Khamis, 16 Disember 2010

Falling Away (antidotes?)

Bismillah...
Kali ini, sekadar ingin berkongsi sebuah lagu yang rasanya menarik untuk dikongsi...
sila on sound anda dan lagu yang sedang berkumandang di klinik inilah lagunya.
InsyaAllah, sama-sama hayati liriknya dan iramanya..


Falling Away - 786 Boyz

every time
I feel u close to me
I dunno
who I’m supposed to be
gimme a chance
cause I don’t wanna slip away
gotta keep you in my heart
leaving all my ways

so many times I feel you in my heart
and I just wanna take it from the start
so please hold my hand today
cause I can feel it fallin away
fallin away
Allah will show me the way
fallin away
cause I don’t wanna slip away
fallin away

every soul
is walking back to you
I wanna run
what am I supposed to do

your helping hand
I need everyday
there's something I can do
so in heaven I can stay

so many times I feel you in my heart
and I just wanna take it from the start
so please hold my hand today
cause I can feel it fallin away
fallin away
Allah will show me the way
fallin away
cause I don’t wanna slip away
fallin away


I walk around the city
in the middle of the night
but nothing impresses me
till I open up my eyes
a dome in its majesty
a minaret rising high

it's a place for me that everyday
I’ll go to keep from falling away

so many times I feel you in my #heart
and I just wanna take it from the start
so please hold my hand today
cause I can feel it fallin away
fallin away
Allah will show me the way
fallin away
cause I don’t wanna slip away
fallin away...

*sekadar gambar hiasan*

P/s: Perkataan 'Antidotes' itu tiada kene mengena, sekadar untuk menarik perhatian.. (^_^), jika anda sudah terkena.. sila komen atau like... hehe


Jika anda tidak mendengar sebarang bunyi, mungkin sound system anda telah rosak, mute ataupun anda membaca post ini terlalu lewat. Lagu ini akan terus berputar dalam blog saya bermula 16 disember 2010 hingga 31 Disember 2010. Harap Maklum

Rabu, 15 Disember 2010

Hati-hati dengan Fitnah ! Agenda Siapa agaknya ?

Bismillah... sekian lama blog menyepi... hanya sekadar meng'update' template memang tak cukup...

Parecetamol, nak dijadikan perkongsian...
Petang tadi Dr. ada menerima sebuah mesej...yang tertulis....



**********
Sony Ericson

14-12-2010 01:25 pm

Kalau beli qur'an yang dicetak
dalam edisi terbaru, Berhati-hati ar !
Ada 4 surah palsu ciptaan kafir laknatullah.
Surah2:
Al-Iman,
Al-Wasaya,
Al-Tasajud,
Al-Muslimin.
N jangan bukak web www.thequr'an.com 
coz semua isi adalah palsu. 
Sebarkan SMS ini kepada Semua umat Islam
Sebanyak mungkin. Sebarkan jika sayang Islam
dan Jangan takut kredit habis.

******** end of message ********

p/s : certain short form yang telah dipanjangkan.


Sekarang mari kita teliti baik-baik mesej di atas... Betul ke mesej tu ? boleh percaya ke ?..
macam-macam reaksi dan timbul tanya dalam diri kita.. nak forward ke tak nak ek ?... kita jadi penasaran tiba-tiba...

setelah institut Pakar Perubatan Dr. Pakar membuat kajian sebentar tadi.. ternyata mesej tadi positif racun 'fitnah' dan terdapat 2 Virus 'bohong'.

mari kita lihat kembali.. ayat ini (hati-hati ! ada virus) :

"Ada 4 surah palsu ciptaan kafir laknatullah.
Surah2: Al-Iman, Al-Wasaya, Al-Tasajud, Al-Muslimin."

dalam ayat di atas... ada dua kesalahan yang melanggar ayat al-qur'an... asif, Dr. tak ingat ayat dan surah mana yang berkait.. tetapi insyaAllah akan diupdate semula... 

firman Allah yang bertafsir  "orang kafir itu tidak mampu untuk meniru walau hanya se ayat daripada ayat-ayat al-qur'an.. ini kerana Allah telah menjamin bahawa Al-qur'an tidak akan diseleweng hingga hari kiamat"..

(p/s : tafsiran di atas bukan maksud bulat-bulat ayat tetapi maksud yang sudah diolah..)

Maka, jelas bahawa fakta tersebut tidak benar sama sekali... kalau cuma 1 ayat mereka tak mampu nak tiru, inikan pula membuat 4 surah.. lagi tak logik dek akal sama sekali... jelas ! ini fitnah... hazihi fitnah !

 Hadis Rasulullah Mafhumnya : 

"Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, adakah kita sanggup membawa fitnah ini ... meskipun kita mengatakan bahawa ini daripada orang kafir !... Mana adab kita sebagai Muslim ?... Sama-samalah kita Renung kembali...


itu yang pertama. Yang kedua pula... Mari kita lihat pula ayat ini :

"N jangan bukak web www.thequr'an.com coz semua isi adalah palsu"
Sekarang, cuba anda cuba buka link di atas... saya cabar anda bukak... siapa yang jumpa boleh minta RM 100 di kaunter Yuran... Pernahkah anda jumpa url laman web yang wujud tanda ( ' ) di dalamnya ?.. Sah2 ini bohong... 

okay, kalau nak berhusnu zhon contohnya : ala, mungkin dia salah letak kot tanda ( ' ), sepatutnya tiada... jadi, laman web itu akan jadi www.thequran.com . Dan cuba tekan link itu. Nah ! apa yang anda dapat ?
Sebuah laman web yang belum berdaftar.. ada gambar sumpah2 lagi...

Sumpah ! itu semua bohong... jadi, sudah jelas atau belum kebenaran mesej tadi ?... jelas mesej bohong... jadi, pesanan Dr., sebelum kita forward apa2 mesej, teliti dahulu kebenarannya... ini namanya mesej berantai, kalau dahulu ada surat berantai, sekarang ni dah moden skit jadi mesej berantai pulak.. haha..
malah ada lagi mesej yang menggugut2 kita kalau tak hantar mesej tu jadi gini-gini...

dan yang bahayanya ! kalau kita forward jugak mesej itu.. dah dikira sebagai syirik kecil... sebab apa ?
dalam diam-diam tanpa kita sedari, muncul perasaan takut terhadap mesej tu dan menyebabkan kita forward mesej tu.. takut apa ? kene bala ?... dan inilah yang dikatakan syirik sebab kita mula percaya yang mesej itu mempunyai kuasa untuk memberi kita bala... sedangkan hanya Allah sahaja tempat kita berserah.... maka, perbuatan meng'forward' mesej tadi dianggap sebagai percaya mesej itu ada kuasa dan boleh beri kita malapetaka kononnya... 

agenda siapa semua ini ? Wallahua'lam.. apa yang kita perlu buat adalah berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan seperti ini.. ingat ! jauhi syirik kerana dosa syirik hanya boleh diampunkan oleh Allah dengan Taubat nasuha yang betul-betul ikhlas... Jika ada sahabat-sahabat pesakit yang menghadapi situasi ini, berilah penerangan sebaiknya kepada mereka... harap dapat disebarkan..

Kesimpulannya, jangan sesekali kita menyebarkan fitnah dan jauhilah syirik terutama syirik-syirik kecil yang dilakukan tanpa kita sedari... Nauzubillahiminzalik.. Mohonlah selalu keampunan Allah... siapa tahu kita ada melakukan dosa2 itu tanpa disedari... Wallahua'lam...

p/s : Kepada pesakit-pesakit yang perlukan apa-apa ubat, boleh terus ke kaunter pertanyaan di shoutmix atau komen di bawah... Asif, ada on call.. terpaksa out.. Assalamualaikum...

Sabtu, 30 Oktober 2010

Peperiksaan Islam ~

Bismillah...

Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan kita semua... tiada tuhan yang layak disembah selainnya... sama ada amon re, re atum, patung vishnu, siva dan apa2 sahaja... Allah sahaja tuhan yang layak digelar tuhan...

Dalam ranjau liku kehidupan ini, sentiasa ada 'peperiksaan' yang Allah berikan kepada kita... kenapa panggil 'peperiksaan' ?.. sebab 'result'nya akan kita tahu bila kita dihadapkan kembali kepadanya di akhirat kelak... sudah tentu kita nakkan result yang cemerlang.. bukan begitu ?...

kalau PMR, SPM kita dah buat yang paling baik untuk dapat kepujian, kredit cemerlang dan sebagainya.. inikan ujian daripada Allah, mestilah kita kene buat yang terbaik.... Ujian pula, ada yang senang dan ada yang susah.. satu analogi mudah, kita suka soalan yang senang2 dalam peperiksaan.. dan kita sangat x suka soalan yang susah2 dan complicated nak jawab macam soalan KBKK... tapi, kita harus sedar.. soalan yang susah, complicated, yang kita benci itulah yang menyumbang banyak markah kepada kita... samalah konsepnya dalam hidup kita sebagai seorang muslim... kita sentiasa takutkan ujian yang berat2 jatuh menimpa pundak kita.. namun, di sebalik ujian itu, Allah nak berikan ganjaran yang besar buat kita...

Dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik... sentiasa ada halangan.. antaranya termasuklah maksiat yang sentiasa berlegar-legar mencari mangsa..... bagi tujuan penyucian jiwa, janganlah kita sesekali terjebak dalam maksiat kepada Allah... ingatlah bahawa hati dan jiwa manusia sentiasa mendorong ke arah maksiat... maka, apabila sudah berlaku maksiat tersebut, di situlah munculnya peranan taubat kepada Allah... Taubat nasuha... bukan taubat yang main2... sambil gelak tawa berpanjangan... Orang yang berjaya ialah mereka yang mampu untuk membersihkan jiwa dengan segala ketaatan, akan tetapi mereka yang rugi atau gagal ialah mereka yang mengotorkan jiwa dengan kemaksiatan...

Apa yang kita lakukan di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah di Akhirat kelak... malah, ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita di mana kita berada... kita hipokrit, bercouple senyap2 mahupun terang-terangan, meniru dalam tandas, x jaga ikhtilat, dan macam-macam lagilah kemaksiatan yang dilakukan...adakah mende tu semua yang kita nak tunjuk di hadapan Allah nanti... klau kita disuruh dihadapkan di depan raja... mesti kita punyalah lawa2, kemas, cantik, dan klau boleh nak beri hadiah yang berharga sekali kepada raja semasa menghadapnya... tapi, bagaimana dengan hadiah yang kita nak bawa kepada Allah ??.. Maksiat ? dosa ? mende itu semuake ??.. kita punya takut kalau polis tangkap kita dan masukkan ke dalam lokap... tapi ingat, neraka Allah lagi dahsyat daripada itu semua... lebih dahsyat daripada dahsyat 13...undang2 yang manusia reka kita takut nak langgar... tapi, undang2 Allah kita langgar selamba je saja.. muka tak bersalah langsung..

Contohnya, kita tak suka trafic light( undang2 ikhtiari)... jadi, langgarlah semua lampu isyarat... apa jadinya ??. mati ! dah tentu... tapi kalau kita langgar undang2 Allah.. lagi teruk daripada mati yang kita dapat...

Moga2 kita dapat muhasabah balik diri kita yang lemah ini ( termasuk diri ana)... tiada yang sempurna dan iman kita ibarat roda... sekejap turun sekejap naik... tapi, sebenarnya kita yang perlu mengawal roda tersebut... jagalah iman kita sebaiknya... tiada jaminan untuk kita beriman kepada Allah esok hari... jadi, banyakkan berdoa agar Allah sentiasa menetapkan hati kita ini dalam agama ini...

Wallahua'lam..

Rabu, 6 Oktober 2010

Sejarah ?

Bismillah... kali ini tidak mahu berceloteh panjang.. namun, sekadar ingin berkongsi ilmu.... 

Biasanya, apa yang akan orang jawab kalau disoal mengenai tamadun awal manusia ?.. zaman prasejarah ??... 
Pasti apa yang terpacul dari mulut majoriti umat manusia ialah paleolitik, mesolitik, neolitik, dan logam... namun, sedarkah kita bahawa itu adalah satu pembohongan besar yang sentiasa bersama kita .. ayuh, sama2 kita renungkan video di bawah ini... berilah fokus dan luangkanlah masa hanya 20 minit sahaja untuk melihat video di bawah ini... semoga bermanfaat... dan cuba kita fahami sebaiknya apa yang dikatakan dalam video ini ! jangan kita bercakap mengikut emosi semata-mata...
 Part 1


Part 2


mogga2 kita tidak tergolong dengan orang yang terpengaruh dengan fitnah dajjal .. nauzubillahiminzalik.. ! wallahua'lam...

Ahad, 12 September 2010

Eidul Fitry ?

Bismillah...

terdetik tiba-tiba hati ini untuk menaip sebuah post tentang aidilfitry kali ini..
entah kenapa, ..
walaupun sudah maklum internet di kampung sangat perlahan.. mengalahkan kura-kura.. sungguhpun, signal di sini kurang mantap..
well, anyway...
mengenai raya aidilfitry ...
ana terfikir balik tentang amal kita selama Ramadhan kali ini...
haritu, ana terdengar sebuah tazkirah ringkas dalam radio IKIM.fm..
seorang ustaz itu, katanya, amal kita di bulan Ramadhan ini umpama baja-baja yang diberikan kepada  pokok... dan dahan-dahan, iaitu hasil daripada baja-baja itu pula ialah amalan kita selepas Ramadhan... cuba kita bayangkan kalau sebatang dahan daripada pokok itu buruk dan rosak, apa yang akan kita lakukan untuk menyingkir dahan itu... sama ada kita mengambil gergaji dan memotong dahan itu atau kita mencantasnya, adalah terpulang kepada kita sendiri.. apabila kita sudah mencantas dahan itu.. lalu tak lama kemudian keluarlah pula tunas baru daripada dahan itu.... dan apabila ada dahan lain pula yang rosak, kita cantas pula dahan yang lain.. itulah perbandingan dengan akhlak kita... bagaimana apabila ada akhlak yang buruk, kita singkirkan segera... mungkin kerana satu sahaja akhlak buruk kita ini akan menyebabkan akhlak baik kita yang lain akan kene tempiasnya...oleh itu, mari kita tengok balik amalan kita.. dengan baja-baja nutrisi yang telah kita tabur pada bulan Ramadhan, apa pula hasilnya ?... kita selidik sendiri..

Berbalik kepada cerita asal.. huhu..
sebenarnya raya tahun ni ana rasakan tidak semeriah mana.. entah kenapa.. mungkin diri ini sahaja... hari petama sahaja kami lawat beberapa rumah sahaja...memang sedikit.. kata ummi, ramai saudara yang akan melawat kami di rumah apabila ada kenduri kahwin pada hari raya ketiga.. tapi, sedikit saja yang dapat cam sebab sibuk buat kerja...

Pasal itu, hari raya kedua, kami kene siapkan segera tempat perkahwinan mak saudara ana... (kami panggil mak nor).. sebab itulah tak ada masa nak ziarah rumah saudara-mara terdekat.. dengan pelaminnya, kerusinya, lembunya, sembihlanya, ayamnya dan macam-macam lagilah... kali ini baru rasa dapat pengalaman mengendalikan sebuah kenduri kahwin...

pasal kenduri, awal-awal pagi lagi, kira-kira pukul 8.00 pagi, ana dan lelakis yang ada dalam rumah atuk ana dikerah keluar rumah.. pasalnya, awal-awal dah kene siapkan bahan-bahan nak memasak.. kenduri start pukul 11 tapi pukul 8 dah start masak... mula-mula, kami dah siang daging semalam sampai pukul 1.20 pagi kot...banyak betul daging.. dahlah pisau tumpul.. huhu... then, mulalah kene angkut barang-barang memasak.. kalau ana ni dikira macam orang suruhan la... awang, amik itu.... 5 minit... awang, amik ni..., 7 minit, awang amik nun... 10 minit.. jahid, amik santan ni letak dalam guni.. nanti nak hantar ke rumah nininini... huh.. memang letih.. kalah merentas desa... haha..

kat-kat pukul 11 pagi, baru orang ramai start datang.. time tulah kami kene kerja keras sikit... nak kene sentiasa tengokkan apa yang tak cukup... biasanya kami tengok2 then cakap kat orang dapur belakang.. nasi perempuan.... nasi lelaki... belacan lelaki... sayur labu lelaki... bagi arahan, bilan orang dapur bagi baldi berisi lauk, kene tuang pulak dalam tempat lauk.. (apa ntah namanya)...memang letih sebab start sampai pukul 11 pagi sampai pukul 5.30 petang orang ramai dah berhenti -henti mari.. dalam hati ada gak kadang2 rasa macam nak sekat jalan jangan bagi orang masuk .. baru tak payah letih2 nak kene tambah nasi, basuh cawan, macam2 lagilah.. tapi, kalau sekat, sape nak datang makankan... membazir pulak.. huhu..

Pengajaran diterima : sesiapa yang menyusahkan seorang muslim, Allah akan susahkan dia pula..
Rasional : fikirlah sendiri..

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews