Jumaat, 10 Mei 2013

JOM! Step Mudah Desktop Cantik :)

Bismillah. Sebenarnya kurang mood nak study. Jadi, apakata kita tengok tutorial kali ni. Eheh.

Step mudah untuk dapat Desktop cantik. Biasanya, bila kita bukak computer, selalu rasa serabut sebab:

1) Icon yang banyak dan berterabur
2) Tension banyak kerja perlu dibuat lagi2 barang2 dan bahan2 dalam laptop berterabur.
3) Tak dapat fikir dah. Aih.

So, ini desktop saya. :) Cantik bukan. Ramai puji. *Blushing. Haha. Xde lah, just nak kongsi mcm mane nak desktop camni, simple dan kemas. Kan dalam Muwassofat tarbiyyah ade ---> Tersusun dalam urusan. :)

Notis : Gambar A

Notis : Gambar B
Notis : Gambar B.A
1) Benda sebelah kiri ni namanya Dock. Banyak Dock boleh anda dapat dari Internet. Yang ana guna ni RocketDock. Simple cara penggunaannya. Download dan Install :) Klik Sini untuk Download. ----> Saya Qowiy v^_^v . Cuba Tengok gambar B.A. Anda boleh adjust lagi efek die. apa yang bakal berlaku kalau cursor(tetikus) mendekati RocketDock.


2) Kalau anda perhatikan Gambar A, anda akan dapati ada jam dekat dgn kucing tu dan ada search google di atas paling kanan desktop. Hah. itu nama dia Rainmeter. Rainmeter ni salah satu gadget desktop yang agak cantik sebab kita boleh pilih macam2 skin utk kita guna. Ada Weather, ada Clock, ada Links dan macam2 lah. Klik sini untuk Usha rainmeter ----> Saya bermanfaat pada Ummah ^_^ . Kan ? Cantik bukan ? Jadi, cara penggunaan sedikit kompleks tapi mudah je kalau nak belajar sebenarnya. InshaAllah akan buat tutorial rainmeter pulak kalau dapat sambutan. Hee.

3) Oh ya lupa, Kalau lagi cantik Hide desktop icon. Right Click ----> View ----> Show desktop Icon. kalau nak gambar wallpaper ni, byk ade kat internet. Pandai2 cari yang cantik dan donwload. Right click dan pilih "set as desktop background" sini beberapa cth wallpaper yang cantik. Hee.


Pilihan penentuan. Jalan mana yang bakal kau pilih ? eheh. #Ihdinassirotol Mustaqiim
ala-ala malaysia gitu.
Err.
Fly High ! Dream High ! :)
Ni Wallpaper feveret. Cantik kan ? :)))
Semangat Palestina :)
Ala-ala islamik gitu :))

Hah ? Dah berkenan bukan ? :) InshaAllah kalau sempat ana akan buat tutorial RocktDock dan Rainmeter pula memandangkan sekarang ni musim Final Exam (Imtihan Nihai'e). Ok. Chow. alaykum as-salam.

p/s : Kalau ada nak tanya pape. sila PM. Lol.

Khamis, 9 Mei 2013

Apps untuk Dai'e, Eh?

Blogger
Blogger Tegar *Gulps

Bismillah. Saja nak kongsi Apps untuk blogger tegar. Boleh berblogger tak kira di mana anda berada. Tapi limit bagi yang pakai SmartPhone jelah. #Banyak sbenarnya benefit SmartPhone kalau anda bijaksana dan berhemah dalam mengguna. #Eh. promote smart phone pulak.

 Tapi, memandangkan ana guna Sony, so, ade version Android jelah. IOS ade jugak, tapi ni link untuk Android je Okey. Sila cari sendiri. Sekian.

Click Sini -----> Saya Comel*

Ahah. perasan. Saja je nak test.

Click Sini lah. Ohoi. -----> #IniKaliLah

Rabu, 1 Mei 2013

JOM! Tadabbur !

Bismillah. JOM! tadabbur sekejap ayat-ayat daripada surah ar-ra'd. 

13:22. Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridaan Tuhannya, mendirikan salat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),

13:23. (yaitu) Syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu;

13:24. (sambil mengucapkan): "Salamun 'alaikum bima shobartum ; Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.

13:28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.

13:29. Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.

Ar-r3'd.



Allah Allah Allah. T_T

Kalau baca sekali pun dah boleh membekas dalam hati. JOM! sama2 kita mengejar ganjaran syurgaNya aminn.

Ya Allah ! Tak sabarnya nak masuk syurga. Semoga Allah percepatkan kita masuk ke syurga inshaAllah. Tapi risau jugak kalau amal kita masih belum cukup untuk melayakkan kita masuk syurga.

Yuk ! Perbaiki diri, perbaiki amal. InshaAllah ganjaran pasti besar di sisiNya.

Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa kami selama ini T_T.

Selasa, 19 Februari 2013

Eh ? Betul ke ni ?

Copy&Paste. Teliti dulu sejauh mana kebenarannya. Boleh tanya orang yg lebih Arif dan alim. Allahua'lam. :)

A = Sunnah Yahudi
B = Sunnah Rasulullah

[ Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah# ]

Rabu, 24 Oktober 2012

Psss. Dosa Rahsia kottt !

Bismillah.

Sedang asyik menyelak halaman muka buku, tibe2 terjumpa status di bawah :

"Dia tengah tido, tp malaikat duk tulis dosa dia. Dia tengah solat, malaikat duk tulis dosa dia jugak. Dia belajar, makan, mandi, malaikat tetap setia mencatit dosa dia. Dia x buat ape2 pun...
malaikat masih x berhenti catit dosa dia. 

Eh? Ape salah dia?

...Rupanya banyak mata2 sedang melihat gambarnya yg x menutup aurat di fb. Setiap kali ada lelaki yg melihat, setiap kali itulah dosanya bertam

bah. Seramnya. Awak, gambar2 awak tu memang cantik, comel, cute je. Tp simpan la semua tu untuk suami awak je. Hanya yg halal je layak nikmati kecantikan awak tu. X perlu nak tayang aurat awak kat satu dunia. Hot kat dunia, kat akhirat hot dgn api neraka plak. Sanggup ke awak? Ngee~~

*right-click, save image as..*

Sape2 pun bley buat camtu kan? Nanti awak dh meninggal, kat dalam kubur tuh malaikat xkn berhenti seksa awak selagi ade lelaki atas dunia ni yg duk tgk gambar awak yg x tutup aurat. Masa tu ape yg awak bley buat? Nothing. Hidup di kubur yatim piatu, tinggallah seorang dipukul dipalu~

::::copy & paste"



Astaghfirullah ! Tepat sekali ! Sememangnya tepat ! Sbelum ni kita jarang disedarkan dengan mesej2 kesedaran seperti ini. Bukan nak kata pasal menutup aurat jhe, bahkan banyak lagi.

Ni dari aspek wanita. Kalau lelaki ? Mungkin bergambar dengan perempuan (aksi @gaya yang boleh menimbulkan salah faham dsbgai) menyebabkan kita dapat dosa rahsia free2. X gitu ? Atau mungkin upload gambar tak pakai baju nampak aurat, nampak lutut segala, still ada malaikat yang mencatat dosa kita. 
"Kata Orang : Alaaa, bukan nye naik nafsu pun. Lelaki je pun"

Wahhai cik abang, Dosa tu kita dapat kalau tayang aurat yang nampak nafsu aje ke ? Kalau macam tu baik xyah ada aurat !
Demikianlah. Jadi, bab2 aurat ni sbenarnya bukan perkara remeh temeh ! Malah menutup aurat nilah yang menjadi lambang kita ! Siapa kita ? biasanya diukur dengan perihal sekecil inilah.

Kawan2, ayuh ! Kita delete balik gambar2 kita yang mana menambah saham dosa kita. Nak ke kita masuk neraka ? Nauzubillah himin zalik. Moga dijauhkan. TAPI !!!, Macam mana nak dijauhkan ?

Mestilah dengan cara menghapuskan kejahatan dengan kebaikan. Kita Buang segala yang mendosakan kita dan menambahkan segala yang memapahalakan kita. Ayuh ! Jangan tangguh lagi !



" Syaitan kata : 

Alaa, kau biar jelah gambar tu... 

tak payah delete takpe.. 

bukan teruk sangat pun !...

Aishh, sayang ah nak buang gambar ni, kenangan tu..

Alllllaaah, gambar ni biasa2 je.

okay je posing ngan awek camtu, no problem bro !.... 

nanti2 ah kau delete..

buat keje lain dululah... 

buat2 tak tahu jelah...

Semua ayat berunsur diatas ! kalau terlintas dalam fikiran ! Hah ! Hati-hatilah. Syaitan tu licik, dia akan sentiasa berusaha untuk cucuk jarum kat kita, menampakkan segala yang buruk itu baik.

Kalaulah nabi Adam sendiri pun boleh terhasut untuk makan buah larangan Allah, ini apatah lagi kita yang bukannya nabi, malah manusia yang komann lagi...
Waspadalah kawan2, istighfar2lah banyak ! itulah kunci untuk mengalahkan syaitan ! 

Nasihat untuk sekelian umat manusia terutama diri ni juga ! Selamat beramal !

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews