Sabtu, 30 Oktober 2010

Peperiksaan Islam ~

Bismillah...

Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan kita semua... tiada tuhan yang layak disembah selainnya... sama ada amon re, re atum, patung vishnu, siva dan apa2 sahaja... Allah sahaja tuhan yang layak digelar tuhan...

Dalam ranjau liku kehidupan ini, sentiasa ada 'peperiksaan' yang Allah berikan kepada kita... kenapa panggil 'peperiksaan' ?.. sebab 'result'nya akan kita tahu bila kita dihadapkan kembali kepadanya di akhirat kelak... sudah tentu kita nakkan result yang cemerlang.. bukan begitu ?...

kalau PMR, SPM kita dah buat yang paling baik untuk dapat kepujian, kredit cemerlang dan sebagainya.. inikan ujian daripada Allah, mestilah kita kene buat yang terbaik.... Ujian pula, ada yang senang dan ada yang susah.. satu analogi mudah, kita suka soalan yang senang2 dalam peperiksaan.. dan kita sangat x suka soalan yang susah2 dan complicated nak jawab macam soalan KBKK... tapi, kita harus sedar.. soalan yang susah, complicated, yang kita benci itulah yang menyumbang banyak markah kepada kita... samalah konsepnya dalam hidup kita sebagai seorang muslim... kita sentiasa takutkan ujian yang berat2 jatuh menimpa pundak kita.. namun, di sebalik ujian itu, Allah nak berikan ganjaran yang besar buat kita...

Dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik... sentiasa ada halangan.. antaranya termasuklah maksiat yang sentiasa berlegar-legar mencari mangsa..... bagi tujuan penyucian jiwa, janganlah kita sesekali terjebak dalam maksiat kepada Allah... ingatlah bahawa hati dan jiwa manusia sentiasa mendorong ke arah maksiat... maka, apabila sudah berlaku maksiat tersebut, di situlah munculnya peranan taubat kepada Allah... Taubat nasuha... bukan taubat yang main2... sambil gelak tawa berpanjangan... Orang yang berjaya ialah mereka yang mampu untuk membersihkan jiwa dengan segala ketaatan, akan tetapi mereka yang rugi atau gagal ialah mereka yang mengotorkan jiwa dengan kemaksiatan...

Apa yang kita lakukan di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah di Akhirat kelak... malah, ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita di mana kita berada... kita hipokrit, bercouple senyap2 mahupun terang-terangan, meniru dalam tandas, x jaga ikhtilat, dan macam-macam lagilah kemaksiatan yang dilakukan...adakah mende tu semua yang kita nak tunjuk di hadapan Allah nanti... klau kita disuruh dihadapkan di depan raja... mesti kita punyalah lawa2, kemas, cantik, dan klau boleh nak beri hadiah yang berharga sekali kepada raja semasa menghadapnya... tapi, bagaimana dengan hadiah yang kita nak bawa kepada Allah ??.. Maksiat ? dosa ? mende itu semuake ??.. kita punya takut kalau polis tangkap kita dan masukkan ke dalam lokap... tapi ingat, neraka Allah lagi dahsyat daripada itu semua... lebih dahsyat daripada dahsyat 13...undang2 yang manusia reka kita takut nak langgar... tapi, undang2 Allah kita langgar selamba je saja.. muka tak bersalah langsung..

Contohnya, kita tak suka trafic light( undang2 ikhtiari)... jadi, langgarlah semua lampu isyarat... apa jadinya ??. mati ! dah tentu... tapi kalau kita langgar undang2 Allah.. lagi teruk daripada mati yang kita dapat...

Moga2 kita dapat muhasabah balik diri kita yang lemah ini ( termasuk diri ana)... tiada yang sempurna dan iman kita ibarat roda... sekejap turun sekejap naik... tapi, sebenarnya kita yang perlu mengawal roda tersebut... jagalah iman kita sebaiknya... tiada jaminan untuk kita beriman kepada Allah esok hari... jadi, banyakkan berdoa agar Allah sentiasa menetapkan hati kita ini dalam agama ini...

Wallahua'lam..

Rabu, 6 Oktober 2010

Sejarah ?

Bismillah... kali ini tidak mahu berceloteh panjang.. namun, sekadar ingin berkongsi ilmu.... 

Biasanya, apa yang akan orang jawab kalau disoal mengenai tamadun awal manusia ?.. zaman prasejarah ??... 
Pasti apa yang terpacul dari mulut majoriti umat manusia ialah paleolitik, mesolitik, neolitik, dan logam... namun, sedarkah kita bahawa itu adalah satu pembohongan besar yang sentiasa bersama kita .. ayuh, sama2 kita renungkan video di bawah ini... berilah fokus dan luangkanlah masa hanya 20 minit sahaja untuk melihat video di bawah ini... semoga bermanfaat... dan cuba kita fahami sebaiknya apa yang dikatakan dalam video ini ! jangan kita bercakap mengikut emosi semata-mata...
 Part 1


Part 2


mogga2 kita tidak tergolong dengan orang yang terpengaruh dengan fitnah dajjal .. nauzubillahiminzalik.. ! wallahua'lam...

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews