Sony Vegas Pro ? :)
Terasa berminat untuk mempelajari cara buat video guna Vegas pro ? apalagi, tanya je -|SyaheedViaMujaheed|- skrang juga ! apa tangguh lagi ? Kalau nak lagi private, emailkan je ke ahmadmujad@gmail.com
~ Tarbiyyah bermula di sini ~
Tarbiyyah a.k.a pendidikan bukanlah suatu yang membosankan, malah tarbiyyah sememangnya OSEM kot ! huhu. Selamat mentarbiyyah diri !
Dah hafal muwassafat tarbiyyah ?
Amacam dengan tarbiyyah anda kini ? OSEM bukan ?, btw, untuk memastikan tarbiyyah kita mencapai taraf yang lebih OSEM, hafal dan amalkan apa kita hafal. Ilmu bila amal kal syajar bila tsamar kan ~
Dai'e ? Khalifah ? Apa tugas Mereka ?
Asyik2 dakwah... kenapa topik ni hangat sangat ?, klau nak tahu, tugas dakwahlah merupakan tugas yang tak akan selesai till the end of our life. so, jika kita nak selamat di ahirat kelak, perbekalkan amalan baik sebanyak-banyaknya including dakwah. We are khalifah of Allah ! Let's do it !
Khamis, 12 Ogos 2010
Amanah ini.
Selasa, 20 Julai 2010
Dedikasi buat adikku tersayang ...
Agak lama x menaip lagi.. huhu.. memang sibuk beberapa minggu ni sebab kene handle program dan macam2 lagi.. Anyway, ana just nak ceritakan sedikit mengenai 'kes' adik ana yang memang x putus2 ada orang yang tanya pasal dia ..
Pada hari rabu lepas, dia ada buat satu pembedahan kulit daripada kulit peha tampal kat kulit bahagian perut... tapi bukan cukup nak tampal semua sebab bahagian kulit yg terbakar tu agak besar dan x padan dengan kulit yang dibedah... emak ana cakap macam tampal rumput karpet aje.. petak2 kat badan.. moga2, cepat bercantum kembali kulit tu..
Dan esok, (20 Julai 2010) , dia akan jalani satu lagi pembedahan kulit sekali lagi.. kali ni untuk bahagian belakang badan pula yang hampir 90% yang terbakar... kali ni terpaksa bedah lebih byk lagi kulit di peha dia yang kecil lagi kurus tu..hurm, xpe.. asalkan dapat cepat sembuh.. doktor cakap kekulit tu akan memitosis semula untuk bercantum... tapi akan mengambil masa yang agak lama... Ana mohon doakan agar pembedahan tu berjaya berjalan dengan lancar..insyaAllah...
Mengenai musibah, ana pernah terbaca mengenai satu dalil yang mengatakan bahawa Allah tak akan menarik sesuatu nikmat tu daripada kita melainkan Allah akan gantikan dengan nikmat yang lebih baik daripada tu... Jadi, kalau antum semua rasa musibah yang kita hadapi terlalu byk, seperti yang banyak puisi2 ada tercoret..lebih kurang berbunyi : Kita rasa sedih bila matahari hilang dan hujan pula yang turun... tetapi kita lupa bahawa Pelangi akan hadir kembali apabila hujan mula reda... maka, ingatlah dalil tersebut, (maaf sebab tak ingat dalil yang mana.. insyaAllah ana akan post di lain masa).. insyaAllah.. kita akan rasa musibah itu suatu ujian yang Allah nak uji tahap kesabaran, keimanan dan pengorbanan kita untuk hadapi musibah tersebut.. dan kita bakal mengahadapi musibah dan ujian itu dengan penuh sabar dan ikhlas..
Wallahua'lam.. moga bermanfaat..
Selasa, 13 Julai 2010
Debat Antarabangsa 2010
Agak terlewat sedikit ana post kali ini..
xpe la.. asalkan x terlewat lagi.. huhu
Kesejukan di hotel Putra masih terasa di kakiku... apakah ?..
Imbas Kembali, 8 Julai 2010
Hari ini, kami semua sehari suntuk berlatih sampai ke petang.. x belajar langsung.. dah seminggu macam tu.. kali ni, ana, izzat, wasabi a.k.a syafiq, syahiran dan iqbal akan bertolak ke hotel putra dengan bas utama ekspress. (aiseh, tu pun nak citer ke ?).. anyway, journey tu sampai juga akhirnya di hentian putra... huh ! memang berat begku.. rugi x bawak beg roda.. huhu...
Sampai2 je, kami terus ke bilik utama.. perasmian majlis... dan sebagainya.. dan check in bilik no 901... tingkat 9... memang x suka naik lif.. buat pening kepala je.. huhu...
First day kami kat situ memang letih betul.. ada 4 match semuanya... pergh.. x sempat nak mandi pun 2 match pertama.. heheh..
Singkatan daripada itu,
Ahad, 4 Julai 2010
Dedikasi buat Adikku ~ moga cepat sembuh !
Post ana kali ni mungkin agak berbeza skit.. anyway, xpelah.. lain pun..
Semalam, wasktu semalam, adik ana ( Munzir) dan sorang abang dia dan sorang lagi jiran ana main2 api kat luar rumah... memang x duga mende ni boleh berlaku ~
Memang asyik mereka bermain, menurut sumber abangnya munzir, Si munzir tukang cucuh api dengan surat khabar.. mereka cuba nak bakar something tapi tiba2 terlintas nak guna petrol yang ada di depan rumah... alang2 nampak, mainlah terus.. rentetan daripada main itu, api yang sedang dia cucuh itu tiba2 menyambar bajunya. apalagi, habis terbakar separuh bajunya dan lengan kirinya masak...
Bila bunyi riuh2 skit kat luar, tiba2 ada jiran mengetuk pintu rumah kami... Ana dan ayah ana tengah ada dalam rumah, penat.. baru lepas balik kenduri dan orang2 perempuan pula pergi kenduri ~ x tahu pulak mereka buat project bahaya kat luar rumah..
Bukak sahaja pintu rumah, kami terperanjat tengok keadaan munzir yang tidak berbaju dan sedang menangis sekuat-kuatnya.. mata ana terlirik kepada sebuah baju yang terbakar separuh bahagian...Ya Allah ! teruknya terbakar badan dia... Apalagi, ada jiran yang datang membantu kami , tolong hantar Munzir dan ayah ana ke Hospital sebab kereta orang2 perempuan tengah guna...Alhamdulillah, mujur kami ada jiran2 yang baik..
Luka pada badan dia teruk sangat.. malah, kulit2 dekat bahagian tangan habis mati sel2 dalam tu.. Lepas incident tu, munzir dimasukkan ke wad biasa kat hospital kemaman, bilik yang berasingan sebab takut jangkitan kuman.. tapi, kat kemaman tiada pakar pediatrik
(kanak-kanak) , jadi terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Terengganu dengan menaiki Ambulans hospital bersama ayah ana... lebih kurang pukul 10.40 semalam ambulans tu bertolak dari sini..
Memang besar dugaan ini, hospital kat KT pula tiada specialist bahagian kebakaran2 ni... katanya terpaksa dihantar ke hospital kubang kerian di kelantan sebab perlu buat pembedahan kulit untuk tampal kulit di tangan dengan kulit di peha... Ya Allah, moga2 kau permudahkan urusan adikku.....
Buat pembaca, ana harap agar kalian sudi mendoakan agar urusan ini berjalan lancar.. Segala apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik kejadian... insyaAllah ~ amin...
Sabtu, 3 Julai 2010
Karnival Ko-Ku
Sekian post ~ moga beri sedikit feedback, ataupun comment ataupun chatbox ataupun follow je.. huhu....wassalam ...

Khamis, Ogos 12, 2010
Aheed Razlan











