Rabu, 1 Jun 2011

Video ? Minat ke ?


Bismillah... Baru ada idea...

Alhamdulillah, termasuk video sebudaya dalam post lalu merupakan video kelima atau keempat yang ana wat..
kendatipun, ana dengar ramai sebenarnya yang minat dalam buat2 video ni.. cuma tak tahu saluran mana yang ingin digunakan untuk mengembangakn bakat tu..

pertamanya, kene tahulah software atau perisian yang digunakan untuk buat video..
- yang paling basic ialah windows movie maker.. tapi ana tak suka guna software tu, dan x pandai pun.. ntah nape padahal lagi senang rasanya...
- Yang biasa ana guna dan yang first ana guna ialah Sony Vegas Pro 9.. sekarang dah ada yang 10 punya.. biasa cari dan download di torrent.. senang... kalau nak link.. insyaallah ana cari balik..
- yang advance sikit, yang ni ana tgh belajar, Adobe After Effects CS1 - CS5 .. biasa ana guna CS4... okay kot.. nampak macam kompleks, tapi, klau dah pandai senang je sebenarnya.. enjoy rasa bila guna..
- Kalau nak belajar wat animation 3D, boleh try Cinema 4D, Blender, Reallusion IClone Pro 3D dan byk lagi... ana pun tak sempat nak belajar byk2... sibuk SPM tahun ni...  Ada masa insyaAllah boleh belajar..

Kedua, lagu mestilah best2 untuk letak dalam video ni..
- ana memang x suka letak lagu2 yang ada suara dlm video.. dan x pernah pun buat video camtu.. rasa mcm tak best la..
- dahtu, nak letak lagu ape ?.. apa nama lagu2 yang x de suara tu ?
- antum boleh guna :
 1- instrumental music -  lagu jenis lembut2, sedih2
 2- immediate music - lagu jenis rancak2 skit, bukan rock tapi percussion jugaklah... drum dsbgainya
 3- techno - ni ana x suka mana, bunyi macam DJ2 skit... mcam disco jugaklah.. x soleh dengar..
 4- kalau nak bunyi effect pendek2, guna " sound designer FX ". cuba search torrent.. ada kot.. dia ada byk bunyi sound effects dalam satu folder... kene download la..
 5 - ProScores - yang ni music jugak.. dia ada byk jenis music... try search : " Video Copilot - Proscores "
 6 - kalau tahu jenis2 lagu yang lain, boleh la share dgn ana... ^_^

cakap psal video, org selalu tanya ana,..

"anta belajar kat mana wat video2 ni ?.."
" Sape ajar anta wat video ni ?"
"Wah, ajarlah ana sekali wat video gini .."



sebenarnya, asal2 tercetusnya minat nak wat video ni dari Akh Munzir Muzahar... first time ana tgk video SeBuDaYa 2010, ana rasa kagum.. kalau tgk balik hari ni, ana nampak byk sgt benda yang perlu dibaiki dalam video tu.. sesuai la tu, nama pun first video... Cumanya, ana ni jenis yang tak suka tengok tutorial dalam youtube mcm ramai org buat... satu je yang ana suka tgk iaitu tutorial Video Copilot..




tapi, ana lebih suka 'kobek' sendiri apa2 yang ada dalam software tu... contohnya macam vegas... ana selidik sendiri jugaklah... walaupun ada jugak org2 yang berjasa ajar ana skit2. lama2 kita rasa menda tu senang pulak.. vegas memang senang... belajar x lama pun.. asal ada minat je..




Berbalik pada kisah first video, video pertama yang ana buat ialah video batch 7 tahun lepas.. secara jujurnya, memang hodoh jugaklah video tu.. malu rasa bila tgk balik... haha..




Apapun, minat buat video.. boleh try cari2 dulu software yang berkenaan... dan jgn buat video masa musim periksa... ana selalu jugaklah kene tegur dgn parent ana sebab bersungguh sgt wat video ni.. belajar jgn diabaikan... video tetap video.. dan kalau boleh buat video psal belajar lagilah bagus...

akhirulkalam.... tambah ilmu, tambah amal... insyaAllah buat kebajikan byk2.. bermanfaat kepada ummah"

Wallahua'lam..


P/s : sedang dalam proses buat video terbaru sempena 10 tahun penubuhan al-amin kerteh.. sebarang sumbangan idea sgt dihargai... ana pun dah kering idea nak buat macam mana video tu..

Update ?

Bismillah.. hari ni, jari ini terasa ringan nak update.. tapi, fikiran kosong.. nak update apa pun x tahu..
anyway, ana nak share sikit video SeBuDaYa CS3 hari tu.. dibuat dengan susah payah, penat jerih bersama dengan Radin Graphix.. huhu..
anyway, enjoy...



p/s : ana tgh belajar wat video ni, kalau ada apa2 boleh share.. silakan..

Khamis, 3 Februari 2011

XPeRT10 - Terengganu, Pahang, Melaka

Bismillahirrahmanirrahim..
Asif jiddan2 liannani x sempat untuk mengupdate blog...

sebulan menunggu,
klinik tutup,
Doktor termangu,
bila boleh update up.

what a poem..

InsyaAllah, sedikit video daripada ana...
creating hours : 12 pm until 5 am..
what a long period...

moga bermanfaat...



Khamis, 16 Disember 2010

Antara 2 Novel 1 Cinta

Bismillah ~

         Hari ini, Dr. ingin berkongsi dua buah novel yang telah berjaya dikhatamkan dengan bersusah payah.. Target bulan ini dapat habiskan sekurang-kurangnya dua novel... walaupun sekarang lagi sibuk dengan tugas dan on call selalu.... maklumlah, taraf kesihatan menurun sikit akhir-akhir ni...(bajet macam dr. Betul).. terpaksalah cubalah mencuri2 masa untuk membaca dua novel ini yang rasanya sangat menarik untuk dikongsi bersama pesakit sekalian... hehe


         Pertamanya, Novel Isabella... mungkin ada yang pernah baca dan dengar pasal novel ini... sangat menarik.. 


Sebuah novel pembantangan perbandingan antara Islam dan Kristian yang unik. Hinggakan satu ketika pernah menjadi buku teks mata pelajaran pengajian islam tak silap.
Sumber : ibu tersayang..

Novel ini merupakan satu pembentangan sebuah cerita indah seorang gadis bernama Isabella. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering mendengar cerita benar mengenai beberapa orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk menerima hidayah-Nya. Yang menarik perhatian adalah kebanyakan mereka adalah golongan yang sangat tidak menyenangi Islam. Di antaranya bekas paderi besar dan pelajar yang belajar khusus mengenai agama Kristian itu sendiri.

Kembalinya mereka kepada agama fitrah ini bukanlah hanya kerana kajian terhadap agama Islam itu semata-mata tetapi ia juga adalah kerana mereka telah membuat beberapa kajian yang mendalam dan menemui beberapa kesilapan dalam agama Kristian itu sendiri. Yang lebih menarik, kebanyakan hujah yang mereka lontarkan adalah berdasarkan kepada kandungan kitab Bible itu sendiri.

Tidak kurang juga, novel ini mengisahkan tentang Isabella yang merupakan anak seorang ketua paderi yang sangat taat beragama. Tapi ia tidak menghalang beliau untuk mencari kebenaran yang berada dihadapan beliau selepas menyaksikan beberapa acara perdebatan yang dijalankan antara Islam dan Kristian. Akhirnya, beliau telah memilih Islam sebagai satu-satunya keyakinan yang menenangkan jiwanya. Selanjutnya beliau telah memperuntukkan hidup dan matinya untuk Islam.

Selepas peristiwa pengIslaman beliau diketahui, banyak dugaan terpaksa dilalui termasuklah berdepan dengan seksaan secara mental dan fizikal, ancaman bunuh dan berdepan dengan kerenah para rahib dan paderi yang terlalu banyak mempercayai perkara-perkara ghaib yang dibuat-buat. Namun, itu bukanlah suatu yang akan menghalang Isabella menyampaikan kebenaran.

“aku kini telah membebaskan diriku daripada semua fikiran yang bukan-bukan. Allah telah menganugerahkan kepadaku nikmat Islam dan Dia juga akan membimbing aku menjalani hari depanku serta tidak akan mensia-siakan niat yang baik. Aku menemui ketenangan yang luar biasa daripada ayat Al-Quran yang mengatakan ‘Barangsiapa yang takut akan Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keselamatan dan akan memberikan kepadanya rezeki dari tempat yang sama sekali tidak disangka-sangkanya’”.
Isabella terus hidup sehingga mencapai usia lapan puluh tahun dan telah menutup mata dalam keadaan yang tenang dan damai. Diratapi oleh seluruh penduduk Sepanyol.

Keistimewaan novel ini, ia turut memuatkan banyak dialog perdebatan perbandingan agama yang menyentuh dari masalah kepercayaan, ketuhanan Jesus, hukum hakam dan sebagainya. Namun, kisah mengenai tatacara kehidupan Isabella sendiri selepas terselamat dari ancaman besar sangat kurang diceritakan. Walau apapun, perjalanan hidup wanita istimewa ini seharusnya diambil sebagai penyuntik semangat kepada para muslimat khususnya dan umat Islam umumnya yang berada di luar sana.

Catatan:
1. Dialog perdebatan diceritakan dengan terperinci
2. Isabella seorang gadis yang cantik
3. Naskhah ini menjadi bestseller di Indonesia
4. Benar kadang-kadang orang yang mendapat hidayah akan menjadi lebih baik daripada orang yang telah lama Muslim
Tajuk: Isabella
Tebal: 336 mukasurat
Penulis: Maulana Muhammad Saeed Dehlvi
Harga: RM22.00
Penerbit: Kharisma Network SDN BHD
          Itu baru novel pertama, yang keduanya adalah novel Negeri 5 Menara.. memang belum agak famous di Malaysia sebab ini novel dari Indonesia yang telah dimelayukan.. menceritakan mengenai kisah seorang anak muda lulusan SMP (macam tahap PMR) yang mahu masuk ke SMA (sekolah Menengah Atas - macam tahap menengah atas di Malaysia..) .. memang mulanya adalah dipaksa oleh ibunya tetapi akhirnya menjadi sebuah kesyukuran.. Novel ini dipinjam dari rakan kongsi Dr. iaitu Dr. Nu'aiman Afanddi.. Memang agak sukar nak khatam novel ini.. 
Negeri 5 Menara
Baru halaman pertama dibuka,  terus jatuh cinta pada buku ini. seru deh. Halaman pertama ini terdapat kalimat-kalimat yang sangat menarik dari Iman Syafie. Antara kalimat yang ada pada muka surat pertama:

“Orang yang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang. Merantaulah, kau akan mendapatkan pengganti dari kerabat dan kawan. Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan. Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, kan keruh menggenang.

Singa jika tak tinggalkan sarang tak akan mendapat mangsa. Anak panah jika tidak meninggalkan busur tak akan kena sasaran.

Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam. Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang. Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika dalam hutan.“

Kisah Kehidupan di pondok bukanlah seperti yang biasa kita semua gambarkan... sangat unik dan proses tarbiyyahnya yang berterusan.. hinggakan mampu membuat orang yang tergagap-gagap membaca tulisan arab lancar dan fasih berpidato dan berbicara dalam bahasa arab dalam masa 3 bulan sahaja. Memang sangat menarik proses pembelajaran di sana.. sistem yang sangat teratur dan sebagainya.. Boleh dapatkan di mana2 kedai buku terkenal terutamanya MPH.. harga dalam 20 lebih.. memang x rugi membaca... dan rugi x baca... dapat inspirasi yang baru... man Jadda wa jada... juga ada laman web : www.negeri5menara.com ..

**********************************************************************************************
 Buku Ilmiah + motivasi berkenaan cinta yang rasanya paling best yang pernah dibaca ialah ' pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulnya' karangan Fatimah Syarha Mohamad Noordin.. memang best.. dan kdang2 rasa malu sebab rasa macam tak layak nak jadi seperti Dr. Muslih, perwatakan yang sangat soleh... Ya Allah, mesti sangat beruntung isteri yang ada suami macam Dr. Muslih ni... anda mesti baca juga.. moto utama : No Love Until Akad.. simple motto but it's hard to protect it from being damaged... what a big challenge for her...  Juga memuatkan cara-cara-cara menjadi suami soleh... bukan saja suami, bahkan hamba Allah yang taat... Ada juga mengenai keburukan dan bahaya bercinta sebelum akad.. memang rasa agak teruja.. hehe...Buku ini juga ada kaitan dengan kisah denyut Kasih medik yang ditulis oleh Suami kepada Fatimah Syarha.. sebuah kisah yang sangat menarik buat kita semua...



P/s : Next pending novel is Rayyan Fantasi, novel Terbaru Ramlee Awang Murshid... Baru beli tadi.. x sabar-sabar nak baca... Cetakan Pertama - Januari 2011.. wow.. harap2 dapat habiskan sebelum kelas tambahan bermula... :).. SPM menunggu tahun depan. Eh, bukan2 er, maksud Dr. jadi pengawas peperiksaan SPM.. (cover line)..
sekian, sila komen atau follow.. dan jangan lupa klik semua iklan multimedia Nuffnang yang ada di dalam blog ini, request dan Dr. sendiri akan turun padang click iklan nuffnang sang pe'request'.. Kiranya mutualism la.. Symbiosis..
Harap dapat juga cari and baca buku-buku di atas.. memang tak rugi langsung.. sengat best... InsyaAllah, banyak ilmu dan input baru boleh dapat.. 
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Berita Baik Dari Google Kepada Duat !

Bismillah...
Mahu berkongsi sedikit berita baik untuk duat.. insyaAllah..


Sumber : http://aljazary.blogspot.com/2010/12/berita-baik-dari-google-kepada-duat.html


Ramai orang sering memberi pandangan tersendiri berkenaan isu keruntuhan moral google-new-year-logos-2007dikalangan muda-mudi dan masyarakat islam di Malaysia, namun malangnya, kita hanya lebih suka mendengar dan bercakap dari mencari punca kerosakan mereka dan berfikir mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut.
Perkongsian singkat ini akan merungkaikan sebuah laporan yang diberikan oleh google.com dalam menyatakan kecenderungan rakyat Malaysia.

LAPORAN GOOGLE INC

Didalam perkhidmatan google, terdapat sebuah halaman yang menarik iaituGoogle Zeitgeist, laman ini adalah laman rasmi google bagi menyampaikan analisa yang telah mereka lakukan dari hasil carian terbanyak diseluruh dunia, ianya akan menyenaraikan orang, sukan, berita dan sebagainya.
Berikut dinyatakan laporan bagi analisa tahun 2010 (Malaysia) :

clip_image001
clip_image002clip_image003
FACEBOOK
Facebook pernah berdepan dengan kontroversi hangat. Permulaannya, ia pernah disekat secara sementara di beberapa buah negara termasuk Syria,[1] China,[2]Vietnam,[3] dan Iran.[4] Facebook juga dilarang di kebanyakan tempat kerja untuk menghindarkan para pekerja daripada membuang masa bersama perkhidmatannya.
Satu lagi isu adalah, para pengguna Facebook dicabuli privasi mereka beberapa kali. Facebook pernah menjelaskan tuntutan mahkamah mengenai kod sumber dan harta intelek.[6] Tapak web ini juga pernah terlibat dalam kontroversi penjualan peminat dan rakan-rakan.[7]
Di Malaysia pula, terdapat ramai dikalangan para aktivis islam bertindak mahu memboikot facebook dengan alasan laman itu dipercayai memberi sumbangan kepada israel. Namun, tindakan tersebut perlu diteliti semula..
laman ini adalah tempat pertemuan pelbagai golongan, tua, muda, dan kanak-kanak juga berada di ruangan facebook,  mengapa para duat tidak berada ditengah-tengah masyarakat yang sedang rosak ini?
Ada sebahagian manusia mungkin berkata : “Aku tak tahu ilmu agama, aku tak tahu hukum ini dan itu, lalu aku melakukan kemungkaran tanpa ada yang menasihatiku..” sedangkan mereka berada dikawasan yang ramai pendakwah dan penasihat yang baik.. sedarlah wahai duat.. masuklah kemedan masyarakat!
MAHER ZAIN DAN JUSTIN BIBIER
Dua peribadi ini ternyata amat berbeza sekali jika dinilai dari neraca moral dan islam,
Justin Drew Bieber ialah seorang penyanyi pop-R&B berasal dari Kanada yang berusia 16 tahun, mendapat tuah kerana video nyanyiannya di You Tube berjaya mengubah hidupnya kepada seorang penyanyi hiburan.
Pada bulan September yang lepas, Bieber telah dianugerahkan Artis Baru Terbaik di Anugerah Video Muzik 2010 .justin

Apa yang istimewanya remaja ini? Sekadar mempunyai raut wajah “baby face” dengan lagunyababy tidak akan memberi sebarang kebaikan kepada perkembangan pemikiran pemuda dan remaja, tiada keistimewaannya remaja ini melainkan sentiasa melalaikan pemikiran umat islam dari memikirkan permasalahan yang lebih besar iaitu iman dan pengorbanan.
Namun, alangkah bangganya, beliau kalah kepada saudara Maher Zain, seorang pemuda Islam yang dilahirkan pada tahun 1981 di lubnan . Beliau berjaya menerima anugerah Lagu Agama Terbaik untuk tahun 2009 daripada Nujoom FM (stesen radio muzik terbesar di Mesir) untuk album 'Ya Nabi Salam Alayka'.
maher

Apa yang istimewanya pemuda ini pula? Beliau membawa CINTA! Cinta kepada yang esa, sesiapa yang mendengar lagu-lagunya , pasti tertawan dan tenang kerana kemerduan suara dan kelunakan cinta illahi yang disampaikan. Masej yang disampaikan juga amat jelas dan begitu berkesan! Dan pastinya akan memberi kesan yang positif kepada masyarakat!
Dada-dada ummah akan dihiburkan dengan keimanan dan pengorbanan umat islam, Rasulullah SAW, Ibubapa dan pastinya akan membentuk peribadi muslim yang berkualiti!
Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mencari yang terbaik!

Tuntasnya, para daie haruslah memperkasakan lagi gerak kerja dakwah yang mereka jalankan, khususnya melalui medan-medan yang mudah diterima oleh masyarakat . semoga, usaha yang kita jalankan ini, akan diberkati Allah SWT. Amin..

Penulis juga menyarankan kepada seluruh umat islam dan para duat sekalian untuk menyebarkan page ini : Biah-Solehah

sekian, wassalam

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews