Kali ni ana hadiri sebuah Majlis Pelancaran IKRAM di MINES ~
Memang dapat sambutan hangat... Pergh~ ramai betul orang yg ada dlm dewan pelancaran ni ~ sesuailah dgn dewannya yg besar tu ~ ceritanya camni....
Imbas Kembali, 20 Jun 2010, Ahad
Tepat jam 0000, ana, abg ana, dan ayah ana dah ada di depan centre point, menunggu kedatangan bas SP Bumi yang jemput kami ke Majlis tu... Xdelah lama sgt tunggu... TikTok2 je, bas dah sampai.... memang rasa agak teruja kali ni.. entah kenapa... masa nilah bayang camne org lainkat skolah blja kat dlm kelas tapi ana ponteng untuk ke majlis ni.. hehe.. tapi, xpe... COO, PK Hem skolah pon pegi jugak ke majlis ni.. tak perlu dirisaukan .. huhu
Ana kene duduk di tempat paling belakang.. agak tinggi... habis sakit2 kaki duk asyik menayang je dari tadi.. huhu... Dalam bas, ramai jugak PakCik2 yang datang dari KT, Dungun, Kerteh.. kiranya ni konvoi wakil IKRAM Terengganu la.. huhu..
Kira2 beberapa jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Masjid Pandan Indah... memang indah masjid tu.. kami berhenti solat2, mandi2 dan siapkan diri.. wangi2... huhu.. usai solat subuh, pukul 6.30 pagi kami bertolak ke sebuah restoran yang berdekatan for sarapan pagi... REAL MAMAK NASI KANDAR ! haha.. makan roti canai kot.. huhu..
Habis saja menjamu selera, kami pun bertolak ke Mines.... X
lama sangat pon... Sampai2 je terus nampak ramai orang dari kejauhan... sayup mata memandang.... huhu.. ayah ana cakap kira2 5000 lebih orang yang akan datang kali ni.. Fuh, ramai betul... sesuailah dengan dewan dia yang besar macam gudang tu...
*(Pemandangan dewan dari tingkatan atas, ZON F)*
Memang sangat89 ramai orang yang ada kat dalam dewan ni..... ibarat semut menghurung gula je..heheh.. Majlis dimulakan dengan memperkenalkan orang2 kuat IKRAM.. pastu ada ucapan daripada YDP IKRAM... memang lama betul ucapan dasar dia... siap beri buku lagi.. dalam tu ada tertulis skrip2 ucapan yang disampaikan.. orang2 sekeliling ana asyik duk hitung je berapa muka surat lagi nak habis ucapan ni.. huhu..memang lam dan penuh mesej... sampai ada yang mengangguk terlebih faham ~ huhu
Lagu IKRAM :
Lagu IKRAM :
Then, kami ramai menyanyikan lagu IKRAM... lirik yang mantap dan nyanyian dari kumpulan SaffOne... kalau dulu Saff One nyanyi lagu KRJ Terengganu, sekarang mereka pulak yang nyanyi lagi IKRAM... Kami ingatkan ada lagu je.. rupanya penyanyi2 sekali datang jugak nyanyi lagu tu..
Sementara, si anas dan icap yang duk sebelah ana suka sangat buat kecoh.. haha... tapi, best jugaklah sebab dapat pengalaman ke majlis yang betul2 grand macam ni... bukan senang kan nak pergi.. siap ada etika pemakaian lagi.. kalau yang pkai selipar tu kene duduk belakang2 je sebab x formal.. huhu.. so, kami kenelah pkai kemeja smart2 nak ke sana.. huhuhu....
Ada jugak seorang Pak Cik tu memang semangat betul bertakbir dalam dewan tu.. bayangkan dewan yang sebegitu besar dan orang yang sebegitu ramai dengar takbir dia dan sahut ramai2.. pergh... memang menggetarkan jiwa sesiapa yang memahaminya.. huhu..
Habis sahaja ucaptama persmian majlis pelancaran IKRAM, sahlah tertubuh IKRAM yang sudah sah.. Lepas tu, kami semua boleh rehat2 dulu... time nilah, ana jumpa kembali sahabat ana dari Hira' jeram... Zahin.. betullah.. dunia ni memang kecil... huhu..
Lepas rehat, kami masuk semula dewan untuk sesi tazkirah perdana.. memang best tazkirah dia.. agak mantap.. Then, persembahan dari kumpulan Saff One dengan album barunya.. Best kot.. huhu.. Akhir sekali ialah doa penutup.. kali ni, memang lama betul doanya.. kira2 15 minit kot.. memang mengharukan... x kurang juga ada yang terlelap sebab lama sangat doanya dan agak keletihan duk atas kerusi lama2...
Kami keluar dewan selepas habis majlis kira2 pukul 1.50 petang.. so, kami pon meronda2 dulu kawasan sekitar situ.. ada banyak je jualan yang dibuat.. riuh sekali macam pasar malam.. kot2 lebih riuh.. dahlahh ramai kene bersesak2 nak lalu... Lepas solat jama' takdim di surau, kami bertolak pulang tapi kene berhenti lagi di masjid yang lain sebab ada lagi yang x sempat solat tadi sebab suraunya kecil sangat.. huhu...
Conclusion, moga IKRAM terus subur membangun bersama islam.. amin ~
Untuk maklumat lanjut, layari :
HarakahDaily ~
MalaysiaHarmoni ~
IKRAM.org ~
DLL... Sekian, Terima Kasih ~
Untuk maklumat lanjut, layari :
HarakahDaily ~
MalaysiaHarmoni ~
IKRAM.org ~
DLL... Sekian, Terima Kasih ~
2 Orang Melekat :
nta mstie pkai selipar kan..?
nta pakai baju kemeja semak2 pun dop gne..
sbb still kne duk kat blkang..
p/s: bdak2 duk kat blakang..haha..
aish.. mana ada ana pkai selipar.. pkai kasut kot.. ana duk tgh2 la bukan kat blakang2.. budak2 pown kalau smart ley gak duk dpn.. huhu
Catat Ulasan