***Awas, kandungan istilah medik yang cukup annoying***
"So, we did use Vancomycin as the last resort. What does it mean? If we want to treat patient with multiple drug-resistant infectious agents, we use other drugs first, but if the bacteria has built resistant on the drug, we should use Vancomycin as THE LAST RESORT in this time, the bacteria maybe not built resistant yet to the drug. But remember that some S.Aureus, VRSA has built resistance to it means we need to work out for new ultimate antimicrobial drug that can treat the patient." panjang lebar Dr. Ashraf Shehabi menerangkan perihal ubat Vancomycin itu.
Lantas seorang arab bersuara, "Dr, why don't we just use Vancomycin from the beginning since we did already know that bacteria doesn't built resistant to it yet?" soalan cepugangsa itu disoal.
Dr. Ashraf tersengih, dijawabnya dengan tenang, "The drug has many side effects, so you won't imagine how bad it really is, the adverse effect especially". Noktah. Seluruh kelas terdiam. Menunggu sambungan kata-kata sakti Dr. Ashraf. "You can search it in google. Okay. Class dismiss", tergelak kecil Lutfi mendengar kata-kata doktor. "Haha. Sakti gila", monolog Lutfi.
Dikuis-kuis sedikit jarinya yang kelihatan beku itu. Musim sejuk kali ini pelik. Sekejap panas sekejap sejuk. Hari ini, hujan tiada henti sedari awal pagi tadi. Sejuk menikam villinya di small intestine. Ok. Lebih-lebih.
Hari ini Lutfi bersendirian lagi. Seperti hari sebelumnya. Menjadi golongan minoriti, kalau Lutfi hanya dia lelaki di tahun dua, dari Malaysia di Kuliyyah Tibb University of Jordan, bumi anbiya' ini bukan semudah makan syawarma. Siapa cakap mudah 'makan' syawarma? Kalau order ada Mukhallal tu, jenuhnya nak buang satu per satu. Orang cakap, makan saja lah, jangan banyak cerewet.
"Ya! makan. Tapi kalau hati kata tak suka tak makan juga kan. Tapi, kalau makan, masuk ke dalam perut dicerna pula, dineutralisasi oleh Garam Air Hempedu, lantas diserap masuk melalui villi di dalam usus besar dan kecil. Ah, terpaksa masuk ke dalam Portal Vein pula untuk First-pass metabolism sehinggalah akhirnya memberi khidmat dalam bentuk tenaga kepada seluruh sel yang berkerja atas arahan tuhanNya saban waktu", ya, monolog itu berbunyi sekali lagi.
Selalu disoal jika bersua dengan masyarakat Melayu di Irbid, sebuah kota yang tidak jauh dari Amman, tetapi populasi Melayunya cukup ramai!
"Wah, best lah boleh belajar bahasa arab dengan cepat", Errr.
"Hebatnya enta, ana kagum ada kawan cam enta", Ok. Perlu?.
"Baguslah buat medik di Amman, tak ramai melayu, sini jalan sikit melayu, jalan sikit melayu, bosan gila kot tengok muka melayu je" Hmmmm.
dan macam-macam lagi lah persoalan yang ditujukan. Bukan apa, memang betul seronok bersama komuniti arab namun bersahabat dengan arab tak sama bersahabat dengan melayu. Bahasa lain, fikiran lain, kebiasaan lain, adat lain, makanan lain, semua lain. Alhamdulillah samanya dari segi ISLAM. Mujur ada juga arab yang baik hati sudi menegur Lutfi, namun, kebanyakkan masa di isi dengan termenung sendirian. Mengharapkan ada teman baik di sisi yang memahami. "Ahhh, terima saja lah. Dah Allah tetapkan kau di sini, kau kene kuat Lutfi... Kan Allah dah kata Dia takkan memberatkan sesuatu kaum melainkan kemampuan kaum itu sendiri. Kau seriusly tak yakin dengan ayat Allah ni?"
Gulp. Liurnya ditelan. Monolog tadi baginya cukup kasar, namun hakikat itu perlu ditelan. Lutfi beristighfar berulang kali. Risau-risau fikirannya itu merosakkan akidah suci. Orang selalu cakap, "cakap senanglah, badan yang tanggung ini tak semudah tu", "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya", dan macam-macam lagilah frasa menarik yang kadang-kadang menggalakkan orang lain berasa tidak redha dengan ketentuanNya. Lutfi teringat, pernah melihat sebuah video yang entah dari mana video itu dilihat, namun frasa yang paling melekat dalam cerebrumnya,
"Sabar... sabar... Sabar pun ada batasnya!", disambung "Awak, kenapa awak letakkan batas pada sabar itu padahal Allah menyediakan ganjaran pahala yang tidak terputus-putus buat orang yang bersabar kerana Allah". Allahu. Terkedu sebentar Lutfi tatkala teringat frasa tersebut. "Ganjaran pahala yang tidak putus-putus buat orang yang bersabar!", monolog iman muncul semula memacu keimanan. Double terkedu.
Dhiya' menepuk bahu belakang Lutfi, dia sedikit terkejut, ditahan riak wajahnya daripada berubah, muka selambanya ditoleh. Bersyukur juga Lutfi sekurang-kurangnya ada sahabat Arab yang sudi membantunya di saat dirinya memerlukan sokongan seorang insan yang bernama teman. Dhiya' tersengih kecil, hujung bibirnya mengukir senyuman kecil, entah ikhlas atau tidak, Allah sahaja yang tahu. "Syu malak? - Kau apehal?", Dhiya' tertawa kecil, tidak disangkanya sahabat melayunya yang seorang ini makin pandai berbahasa Arab, bahasa pasar lagi. "Keif halak? - Kau apa khabar?" Dhiya' yang mula reda tawa kecilnya sebentar tadi mula bertanya khabar seperti kebiasaanya. Memang kebiasaan orang arab untuk bertanya khabar di awal perbualannya juga walaupun perbualan dah lama bermula. Aneh. Kadang-kadang sampai empat lima kali bertanya khabar meskipun sedang bercakap soal lain. Double aneh.
Xperia Z1 Lutfi bergetar dalam poket. Skrin sesentuh itu dileret ke atas membuka kekunci, satu notifikasi baru muncul, siaran daripada sahabat karibnya di dunia nyata juga di alam facebook. Lutfi makin terkedu. Seolah-olah seluruh alam sedang berbicara dengannya. Seolah-olah rintihannya itu sebentar tadi didengari semua.
Ahmad Alqannas merasa haybat!
"Sedangkan kapal belayar memerlukan ombak untuk bergerak,kerana tanpa ombak kapal xkan bergerak....
Bahkan burung helang memerlukan rintangan angin untuk terbang,kerana tanpa angin helang x boleh terbang..."
#maka begitu juga manusia. memerlukan dugaan dan cabaran untuk memastikan dia terus maju kehadapan.
Bahkan burung helang memerlukan rintangan angin untuk terbang,kerana tanpa angin helang x boleh terbang..."
#maka begitu juga manusia. memerlukan dugaan dan cabaran untuk memastikan dia terus maju kehadapan.
195 Sukaan. Butang sukaan di facebook itu disentuh menjadikan 196 sukaan. Memang sebuah medan yang cukup terkenal untuk berdakwah mahupun maksiat. Senang-senang dosa diraih daripada laman sosial itu dan juga senang-senang pahala diraih dari laman yang sama. Bercampur baur. Namun, bergantung kepada pemilihan manusia itu sendiri sama ada memilih syurga atau neraka. Kasar, tetapi itulah hakikatnya.
Kata Ahmad Alqannas benar, Lutfi memerlukan cabaran dan ujian untuk memastikan dia terus maju ke hadapan dan inilah dia salah sebuah ujian untuk menjadikan dirinya kekal maju ke hadapan. Cekal dan tabah. Dia tidak memerlukan sesiapa lagi, cukuplah Allah sebagai pendamping. Dia sedar, tanpa Allah di sisi, dia tidak sedikit pun berharga, dengan mudah dicampak ke dalam api yang menjulang gah di akhirat sana, menjadi bahan bakar api yang lapar itu.
Lutfi masih ingat lagi saat tadabbur surah Al-Mulk dalam usrahnya hampir sebulan yang lalu, "Hampir-hampir ia pecah berkecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (orang-orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah pernah sampai kepada kamu (rasul yang) pemberi peringatan (di dunia dahulu)?" ayat 8 yang cukup mendalam jika ditadabbur dengan baik. Risau juga andai dia sudah menerima dengan kata lain sampai seru namun berpatah balik kepada kegelapan jahiliyyah yang pernah ditinggalkannya dahulu.
Tiap kali jiwanya merasai datangnya pathogen jahat, Futurgen, Futur sp. , dia mula meroyan seorang diri bermonolog melawan aura itu. Iman Immune system yang dimilikinya jika sedikit lemah akan mula menghasilkan Amal Inflammatory Reactions yang dapat dikenal pasti melalui perubahan amalnya. Namun, kembalinya dia kepada Fitrah keimanan itu tidak pasti. Risau Futurgen yang mendatangi itu tidak dapat dilawan mengekalkan dia dalam arus kejahilan. Lantas di saat itu, iman jualah yang membanteras segalanya. Lantas, iman yang kental diperoleh melalui hubungan yang rapat dengan ilahi. Kekuatan yang lahir daripada imanic bond yang cukup kuat dan utuh itu jualah yang bakal menjadi pembela saat Futurgen datang menyerang.
Dhiya' tersengih sendiri melihat gelagat Lutfi yang sedari tadi mengelamun semula, siap dengan gaya tangan tanpa dia sendiri sedar keanehan sikapnya itu. True Tone Dual Flash kamera iPhone 5s milik Dhiya' mula berfungsi menghasilkan cahaya bak kilat di malam hari. Lutfi sedikit terkejut. Dhiya' ketawa nyaring, seronok melihat gambar hasil tangkapannya di galeri foto iPhone 5s miliknya. Lutfi seraya menarik telefon pintar Dhiya', menekan butang padam risau kalau-kalau Dhiya' bertindak drastik memuat naik foto tersebut di laman sosial, naya jadinya.
Dhiya' mendapatkan kawan arabnya di satu sudut yang lain, meninggalkan Lutfi berseorangan kembali. Akhirnya bibir kejang itu mengutum sebuah senyuman meskipun tidak semanis pasangan pengantin di saat walimah perkahwinannya, dia sedar. Hakikat itu perlu mengalir dalam jiwanya. Perlu mengalir dalam darahnya, perlu dimasukkan secara Intravenous yang bioavailabilitynya 100%, bermakna seratus peratus yakin dengan perancangan Ilahi.
Tangga Kuliyyah Perubatan itu di langkah gagah, bersama sebuah senyuman yang sudah terukir di bibirnya. Dia yakin dan pasti perancangan Ilahi ini adalah yang terbaik buatnya.
Bismillah. Dengan nama Allah aku hidup dengan nama Allah aku mati. Perjalanan ini harus ditempuhi meskipun ranjau berduri sentiasa menghalangi, meskipun Syndrome Futurgen sentiasa cuba untuk menyekat.
Muhasabah 7 Disember 2013.
Read More, Gain Knowledge.
0 Orang Melekat :
Catat Ulasan