Bismillah...
Blogger2 sekalian, ~ tahu x L.E.A.DE.R.S tu ape ?
kalau nak tahu, dalam program ni ada slot2 di bawah..
slot 1 = ice breaking
slot 2 = Public speaking
slot 3 = Karnival Palestin
slot 4 = Jungle Trekking
slot 5 = GMI
slot 6 = Dakwah
slot 7 = Syabab: Merealisasikan....
tujuh je rasanya.. mungkinlah.. x ingat mana..
mungkin kat atas ni point2 yang panjang sangat kot...
ringkasan kepada slot2 ni ada kat bawah ni..
Baca kat bawah ok ?... baca sampai habis pon takpe..
habis bace tu, follow dan komenlah skali kalau sudi.. huhu
Imbas kembali, 14 jun 2010, Rantau Abang
Tuan rumah sendiri sampai lambat .. Heheh.. Sampai2 je kami terus daftar dan masuk dewan kat sana.. de، teratai resort..lambat betol sampai.. Ish3. Slot pagi ni as usually.. Sesi bahagi kumpulan dan
well, lepas slot ice breaking, ada pulak slot yg disampaikan oleh pak cik abas sahat.. Public speaking... Dlm slot ni, kami diberi taklimat tentang camne nak sampaikan public speaking dgn berkesan dan smpi mesej tu kepada pendengar dan mad'u kita....
habis je slot ni, kami terus rehat tghri.. Tugasan yg lebih mencabar diberi.. Apa tu ?.. Arahan dr abg mus selaku pengarah program : antum semua kne sediakan booth utk pameran malam nanti sempena karnival palestina !.. Kami memang blur lah.. Tak tahu mcm mana nk buat ruang pameran lebih2 lg abg mus ckp org kg. Sekitar cni nk dtg... whoaa ! Cmne nk buat ni...
Sementara, bilik chalet baru je terima kunci bilik 214... Bhagian tepi skali, igtkan best la ni angin sejuk boleh masuk.. Tgk2 kipas syiling rosak kot.. Mujur gak ada kipas stand... Huhu... Roomates, syafiq akram, salahuddin, zulfadhli: amir, dan nasrullah si putrajaya.. Huhu..
Selesai saja solat zohor dan pack2 brg masuk ke dlm bilikku yg comel.. Haha..
Kami terus ke tempat perbincangan terbuka kat tepi pantai yg indah dan angin sepoi2 istilah.. Huhu.. Memang pyh betol nak perah otak nak pikir idea yg sesuai nak buat booth ni... Lagi2 si anas, baim ngan icap ni memang mcm bertih jagung ckp nonstop.. Haha ~
* ini booth kumpulan kami yang terletak di atas kapal mavi marmara tiruan*
Tiba2, kedengaran suara abg afiq menjerit dari pantai... skrang adalah masa demo ! semua sekali turun ke pantai cepat !... dengar je jeritan anak ganu tu, semua orang bergegas berlari2 ayah menuju ke pantai sebelah chalet kami... bila semua dah berkumpul di persisirang pantai, abg afiq mula ckp " kamu semua diminta beredar sekarang ! ini tempat awam dan kamu semua x dibenarkan berdemontrasi di sini !".. pastu, mulalah ada jeritan2 dari akhawat terutamanya membantah pihak kerajaan a.k.a FRU ! huhu... banin yang tadi masih terpinga-pinga mula mencedok kefahaman ... lantas, terus saja ada yang jerit jugak membantah kerajaan lakonan.. malam tu memang gelap... mujur gak adalah skit2 sumber cahaya dari lilin.. huhu.. kami terus saja berdemo menentang kerajaan lakonan... banin pon dah mula nak bising.. suasana jadi hiruk pikuk.. menjerit sana sini... bertakbir bergema alam.. "hidup...hidup !, hidup islam !.. hancur2! hancur zionis !... masing2 menyahut suara lantang amir kami.. huhu
Dipendekkan kisah mengenai demo, kami kene berkumpul semula selepas demo dalam dewan perasmian tadi... semua skali kene marah sebab xde bakat nak berdemo... berdemo dengan cara yang salah.. "kalau macam nilah antum semua berdemo, memang dah lama islam digelar sebagai pengganas...".. kami hairan ?.. :yelah, cuba kamu ingat semula tadi, kamu semua x beri peluang kepada kami, kamu baling2 kertas, kamu serang camtu je !" ckp abg mus palestina...bila tiba turn abg bai ckp, barulah kami rasa bersalah sebab x reti berdemo... kita perlu 'semah' bukan 'sesi'.. apakah ??.. semah= semangat + berhikmah bukannya sesi= semangat + beremosi....
habis saja sesi leteran dan jeritan.. kami semua boleh masuk bilik dan tido.. tapi, bukannya kami tidur terus.. mestilah ada punyer sesi bincang2 dan sembang2.. maklumlah, setahun berlalu baru berjumpa semula..huhu..
Imbas Kembali, 15 Jun 2010, Rantau Abang
Mataku tetiba saja terbuka luas... celik ! jelas !.. suis lampu ditekang dengan jari kecilku... "dah pukul bape ni ?.. "dah pukul 4.50 dah !!.. cepat bangun, kejut semua orang", suara serak basah Salahuddin kedengaran.. ana segera bergegas bangun.. ya Allah, lambat betul ana bangun, sepatutnya pukul 4.30 dah bangun dan pergi ke surau buat qiam... alamak~.. mesti orang lain semua dah ada kat surau tgh wat qiamullail... ana cepat2 bersiap amik wudhu' dan ke surau... mesti lewat macam apa dah ni !!!..





Kami kene redah hutan, masuk 'paya' dan so on untuk dapatkan semua kepingan puzzle ni... dari dungun sampailah ke marang.. abg bai ckp kami berjalan kira2 7.5 kilometre kot.. huhu.. memang penatla.. kira2 ni macam trek merentas desalah.. balik2 chalet je dah pukul 3.43 petang... masing2 nak berehat.. keletihan.. mengantuk menguasai jiwa sanubari ... huhu.. namun, makan dululah sebelum rehat.. usai rehat, kami solat jama' ta'khir.. org ganu pon boleh jama' sebab lebih 81 kilometre.. ada sign board tulis ' chukai - 95 km" .. huhu.. pandai betul urusetia pilih tempat... dan boleh berehat lagi lepas itu... rasa memang banyak betul masa rehat yang diberikan kali ni.. kalu nak banding dgn XRek dulu agak ketat skit la..
Namun, ketua2 kumpulan xboleh nak rehat sewenang-wenangnya tau.. kami masih ada tugasan yang lebih besar lagi... iaitu kene cantum puzzle palestina.. setiap kumpulan dapat 6 sampul surat dan terkandung puzzle yang berlainan jenis semuanya... kami rasa macam pelik semacam je puzzle ni.. mula2, amir kumpulkan banin saja untuk cantum puzzle2 ni.. tapi nampak sangat tak cukup dan tak serasi.. jadi, amir pon panggillah akhawat skali untuk cantum puzzle ni bersama-sama... so, terhasillah dari kerjasama tu 12 kepingan poster palestina... huh.. selesai saja tugas kami, ana terus keluar dewan.. rasa macam nak berehat sangat.. x sempat2 lagi nak berehat dari tadi.. OTW ke bilik... budak2 jb panggil masuk join mereka... bilik sebelah2 je kan.. kitorang pon sembang2 snack dulu.. sambil tengok ramai orang lain tgh mandi pantai .. dahlah tgh hujan pulak tu.. haha.. ni mesti sebab kempunan sangat tgk laut... nmpk best diorang mandi, tapi x timbul pulak hasrat nak join mereka mandi..huhu.. Habis je beberapa snack, ana pun masuk pulak ke bilik sendiri, kene join pulak sembang2 handphone dengan nasrull... x sempat nak rehat.. heheh..
* Ustaz Lokman khusyu' memberi penerangan mengenai dakwah dan kaifiyyatnya*
Imbas Kembali, 16 Jun 2010, Rantau Abang
Pagi tu, usai solat subuh, semua kene pergi ke dewan untuk slot kedua terakhir iaitu slot Syabab: merealisasikan..... dalam slot ni, memang best cara penyampaian dia... kalau concentrate penuh mesti lagi best... huhu.. tapi, ramai betul yang syahid-mahid dan kalah berperang dengan nafsu.. kadang2 kami pun ada jugak yang terlelap dan terlebih faham sampai angguk2 lebih2.. huhu.. memang kali ni saat yang gentingla... pasukan nafsu ramai sangat !..tapi, pasukan syabab x cukup kuat untuk kalahkan semua sekali pasukan nafsu.. pasukan fatayat tak tahulah macam mana.. huhu..
Dengar saja perkataan "wabillahitaufiq......." tiba2 saja mata jadi segar bugar. Peperangan sudah tamat.... aish !. teruk betullah... semua peserta perlu berkumpul semula kat dewan pukul 9 pagi.. memang x cukup 'chan' lah nak tido.. haha... lepas makan, kami terus mandi sebab kene cepat2 skit.. masa rehat dia bagi 1 jam je.. huhu
* Abg Hafiz Bai (kiri) dan Abg Alif Afiq menyampaikan kata2 akhir sebelum program tamat*
Selesai saja makan tengahari dan tamat segala program, masing2 bebas nak buat apa saja.. kalau sebelum tu kene tahan jugaklah kalau nak mandi pantai, kali ni, semua boleh bantai.. huhu.. apalagi, ramai jugalah yang macam x pernah jumpa pantai je.. haha.. main sakan katakan.... bukan setakat pasir pantai habis dia bantai, bola2 resort skali pon kene bantai skali sampai melayang jauh dari persisir pantai.. haha..
* Riang betul diorang ni main pasir pantai*
*ish3, harap je duk kat ganu, pasir pantai pon nak lagi ker ?*
* Athlete JB tengah bina muscle dengan pasir*
* Kubur di tepi pantai, menunggu masa*
* Adake patut kami ni kembar seiras, x masuk akal lah budak2 JB ni.. ish3"
Wassalam ~..
Coretan bermula 6.44 petang, 15 Jun 2010 dan berakhir 2.42 petang , 17 Jun 2010...
2 Orang Melekat :
pakcik.
panjangnye post.
berpeluh den nak bace :) :P
biar ah.. panjang dah mujur mak cik oi...
Catat Ulasan