Rabu, 13 November 2013

Hari Asyura ?

Bismillah. Tatkala kita disebut menganai perihal hari Asyura, apa agaknya yang terbayang di benak kotak fikiran kita ? 

Syiah ? Bubur Asyura Nyum Nyum ? Nabi Musa ? Nabi Nuh ?

Banyak pendapat. Cuma yang agak kurang logik adalah kisah Asyura yang dikaitkan dengan Bubur Asyura dengan Nabi Nuh (wallahua'lam), juga kisah Asyura yang dikaitkan dengan Syiah, 

kononnya Saidina Hussin dibunuh pada hari Asyura, lantas orang2 Syiah pada hari ini ingin merasai bagaimana peritnya pembunuhan itu melukakan diri masing-masing hingga berlumuran darah, paling banyak merasai sakit sama dengan paling banyak ketaqwaannya. Ini sangat Lol.

Ini seperti mencampakkan diri ke dalam kebinasaan, walaupun ayat ini sebenarnya ditujukan khas utk orang yang ingin lari dari jalan Allah, namun, jika kita gunakan logik akal pun takkan Allah bagi kita buat benda2 pelik macam ni. "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa ; Qur'an" lantas, cara ini bukanlah satu agenda yang tepat untuk mengukur darjat ketaqwaan seseorang.
Okayh, berbalik pada kisah asal. Sebenarnya Hari Asyura ini disambut untuk meraikan Kejayaan Nabi Musa melawan Fir'aun dengan kata lain, hari Kekalahan dan Kejatuhan Fira'un. Maka, Nabi Musa pun berpuasa pada hari itu, orang Yahudi juga turut berpuasa sama meraikan kejayaan tersebut. Kita juga sebenarnya disarankan untuk berpuasa pada hari tersebut (10 Muharram). 

Menurut beberapa sumber yang rajih, sedari awalnya Nabi Muhammad juga berpuasa pada 10 Muharram ini. Namun, apabila disoal oleh sahabat maksudnya (bukan skrip asal) "Wahai nabi, sekiranya kita berpuasa juga pada 10 muharram, bukankah ini sama dengan puasanya orang yahudi?", maka nabi menjawab bahawa baginda menyarankan umat Islam untuk berpuasa dua hari untuk membezakan antara orang Yahudi dan orang Islam iaitu pada 9 atau 11 Muharram di samping turut berpuasa pada 10 Muharram.

Yuk ! Puasa Asyura, menambah amal kita di bulan muharram ini. Wallahua'lam. :) 

0 Orang Melekat :

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews