahaja

Yang pasti, sebutlah juga "Uhibbuka Fillah akhi"
Kata keramat pengikat ukhuwwah bersama
Semoga kita terus kekal menempah tiket ke Syurga
Kekal di dalamnya sampai bila-bila.

Sekian, Wassalam 
apa yg korang feel ?

4 Orang Melekat :

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews