Selasa, 20 Julai 2010

Dedikasi buat adikku tersayang ...

Bismillah...
Agak lama x menaip lagi.. huhu.. memang sibuk beberapa minggu ni sebab kene handle program dan macam2 lagi.. Anyway, ana just nak ceritakan sedikit mengenai 'kes' adik ana yang memang x putus2 ada orang yang tanya pasal dia ..

Pada hari rabu lepas, dia ada buat satu pembedahan kulit daripada kulit peha tampal kat kulit bahagian perut... tapi bukan cukup nak tampal semua sebab bahagian kulit yg terbakar tu agak besar dan x padan dengan kulit yang dibedah... emak ana cakap macam tampal rumput karpet aje.. petak2 kat badan.. moga2, cepat bercantum kembali kulit tu..

Dan esok, (20 Julai 2010) , dia akan jalani satu lagi pembedahan kulit sekali lagi.. kali ni untuk bahagian belakang badan pula yang hampir 90% yang terbakar... kali ni terpaksa bedah lebih byk lagi kulit di peha dia yang kecil lagi kurus tu..hurm, xpe.. asalkan dapat cepat sembuh.. doktor cakap kekulit tu akan memitosis semula untuk bercantum... tapi akan mengambil masa yang agak lama... Ana mohon doakan agar pembedahan tu berjaya berjalan dengan lancar..insyaAllah...

Mengenai musibah, ana pernah terbaca mengenai satu dalil yang mengatakan bahawa Allah tak akan menarik sesuatu nikmat tu daripada kita melainkan Allah akan gantikan dengan nikmat yang lebih baik daripada tu... Jadi, kalau antum semua rasa musibah yang kita hadapi terlalu byk, seperti yang banyak puisi2 ada tercoret..lebih kurang berbunyi : Kita rasa sedih bila matahari hilang dan hujan pula yang turun... tetapi kita lupa bahawa Pelangi akan hadir kembali apabila hujan mula reda... maka, ingatlah dalil tersebut, (maaf sebab tak ingat dalil yang mana.. insyaAllah ana akan post di lain masa).. insyaAllah.. kita akan rasa musibah itu suatu ujian yang Allah nak uji tahap kesabaran, keimanan dan pengorbanan kita untuk hadapi musibah tersebut.. dan kita bakal mengahadapi musibah dan ujian itu dengan penuh sabar dan ikhlas..

Wallahua'lam.. moga bermanfaat..

Selasa, 13 Julai 2010

Debat Antarabangsa 2010

Bismillah ~
Agak terlewat sedikit ana post kali ini..
xpe la.. asalkan x terlewat lagi.. huhu

Kesejukan di hotel Putra masih terasa di kakiku... apakah ?..

Imbas Kembali, 8 Julai 2010

Hari ini, kami semua sehari suntuk berlatih sampai ke petang.. x belajar langsung.. dah seminggu macam tu.. kali ni, ana, izzat, wasabi a.k.a syafiq, syahiran dan iqbal akan bertolak ke hotel putra dengan bas utama ekspress. (aiseh, tu pun nak citer ke ?).. anyway, journey tu sampai juga akhirnya di hentian putra... huh ! memang berat begku.. rugi x bawak beg roda.. huhu...

Sampai2 je, kami terus ke bilik utama.. perasmian majlis... dan sebagainya.. dan check in bilik no 901... tingkat 9... memang x suka naik lif.. buat pening kepala je.. huhu...

First day kami kat situ memang letih betul.. ada 4 match semuanya... pergh.. x sempat nak mandi pun 2 match pertama.. heheh..

Singkatan daripada itu,

First Match,
SMI Al-Amin kemaman (Kerajaan) Vs SMI Al-Amin Gombak (Pembangkang)
Usul : FAM Wajar Dirombak
Usul Ditolak ~
Margin = 3.6

Second match,
SMI Al-Amin kemaman (Kerajaan) Vs SMI Al-Azhar Jitra, Kedah (Pembangkang)
Usul : Peperiksaan UPSR dan PMR wajar diteruskan
Usul Diterima ( Alhamdulillah)
Margin = 2.0
 
Third Match, 
SMI Hidayah Johor Bharu B (Kerajaan) Vs SMI Al-Amin kemaman (Pembangkang)
Usul : OIC Wajar Birombak
Usul ditolak ( Alhamdulillah)
Margin = 1.5

Fourth Match,
Sri Ayesha (Kerajaan) Vs SMI Al-Amin kemaman (Pembangkang)
Usul : Penghantaran Pelajar ke Luar Negara Perlu Diteruskan
Usul Ditolak (Alhamdulillah)
Margin = 2.0 

Hari tu, memang letih betul...sampai sakit tekak... huh..
esoknya, kami ada workshop for bahasa melayu nyer debate.. memang pelik, workshop sampai nak masuk quarter final.. huhu... Lepas Zohor, kira2 pukul 3, kami pun diberitahu bahwa kami dapat masuk ke Quarter Final (Alhamdulillah !).... just 8 team sahaja yang boleh masuk quarter... akan datang, kami akan lawan team MCKK.. pergh, kumpulan top tu.. xpe2.. kami cuba phsyco hati kami supaya tak gentar... then, kamu pun pergi jolli..hehe.. bak kata orang ganu . heheh.. KLCC je... Xpe.. just nak hilangkan tension lepas habis suara jadi PM dan KP.. huhu.. Hari tu, memang tiada langsung match BM.. semuanya BI..
Esoknya lagi, hari sabtu... bersamaan 10 julai 2010, hati berdegup agak kencang.. tapi, tak adelah sekencang man sebab sudah diphsyco oleh abang zariff...heheh.. Time match, team kami tiba2 jadi semacam.. ntah kenapa... so, jadilah begini keputusannya.. apapun, kami redha dan bersyukur sebab dah dapat masuk quarter... bukan senang nak masuk quarter...huhu

Last Match,
Malay College Kuala Kangsar (Kerajaan) Vs SMI Al-Amin kemaman (Pembangkang)
Usul : Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan Wajar Diteruskan
Usul Diterima
Margin = 3.33333

......
Last match, final... Hidayah JB A Vs KISAS... Hidayah JB Juara dengan usul dewan ini percaya bahawa kita perlu berkeras dengan israel... memang sengit perlawanan kali ini... best betul... mujur kami ada rakam... huhu... Lastly, harap2 team yang akan datang akan jadi lebih baik... tahun depan ??.. insyaAllah... amiin....

Ahad, 4 Julai 2010

Dedikasi buat Adikku ~ moga cepat sembuh !

Bismillah ~


Post ana kali ni mungkin agak berbeza skit.. anyway, xpelah.. lain pun..
Semalam, wasktu semalam, adik ana ( Munzir) dan sorang abang dia dan sorang lagi jiran ana main2 api kat luar rumah... memang x duga mende ni boleh berlaku ~ 


Memang asyik mereka bermain, menurut sumber abangnya munzir, Si munzir tukang cucuh api dengan surat khabar.. mereka cuba nak bakar something tapi tiba2 terlintas nak guna petrol yang ada di depan rumah... alang2 nampak, mainlah terus.. rentetan daripada main itu, api yang sedang dia cucuh itu tiba2 menyambar bajunya. apalagi, habis terbakar separuh bajunya dan lengan kirinya masak... 


Bila bunyi riuh2 skit kat luar, tiba2 ada jiran mengetuk pintu rumah kami... Ana dan ayah ana tengah ada dalam rumah, penat.. baru lepas balik kenduri dan orang2 perempuan pula pergi kenduri ~ x tahu pulak mereka buat project bahaya kat luar rumah.. 


Bukak sahaja pintu rumah, kami terperanjat tengok keadaan munzir yang tidak berbaju dan sedang menangis sekuat-kuatnya.. mata ana terlirik kepada sebuah baju yang terbakar separuh bahagian...Ya Allah ! teruknya terbakar badan dia... Apalagi, ada jiran yang datang membantu kami , tolong hantar Munzir dan ayah ana ke Hospital sebab kereta orang2 perempuan tengah guna...Alhamdulillah, mujur kami ada jiran2 yang baik..

Luka pada badan dia teruk sangat.. malah,  kulit2 dekat bahagian tangan habis mati sel2 dalam tu.. Lepas incident tu, munzir dimasukkan ke wad biasa kat hospital kemaman, bilik yang berasingan sebab takut jangkitan kuman.. tapi, kat kemaman tiada pakar pediatrik 
(kanak-kanak) , jadi terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Terengganu dengan menaiki Ambulans hospital bersama ayah ana... lebih kurang pukul 10.40 semalam ambulans tu bertolak dari sini..


Memang besar dugaan ini, hospital kat KT pula tiada specialist bahagian kebakaran2 ni... katanya terpaksa dihantar ke hospital kubang kerian di kelantan sebab perlu buat pembedahan kulit untuk tampal kulit di tangan dengan kulit di peha... Ya Allah, moga2 kau permudahkan urusan adikku.....


Buat pembaca, ana harap agar kalian sudi mendoakan agar urusan ini berjalan lancar.. Segala apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik kejadian... insyaAllah ~ amin...

Sabtu, 3 Julai 2010

Karnival Ko-Ku

Bismillah ~

ana nak kongsi skit pengalaman ke karnival ko-ku di SMK geliga.. huhu
Well, petang tadi, sekolah ni adakan karnival ko-ku di padang sekolah ~..
agak best.. hurm.. x meriah mana sebab x ramai yg dtg...

macam2 ada kat situ... ada boothla kebanyakannya...
Sekali tu, ana ke booth science... mula2, jawab soalan teka silang kata mengenai science - chemist + bio... then, dia beri kat ana tiga alkali metal iaitu Lithium ( Li), Sodium (Na) dan Potassium (K).. kecil je.. lepas letak atas kertas turas, dia suruh letak kat dalam air ( besen kecil).. huhu.. ada gak peluang buat experiment group 1.. kalau kat sekolah xder peluang nak buat.. A' lah chemist lps ni.. hehe..

Sekejap aje lepas tu, terus tetiba hujan menghempap kami kat padang sampai ramai aje yang terpaksa balik... basah jeruk!.. huhu.. mesti ramai org yang baru nak dtg terpaksa batalkan niat sebab hujan.. apa2pun, mesti ada hikmah Allah turunkan hujan ni...Hujan itu rahmat ~

Kebetulan, ana teringat pulak kisah seorang penjual masa belajar Hadith dua tahun lepas.. Si penjual ni menjual dan mendapat keuntungan pada hari tersebut... tiba2 dia ternampak awan mendung.. lalu dia benci melihat awan itu.. Tiba2 dia rasa serba salah dia rasa benci atas hujan yang beri manfaat kepada umat manusia.. lalu, dia buat keputusan untuk tak mengambil sedikit pun keuntungan yang dia dapat pada hari itu.. 

Kesimpulan daripada kisah di atas, janganlah kita benci sesuatu yang beri manfaat kepada orang lain walaupun perkara itu kita rasakan tidak memberi faedah kepada kita.. Allah lebih mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui...

Berbalik kepada kisah sebenar, Malam tadi.. ana pergi sekali lagi ke sekolah yang sama sebab ada pula konsert amal In-Team bagi dana surau Sekolah itu.. harap2 lepas ni, budak geliga jadi lagi rajin solat .. huhu

Sepatutnya konsert kat padang tapi sebab pdg lecoh donno, terpaksa pulak buat dalam dewan yang kecil tu.. memang tak muat sebab ramai betul yang hadir.. budak2 asrama banin alamin pon dtg jugak.. jalan kaki katanya .. huh, rajin betul ~... jauh kot ~

Nilah sedikit sebanyak gambar yang sempat ditangkap dan diikat supaya tak lari ~ huh !

* Cabutan bertuah 'N 090206' yang terkena, huhu*

*in team khusyuk nyanyi atas pentas*

* Para pendengar yang setia.. x bangun2 daripada tempat dudk mereka*

* Cuba teka siapa yang pakai tudung hitam (kanan) ni... pendengar paling khusyu' yang ada dalam dewan.*

*wakil selangor turun ganu untuk tengok persembahan in-team kalini.. hehe.. kan mail ?*

* Semangat betul abg bob budin kita melambai-lambai tangan riang gempita.. heheh*

*Penyanyi shoutul Iman cuba meniru suara penyanyi in-team.. heheh*

* hamper menang cabutan bertuah,huhu.. tak ingat nak rotate-kan*

* habis kotor selipar crocs-ku sebab kene lumpur2 di padang*

* Muslim (kiri) dan Munzir (kanan).. adikku tertidur dengan penuh gaya sebab mengantuk sangat kot..*

Sekian post ~ moga beri sedikit feedback, ataupun comment ataupun chatbox ataupun follow je.. huhu....wassalam ...

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews