Selasa, 24 Disember 2013

Oh Biochem !

Suppose to be : Keep Du'a and Study Biochemistry :)
Bismillah. Saja nak kongsi pautan menarik untuk fahami konsep2 Biochemistry Level II. 

Tapi, jangan bergantung sepenuhnya pada animasi ini, baca jugak slide, sheet dan buku teks. Lagi faham inshaAllah melekat dalam cerebrum anda hehe.

p/s : 

1) Jangan lupa baca Bismillah sebelum klik link, 
2) Niat study kerana Allah. 
3) Sebaiknya buka menggunakan browser di Laptop/ Computer sebab pautan ini memerlukan perisian Java(TM). Tak pasti di handphone boleh ke tak. Tekan >>>Sini<<< untuk Download.

Fatty Acid Metabolism : >>> Klik Sini <<<

Cholesterol Metabolism : >>> Klik Sini <<<

Ataupun lagi senang sila pilih sendiri mana-mana topik yang entu suka di > Sini <

InshaAllah jumpa lagi yang lain yang menarik ana share. 
Syukran :) Jangan lupa like. Eh? Kbai.

Sabtu, 14 Disember 2013

Sori. Aku Tak Cukup 'Masa' !

*Watak dalam kisah-kisah berikut tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati. :p

Shafnan menjeling kasar, lirikan matanya sebentar tadi sudah cukup membawa maksud yang mendalam. Tension dengan mamat arab seorang ni. Dalam hatinya cukup dalam kebencian terhadap orang arab. Entah kenapa, dia sendiri keliru. Jarang-jarang sekali dia menjumpai orang arab pada hematnya baik, kalau ada memang dia sendiri cukup senang dengan orang arab rare yang dianggapnya cukup baik. Cuma sebagai langkah berjaga-jaga, dia akan bersangka buruk terlebih dahulu terhadap semua arab yang dijumpainya sehinggalah kebaikannya benar-benar terserlah. Itu prinsip teguhnya. Tidak pernah goyah bermula saat dia menjejakkan kakinya di bumi anbiya' ini.

Tangannya menyeluk saku lab coatnya, wang sedinar Jordan dikeluarkan. Dihulurkan tanpa senyuman kepada mamat arab yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba memaksa dia bersedekah tanpa rela. Macam sudah bukan sedekah bunyinya. Mamat arab itu pun berlalu, tersengih kecil mendapat habuan tengah harinya.

"Macam-macam arab ni, bajet minta sedekah lah ape lah. Common lah, takkan minta sedekah pakai smart-smart kot. Aku pun tak mampu beli baju mahal macam tu. Arggh! Tension tension!", mulutnya yang diam itu tidak mengeluarkan suara tetapi jiwa pula yang mengambil alih. Macam-macam keluhan hati kecil keluar.

Dia segera mendapatkan bangku putih yang dilihatnya kosong. Duduk menenangkan dirinya yang sedikit panas sebentar tadi. Sekali lagi tangannya menyeluk saku, kali ini seluar jeans pula. Dikeluarkan iPhone yang dibelinya hasil titik peluh berkerja sementara menunggu keputusan SPM dahulu keluar. Aplikasi Twitter dibuka. Lirikan matanya segera menoleh bilangan tweet semasa, 26, 815. Hampir mencecah 27K. Tersengih kecil, kalau kiraannya tepat, esok agaknya dah boleh mencapai 27K itu. Dia segera membuka data, membenarkan aliran data internet yang dilanggannya.

Sudah 15 minit Shafnan di bangku putih itu. Mujurlah dia kuliyyah medik di University of Jordan. Selamat rasanya kerana tidak mudah terserempak dengan pelajar melayu yang lain di sini. Lagi-lagi tiada orang melayu yang akan sibuk-sibuk memerhati tingkah lakunya.

"Apesal lah mamat tadi tu, tension aku"

"Entah apa ntah dia cakap pun aku tak faham, tiba-tiba mintak duit sedinar dengan aku"

"Daripada aku bagi duit kat mamat yg poyo tu, baik aku beli Halab, lagi best dpt makan"

"Tension. Tak puas hati aku dengan mamat sorang ni"

"How dare you took away my mood -_-"

"Kecik-kecik tak nak mati, dah besar panjang menyusahkan orang"

"Mesti badan dia busuk gila, dah seminggu kot tak mandi. I guess."

"Alahai serabutnya kepala bila fikir balik pasal mamat tu. Serabut paham dok?"
.......

Sudah hampir sampai berpuluh-puluh tweets yang rata-ratanya berkisar mengenai mamat arab itu sahaja. Tidak kurang juga sambutan hangat reply daripada followersnya yang ramai itu. Ada juga yang respon secara teguran, dibalasnya "sentap 14 tahun". Orang famous mestilah ramai orang follow. "Tweet kadang-kadang kene pakai ayat ala-ala mat salleh gitu, baru ada international followers"."Nasib baik ada approval  untuk follow aku, kalau tak mesti jadi kes lambakan followers ni.", boleh tahan gedik juga bisikan hati kecil Shafnan. 

"Ai!, tweet limit pulak!", mungkin itu sahaja yang mampu menghentikan aktiviti twitternya saat itu. Dia melihat jam tangannya, sudah 45 minit berlalu bermakna sudah 50 minit sejak drama Shafnan dan Orang Arab itu tamat. 10 minit lagi kelas Biochemistry akan bermula. Dia segera bergegas berlari-lari anak ke dewan kuliyyah. Risau-risau kalau kelas bermula awal. "Bukan boleh kira Dr Samar Bustami seorang ni, entah-entah kelas dah mula. Semangat betul nak mengajar", getus hatinya.

Memikirkan semula hasrat hatinya untuk mengulang kaji pelajaran semasa senggang waktu tadi, dia melepaskan keluhan kecil. Harapan yang secara tidak sengaja atau mungkin separa tidak sengaja dimusnahkan. Satu muka surat pun lecture note yang dibelinya sebelum drama epik itu bermula tidak dia hadam. Hatta satu perkataan pun.

"Gara-gara Twitter tadi lah", getus hatinya lagi sambil kaki laju melangkah ke dewan kuliyyah. "Bukan, bukan salah aku. Semuanya salah mamat arab tadilah. Ya memang konfem sebab dia. Memang dia.", sebab yang dirasakannya kukuh biarpun hakikat sebenarnya tidak begitu.

********************************************************************************

Sejak satu jam yang lepas hingga kini, Lizea meleret-leret tangan bekunya pada skrin tahan calar Gorilla, iPhone miliknya itu. Sesekali terhenti melihat jam tangan. Retina matanya turut tertumpu pada alat elektronik itu daripada tadi. 

"Dah pukul berapa Mah?", soal Lizea tatkala mengesyaki perubahan waktu pada jam tangannya itu. "Sembilan dah Mak Cik!", separa kasar Yaemah menjawab, berhajat untuk bergurau. Lizea sengih sebentar, kemudian menyambung konsentrasinya pada telefon pintar itu.

"Dah bilanya mak cik nak study?". 

"Alah, sikit je lagi ni, dua level lagi nak sampai level 220, bila dah sampai nanti Lizea berhenti lah. Macam tak best kalau berhenti kat level 218, nombor tu tak cantik, Lizea kan perfectionist", monotona ucapan Lizea. Yaemah sekadar mendengus kecil, menggeleng kepala barang sejenak, lantas menyambung pembacaan Lecture Note Endocrine System yang sedikit terganggu sebentar tadi. 

"Perfectionist lah sangat Lizea oi", bisik hati kecil Yaemah. Kalau ikutkan kemahuan, mahu saja dia berleter panjang bagai mak orang kepada si Lizea ni. Iyalah, study pun malas, asyik main Candy Crush sahaja. Kalau study pun, sekadar satu hingga dua jam sahaja kemudian terbungkang tidur atau kadang-kadang sambung main Candy Crush sekali lagi sampai larut malam. Tup tup bila exam, dapat markah sama dengan Yaemah. Mana tidak frust menonggeng si Yaemah. Sebab itulah Yaemah dah letih berleter pada Lizea, membazir masa dan tak membuahkan hasil, tak muntij kata naqibah Yaemah.

"Kau untung Lizea, study malas pun masih bijak lagi, baca sekejap sahaja semua dah masuk!. Aku ni baca sampai dua tiga kali ulang pun masih tak ingat", tambah meruap-ruap jiwa Yaemah. Tension. Mulalah Yaemah tatkala jiwa meruap, tak tahan amarah ditambah pula dengan ajinomoto amarah syaitan, terus menyalahkan takdir. Tak puas hati kenapa dia tidak dilahirkan seperti Lizea. Tuhan pula yang dipersalahkan.

Fikirannya jadi berserabut, seolah-olah neuron dalam Central Nervous System semua terbelit sesama sendiri tatkala memikirkan perihal itu. Dia tiba-tiba teringat pesanan ustazahnya di sekolah dahulu untuk menahan kemarahan dengan mengubah posisi dan mengambil wudhuk.

Yaemah lantas berdiri gagah, mengubah posisi sambil berhajat membasahkan esophagusnya yang dehydarated sedari tadi. Entah-entah Limbic System yang berperanan menaikkan nafsu amarah menyedut semua air dalam tekak menyebabkannya dehydrated. Yaemah menggeleng-geleng kepalanya, berusaha membuang falsafah-falsafah kemedikan yang pada hematnya tak sepatutnya bersarang dalam cerebrum otaknya kala itu. 

Lampu dapur tak mahu Yaemah sentuh. Mahu cepat-cepat keluar dari dapur yang sejuk beku itu. Namun, tatkala tangannya menggapai cawan dalam kegelapan malam, Yaemah tergelincir terpijak lopak air yang bertakung di lantai dapur bersama jeritan kecil yang bergema di dinding dapur kecil itu. Dia mengaduh sakit. Terfikir pula mungkin ini kafarah dosa buatnya. Dia bingkas bangun sambil beristighfar. 

Lizea dengan muka selamba membuka lampu. "Imah tak apa-apa ke?", iPhone masih kemas terkejap pada genggamannya, bunyi soundtrack Candy Crush itu perlahan-lahan bunyinya sangat dikenali Yaemah. Yaemah tersenyum kelat menahan kesakitan. Mujurlah Allah maha penyayang, lembut sahaja teguranNya. Yaemah fikir kalau Allah berikannya ujian yang lebih berat lagi atas kekhilafannya menyalahkan takdir tadi, entah bagaimana dia mahu menanggung. 

Yaemah sedar, ujian untuk semua orang itu berbeza menurut kemampuannya. Mungkin Lizea nampak tenang dengan pelajarannya, namun Yaemah tahu Lizea mempunyai masalah tersendiri yang dia sendiri tidak tahu entah dia mampu menanggungnya jika dia berada di tempat Lizea. Benarlah Allah itu maha pengasih. Memberikan manusia ujian atas kemampuannya.

********************************************************************************
Uthman membiarkan sahaja Facebooknya terbuka begitu, membenarkan notifikasi masuk secara langsung. Setiap minit berlalu pasti ada notifikasi baharu. Ya, kadang-kadang notifikasi lama yang diperbaharu. Tidak hairanlah, orang kuat persatuan pasti diperlukan setiap saat. Mujurlah dia hanya sekadar bertugas dalam bidang multimedia, kalau presiden, pasti lebih sibuk agaknya.

Setiap bait-bait perkataan dalam ruang sosial itu mesti dituturkan dengan sebaiknya. Risau kalau-kalau ada pihak yang akan tidak berpuas hati, kutuk belakang dan macam-macam lagi. Ya, bukan senang menjaga imej. Orang persatuan pun manusia juga, mesti ada silap salahnya. Cuma, masalah yang datang apabila ada orang yang menghukum tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Semua itu dapat diatasi dengan berlapang dada, memohon kemaafan dan memaafkan kesalahan orang lain. Hatta, sangkaan yang menjadi-jadi juga boleh dikatakan ancaman kepada hubungan persahabatan dan ukhuwwah. Disebabkan itulah, Rasulullah selalu menghilangkan sangkaan pada sahabat-sahabat baginda walaupun sahabat-sahabat mungkin tidak bersangka buruk terhadap Rasulullah. Bukankah orang-orang mu'min itu bersaudara. Lantas, perdamaikanlah antara sesama mereka.

Kali ini Uthman membaluti dirinya dengan hirom, selimut tebal seberat 8kg itu cukup selesa. Haba dikepung, mengekalkan suhu panas dalam hirom itu. Haruslah, masakan musim sejuk bersalji seperti ini dapat ditahan tanpa hirom. Kadang-kadang terfikir juga dia entah bagaimana nasib umat Islam di Syria dan Palestin, entah bagaimana mereka mampu menahan kesejukan dek turunnya salji lebat mencurah-curah. Belum turun salji pun sudah menggigil apatah lagi setelah turunnya kapas putih dari langit itu. Memikirkan hal itu, Uthman jadi beristighfar berulang-kali. Tidak kurang juga menyumbang sedikit sebanyak sekadar yang dia mampu kepada NGO-NGO yang memberikan khidmat kebajikan kepada umat Islam di Syria dan Palestin misalnya Aqsa Syarif.

Mengulang-kaji di dalam hirom bukanlah cara yang terbaik bagi Uthman, entah masuk entah tidak. Lantas Uthman duduk bersila di atas tilamnya. Ditariknya meja kecil di tepi dinding ke arahnya lantas dibuka buku Pharmacology yang tebalnya 5cm itu di atas meja tersebut.

Melihat sahaja isi dalam muka surat pertama yang dibukanya, Uthman sudah mula mengeluh. Entah sempat atau tidak dia habiskan semua materials yang akan disoal saat peperiksaan akhir semester nanti. "Ah, tak kisahlah. Asalkan aku cuba. Takpe-takpe, Allah tak tengok hasil, Allah tengok usaha kita Uthman", naluri pemberi kata semangat membakar obor jiwa yang kian redup.

Uthman mula menelaah, menghafal sedikit sebanyak nama-nama janggal Adrenoceptor Agonist dan Antagonist. Pening-pening, malam itu hanya berjaya menghafal 4 ubat. Masih tinggal 8 ubat lagi yang belum dihafal. Dia mula risau, mencari-cari slide pharmacology yang dibelinya minggu lepas pada rak buku kecil miliknya di sebelah tilamnya. Entah ke mana hilangnya. Sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal, Uthman menyeret jarinya pada skrin membuka kekunci Galaxy Note 8.0 pemberian ibunya itu. Kata ibunya, supaya mudah untuk dia mengulang-kaji pelajaran walau di mana pun dia berada. Dia sendiri tidak pasti adakah hasrat ibunya membelikan peranti canggih itu untuknya sudah tercapai atau belum. Kalau difikirkan, seperti lebih banyak dia terleka daripada sebaliknya. Dibukanya laman web pelajar medik tahun sepengajian dengannya, lantas memuat turun slide pharmacology ke dalam peranti canggih itu.

Dibacanya dengan teliti setiap bait perkataan dalam slide tersebut namun dia tidak berpuas hati. Susunan perkataan yang bertarabur dan tidak teratur dalam slide itu diamati. Tension juga dia membaca slide sedemikian rupa. Sesekali mukanya berkerut tidak faham apa yang dimaksudkan daripada ayat yang dibacanya. Saat itu, dia menekupkan mukanya dengan kertas nota yang dicontengnya seraya menghempap badannya pada tilam empuknya itu.

Telefon pintarnya tiba-tiba berdering, dia menoleh seiring. Teragak-agak mahu mengangkat andai ada pula urusan yang menggangu pelajarannya saat itu. Digagahkan dirinya kembali ke posisi duduk menjawab panggilan tersebut. Butang hijau pada skrin itu diseret perlahan-lahan.

"Salam alaikum, sihat? Macam mana dengan poster tu? Dah siap ke?"

"Ya Allah, ana lupa lah nak buat. Aduh, macam mana ni. Minta maaf sangat-sangat."

"Oh.. yeke. Bukan anta cakap nak buat petang tadi ke?"

"Ya, tapi terlupa pula ana nak buat petang tadi."

"Oh. Kalau macam tu, anta buatlah sekejap malam ni ye, sebab dateline dia esok. Ana takut kalau tunda-tunda anta tak sempat buat pula."

"Emm, oklah kalau macam tu. Ana try buat malam ni. esok nak kan? Nanti ana bagi kat facebook anta ok?"

"Okay! Beres. Terima kasih tau, esok ana cek. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Kelu. Uthman menghenyakkan kepala pula pada tilam. Berbaring meratapi nasib studynya malam itu. Sungguh epik. "Nampak gayanya tak habis lah study aku malam ni. Hmm. Baru ingat nak habiskan bab ni malam ni jugak", keluh jiwa kecil Uthman.

Dia menutup buku 5cm tersebut lantas menekan butang kuasa pada komputer ribanya. Digantikan tempat letak buku itu tadi dengan komputer ribanya. Perisian Adobe Photoshop CS6 dibuka. Setelah itu, dia mula larut dengan kerjanya. Biasalah, kalau 5-6 jam di hadapan komputer riba pun memang tidak terasa. Kalau buka buku 2 jam pun sudah penat otak. Uthman sendiri bingung mengapa otaknya juga begitu. Timbul juga sedikit kesal dalam hatinya kerana tidak menyiapkan kerja ini awal-awal lagi.

Uthman mula bermuhasabah, memikirkan apa yang dia lakukan petang tadi sehingga dia lupa menyiapkan kerja tersebut. "Awalnya boleh lupa", keluh Uthman sedikit kesal. Otaknya pada malam itu baginya sedikit bebal. Lupa banyak hal dan kerja tidak efektif. Kemudian dia mengimbas semula nama-nama 4 ubat Adrenoceptor Agonist yang menurutnya berjaya dia hafal sebentar tadi. Hanya tinggal 2 yang dia masih ingat, itu pun kabur-kabur. Uthman melepaskan keluhan kecil. Sedih rasanya baru hafal tidak sampai 30 minit dah mula lupa.

Notifikasi baru pula muncul pada Galaxy Note 8.0 miliknya, notifikasi luar talian. "Ah, gara-gara game ini lah yang buat aku leka petang tadi. Pastu ngantuk pastu tertidur sampai maghrib. Tak muntij sungguh!", keluh hati kecil Uthman, menyalahkan dirinya kerana tidak pandai mengatur masa. Uthman tidak teragak-agak, membuka folder 'awas! Lagho' itu lantas mencari aplikasi game tersebut lantas menekan butang pangkah pada sudut tetapan di bahagian kanan atas peranti itu. Satu kotak muncul di skrin, "Uninstall 'Minion Rush: Despicable Me'?". Uthman menekan butang 'yes'. Kurang daripada 2 saat aplikasi itu terpadam. Sekejap sahaja. Entah berapa lama jahiliyyah itu bersarang dalam perantinya. Hingga kini dia sudah memotong banyak High Scores rakan-rakan facebooknya sehinggakan muncul notifikasi pada peranti rakannya yang lain mencabar untuk turut memotong High Scoresnya. 

Ya! Uthman selalu dengar orang lain cakap tak apa main game sekali-sekala untuk menghilangkan tekanan. Namun, jika dia fikirkan balik, disebabkan game itulah dia jadi tidak pandai menguruskan masanya, lantas membawa kesan kepada prestasi pembelajarannya juga dalam prestasi amalnya. Maka, andai itu menggangu pelbagai urusannya termasuk urusan ibadahnya, amalnya, dan dakwahnya, maka perihal tersebut adalah jahiliyyah dan harus dibuang jauh-jauh. 

"Analoginya sama seperti membawa sebuah beg yang sangat berat berisi benda yang sia-sia sambil mendaki gunung. Nah, buang sahaja barang-barang yang sia-sia itu. Kan senang tu nak mendaki. Puncak itu pula dianalogikan sebagai kemenangan Islam", sentap juga Uthman mendengar kata-kata tersebut semasa program usrahnya kira-kira dua bulan yang lalu. Sentap dan padu.

Ya! Seluruh umat Islam mahukan kemenangan Islam, justeru itulah Uthman merasakan dirinya harus turut berkerja menjayakan objektif terbabit. Kalau dia tidak dapat melihat kemenangan itu sekalipun, sekurang-kurangnya dia sudah berusaha membina pelapis bangsa yang bakal menjayakan objektif itu kelak. Apabila disoal Allah nanti di akhirat, dia telah menyediakan sebuah jawapan yang cukup teguh untuk dijawab dengan gembiranya. 

Uthman meneruskan kerjanya membuat poster, malam ini dia tidak dapat study gara-gara menyiapkan poster terbabit. Namun, tidak adil rasanya jika menyalahkan persatuan jika kerja yang diberikan itu sudah lama ditangguh. Sebaliknya, Uthman bertindak menyiapkan segera poster terbabit dengan baik meskipun menyiapkan sebuah poster boleh memakan masa sehingga lebih daripada 6 jam jika tiada idea.

"Jalan terbaik juga solusi terbaik adalah dengan cara menggunakan masa dengan sebaiknya. Ya, benar. Allah telah memperuntukkan masa yang sama kepada semua orang, terpulang bagaimana seseorang itu menggunakannya. 

"Dan sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugiaan, melainkan orang yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran", Ya! Cukup dalam sekali hadiah Allah ini. Maka, sekadar sentap tanpa melakukan sebarang tindakan adalah sia-sia juga. Seolah-olah membina resistance terhadap kata-kata sentap itu dan menanti kata-kata sentap yang baru untuk merasa sentap. Di kala itu, sia-sialah andai tidak berubah kerana mungkin Allah akan menarik balik hidayah yang diberikan andai manusia tidak berusaha bersungguh-sungguh bersyukur dengan hidayah yang diterimanya.", begitu terasa apabila Uthman membelek semula catitannya ketika usrah minggu yang lalu, Uthman sedar dia harus berubah untuk ke arah yang lebih baik.

Andai sebelum itu dia banyak main game sehingga terabai pelajarannya, amalnya. Maka dia harus bertindak segera.

Andai sebelum itu dia banyak main twitter, facebook sehingga ibadah pun entah ke mana, Maka dia harus mengawalnya.

Andai sebelum itu dia banyak tidur lagi-lagi di musim sejuk ini sehingga kelas pun terlewat, kadang-kadang terlepas, maka dia harus kurangkan tidur.

Andai sebelum itu dia selalu merasa tidak cukup masa, sebenarnya bukan itu hakikatnya. Tetapi salah Uthmanlah sebagai pengguna masa itu sendiri. Juga salah Lizea, Yaemah dan Shafnan, rakan facebook Uthman yang turut mempunyai lebihan waktu yang selalunya digunakan untuk perkara yang tidak produktif. Justeru, mereka perlu berubah. Mereka perlu melakukan sebuah anjakan paradigma supaya suatu hari kelak, seluruh dunia mula berubah, bermula daripada kesedaran beberapa individu yang menggerakkan dan menggegarkan perubahan dunia! InshaAllah.

************************************************************************
Lizea juga manusia biasa, dia juga pernah jatuh dan bangun. Hakikatnya, Lizea juga mahu berubah setelah resultnya merudum jatuh pada semester yang lalu. Kalau dahulu, berpuluh-puluh levels dihabiskannya dalam masa sehari tetapi kini dia mengahadkan hanya 10 levels sahaja secara maksimum dalam sehari. Cuma kadang-kadang dia terleka terlebih main. Ya, perubahan memang memakan masa. Dia juga sedikit malu dengan Yaemah yang dilihatnya cukup teguh belajar tanpa jemu. Tatkala itulah, dia selalu bangun di awal pagi ketika Yaemah masih belum celik matanya untuk menelaah pelajaran dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk menambah amalnya.

Memang awal-awal sampai di bumi anbiya' ini dahulu dia tidak sebaik sekarang, dahulu ilmu agama pun dirasakan tidak lengkap. Namun, dia tidak malu untuk berubah. Ramai kakak-kakak yang prihatin membantunya berdiri kembali. Hasil usrah, dia banyak membaiki dirinya. Tuduh labuh kini sudah sinonim dengannya. Alhamdulillah ramai yang ingin membimbingnya. Rahsianya cuma satu, jangan malu dibimbing dan jangan sombong untuk berubah. Kini hal itu menjadi prinsip hidup Lizea. 

**************************************************************************
Shafnan menghempaskan badannya pada tilam biru di biliknya. Tatkala memikirkan hal tadi, dia merasa tidak senang hati. Seperti sesuatu menggangu fikirannya. Dia muhasabah sejenak, memikirkan perihal dirinya, tujuan hidupnya. Pernah dia mendengar sahabatnya bercerita mengenai tujuan hidup kepadanya. Cuma masa itu, Shafnan belum memikirkan hal itu secara serius. 

Dia mencari-cari nota yang pernah ditaipnya dalam aplikasi iPhone. Lantas menekan sebuah nota yang bertajuk "Tujuan Hidup menurut Al-Qur'an". Shafnan mengamati nota tersebut penuh minat. 

Tujuan hidup : 

1) Ibadah - beribadah kepada Allah dengan sebenarnya. Tidak mencampur adukkan antara yang haq dan batil. Meninggalkan Jahiliyyah, perkara yang melalaikan untuk masuk Islam secara keseluruhan.

2) Khalifah - Menyebarkan ajaran Islam melalui pelbagai cara dan utamanya adalah Dakwah. Dakwah adalah wajib untuk semua orang dan akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. Untuk berdakwah, kita perlu ditarbiyyah bagi mengisi dan membina diri dengan ilmu-ilmu dan kelengkapan dakwah. Contoh cara mendapatkan tarbiyyah : Usrah, Al-Qur'an.

Shafnan sedikit terkedu, rupanya masih banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan. Kali ini dia bertekad, untuk melakukan perubahan. Dirinya dahulu tidak sama dengan dirinya sekarang. "Sudah tiba masanya untuk aku berubah!", getus hatinya.

"Moga Allah permudahkan urusan aku dan seluruh orang muslim. Amin.", nekad Shafnan.




Ahad, 8 Disember 2013

Kau tak cukup kuat? Seriusly ?




***Awas, kandungan istilah medik yang cukup annoying***


"So, we did use Vancomycin as the last resort. What does it mean? If we want to treat patient with multiple drug-resistant infectious agents, we use other drugs first, but if the bacteria has built resistant on the drug, we should use Vancomycin as THE LAST RESORT in this time, the bacteria maybe not built resistant yet to the drug. But remember that some S.Aureus, VRSA has built resistance to it means we need to work out for new ultimate antimicrobial drug that can treat the patient." panjang lebar Dr. Ashraf Shehabi menerangkan perihal ubat Vancomycin itu.


Lantas seorang arab bersuara, "Dr, why don't we just use Vancomycin from the beginning since we did already know that bacteria doesn't built resistant to it yet?" soalan cepugangsa itu disoal.

Dr. Ashraf tersengih, dijawabnya dengan tenang, "The drug has many side effects, so you won't imagine how bad it really is, the adverse effect especially". Noktah. Seluruh kelas terdiam. Menunggu sambungan kata-kata sakti Dr. Ashraf. "You can search it in google. Okay. Class dismiss", tergelak kecil Lutfi mendengar kata-kata doktor. "Haha. Sakti gila", monolog Lutfi.

Dikuis-kuis sedikit jarinya yang kelihatan beku itu. Musim sejuk kali ini pelik. Sekejap panas sekejap sejuk. Hari ini, hujan tiada henti sedari awal pagi tadi. Sejuk menikam villinya di small intestine. Ok. Lebih-lebih.

Hari ini Lutfi bersendirian lagi. Seperti hari sebelumnya. Menjadi golongan minoriti, kalau Lutfi hanya dia lelaki di tahun dua, dari Malaysia di Kuliyyah Tibb University of Jordan, bumi anbiya' ini bukan semudah makan syawarma. Siapa cakap mudah 'makan' syawarma? Kalau order ada Mukhallal tu, jenuhnya nak buang satu per satu. Orang cakap, makan saja lah, jangan banyak cerewet. 

"Ya! makan. Tapi kalau hati kata tak suka tak makan juga kan. Tapi, kalau makan, masuk ke dalam perut dicerna pula, dineutralisasi oleh Garam Air Hempedu, lantas diserap masuk melalui villi di dalam usus besar dan kecil. Ah, terpaksa masuk ke dalam Portal Vein pula untuk First-pass metabolism sehinggalah akhirnya memberi khidmat dalam bentuk tenaga kepada seluruh sel yang berkerja atas arahan tuhanNya saban waktu", ya, monolog itu berbunyi sekali lagi.

Selalu disoal jika bersua dengan masyarakat Melayu di Irbid, sebuah kota yang tidak jauh dari Amman, tetapi populasi Melayunya cukup ramai!

"Wah, best lah boleh belajar bahasa arab dengan cepat", Errr.


"Hebatnya enta, ana kagum ada kawan cam enta", Ok. Perlu?.

"Baguslah buat medik di Amman, tak ramai melayu, sini jalan sikit melayu, jalan sikit melayu, bosan gila kot tengok muka melayu je" Hmmmm.

dan macam-macam lagi lah persoalan yang ditujukan. Bukan apa, memang betul seronok bersama komuniti arab namun bersahabat dengan arab tak sama bersahabat dengan melayu. Bahasa lain, fikiran lain, kebiasaan lain, adat lain, makanan lain, semua lain. Alhamdulillah samanya dari segi ISLAM. Mujur ada juga arab yang baik hati sudi menegur Lutfi, namun, kebanyakkan masa di isi dengan termenung sendirian. Mengharapkan ada teman baik di sisi yang memahami. "Ahhh, terima saja lah. Dah Allah tetapkan kau di sini, kau kene kuat Lutfi... Kan Allah dah kata Dia takkan memberatkan sesuatu kaum melainkan kemampuan kaum itu sendiri. Kau seriusly tak yakin dengan ayat Allah ni?" 

Gulp. Liurnya ditelan. Monolog tadi baginya cukup kasar, namun hakikat itu perlu ditelan. Lutfi beristighfar berulang kali. Risau-risau fikirannya itu merosakkan akidah suci. Orang selalu cakap, "cakap senanglah, badan yang tanggung ini tak semudah tu", "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya", dan macam-macam lagilah frasa menarik yang kadang-kadang menggalakkan orang lain berasa tidak redha dengan ketentuanNya. Lutfi teringat, pernah melihat sebuah video yang entah dari mana video itu dilihat, namun frasa yang paling melekat dalam cerebrumnya, 

"Sabar... sabar... Sabar pun ada batasnya!", disambung "Awak, kenapa awak letakkan batas pada sabar itu padahal Allah menyediakan ganjaran pahala yang tidak terputus-putus buat orang yang bersabar kerana Allah". Allahu. Terkedu sebentar Lutfi tatkala teringat frasa tersebut. "Ganjaran pahala yang tidak putus-putus buat orang yang bersabar!", monolog iman muncul semula memacu keimanan. Double terkedu.

Dhiya' menepuk bahu belakang Lutfi, dia sedikit terkejut, ditahan riak wajahnya daripada berubah, muka selambanya ditoleh. Bersyukur juga Lutfi sekurang-kurangnya ada sahabat Arab yang sudi membantunya di saat dirinya memerlukan sokongan seorang insan yang bernama teman. Dhiya' tersengih kecil, hujung bibirnya mengukir senyuman kecil, entah ikhlas atau tidak, Allah sahaja yang tahu. "Syu malak? - Kau apehal?", Dhiya' tertawa kecil, tidak disangkanya sahabat melayunya yang seorang ini makin pandai berbahasa Arab, bahasa pasar lagi. "Keif halak? - Kau apa khabar?" Dhiya' yang mula reda tawa kecilnya sebentar tadi mula bertanya khabar seperti kebiasaanya. Memang kebiasaan orang arab untuk bertanya khabar di awal perbualannya juga walaupun perbualan dah lama bermula. Aneh. Kadang-kadang sampai empat lima kali bertanya khabar meskipun sedang bercakap soal lain. Double aneh.

Xperia Z1 Lutfi bergetar dalam poket. Skrin sesentuh itu dileret ke atas membuka kekunci, satu notifikasi baru muncul, siaran daripada sahabat karibnya di dunia nyata juga di alam facebook. Lutfi makin terkedu. Seolah-olah seluruh alam sedang berbicara dengannya. Seolah-olah rintihannya itu sebentar tadi didengari semua.


Ahmad Alqannas merasa haybat!
"Sedangkan kapal belayar memerlukan ombak untuk bergerak,kerana tanpa ombak kapal xkan bergerak....
Bahkan burung helang memerlukan rintangan angin untuk terbang,kerana tanpa angin helang x boleh terbang..."


‪#‎maka‬ begitu juga manusia. memerlukan dugaan dan cabaran untuk memastikan dia terus maju kehadapan.

195 Sukaan. Butang sukaan di facebook itu disentuh menjadikan 196 sukaan. Memang sebuah medan yang cukup terkenal untuk berdakwah mahupun maksiat. Senang-senang dosa diraih daripada laman sosial itu dan juga senang-senang pahala diraih dari laman yang sama. Bercampur baur. Namun, bergantung kepada pemilihan manusia itu sendiri sama ada memilih syurga atau neraka. Kasar, tetapi itulah hakikatnya.


Kata Ahmad Alqannas benar, Lutfi memerlukan cabaran dan ujian untuk memastikan dia terus maju ke hadapan dan inilah dia salah sebuah ujian untuk menjadikan dirinya kekal maju ke hadapan. Cekal dan tabah. Dia tidak memerlukan sesiapa lagi, cukuplah Allah sebagai pendamping. Dia sedar, tanpa Allah di sisi, dia tidak sedikit pun berharga, dengan mudah dicampak ke dalam api yang menjulang gah di akhirat sana, menjadi bahan bakar api yang lapar itu.

Lutfi masih ingat lagi saat tadabbur surah Al-Mulk dalam usrahnya hampir sebulan yang lalu, "Hampir-hampir ia pecah berkecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (orang-orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah pernah sampai kepada kamu (rasul yang) pemberi peringatan (di dunia dahulu)?"  ayat 8 yang cukup mendalam jika ditadabbur dengan baik. Risau juga andai dia sudah menerima dengan kata lain sampai seru namun berpatah balik kepada kegelapan jahiliyyah yang pernah ditinggalkannya dahulu.

Tiap kali jiwanya merasai datangnya pathogen jahat, FuturgenFutur sp. , dia mula meroyan seorang diri bermonolog melawan aura itu. Iman Immune system yang dimilikinya jika sedikit lemah akan mula menghasilkan Amal Inflammatory Reactions yang dapat dikenal pasti melalui perubahan amalnya. Namun, kembalinya dia kepada Fitrah keimanan itu tidak pasti. Risau Futurgen yang mendatangi itu tidak dapat dilawan mengekalkan dia dalam arus kejahilan. Lantas di saat itu, iman jualah yang membanteras segalanya. Lantas, iman yang kental diperoleh melalui hubungan yang rapat dengan ilahi. Kekuatan yang lahir daripada imanic bond yang cukup kuat dan utuh itu jualah yang bakal menjadi pembela saat Futurgen datang menyerang. 

Dhiya' tersengih sendiri melihat gelagat Lutfi yang sedari tadi mengelamun semula, siap dengan gaya tangan tanpa dia sendiri sedar keanehan sikapnya itu. True Tone Dual Flash kamera iPhone 5s milik Dhiya' mula berfungsi menghasilkan cahaya bak kilat di malam hari. Lutfi sedikit terkejut. Dhiya' ketawa nyaring, seronok melihat gambar hasil tangkapannya di galeri foto iPhone 5s miliknya. Lutfi seraya menarik telefon pintar Dhiya', menekan butang padam risau kalau-kalau Dhiya' bertindak drastik memuat naik foto tersebut di laman sosial, naya jadinya. 

Dhiya' mendapatkan kawan arabnya di satu sudut yang lain, meninggalkan Lutfi berseorangan kembali. Akhirnya bibir kejang itu mengutum sebuah senyuman meskipun tidak semanis pasangan pengantin di saat walimah perkahwinannya, dia sedar. Hakikat itu perlu mengalir dalam jiwanya. Perlu mengalir dalam darahnya, perlu dimasukkan secara Intravenous yang bioavailabilitynya 100%, bermakna seratus peratus yakin dengan perancangan Ilahi.

Tangga Kuliyyah Perubatan itu di langkah gagah, bersama sebuah senyuman yang sudah terukir di bibirnya. Dia yakin dan pasti perancangan Ilahi ini adalah yang terbaik buatnya.

Bismillah. Dengan nama Allah aku hidup dengan nama Allah aku mati. Perjalanan ini harus ditempuhi meskipun ranjau berduri sentiasa menghalangi, meskipun Syndrome Futurgen sentiasa cuba untuk menyekat.

Muhasabah 7 Disember 2013.

Read More, Gain Knowledge.

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews