Bismillah, lama tak post. kali ni, memang saje je post tajuk ni.tycoon ?. ada apa dengan tycoon ?.
Tycoon merupakan koleksi game strategy yang ana minat sangat. Majoritinya berasaskan perniagaan.entah kenapa. walaupun orang cakap biasa2 je, tapi best la. Walaupun hanya main kadang2 kalau ada masa lapang, sebenarnya game macam ni menambahkan pengetahuan dan skill kita.Hee.
sebelum ni ana post berkenaan fish tycoon. Tapi sebenarnya banyak lagi tycoon yang ada included :
Fish Tycoon : Jaga ikan dalam Aquarium. dah besar jual ikan.
Zoo Tycoon : Bina zoo yang menempatkan haiwan2 seluruh dunia. Bina sampai dapat 5 bintang dengan adanya kemudahan, haiwan2 yang memuaskan hati pelawat zoo kita.
Plant Tycoon : Kita tanam pokok dan jaga pokok daripada serangan parasite n serangga perosak. + practice agro technology dengan kaji specimen pokok. dan boleh dijual pokok2 ni.
Tabloid Tycoon : Kita kene rancang macam mana nak muatkan berita dalam surat khabar syarikat kita. Hantar wartawan untuk kaji tragedi2 dan boleh kira macam game detektif.
Airport Tycoon : Kita selaku manager bina Airport yang betul2 smart, sampai kapal terbang mampu dan mahu mendarat di airport kita.
Mall Tycoon : Kita diberi task untuk membina sebuah mall maximum 5 tingkat yang menempatkan puluhan kedai. Bina kemudahan dalam mall supaya ramai pengunjung yang datang berpuas hati.
Roller Coaster Tycoon : Kita bina pusat roller coaster, Roller coaster ikut design kita sendiri. dilengkapi dengan kedai2 sesuai dengan pusat roller coaster.
Cookie Tycoon : Kita kena buat cookies dan cakes dengan pelbagai resepi. Dan jual hingga beroleh keuntungan. Sesuai sangatlah untuk sape2 yang nak tambahkan resepi biskut dan kek mereka. :D
Coffee Tycoon : Kita kena buat kopi dengan resepi yang pelbagai.
Port Tycoon : Kita kena bina port kapal untuk berlabuh. Kire macam pelabuhan la. Bina tempat yang strategik dan kapal2 dapat berlabuh secara sempurna.
Lemonade Tycoon : Kita kena buat lemonade (gerai tepi jalan), dan upgrade slow2. Tapi, bukan buat sembarangan, kena tengok cuaca dan keadaan. ais nak letak banyak mana, lemon nak letak banyak mana.
Burger Tycoon : Kita kena buat burger. Hee. Best. Memang sesuai dengan naluri seorang penjual burger.
Grand prix Tycoon : Haa, untuk orang yang minat racing ni, apakata try main game ni, kita kena pastikan kereta dan pusat grand prix sesuai untuk perlumbaan.
Hospital Tycoon : hah, ni yang paling ana suka, Hospital tycoon. Kita dikehendaki untuk membina sebuah hospital yang cukup lengkap dengan segala prasarana. Hasilnya, pesakit2 yang dirawat terjaga emosi mereka. :D.
Yang ni kita dapat laksanakan muwassafat tarbiyyah yang terakhir sekali iaitu bermanfaat kepada orang lain.Jadi doktor kan ?
Actually banyak lagi game2 tycoon yang lain. Cuma belum diterokai. Well, memang bijak pereka2 games ni. Mereka sedar walaupun hanya sekadar game, business merupakan agenda yang utama dalam kehidupan. Bahkan, mereka buat dan jual game ni pun dah jadi bisnes. Jadi, muncullah pelbagai kaedah bisnes gaming ni. Kalau tengok pun kebanyakkan game tycoon berasaskan bisnes. Rasulullah sendiri seorang businessman yang berjaya. Macam mana boleh berjaya ? dengan menggunakan uslub yang terbaik demi mencapai matlamat.
Klau orang kafir, tujuan untuk gapai keuntungan itu dimanifestasikan dengan guna kaedah2 yang mudah kaya. RIBA, dan Penipuan dan macam2 lagi. Sebab, matlamat tidak menghalalkan cara.
Kita pula sebagai orang Islam, hendaklah menggunakan cara yang betul dan tidak melangar syariat Islam untuk dapat keuntungan dan perniagaan. Guna kaedah yang betul, komunikasi yang berkesan dan faktor2 lain mampu untuk memberi kejayaan kepada kita. Paling penting, jangan sesekali kita menjadikan dunia sebagai matlamat utama kita kerana kehidupan Akhirat yang OSEM adalah matlamat hidup kita. Jangan lupa tu.
p/s : Jadi, rasa2 kalau nak main game, nak main tycoon yang mana satu dulu ? :D
p/s : Jadi, rasa2 kalau nak main game, nak main tycoon yang mana satu dulu ? :D
0 Orang Melekat :
Catat Ulasan