Ahad, 11 Disember 2011

My Aunt is Amazing

Bismillah,


Aunt Nurul
Post kali ni dedikasi buat my aunt.
hee.

Alkisah, Bertolak pagi Jumaat menuju ke Prawn River (Sg. Udang, Melaka) untuk bermalam di rumah emak saudara. Memang perjalanan yang panjang. Bersiang hari di dalam kereta memang meletihkan. Letih menunggu masa untuk sampai.

Sampai di destinasi, pukul 7 lebih, saat orang ramai sedang sibuk mendirikan tiang agama berakaat 3. Tapi kami dirikan 5 sekaligus. Jama' Takdim, destinasi masih panjang.

Malam, ditemani buku PQS disisi, setia menanti masa untuk dibaca. Suasana dalam rumah baru ni gelap, kadang2 diselang-seli bunyi gelak tawa sepupu sepapat riang gembira bermain DOTAnya. Entah apa yang begitu menarik di jiwa.


Zahier Arbi, budak SMI Hidayah, pendebat berkaliber tiba-tiba menerpa di skrin Telefon bimbit mula mencuit hati kecil ini. Ditanyanya soal nadwah tapi sayang tidak pula pernah kusertainya. Suaranya sedikit hampa tapi kedengaran ceria. Soalnya lagi SPM apa cerita. Kukatakan baik2 saja padahal dalam hati Ilahi saja yang tahu.


Namun, apa kaitan tajuk post dengan cerita ?


Esoknya, lebih kurang pukul 11, kami bertolak ke Muar, Johor menghadiri majlis sambut menantu. Kalau dahulu di kampungku, pengantin perempuan buat kenduri kahwin, kini giliran lelaki pula...


Pak Yid
Ingatkan biasa, rupanya ini majlis sambut menantu relativeku yang paling unggul.. Unggul yang bagaimana tu ?

Sampainya kami di sana, disambut meriah oleh keluarga Bapa saudara sabitku, Ku panggil Pak Yid (Farid), maklumlah, Orang besar TLDM Kuantan, agak grand sedikit la katakan..


Keluar saja My Aunt (Mak Nurul), wow.. siapa tu ? muka berbeda. Hee.
nak ketawa pun ada. Make up memang tebal, tu pun kira okay sebab x pakai bulu mata.
apapun, it's not the main and the vital point.

Menyisip pedang kembali ke dalam sarungnya

Ketibaan disambut dengan persembahan pra-pancaragam dari TLDM. Kawad kecil + pedang disisi. Wow. Amazing, then ada pulak kira2 tuujuh orang kot orang bersilat di depan pengantin. Dengan paluan kompang hampir memekikkan telinga. Mujur awal2 dah suruh Ear pinna tangkap sound waves sikit2 je. Hee.

Kapten ! Tabik Hormat !

Persembahan Silat Gayung kot.. entahla..

Semangat !!


Best layanan kenduri orang johor. Sedikit tanggungjawab dan tidak menyusahkan. (^_^).
Setiap meja macam meja kat kedai makan, dibalut kemas dan siap ada tempat basuh tangan lagi (x tahu nama apa)...
My cousin, Aslam si MRSM n Salam



Alkisah for Alaminians, Semasa ana nak ambil nasi yang wangi disaji buat tetamu, seorang mak cik penjaga bertanya, "Ni comel ni sekolah tingkatan berapa ?", bahasa formal Johor. Sekadar tersengih sambil menjawab tingkatan lima belum ckup, ana terus disoal dengan soalan yang bertubi-tubi sampailah dia beri pinggan nasi kepada ana. Perbualannya begini ;


Mak cik : Ni comel ni, sekolah tingkatan berapa ?
Si Comel : Tingkatan lima mak cik (tersengih malu2)...tgh SPM ni mak cik.
Mak Cik, Sambil mencedok nasi : Oh, berapa paper lagi ?
Si Comel : 1 je, Quran Sunnah..
Mak Cik : Sekolah agama ke ? Maahad ?
Si Comel : Eh, tak adalah mak cik.
Mak Cik, siap mencedok nasi : Dahtu sekolah mana ?
Si Comel, tangan contract berhasarat untuk mengambil pinggan nasi tapi tidak dilepaskan  mak cik : Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman.
Mak Cik terfikir..
Segera Si comel memintas : Kalau dekat johor ada Hidayah JB, mak cik kenal ?
Mak Cik : Oh, Kenal sangatlah. Bagus budak2 sekolah rangkaian ni kan. Mak cik tahu ramai yang bagus2.. tapi ini untuk orang berada je kan...
Si Comel : ni pun mak cik, sekolah MRSM ( jari menunding ke arah sepupu )
Mak cik seolah2 x dengar je perkataan MRSM tu..
Mak cik : ni mesti orang berada kan ?
Si Comel : eh, biasa2 je mak cik.. ( sambil slow2 tarik pinggan nasi, hee)
Mak cik tersenyum merelakan pinggan nasi dilepaskan.


tahniah Hidayah JB sebab dikenali. Nanti Al-amin pula menyusul. Tapi, bukan itu persoalannya. Orang lebih berminat terhadap Akhlak bukan intelek semata. Cuba fikir dan komen persoalannya ( cara memenuhkan ruangan komen)


Usai makan segalanya, kami bertolak pulang ke kemaman. Perjalanan yang gelap dan membosankan bermula kembali. Akhirnya di sini, sambil mengupdate blog. ( mandi pun belum lagi)..

Happy Family ~
Apapun, tahniah buat Aunt Nurul dan Pak yid yang baru mencecah jinjang pelamin. Moga behagia hingga ke anak cucu di bawah limpahan rahmat kurniaan ilahi.










0 Orang Melekat :

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews