Bismillah... Baru ada idea...
Alhamdulillah, termasuk video sebudaya dalam post lalu merupakan video kelima atau keempat yang ana wat..
kendatipun, ana dengar ramai sebenarnya yang minat dalam buat2 video ni.. cuma tak tahu saluran mana yang ingin digunakan untuk mengembangakn bakat tu..
pertamanya, kene tahulah software atau perisian yang digunakan untuk buat video..
- yang paling basic ialah windows movie maker.. tapi ana tak suka guna software tu, dan x pandai pun.. ntah nape padahal lagi senang rasanya...
- Yang biasa ana guna dan yang first ana guna ialah Sony Vegas Pro 9.. sekarang dah ada yang 10 punya.. biasa cari dan download di torrent.. senang... kalau nak link.. insyaallah ana cari balik..
- yang advance sikit, yang ni ana tgh belajar, Adobe After Effects CS1 - CS5 .. biasa ana guna CS4... okay kot.. nampak macam kompleks, tapi, klau dah pandai senang je sebenarnya.. enjoy rasa bila guna..
- Kalau nak belajar wat animation 3D, boleh try Cinema 4D, Blender, Reallusion IClone Pro 3D dan byk lagi... ana pun tak sempat nak belajar byk2... sibuk SPM tahun ni... Ada masa insyaAllah boleh belajar..
Kedua, lagu mestilah best2 untuk letak dalam video ni..
- ana memang x suka letak lagu2 yang ada suara dlm video.. dan x pernah pun buat video camtu.. rasa mcm tak best la..
- dahtu, nak letak lagu ape ?.. apa nama lagu2 yang x de suara tu ?
- antum boleh guna :
1- instrumental music - lagu jenis lembut2, sedih2
2- immediate music - lagu jenis rancak2 skit, bukan rock tapi percussion jugaklah... drum dsbgainya
3- techno - ni ana x suka mana, bunyi macam DJ2 skit... mcam disco jugaklah.. x soleh dengar..
4- kalau nak bunyi effect pendek2, guna " sound designer FX ". cuba search torrent.. ada kot.. dia ada byk bunyi sound effects dalam satu folder... kene download la..
5 - ProScores - yang ni music jugak.. dia ada byk jenis music... try search : " Video Copilot - Proscores "
6 - kalau tahu jenis2 lagu yang lain, boleh la share dgn ana... ^_^
cakap psal video, org selalu tanya ana,..
"anta belajar kat mana wat video2 ni ?.."
" Sape ajar anta wat video ni ?"
"Wah, ajarlah ana sekali wat video gini .."
sebenarnya, asal2 tercetusnya minat nak wat video ni dari Akh Munzir Muzahar... first time ana tgk video SeBuDaYa 2010, ana rasa kagum.. kalau tgk balik hari ni, ana nampak byk sgt benda yang perlu dibaiki dalam video tu.. sesuai la tu, nama pun first video... Cumanya, ana ni jenis yang tak suka tengok tutorial dalam youtube mcm ramai org buat... satu je yang ana suka tgk iaitu tutorial Video Copilot..
tapi, ana lebih suka 'kobek' sendiri apa2 yang ada dalam software tu... contohnya macam vegas... ana selidik sendiri jugaklah... walaupun ada jugak org2 yang berjasa ajar ana skit2. lama2 kita rasa menda tu senang pulak.. vegas memang senang... belajar x lama pun.. asal ada minat je..
Berbalik pada kisah first video, video pertama yang ana buat ialah video batch 7 tahun lepas.. secara jujurnya, memang hodoh jugaklah video tu.. malu rasa bila tgk balik... haha..
Apapun, minat buat video.. boleh try cari2 dulu software yang berkenaan... dan jgn buat video masa musim periksa... ana selalu jugaklah kene tegur dgn parent ana sebab bersungguh sgt wat video ni.. belajar jgn diabaikan... video tetap video.. dan kalau boleh buat video psal belajar lagilah bagus...
akhirulkalam.... tambah ilmu, tambah amal... insyaAllah buat kebajikan byk2.. bermanfaat kepada ummah"
Wallahua'lam..
P/s : sedang dalam proses buat video terbaru sempena 10 tahun penubuhan al-amin kerteh.. sebarang sumbangan idea sgt dihargai... ana pun dah kering idea nak buat macam mana video tu..