Sabtu, 25 Februari 2012

Details Kursus Mencipta Video Mudah. Click !


Bismillah, Pengumuman. Kepada Sesiapa yang berminat untuk menyertai Kursus Mencipta Video Mudah di SM Islam Al-Amin Kemaman pada 27 atau 28 Februari 2012, sila daftarkan nama anda kepada ahmadmujad@gmail.com ataupun terus mendaftar kepada Muallimah Iffah di bilik Komputer SMIAAK.

FAQ (Frequently Asked Question)

1. Apa maksud 27 atau 28 tu ?
-Maksudnya, anda bebas memilih untuk hadir pada 27 atau 28 haribulan. Katakan anda ada usrah pada 27 Feb, maka datanglah pada 28 malam. :D. Begitulah sebaliknya. 
P/s: Jangan pulak sebab nak join ni, tak hadir usrah. Usrah tu penting sangat tahu.

2. Dia guna perisian(software) apa ?
- Memandangkan kursus ini ajar cara buat video mudah sahaja, maka kami memutuskan untuk menggunakan Software Sony Vegas Pro 10. Mudah dan Senang. Berkenaan software tu, kami akan bekalkan buat mereka yang datang dengan Laptop sendiri. Komputer sekolah pulak kami dah install Sony Vegas pro 10 dalam setiap komputer. Komputer sekolah Terhad. 10 sahaja. Siapa cepat dia dapat. Lebih baik bawa laptop sendiri. :D

3. Kenapa Yuran RM15, 'macam' mahal je.
- Eh ? mahal ?, siapa kata. Cuba google Diyana Tahir, hah. berapa cas yang dikenakan kepada anda ? rata-ratanya RM150. Mahal tu. jadi, kami bersepakat untuk kenakan yuran sebanyak RM15 sahaja. Buang '0'. WOW. murah tu. Untuk makluman, yuran yang dikenakan bertujuan untuk mengumpul DANA LKD, iaitu Kembara Dakwah kami ke sabah atau sarawak Mac ini. Oleh itu, kalau anda nak bayar lebih pun kami alu-alukan. :D. RM15 Yuran, kalau bayar guna duit RM20, sumbanglah RM5 baki tu. Hee.

4. Siapa yang boleh sertai ?
- Kursus ini terbuka untuk semua orang tidak kira peringkat umur, jawatan mahupun status anda. Yuran tetap sama sahaja. Dan ketika daftar, pastikan anda pilih untuk join hari apa. 27 atau 28. Kalau nak join 27 dan 28, yuran RM25 sahaja. Diskaun RM5. :D

Kalau ada lagi soalan, ajukan segera. Saya akan pantas menjawab persoalan anda.

Sekian. Jazakumullahu Khairan kathira.



2 Orang Melekat :

adam berkata...

as salam.. syaheed, sy berminat nak sertai kursus ni andai ada lagi pada masa akan datang.. sekarang ni saya berkerja di K.l.. kalau ada inform yer.. saya boleh ke kemaman sebab kampung saya kat marang jer..

Aheed Razlan berkata...

InshaAllah. :D

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews