Eh? tak faham. Hah. Baca dulu post sebelum ni baru buleh faham.
Klik sini ----> Hai!. :)) *Senyum.
Okey. Seperti sedia maklum, Rainmeter ni sebenarnya senang je nak di mainkan. Cuma pada kali ini ana just bagi tips2 yang simple jelah pasal rainmeter ni. Selebihnya hendaklah kamu explore sendiri ya. Okeyh !
First sekali, Kenelah download Rainmeter dulu. Tekan SINI untuk website rainmeter. Nah, bukak website die pun dah nampak aura cantik tu. eheh.
jadi sebenarnya rainmeter ni pakai satu system load skin. Maknanya macam kita pakai Template blog lah.
Tapi, rasanya kalau baca SINI pun dah boleh faham kot. Rajin2 lah sikit. eheh.
Okey, bagi menjimatkan masa. Inilah die tutorial nye Rainmeter. Jeng3. :)
1) Mula2 download dulu. Kemudian bila dah siap install baru tengok tutorial ni balik okeh.
2) Sila usha2 dulu laman sesawang INI dan INI Dalam Customize.org ni banyak betul skin rainmeter yang boleh anda pilih. Jadi, pilihlah ikut citarasa anda. Di samping itu, anda juga boleh memilih theme. Eh? Kejap. Nak tanya, apa beza skin dengan theme. hah, sebenarnya lebih kurang je, cuma Skin ni terdiri daripada satu component je. Manakala theme pulak terdiri daripada cantuman ideal skin-skin dan akhirnya membentuk Theme. Senang cerita, kita bagi analogi macam Skin manusia lah. Skin, (baca: Kulit) ni salah satu Organ manusia saja, dan cantuman Ideal organ2 dalam badan kita perut + Skin + Hati + dll = Manusia ataupun dianalogikan sebagai theme. Faham x ? eheh. Explaination ala-ala doctor gitu. LOL.
3) Dah pilih theme anda ? Okey. mari kita ambil satu theme sebagai rujukan utama. Hah. ini die SKIN pilihan saya. klik pada perkataan skin berhuruf besar yang tadi tu. Then, Download skin yang ke-empat dari atas tertera :
AFTER YESTERDAY [DEC 2012]
P.s : Klik gambar untuk paparan yang lebih besar.Hooyeah ! |
tekan extract sampai dapat folder macam gambar di tepi ni.
5) Hah. Dah siap ?
Okeh. Then, pada butang Start Windows, Buka software Rainmeter. Dan sepatutnya ready macam gambar di bawah ni.
Jadi, ini dia list2 Skin yang ada dalam laptop ana. |
Jika anda perhatikan betul-betul gambar di atas, ada dituliskan nombor pada setiap active skin berwarna kuning dan hitam. Nombor tu berdasarkan active skin respectively. Manakala Active Skin yang sedang dibuka adalah "DarkArchs.ini".
#Tekan "Unload" untuk menghilangkannya daripada desktop anda.
#Tekan "Refresh" jika anda ada mengubah settings pada skin tersebut dan mahu melihat perubahan.
#Tekan "Edit" untuk mengubah settings pada skin tersebut, tapi tak semua skin boleh di'edit'. contoh skin yang boleh diedit ialah apabila anda memilih skin contohnya apabila ditekan akan pasang Music tertentu. Jadi, anda boleh menetapkan music apa yang ingin dipilih apabila cursor ditekan pada skin tersebut. :)
Tengok ! Bila ana tekan "Unload" pada anak panah kuning (--->), dia akan tukar kepada "Load" dan Jam hitam yang tadi ada kat tanda soal warna kuning (?) tu dah hilang. Anda boleh try sendiri pada Rainmeter di komputer anda dan tengok apa yang berlaku. Kalau anda tekan balik "Load" di anak panah kuning (--->), anda akan nampak balik jam hitam tadi macam dalam gambar sebelum ni. :). Anda juga boleh explore skin2 lain yang tak active. Contohnya bila anda Double-click (baca: Tekan dua kali) pada "Arcs.ini" yang ditunjuk pada anak panah warna pink (--->), skin itu akan appear, tapi takde dalam gambar di atas. Sila test dulu pada komputer anda ye. :)
6) Jadi, sekarang buka balik folder yang awal2 tadi di download tu. Anda akan nampak satu icon warna hijau tertulis "After Yesterday_1.0". Untuk makluman anda, untuk install skin atau Load skin, anda perlu menggunakan RAINMETER SKIN INSTALLER . Jadi, sekarang tekan icon Hijau tu, akan keluar Pop-out pada desktop anda dan tekan "Install"
After Yesterday |
So. Macam tu je sebenarnya Rainmeter ni. Senang kan ?
Oh ya, satu lagi. Anda perlu tahu settings di bawah untuk memastikan rainmeter anda kekal dan tidak mudah terubah.
Okay. Kotak yang Berada dalam anak panah ini ialah settings biasa yang anda perlu ubah. Tick :
- Draggable - untuk membolehkan anda Drag @ seret bende tu. Untick untuk bagi active skin tu tetap di situ tanpa mudah terseret.
- Click Through - Apabila anda tekan right click atau left click pada perkataan besar after Yesterday tu, anda akan dapati seolah tiada apa2 yang berlaku. Cuba anda Untick dan right click pada After yesterday tu, beberapa pop-out option akan keluar. Daripada Pop-out tu, anda dapat keluarkan adik-beradik kepada skin ni. Cuba test sekali. : Right Click pada perkataan After Yesterday tu ---> After Yesterday ----> Ada 4 styles. Jika anda "Load" semua style. Anda dapat seperti gambar di bawah ni. Menarik bukan ?
Jadi, anda pilihlah nak Jam yang mana satu. Macam pelik pulak kalau amik semua. hehe. - Untuk hilangkan, Right Click pada skin yang anda tak minat, pilih "Unload Skin". |
Ok. Berbalik kepada point kotak tadi. sambungan ---->
- Keep on screen - ana rasa anda sendiri boleh agak kan apa jadi bila tick ni.
- Save Position - perlu tick atau position yang anda adjust mungkin berubah apabila buka balik komputer anda lepas shutdown.
- Snap to edges - untuk membezakan antara desktop sebenar dan boundary skin rainmeter. takde ape pun sebenarnya point ni. kalau anda RC (Right Click) pada boundary luar daripada kotak ni, anda akan RC pada desktop bukan pada skin rainmeter. Faham kan ?
- Coordinate - posisi Active skin pada desktop tu.
- Position - Kalau ana suka guna posisi "On Desktop" atau "Bottom" sebab kalau kita pasang Google chrome contohnya kalau posisi "stay topmost", akan menyebabkan ada jam menyerabut kat Screen.
- Transparency - keamatan. Heh. ikut anda lah nak buat macam mana. nak buat tak nampak terus pun boleh. :P
- On Hover - ni option apabila anda melalukan cursor anda pada skin rainmeter tu. Ada "fade in", "fade out", "Hide" dan "do nothing". Boleh je pilih mana2 satu. Ikut citarasa anda. :))