Ahad, 22 Januari 2012

KBM ? memang OSEM !

Bismillah,

Kali ini ingin berbicara mengenai KBM...
Apa tu KBM ?

x pernah dengarkah ?
KBM adalah akronim kepada Keindahan BersamaMu, sebuah program motivasi yang cukup gempak !
Waima, (trademark wasabi senpai), apa sebenarnya yang ada dalam KBM ni >>>?

meh sini, ni nak citer satu2 ni.
kalau org terengganu, mesti selalu dengar ayat ni, 'Ce citer' = 'cuba ceritakan'

KBM, detik manis bersama KBM dalam hidup ini bermula 5 Januari 2012 harituh, even sebelum ni tak pernah tahu pun apa sebenarnya yang ada dalam KBM ni. Jadi peserta pun tidak, tiba2 ditawarkan untuk menjadi fasi. Ya Allah, beratnya tanggungjawab ni. bersama Wasabi Senpai, Muqsit, Izzat, Hanifuddin, Arif dan ramai lagi fasi lain, kami mula menunaikan amanah secermat mungkin.Alhamdulillah, setakat ini baru tiga kali menjadi fasi KBM di SM teknik dungun, dan dua lagi KBM untuk ketengah di Kuala Terengganu.

Walhal, tugas ana cukup mudah, selaku VideoMan semata. berbekalkan Nikon D3100 pada mulanya, ana mula menjalankan amanah. Alhamdulillah, 4 Video dapat disiapkan walaupun agak kekurangan. 1 slot, 1 video. tapi, ada juga slot yang tak memerlukan tugas ana. Asif, slot2nya dirahsiakan sebab KBM ada hak cipta terpelihara. tapi, absolutely OSEM !

Jap, bukan itu sebenarnya yang menjadi persoalan.

Tapi, apa yang kami dapat setelah bersengkang mata demi KBM ini ?

sejujurnya, memang banyak KBM mengajar ana erti dakwah.kenapa pulak ?, yelah, dengan menjadi fasi KBM secara tidak langsung dapat mentarbiah diri ini juga. masakan tidak, kita menjadi pendamping peserta hampir saban hari. bahkan, setiap malam pasti ada sesi refleksi bersama ummi nor dan walid muz. setiap kali KBM itulah, ukhuwwah antara fasi semakin terjalin erat. erat. erat. dan terus erat. Alhamdulillah, semakin ramai kenalan yang diperoleh. Kawan ? biar ramai. Musuh jangan ada.

Bahkan, setiap kali kita menegur orang, KBM mensyaratkan agar para fasi untuk tidak marah kepada peserta. setiap teguran wajib disertakan dengan HIKMAH, teguran memang lembut. Even, peserta yang hisap rokok pun kami tak boleh marah. malah, salute buat abang Aliff afiq pergi teman budak2 hisap rokok ( bukan hisap sekali, tapi sekadar memantau pergerakan mereka), itulah dakwah. Akhirnya, hasil yang cukup memberansangkan, mereka sedar. Kerana dakwah memerlukan uslub yang terbaik.

Kita lihat sendiri zaman rasulullah dahulu, Rasulullah tak terus2 marah2 kepada sahabat baginda yang buat kesilapan malah setiap teguran rasulullah kena dengan caranya. Maka, natijah memang OSEM.

Oleh itu, hiduplah kita dengan dakwah agar pengakhiran kita OSEM...

Sekian, salute !

2 Orang Melekat :

wasabi.senpai berkata...

wahaaa.aktif berblog kembali nampaknya.mencari mardhatillah jugakah? jangan lupa orang belakang.tarik ana sekali.haha. *psst.nama tu tukarlah 'Syafiq'. bukankah kedengarangan agak kool? err T.T

Aheed Razlan berkata...

@Wasabi senpai, tidaklah aktif mana. Kool katamu ? haha. ku fikir wasabi lebih kool. heh.

InshaAllah, mencari mardhatillah. Ameen. :D

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews