Fish Tycoon ~ |
Sony Vegas Pro ? :)
Terasa berminat untuk mempelajari cara buat video guna Vegas pro ? apalagi, tanya je -|SyaheedViaMujaheed|- skrang juga ! apa tangguh lagi ? Kalau nak lagi private, emailkan je ke ahmadmujad@gmail.com
~ Tarbiyyah bermula di sini ~
Tarbiyyah a.k.a pendidikan bukanlah suatu yang membosankan, malah tarbiyyah sememangnya OSEM kot ! huhu. Selamat mentarbiyyah diri !
Dah hafal muwassafat tarbiyyah ?
Amacam dengan tarbiyyah anda kini ? OSEM bukan ?, btw, untuk memastikan tarbiyyah kita mencapai taraf yang lebih OSEM, hafal dan amalkan apa kita hafal. Ilmu bila amal kal syajar bila tsamar kan ~
Dai'e ? Khalifah ? Apa tugas Mereka ?
Asyik2 dakwah... kenapa topik ni hangat sangat ?, klau nak tahu, tugas dakwahlah merupakan tugas yang tak akan selesai till the end of our life. so, jika kita nak selamat di ahirat kelak, perbekalkan amalan baik sebanyak-banyaknya including dakwah. We are khalifah of Allah ! Let's do it !
Selasa, 27 Disember 2011
Fish tycoon ~
Ahad, 11 Disember 2011
My Aunt is Amazing
Malam, ditemani buku PQS disisi, setia menanti masa untuk dibaca. Suasana dalam rumah baru ni gelap, kadang2 diselang-seli bunyi gelak tawa sepupu sepapat riang gembira bermain DOTAnya. Entah apa yang begitu menarik di jiwa.
Zahier Arbi, budak SMI Hidayah, pendebat berkaliber tiba-tiba menerpa di skrin Telefon bimbit mula mencuit hati kecil ini. Ditanyanya soal nadwah tapi sayang tidak pula pernah kusertainya. Suaranya sedikit hampa tapi kedengaran ceria. Soalnya lagi SPM apa cerita. Kukatakan baik2 saja padahal dalam hati Ilahi saja yang tahu.
Namun, apa kaitan tajuk post dengan cerita ?
Esoknya, lebih kurang pukul 11, kami bertolak ke Muar, Johor menghadiri majlis sambut menantu. Kalau dahulu di kampungku, pengantin perempuan buat kenduri kahwin, kini giliran lelaki pula...
Pak Yid |
Sampainya kami di sana, disambut meriah oleh keluarga Bapa saudara sabitku, Ku panggil Pak Yid (Farid), maklumlah, Orang besar TLDM Kuantan, agak grand sedikit la katakan..
Keluar saja My Aunt (Mak Nurul), wow.. siapa tu ? muka berbeda. Hee.
nak ketawa pun ada. Make up memang tebal, tu pun kira okay sebab x pakai bulu mata.
apapun, it's not the main and the vital point.
Menyisip pedang kembali ke dalam sarungnya |
Ketibaan disambut dengan persembahan pra-pancaragam dari TLDM. Kawad kecil + pedang disisi. Wow. Amazing, then ada pulak kira2 tuujuh orang kot orang bersilat di depan pengantin. Dengan paluan kompang hampir memekikkan telinga. Mujur awal2 dah suruh Ear pinna tangkap sound waves sikit2 je. Hee.
Kapten ! Tabik Hormat ! |
Persembahan Silat Gayung kot.. entahla.. |
Semangat !! |
Best layanan kenduri orang johor. Sedikit tanggungjawab dan tidak menyusahkan. (^_^).
Setiap meja macam meja kat kedai makan, dibalut kemas dan siap ada tempat basuh tangan lagi (x tahu nama apa)...
My cousin, Aslam si MRSM n Salam |
Alkisah for Alaminians, Semasa ana nak ambil nasi yang wangi disaji buat tetamu, seorang mak cik penjaga bertanya, "Ni comel ni sekolah tingkatan berapa ?", bahasa formal Johor. Sekadar tersengih sambil menjawab tingkatan lima belum ckup, ana terus disoal dengan soalan yang bertubi-tubi sampailah dia beri pinggan nasi kepada ana. Perbualannya begini ;
Mak cik : Ni comel ni, sekolah tingkatan berapa ?
Si Comel : Tingkatan lima mak cik (tersengih malu2)...tgh SPM ni mak cik.
Mak Cik, Sambil mencedok nasi : Oh, berapa paper lagi ?
Si Comel : 1 je, Quran Sunnah..
Mak Cik : Sekolah agama ke ? Maahad ?
Si Comel : Eh, tak adalah mak cik.
Mak Cik, siap mencedok nasi : Dahtu sekolah mana ?
Si Comel, tangan contract berhasarat untuk mengambil pinggan nasi tapi tidak dilepaskan mak cik : Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman.
Mak Cik terfikir..
Segera Si comel memintas : Kalau dekat johor ada Hidayah JB, mak cik kenal ?
Mak Cik : Oh, Kenal sangatlah. Bagus budak2 sekolah rangkaian ni kan. Mak cik tahu ramai yang bagus2.. tapi ini untuk orang berada je kan...
Si Comel : ni pun mak cik, sekolah MRSM ( jari menunding ke arah sepupu )
Mak cik seolah2 x dengar je perkataan MRSM tu..
Mak cik : ni mesti orang berada kan ?
Si Comel : eh, biasa2 je mak cik.. ( sambil slow2 tarik pinggan nasi, hee)
Mak cik tersenyum merelakan pinggan nasi dilepaskan.
tahniah Hidayah JB sebab dikenali. Nanti Al-amin pula menyusul. Tapi, bukan itu persoalannya. Orang lebih berminat terhadap Akhlak bukan intelek semata. Cuba fikir dan komen persoalannya ( cara memenuhkan ruangan komen)
Usai makan segalanya, kami bertolak pulang ke kemaman. Perjalanan yang gelap dan membosankan bermula kembali. Akhirnya di sini, sambil mengupdate blog. ( mandi pun belum lagi)..
Happy Family ~ |
Jumaat, 9 Disember 2011
Jangan Tekan, nanti korang akan terkejut.
Saje je buat tajuk seperti di atas. hee
Apapun, post kali ni, nak ceritakan sedikit pasal kem terendak...
apa tu, ?
Terletak di selat melaka, memang cantik kemnya. siap ada MRSM kem Terendak lagi,
jadi ana berpeluang ke sana sebab bapa saudara ana jadi mejar kat sana. Sebut je nama dia, kot2 sume org kat sana kenal.
source : wikipedia.
Isnin, 21 November 2011
Jumaat, 22 Julai 2011
Walimatul Urusan Peribadi ?
Lama x update, terlupa + malas + x sempat + x de idea...
Apapun, Alhamdulillah idea tercetus juga akhirnya...
Ilham : Radin Graphix
Karya : SyaheedViaMujaheed
"Wah ! dah nak kawin dah kak shidah ?" (biasanya nada `be'banat)
"Apa ?!!, kakak anta dah nak kawin ?, biar betik !"- ( terselit unsur hiperbola :P)
"Wah, tahniah ye mujahid, dapat abang ipar baru...", (ada yang lama ke ?)
"Eee... seronoknya anta dapat merasai suasana family nak kawin", ( Erk, ana rasa biasa je)
"Eh, kakak anta kahwin sama tarikhlah dengan abang ana !, ( Faiq Azah)
"Hai adik ipar !", (apakah ?)
Begitulah celoteh masyarakat tatkala melihat memo di bawah ini :
Silalah hadir ke Walimatul urus kakak Ana
(Murshidah Mazlan + Ahmad Asyraf)
di teratak kami beralamat : 8175 Lorong Gong Pauh 2, 24000 Chukai, Kemaman, Terengganu,
Aturcara majlis : 12.00 p.m - 5.00 p.m
Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma bilkhair.. amin..
kalau nak tahu jalan.. sila tengok map di bawah ini.. (^_^)
Konklusinya, selamat pengantin baru kepada kakak ana.. moga segala urusan dipermudahkan.. amin... juga kepada Abang Faiq yang walimatul urus pada hari yang sama.. ngee..
Datang la beramai-ramai.. (^_^)
Jumaat, 10 Jun 2011
MGBSIM 2011 ~
Sengit : Semi Final - Hanifuddin (SMIAAK) VS Mus'ab (SMIH) |
Bismillahirrahmanirrahim..
Baru-baru ini, SM Islam Al-Amin Kemaman telah menghantar wakil ke Karnival Ko-Kurikulum Musleh, MGBSIM 2011 yang bertempat di SM Islam Hira' Jeram, Selangor.
Berikut merupakan keputusan yang diperoleh oleh peserta dari SMI Al-Amin Kemaman.
Ping Pong : Banin : Single : Naib Johan (M. Hanifuddin)
: Double : Tempat Kelima (Arif Che Engku & Irfan Amiruddin)
: Banat : Single : Tempat Ketiga (Anis Suhailah)
: Double : Tempat Ketiga (Robiatul & Fatin Fathiah)
Amal Islami : Khat : Banin : Tempat Keempat (Abdul Muqsit)
: Hafazan Hadith : Banin : Naib Johan (Izzat Anuar)
: Banat : Johan (Mardhiyyah)
: Tilawah Al-Qur'an : Banin : Tempat Keempat (Ikmal Haziq)
: Banat : Tempat Kelima (Auni)
: Nasyid Islami : Banin : Tempat Kelima (ShouIm), maklumat lanjut layari ; www.shouim.wordpress.com
Tahniah diucapkan kepada Para pemenang. Antara acara lain yang dipertandingkan adalah Futsal, Bola Jaring, Sepak Takraw, Catur, Pidato, Khutbah, Gubahan Bunga, Bercerita Sirah dan Hafazan. Namun, belum rezeki kami untuk memenangi acara2 tersebut. Meskipun begitu, bukan tak menang bermakna kalah, tetapi ramai lagi yang hebat. Mungkin boleh cuba lagi pada masa akan datang. InsyaAllah.
Rabu, 1 Jun 2011
Video ? Minat ke ?
Bismillah... Baru ada idea...
kendatipun, ana dengar ramai sebenarnya yang minat dalam buat2 video ni.. cuma tak tahu saluran mana yang ingin digunakan untuk mengembangakn bakat tu..
pertamanya, kene tahulah software atau perisian yang digunakan untuk buat video..
- yang paling basic ialah windows movie maker.. tapi ana tak suka guna software tu, dan x pandai pun.. ntah nape padahal lagi senang rasanya...
- Yang biasa ana guna dan yang first ana guna ialah Sony Vegas Pro 9.. sekarang dah ada yang 10 punya.. biasa cari dan download di torrent.. senang... kalau nak link.. insyaallah ana cari balik..
- yang advance sikit, yang ni ana tgh belajar, Adobe After Effects CS1 - CS5 .. biasa ana guna CS4... okay kot.. nampak macam kompleks, tapi, klau dah pandai senang je sebenarnya.. enjoy rasa bila guna..
- Kalau nak belajar wat animation 3D, boleh try Cinema 4D, Blender, Reallusion IClone Pro 3D dan byk lagi... ana pun tak sempat nak belajar byk2... sibuk SPM tahun ni... Ada masa insyaAllah boleh belajar..
Kedua, lagu mestilah best2 untuk letak dalam video ni..
- ana memang x suka letak lagu2 yang ada suara dlm video.. dan x pernah pun buat video camtu.. rasa mcm tak best la..
- dahtu, nak letak lagu ape ?.. apa nama lagu2 yang x de suara tu ?
- antum boleh guna :
1- instrumental music - lagu jenis lembut2, sedih2
2- immediate music - lagu jenis rancak2 skit, bukan rock tapi percussion jugaklah... drum dsbgainya
3- techno - ni ana x suka mana, bunyi macam DJ2 skit... mcam disco jugaklah.. x soleh dengar..
4- kalau nak bunyi effect pendek2, guna " sound designer FX ". cuba search torrent.. ada kot.. dia ada byk bunyi sound effects dalam satu folder... kene download la..
5 - ProScores - yang ni music jugak.. dia ada byk jenis music... try search : " Video Copilot - Proscores "
6 - kalau tahu jenis2 lagu yang lain, boleh la share dgn ana... ^_^
cakap psal video, org selalu tanya ana,..
"anta belajar kat mana wat video2 ni ?.."
" Sape ajar anta wat video ni ?"
"Wah, ajarlah ana sekali wat video gini .."
sebenarnya, asal2 tercetusnya minat nak wat video ni dari Akh Munzir Muzahar... first time ana tgk video SeBuDaYa 2010, ana rasa kagum.. kalau tgk balik hari ni, ana nampak byk sgt benda yang perlu dibaiki dalam video tu.. sesuai la tu, nama pun first video... Cumanya, ana ni jenis yang tak suka tengok tutorial dalam youtube mcm ramai org buat... satu je yang ana suka tgk iaitu tutorial Video Copilot..
tapi, ana lebih suka 'kobek' sendiri apa2 yang ada dalam software tu... contohnya macam vegas... ana selidik sendiri jugaklah... walaupun ada jugak org2 yang berjasa ajar ana skit2. lama2 kita rasa menda tu senang pulak.. vegas memang senang... belajar x lama pun.. asal ada minat je..
Berbalik pada kisah first video, video pertama yang ana buat ialah video batch 7 tahun lepas.. secara jujurnya, memang hodoh jugaklah video tu.. malu rasa bila tgk balik... haha..
Apapun, minat buat video.. boleh try cari2 dulu software yang berkenaan... dan jgn buat video masa musim periksa... ana selalu jugaklah kene tegur dgn parent ana sebab bersungguh sgt wat video ni.. belajar jgn diabaikan... video tetap video.. dan kalau boleh buat video psal belajar lagilah bagus...
akhirulkalam.... tambah ilmu, tambah amal... insyaAllah buat kebajikan byk2.. bermanfaat kepada ummah"
Wallahua'lam..
P/s : sedang dalam proses buat video terbaru sempena 10 tahun penubuhan al-amin kerteh.. sebarang sumbangan idea sgt dihargai... ana pun dah kering idea nak buat macam mana video tu..
Update ?
anyway, ana nak share sikit video SeBuDaYa CS3 hari tu.. dibuat dengan susah payah, penat jerih bersama dengan Radin Graphix.. huhu..
anyway, enjoy...
p/s : ana tgh belajar wat video ni, kalau ada apa2 boleh share.. silakan..
Khamis, 3 Februari 2011
XPeRT10 - Terengganu, Pahang, Melaka
Asif jiddan2 liannani x sempat untuk mengupdate blog...
sebulan menunggu,
klinik tutup,
Doktor termangu,
bila boleh update up.
what a poem..
InsyaAllah, sedikit video daripada ana...
creating hours : 12 pm until 5 am..
what a long period...
moga bermanfaat...