Selasa, 31 Januari 2012

LKD a.k.a Lelaki Kental Dugaan

Bismillah.


Angin pantai yang berdesir meniup sayup ke telinganya. Abdullah berpaling seketika, melihat gigi-gigi pantai bermain riang bersama ombak rindu. Ombak yang silih berganti, kau datang, aku pergi, aku datang kau pergi. sejak azali lagi kawan. Setiap yang bertemu pasti berpisah jua. Tak akan selamanya kita bersama. Abdullah merenung jauh, dalam menembusi jiwa kalbunya. Kisah tiga hari lalu masih kukuh di ingatannya. Sahabat, sebuah kalimah keramat yang cukup menyentuh jiwa, mengusik kalbu sesiapa sahaja. Melabuhkan punggungnya ke pasir pantai Terengganu, dia mula merenung kisah silamnya, copp. tak adalah terlalu silam. baru tiga hari. Ish. Susah la nak tulis ayat2 gramatis ni. Hee. Kisahnya begini


Khamis Malam,


Segerombolan bakal dai'e bertolak dari Kemaman ke Kuantan. Mereka tiba di Kuantan lebih kurang pukul 7.00 malam. Bas malam ni nampaknya pukul 8.30 malam. Alhamdulillah, usai solat jamak maghrib, isya', perjalanan kami mereka bermula. Kedah ?, sebuah destinasi yang agak jauh. Dah lama kaki ini mereka tidak menjejak ke bumi kedah. Last datang kot time form 1. Apa agaknya keadaan sana ye.


Alhamdulillah, bas mereka selamat sampai di bumi kedah kira2 jam 6.15 pagi. Inilah permulaan untuk program Latihan Kader Du'at (LKD). Team pertama yang ditemui, Crew Hidayah JB. Asyik2 hidayah. Hehe. "Mereka... tak bestlah guna mereka... "


Revert !


Kami segera mendirikan tiang agama yang pertama. Sebuah permulaan hari yang menenangkan jiwa. Usai solat, kami menuju ke destinasi yang hendak dituju, SM Islam Al-Islah Sg. Petani, Kedah. Awal Muallim Nizam sampai menjemput kami. kira-kira 20-30 minit, kami tiba di sana. Sebuah sekolah yang besar, terpegun indah. Jauh berbeza keadaannya 2007 dahulu. Haruslah, dah 6 tahun. masakan tidak berubah strukturnya. :D


Kami rehat2 sehingga pukul 12 tghari, sambil ta'aruf sesama sendiri. Alhamdulillah, ramai kenalan yang ditemui.


Pandangan Sinis, Zahier, pandangan comel Amir Luqman
12 tengah hari, berkumpul di dewan untuk sesi taklimat. Amir baru kami, Zahier Arbi mula memegang amanah untuk menjadi ketua kepada segala ketua sepanjang LKD generasi 3 ini. Lebih kurang pukul 3, kami mula bertolak ke tapak perkhemahan dengan sebuah van dan sebuah bas. Ana, isyraf, syarifuddin n 'klon abang ahmad a.k.a hudzaifah' ditugaskan untuk membeli barang2 keperluan di Pasaraya Econsave. Kami ada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diberi sebanyak RM 150 untuk membeli barang kumpulan selama 3 hari. Tapi, kami tidak asabiyyah, setiap kumpulan bergabung tenaga, jadi kami pergi beli sama2. wang 450 pun jadi cukup "sannggaatt". Tak sampai 400 pun kami berbelanja. :)


Peserta lain semuanya berjalan kaki, cuma kami berempat (ikhwah je) yang naik kereta ke tapak perkhemahan. Bukan letih berjalan, cuma agak letih berhimpit dalam kereta. Hee. Tapi, rasanya ukhuwwah kami makin erat. :D


Sampai saja di tapak perkhemahan, sesi ta'aruf bermula. Masing-masing kelihatan begitu asing di mata ini. Tidak pernah bersua muka. Tapi, ada juga yang dah kenal daripada program2 musleh n ikram yang lain. Dorm kami cukup cantik. Dorm ?. ahah, mukhayyam kali ni agak berbeza dan mungkin janggal buat mereka yang dah terbiasa dengan lasak. Khemah kami macam dorm asrama, ada simen memanjang dan di alas dengan tikar. wah, first time mukhayyam ada khemah camni. hehe. Biasanya mukhayyam sekadar tidur atas pasir n tanah. paling hebat pun dalam khemah yang basah, kadang2 banjir kilat.:D


Petang tu aktiviti tidak banyak. Kami ditugaskan untuk memasak apa yang kami beli tadi. Nasi Putih duet kari ayam, sambal bilis dan rendang daging. Menyelerakan bagi orang yang kelaparan. Sepatutnya, tiga2 kumpulan akan melakukan aktiviti dalam kumpulan masing-masing. Tapi, kami, walaupun terdiri daripada tiga kumpulan seolah-olah tiada kumpulan kerana setiap aktiviti kami lakukan bersama-sama. Tiada hijab pula antara kami. Ukhuwwah mula mantap saban waktu.


Malam, usai solat isyak dan maghrib, kami mula sesi beramah mesra. Dilakarkan muka masing2 dan ditukar-tukar pula muka tersebut. Kami asyik, beghitu seronok sekali beramah mesra. Haha. teringat pula lukisan ambe yang matanya berkaca-kaca sampai Fazli tak cam sape agaknya empunye lukisan itu. Ana pula dapat yang anwar, jauh berbeza. Memang kami cukup mesra malam itu. Alhamdulillah, gap semakin terhakis.


Kemudian, kami diberi ceramah oleh Ustaz Idris Kassim mengenai Ukhuwwah. Pengisian yang cukup mantap. Khusyuk menulis berkongsi idea bersama Aminuddin. Kadang-kadang hati ini tercuit pabila melihat sahabat handai terlalu khusyuk hingga terangguk-angguk (khusyuk ke tido tu ?). hee. biasala tu, lumrah ceramah, mesti ada yang terlena.


Malam itu, hirasah berjalan seperti biasa. Tugas kami menyempurnakan hafazan surah al-hujurat Ayat 9-12. Namun malam itu, mata ana seolah tak boleh celik segar waktu hirasah. memang tak dapat tumpukan perhatian pada hafazan. sekejap saja hirasah. Ana segera kembali menyambung mimpi. Mimpi ke ? tak kisahlah.


*********************************************************************************


Pagi sabtu, Qiam didirikan menjadi teras kekuatan ummah. Alhamdulillah, usai solat subuh, kami mula berslot-slot. Pagi itu, cukup bahagia. Tali ukhuwwah makin menebal. Bak kata izzat anuar, patutnya kita tukar nama slot ' ice breaking ' jadi ' water freezing ' tak pun ' ice bonding '. Sebab ukhuwwah fillah a.k.a fillah bonding. Malah lagi kuat daripada Ionic Bond. Makanya, kita nak kukuhkan ukhuwwah. Hehe.


Mursyid dan Izzat bersama sang Qurthon !
Pagi itu, syahadan menikmati sarapan pagi, hirupan Campbell Soup bersama Roti Gardenia cukup menyelerakan kami semua. Malah, banyak pula yang lebih. Berkat inshaAllah.


Slot kali ini agak berbeza, kami diberi tugas untuk merancang program untuk kami sendiri. Selaku kumpulan 2, slot kami pagi ini. Apa yang kami buat adalah menyemarakkkkkan lagi ukhuwwah. Acara mula dengan permainan tabir ukhuwwah, kami mula berkenal-kenalan bukan sekadar nama semata, malah saiz kasut, saiz seluar, saiz baju, nama nenek sebelah ibu, lagu feveret semuanya ditanya. Sungguh riang sekali pagi itu. kemudian, kami meneruskan game entah apa namanya, tasknya cukup mudah, peserta dikehendaki membuat gaya2 yang pelbagai di atas sehelai kain pelikat secara berkumpulan. Katekan arahannya " 1 muka, 2 dahi, 3 tangan, 4 kaki", maka pandai2lah sekumpulan itu buat gaya mereka untuk memanifestasikan arahan tersebut. Maka, kerjasama atau ta'awun amat diperlukan. :D

Ikhwah LKD GEN 3


Usai slot kami, kami rehat sebentar sebelum slot yang dikendalikan oleh kumpulan seterusnya berlangsung. Kali ini, mu'az omar pula yang jadi kepala. Slot yang juga hebad. inilah kali pertama kami buat piramid orang  yang begitu tinggi, hingga tangan kami mencecah wayar kabel. Alhmadulillah, ukhuwwah kami makin erat sebenarnya. Matlamat utama mukhayyam kali ni adalah mengeratkan ukhuwwah fillah. 


Kemudian, permainan diteruskan dengan sesi yang agak aneh. Hehe. Mursyid yang comel, selaku orang yang kami thiqah perlu duduk di atas sebuah kerusi. kami perlu menutup mata dan mengikut arahannya untuk bergerak dan mengutip sebanyak mungkin kertas2 point di tanah. memang menguji muscle jugaklah permainan ini. Tapi tak apa, asalkan ukhuwwah kami terus mantop. :D


Sesi slot rancangan kami sendiri dah tamat. Kini, kami mula memasak kembali. :D. Hidangan kari ayam dalam tin membuka selera. Ditambah pula dengan Nasi, Sambal Bilis dan rendang daging lagi sekali. Lebih nikmat lagi apabila dimakan bersama-sama. Kali ni, kami goreng sepapan telur. Wahaha. Memang seronok. Segalanya beres. Persediaan untuk ekspedisi petang ini.


Wah ! Menyelerakan, resepi ukhuwwah !


Solat zohor dan asar, kami seterusnya menyambung perjalanan mukhayyam kami dengan berhijrah ke sebuah tapak perkhemahan yang baru. Perjalanan secara ber'couple2' itu mengambil masa selama kira2 30-45 minit berjalan kaki. Sepanjang perjalanan, sesi ta'aruf mula berlangsung, Mursyid memang mesra. Alhamdulillah, terasa kemanisan ukhuwwah itu. Kali ini, ana lebih rapat mengenal hati budinya. Sahabat2 yang lain juga melakukan perkara yang sama.


Tapak perkhemahan yang tersorok !
Tidak terasa jauhnya berjalan bila kami berdua bersembang tak henti-henti. :D. Eh, ? dah sampai. sekejapnya. Tapak perkhemahan kami kali ini agak sempit sedikit. Ikhwah ditempatkan dalam kawasan yang agak tersorok manakala akhawat pula sebaliknya. Memang dalam perancangan kami, malam ini resepi istimewa. Chef2 yang memikul amanah akan memasak nasi goreng Ayam Kampung Cina. Haha, gabungan tiga jenis perencah iaitu Ayam, Kampung dan Cina. Nice bukan ?. memang best bila makan bersama-sama walaupun nasi gorengnya tak adalah best sangat. Rasa perencah je lebih. Haha. Mana taknye, tumis bawang pun tidak. Letak minyak, letak nasi, gaul-gaul, letak serbuk, letak kicap. End.Tapi gambarnya saja yang tak ada. Hee. 


Malam itu, sesi muhasabah bermula, kami bersama-sama merenung ibrah di atas segala aktiviti yang kami lakukan sepanjang program ini. Tapi, luahan kami semuanya hampir sama. semuanya bersyukur atas ukhuwwah kurniaan ilahi ini. Kali pertama program yang kami rasa ukhuwwahnya begitu erat sekali walaupun baru sehari berada di sini. Malah, yang kurang bercakap pun turut menyuarakan gemersik kalbu mereka. Malam ini, semuanya cukup jujur. Kalau boleh, kami tak mahu balik lagi dek manisnya ukhuwwah yang terbina ini.Unggas dan cengkerik menjadi saksi kemanisan ukhuwwah yang kami kecapi. Alhamdulillah, semuanya rahmat dan nikmat daripada Allah Taala. Kami mula menjulurkan kaki bertemu kaki duduk dalam bulatan ukhuwwah. Masing-masing meluahkan apa yang terbuku di hati sanubari. Ditemani pula dengan cahaya romantik unggun api dan lilin membakar diri mereka untuk menerangi suasana kami apatah lagi apabila bulan sabit menghiasi langit malap. Hangatnya tidak terasa walhal hangatnya ukhuwwah lebih menyerlah jauh daripada biasa.Kini, kami rasa cukup bersemangat untuk berdakwah kerana kami ada sahabat handai. Sahabat yang setia menemani di sisi saat diperlukan. dan sahabat yang cukup memahami diri kami.  Ya Allah, jadikanlah ukhuwwah kami kekal sampai ke syurga. amin. !


Malam itu juga, ditemani suara cengkerik, kami mula melakar mimpi yang indah bersama-sama sahabat yang tersayang di sisi.


*********************************************************************************


Pagi itu cukup hening, hirasah pula kali ini agak segar. setia disisi, mursyid, ana, syarifuddin, dan beberapa lagi ahli kumpulan 2 mula berhirasah. Kami riang mengusik unggun api, melontar ranting-ranting kecil. Api pula makin marak sekejap-sekejap seolah-olah menunjukkan ekspresinya marah kepada si pelontar. Pagi itu, ana bersama Mursyid mula menjalankan amanah yang kami pikul, melengkapkan ayat hafazan. Alhamdulillah, tak sampai 1 jam, kira2 semuka ayat hafazan itu berjaya kami hafal. Mungkin berkat dek kemanisan ukhuwwah yang terbina. kira-kira jam 3.40 pagi, kami menyambung mimpi, untuk kesekian kalinya sebelum fajar terbit.


Suasana qiam kali ini cukup mendamaikan, kalau malam sbelumnya, kami mendirikan qiam secara berseorangan tapi kali ini qiam secara berjemaah. Moga2 qiam kami diterima disisiNya. Amin.


Fajar terbit, kami mula menyinsing lengan menyiapkan sarapan pagi. sup Campbell sekali lagi menjadi hidangan ukhuwwah kami. Kami yakin, istilah "QurThon", Q qalqalah sughra dan Th qalqalah sughra juga, On mad A'rid lilsukun, pasti akan tersemat kukuh dalam ingatan kami, istilah yang menjadi saksi kemanisan ukhuwwah ini. :D


Perjalanan pulang kami ke kem lata celak mula diteruskan. Kali ini melalui trek yang lain pula. Berborak riang sepanjang perjalanan bercakap mengenai SPM, loghat terengganu, kami rasa cukup pendek perjalanan kali ini. wah, dah sampai rupanya.


Kami dibenarkan untuk mandi di sungai, yang begitu jernih. Menggigil kesejukan, masing-masing sibuk menyimbah air sesama sendiri. Kami mula menjalankan sesi muhasabah wida' di dalam air nan sejuk. Menahan kesejukan, sesi muhasabah kali ini memberi kami motivasi untuk terus memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini. InshaAllah. Kali ini, akhi zubair sudah bersama kami dalam  muhasabah kali ini selepas ke klinik semalam gara-gara gatal2 seluruh badan yang membengkak. Syafakallah.


Organisasi LKD perlu segera menghabiskan mandi. Ada meeting pula. Usai segala perancangan dalam meeting diketengahkan, Majlis penutup pula berlansung. Kami mula bersiap-siap untuk pulang ke SM Islam Al-Islah Sg. Petani. Selepas solat zohor dan makan tengahari. kami bertolak pulang dengan bas. kali ini, sesi taaruf Mujahid muda dan Mujahid Senior mula berlangsung. Hee.


Gambar Terakhir Mukhayyam LKD
Segalanya beres, program mukhayyam dah tamat. tak percaya rasanya. Rasa begitu cepat waktu berlalu. Van secara bergilir-gilir mula mengangkut kami ke stesen bas sg. petani. sempat lagi kami bermain bola sepak di padang SMIAISPK buat kali terakhir. Sebelum berpisah, kami memeluk erat sahabat2 kesayangan kami. Lagi2 mursyid, mungkin dah susah untuk bersua muka selepas ni sebab Mursyid nak pergi mesir lepas ni. Jadi, LKD akan datang dia mungkin tak hadir dah. Sebak rasanya berpisah dengan sahabat tersayang. Tapi, sebak tu disimpan saja. Takkan nak tunjuk kat orang. Hee. Bas rombongan terengganu bertolak ke Kuantan kira2 jam 8.30 malam itu. Sementara menunggu bas, sempat pula kami buat meeting utnuk perancangan LKD akan datang. tak apa, tak baik membazir masa kan. bas yang kami naiki mula meninggalkan bumi kedah yang entah bila lagi boleh kami jejaki bumi ini. Ukhuwwah yang tercetus tidak akan terhenti di sini sahaja. InshaAllah ketemu lagi pada LKD akan datang. Namun, semuanya tak terhenti di sini, bagi kami team ikhwah ganu, cabaran baru bermula.. kenapa ? ,.. hah, baca bawah ni.


*********************************************************************************


"18 Jam" perjalanan pulang ke rumah ?, memang memeritkan.


kisahnya begini, tepat jam 5.45 pagi, bas yang kami naiki berhenti di stesen bas darul makmur, Kuantan Pahang sebab tak ada lagi bas yang terus dari kemaman ke kedah. Jadi, kami terus mencari musolla untuk solat subuh pagi itu. Usai solat subuh, kami terus ke stesen bas perbandaran. Penantian kami bermula selepas solat subuh sehingga kira2 pukul 10.15 sebab tak ada bas ke kemaman. pukul 10.15 barulah sampai sebuah bas ke kemaman. Memang lama tunggu. Betul kata orang, penantian suatu penyiksaan. Sampai ada sorang pak cik teksi macam marah2 kat kami sebab tak nak naik teksi dia. Ok...


10.15  bas mula bertolak. Entahlah kenapa, biasa perjalanan dari kemaman ke kuantan dalam 35-50 minit je. kali ini kira2 pukul 11 kat2 pukul 12 baru sampai ke kemaman. Alhamdulillah, sampai juga kami di kemaman. Ingatkan dah berakhir, baru fikir nak balik rehat sekejap. Rumah pun kira2 4-5 kilometer je lagi. Tapi, takdir Allah. keempat-empat kami handphone takleh pakai. Izzat punye hp habis bateri sebab hang, ana punya dah rosak awal2 lagi di Kedah, hanifuddin ngan yakan pulak tak pakai telefon, nak harapkan telefon siapa lagi untuk call mak izzat datang ambil kami. Ayah ana ngan mak ana dua2 kerja. Hanifuddin pun sama.Yakan pula pergi tunggu di stesen bas untuk ke kerteh. Kami bertiga perlu berjalan kaki kira-kira 2 kilometer kot dari stesen bas ke yellow town sambil menggalas beg2 yang berat ini kehulu-kehilir mencari telefon awam. Entah kenapa kat kemaman ni, semua telefon awam rosak. Ish.



Habis ikhtiar, kami berhenti sekejap di kedai makan. Izzat belanja sambil bersembang sebentar buntu mencari jalan penyelesaian. Nak pinjam telefon orang ? segan lah. Nanti apa pulak mereka fikir kami bawak beg2 besar berjalan kehulu-kehilir tiba2 nak pinjam telefon orang. Last ikhtiar, kami meluru ke telefon awam  yang berderet di sebelah A&W. dulu ada 7 telefon awam kat situ, entah kenapa sekarang dah tinggal tiga. Mengangkat gagang telefon, berbunyi ! Alhamdulillah.


Centre Point Kemaman
Tapi, sayang. Sekadar berbunyi tapi takleh detect duit. Setiap kali kami letak duit syiling, duit tu terus jatuh balik. Ada tiga, satu rosak terus, dua lagi macam tu lah. Dah berkali-kali kami cuba. tapi tetap tak boleh. Kami tak ada pilihan. Terus masuk ke Centre Point kemaman, meluru ke kedai handphone, bukan nak beli Handphone, tapi sebab nak minta tolong tuan kedai charge handphone izzat sambil2 survey nak beli handphone." Tolong la kak,
sekejap je". Sambil buat muka tebal. Allah je tahu letihnya kami time tu. Dengan pakaian semalam dan muka tak mandi lagi, lagi2 beg2 berat kami pikul ke sana-sini. Mujur je gigi dah gosok awal2 lagi. kat2 lima minit, kami ambil balik handphone izzat dan mula2 handphone dah jadi hang. Dua kali hang, akhirnya boleh pakai. alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Izzat boleh call mak dia datang amik kami. Tapi, mak izzat dari kuantan, jadi kene tunggu 40-50 minit lagi. Alang-alang dah nak masuk waktu zohor, kami terus ke surau untuk solat zohor sambil rehat2 tunggu mak izzat datang. Usai solat zohor, kami rehat sebentar. Kira2 jam 2.30, mak izzat sampai. Alhamdulillah. Tapi, otw nak ke tempat kereta mak izzat tunggu, Yakan pulak yang baru nak ke surau sebab katanya dah tunggu lama dah kat stesen bas tu, tapi tak ada jugak bas yang datang. Ada pak cik kat situ suruh dia tunggu dulu, tapi kalau dah tak ada yang datang pukul 2, memang sampai bila2 pun tak adalah tu. Alhamdulillah yakan dapat jugak call akak dia datang amik. entah telefon awam mana yang dia jumpa ok tu. huhu.


Kira2 jam 2.40, ana membuka pintu rumah dan Alhamdulillah, cabaran ini sudah berakhir.


مجاهد مزلن 
18 jam perjalanan balik memang menjenuhkan. Ya Allah, jadikanlah 
pengorbanan kami tidak sia-sia di sisiMu. Amin.
Dedikasi buat sahabat seperjuangan yang dicintai. Izzat Anuar, Fathi Yakan, Hanifuddin Mustafa dan sahabat-sahabat LKD yang dikasihi. Moga ukhuwwah kita kekal sampai ke syurga.





wallahua'lam. 10.38 pagi, 31 Januari 2012.

6 Orang Melekat :

Isyraf Imrani berkata...

LKD terbaik! Fuh! Rindu la bergurau senda dengan anta, walaupun baru je 2 hari yang lepas.

Moga apa yang kita dapat daripada LKD ni menjadi bekal kita untuk bertempur dalam 'medan' dakwah insyaAllah :)

Aheed Razlan berkata...

:D Sama-sama kawan. InshaAllah. Moga, kita sentiasa dalam naungan rahmatNya. Amin.

wasabi.senpai berkata...

sudah. sudahlah bermadah pasal LKD ni. tahulah ana takdapat join. cess.

ana rindu nak jumpa zahier, mursyid sebenarnya T.T

Aheed Razlan berkata...

@wasabi senpai, janganlah emo sangat. Dah trtulis di Luh mahfuz nta tak dapat pergi LKD kali ini. InshaAllah lain kali ada rezeki adalah tu. :D, teruskan berjuang kawan.

Muhammad Mu'az berkata...

eh kenapa ana tak sedar pon nta dah update. salah ana ke? haha.

terharu ada nama ana. walaupun bukan ana handle sebenarnya. entah. bemadah pujangga dalam setiap bait kata kata manis nampak? debat dah berakhir la, mujahid. hihi.

apapun, rindu nak jumpa setiausaha kita ni. jumpa esok! dengan himmah yang baru, insyaAllah :)

Aheed Razlan berkata...

hehe, mu'az, nta terlepas pandang la tu. Huhu. Debat memang dah habis, tapi jiwa debat masih ada lagi sisa-sisanya. :D.

p/s: awal nta tahu psal Himmah 'aliyah, ana lepas LKD baru tahu. hebad. Apapun, ukhuwwah fillah abadan abda. :)

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews