Selasa, 13 Julai 2010

Debat Antarabangsa 2010

Bismillah ~
Agak terlewat sedikit ana post kali ini..
xpe la.. asalkan x terlewat lagi.. huhu

Kesejukan di hotel Putra masih terasa di kakiku... apakah ?..

Imbas Kembali, 8 Julai 2010

Hari ini, kami semua sehari suntuk berlatih sampai ke petang.. x belajar langsung.. dah seminggu macam tu.. kali ni, ana, izzat, wasabi a.k.a syafiq, syahiran dan iqbal akan bertolak ke hotel putra dengan bas utama ekspress. (aiseh, tu pun nak citer ke ?).. anyway, journey tu sampai juga akhirnya di hentian putra... huh ! memang berat begku.. rugi x bawak beg roda.. huhu...

Sampai2 je, kami terus ke bilik utama.. perasmian majlis... dan sebagainya.. dan check in bilik no 901... tingkat 9... memang x suka naik lif.. buat pening kepala je.. huhu...

First day kami kat situ memang letih betul.. ada 4 match semuanya... pergh.. x sempat nak mandi pun 2 match pertama.. heheh..

Singkatan daripada itu,

First Match,
SMI Al-Amin kemaman (Kerajaan) Vs SMI Al-Amin Gombak (Pembangkang)
Usul : FAM Wajar Dirombak
Usul Ditolak ~
Margin = 3.6

Second match,
SMI Al-Amin kemaman (Kerajaan) Vs SMI Al-Azhar Jitra, Kedah (Pembangkang)
Usul : Peperiksaan UPSR dan PMR wajar diteruskan
Usul Diterima ( Alhamdulillah)
Margin = 2.0
 
Third Match, 
SMI Hidayah Johor Bharu B (Kerajaan) Vs SMI Al-Amin kemaman (Pembangkang)
Usul : OIC Wajar Birombak
Usul ditolak ( Alhamdulillah)
Margin = 1.5

Fourth Match,
Sri Ayesha (Kerajaan) Vs SMI Al-Amin kemaman (Pembangkang)
Usul : Penghantaran Pelajar ke Luar Negara Perlu Diteruskan
Usul Ditolak (Alhamdulillah)
Margin = 2.0 

Hari tu, memang letih betul...sampai sakit tekak... huh..
esoknya, kami ada workshop for bahasa melayu nyer debate.. memang pelik, workshop sampai nak masuk quarter final.. huhu... Lepas Zohor, kira2 pukul 3, kami pun diberitahu bahwa kami dapat masuk ke Quarter Final (Alhamdulillah !).... just 8 team sahaja yang boleh masuk quarter... akan datang, kami akan lawan team MCKK.. pergh, kumpulan top tu.. xpe2.. kami cuba phsyco hati kami supaya tak gentar... then, kamu pun pergi jolli..hehe.. bak kata orang ganu . heheh.. KLCC je... Xpe.. just nak hilangkan tension lepas habis suara jadi PM dan KP.. huhu.. Hari tu, memang tiada langsung match BM.. semuanya BI..
Esoknya lagi, hari sabtu... bersamaan 10 julai 2010, hati berdegup agak kencang.. tapi, tak adelah sekencang man sebab sudah diphsyco oleh abang zariff...heheh.. Time match, team kami tiba2 jadi semacam.. ntah kenapa... so, jadilah begini keputusannya.. apapun, kami redha dan bersyukur sebab dah dapat masuk quarter... bukan senang nak masuk quarter...huhu

Last Match,
Malay College Kuala Kangsar (Kerajaan) Vs SMI Al-Amin kemaman (Pembangkang)
Usul : Pendidikan Berorientasikan Peperiksaan Wajar Diteruskan
Usul Diterima
Margin = 3.33333

......
Last match, final... Hidayah JB A Vs KISAS... Hidayah JB Juara dengan usul dewan ini percaya bahawa kita perlu berkeras dengan israel... memang sengit perlawanan kali ini... best betul... mujur kami ada rakam... huhu... Lastly, harap2 team yang akan datang akan jadi lebih baik... tahun depan ??.. insyaAllah... amiin....

Ahad, 4 Julai 2010

Dedikasi buat Adikku ~ moga cepat sembuh !

Bismillah ~


Post ana kali ni mungkin agak berbeza skit.. anyway, xpelah.. lain pun..
Semalam, wasktu semalam, adik ana ( Munzir) dan sorang abang dia dan sorang lagi jiran ana main2 api kat luar rumah... memang x duga mende ni boleh berlaku ~ 


Memang asyik mereka bermain, menurut sumber abangnya munzir, Si munzir tukang cucuh api dengan surat khabar.. mereka cuba nak bakar something tapi tiba2 terlintas nak guna petrol yang ada di depan rumah... alang2 nampak, mainlah terus.. rentetan daripada main itu, api yang sedang dia cucuh itu tiba2 menyambar bajunya. apalagi, habis terbakar separuh bajunya dan lengan kirinya masak... 


Bila bunyi riuh2 skit kat luar, tiba2 ada jiran mengetuk pintu rumah kami... Ana dan ayah ana tengah ada dalam rumah, penat.. baru lepas balik kenduri dan orang2 perempuan pula pergi kenduri ~ x tahu pulak mereka buat project bahaya kat luar rumah.. 


Bukak sahaja pintu rumah, kami terperanjat tengok keadaan munzir yang tidak berbaju dan sedang menangis sekuat-kuatnya.. mata ana terlirik kepada sebuah baju yang terbakar separuh bahagian...Ya Allah ! teruknya terbakar badan dia... Apalagi, ada jiran yang datang membantu kami , tolong hantar Munzir dan ayah ana ke Hospital sebab kereta orang2 perempuan tengah guna...Alhamdulillah, mujur kami ada jiran2 yang baik..

Luka pada badan dia teruk sangat.. malah,  kulit2 dekat bahagian tangan habis mati sel2 dalam tu.. Lepas incident tu, munzir dimasukkan ke wad biasa kat hospital kemaman, bilik yang berasingan sebab takut jangkitan kuman.. tapi, kat kemaman tiada pakar pediatrik 
(kanak-kanak) , jadi terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Terengganu dengan menaiki Ambulans hospital bersama ayah ana... lebih kurang pukul 10.40 semalam ambulans tu bertolak dari sini..


Memang besar dugaan ini, hospital kat KT pula tiada specialist bahagian kebakaran2 ni... katanya terpaksa dihantar ke hospital kubang kerian di kelantan sebab perlu buat pembedahan kulit untuk tampal kulit di tangan dengan kulit di peha... Ya Allah, moga2 kau permudahkan urusan adikku.....


Buat pembaca, ana harap agar kalian sudi mendoakan agar urusan ini berjalan lancar.. Segala apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik kejadian... insyaAllah ~ amin...

Sabtu, 3 Julai 2010

Karnival Ko-Ku

Bismillah ~

ana nak kongsi skit pengalaman ke karnival ko-ku di SMK geliga.. huhu
Well, petang tadi, sekolah ni adakan karnival ko-ku di padang sekolah ~..
agak best.. hurm.. x meriah mana sebab x ramai yg dtg...

macam2 ada kat situ... ada boothla kebanyakannya...
Sekali tu, ana ke booth science... mula2, jawab soalan teka silang kata mengenai science - chemist + bio... then, dia beri kat ana tiga alkali metal iaitu Lithium ( Li), Sodium (Na) dan Potassium (K).. kecil je.. lepas letak atas kertas turas, dia suruh letak kat dalam air ( besen kecil).. huhu.. ada gak peluang buat experiment group 1.. kalau kat sekolah xder peluang nak buat.. A' lah chemist lps ni.. hehe..

Sekejap aje lepas tu, terus tetiba hujan menghempap kami kat padang sampai ramai aje yang terpaksa balik... basah jeruk!.. huhu.. mesti ramai org yang baru nak dtg terpaksa batalkan niat sebab hujan.. apa2pun, mesti ada hikmah Allah turunkan hujan ni...Hujan itu rahmat ~

Kebetulan, ana teringat pulak kisah seorang penjual masa belajar Hadith dua tahun lepas.. Si penjual ni menjual dan mendapat keuntungan pada hari tersebut... tiba2 dia ternampak awan mendung.. lalu dia benci melihat awan itu.. Tiba2 dia rasa serba salah dia rasa benci atas hujan yang beri manfaat kepada umat manusia.. lalu, dia buat keputusan untuk tak mengambil sedikit pun keuntungan yang dia dapat pada hari itu.. 

Kesimpulan daripada kisah di atas, janganlah kita benci sesuatu yang beri manfaat kepada orang lain walaupun perkara itu kita rasakan tidak memberi faedah kepada kita.. Allah lebih mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui...

Berbalik kepada kisah sebenar, Malam tadi.. ana pergi sekali lagi ke sekolah yang sama sebab ada pula konsert amal In-Team bagi dana surau Sekolah itu.. harap2 lepas ni, budak geliga jadi lagi rajin solat .. huhu

Sepatutnya konsert kat padang tapi sebab pdg lecoh donno, terpaksa pulak buat dalam dewan yang kecil tu.. memang tak muat sebab ramai betul yang hadir.. budak2 asrama banin alamin pon dtg jugak.. jalan kaki katanya .. huh, rajin betul ~... jauh kot ~

Nilah sedikit sebanyak gambar yang sempat ditangkap dan diikat supaya tak lari ~ huh !

* Cabutan bertuah 'N 090206' yang terkena, huhu*

*in team khusyuk nyanyi atas pentas*

* Para pendengar yang setia.. x bangun2 daripada tempat dudk mereka*

* Cuba teka siapa yang pakai tudung hitam (kanan) ni... pendengar paling khusyu' yang ada dalam dewan.*

*wakil selangor turun ganu untuk tengok persembahan in-team kalini.. hehe.. kan mail ?*

* Semangat betul abg bob budin kita melambai-lambai tangan riang gempita.. heheh*

*Penyanyi shoutul Iman cuba meniru suara penyanyi in-team.. heheh*

* hamper menang cabutan bertuah,huhu.. tak ingat nak rotate-kan*

* habis kotor selipar crocs-ku sebab kene lumpur2 di padang*

* Muslim (kiri) dan Munzir (kanan).. adikku tertidur dengan penuh gaya sebab mengantuk sangat kot..*

Sekian post ~ moga beri sedikit feedback, ataupun comment ataupun chatbox ataupun follow je.. huhu....wassalam ...

Jumaat, 25 Jun 2010

Ponteng Lagi ! Mengapakah ?

Bismillah ~


Semalam, Khamis bersamaan 24 Jun 2010... ana ponteng lagi sekolah.. kenapa pulak kali ni ??..
ish3.. x serik2 ker.. nanti kene buang sekolah baru tau...huhuhu.. takpe2.. ade alasan kukuh kali ni.. apa pulak tu ??.. Guess what ?... well, nak dipendekkan cerita....


Imbas Kembali, Khamis, 24 Jun 2010


Pagi ni... ana kene bangun awal2 sebab nak kene pergi sekolah Ayer Puteh, Kemaman.. Semalam, Mak Haniff Halim ada call mak ana sebab nak ajak ana ke sana..hurm, mula2 ana agak keberatan nak pergi sebab esoknya dpt markah chemistry.. huhu..


Tapi takdelah kan.. orang dah ajak.. kita ikut je... lebih kurang pukul 6.40 pagi, phone ana berdering.. lagu d clique- stand tall bergema menusuk cochlea telinga ana.. huhu.. haniff telefon... dia ckp dah tunggu dpn rumah.. so, ana bergegas lah keluar rumah.. dan naik kereta.. Journey to the Ayer Puteh.. ingatkan ana ngan haniff je yg kene pergi, rupanya Auni dan Marsya pun ikut sekali.. kiranya kami ni wakil sekolah alamin la... segan kot..


Sekolah tu memang jauh ke pedalaman.. memang letih tunggu dalam kereta... jenuh nunggu baru sampai... kira2 pukul 7.50, kami sampai ke sana.. memang dah lama x dtg ke sekolah ni.. dulu, ayah ana pun pernah berkhidmat di sekolah ni.. agak lama jugak then barulah ditukarkan ke Felda Neram...


Awal2 sampai, kami nampak pelajar2 sekolah ayer Puteh tengah duduk bersila atas dataran perhimpunan sambil baca Yasin.. hurm, memang diorang baca yasin setiap khamis kot.. takpun dua minggu sekali.. Usai saja alunan yasin berkumandang, kami berempat menuju ke kantin sekolah.. makcik dila (mak haniff) yang ajak.. katanya " jom kita breakfast dulu".. so, kami turuti saja... ada jugak beberapa suara2 yang kedengaran mengumpat kami kuat2.. haha.. x malu betul..katanya, " woi, jangan la tengok dia, malu la dia".. kata sorang laki2 kat budak perempuan sekolah dia...kami buat x endah je..segan kot... huhu..apa2 pun, Memang best masakan dia...huhu


Habis mengisi perut, kami terus ke dewan utama sekolah ni.. x ingat pulak nama dewannya ..huhu..xdelah besar sangat..dan xdelah kecil sangat.. sesuailah taraf dewan sekolah..sedan2 kot..mula2, kami duduk barisan tengah2 skit sebelah budak sekolah tu.. mulalah mereka bising2 dan gelak2.. entah apa yang lucunya.. kami buat donno *(don't know) je... mereka bukan main buat lawak sesama mereka.. memang agak pekat skit loghat ganu mereka sebab duk agak pedalaman.. huhu.. x kurang juga carutan2 yang biasa disebut ibarat zikir2 yang x henti2 berkumandang.. ish, terasa berat pula tugas kita sebagai dai'e nak ubah cara mereka.. hurm, bi'ah @ suasana kat sana pun agak x soleh... dengan ikhtilatnya x jaga.. nak buat camne kan.. bukannya alamin.. rasa jauh sangat beza suasana sini dengan suasana kat alamin..


Berbalik kepada cerita asal, ana dan haniff kene duduk pulak kat bahagian depan sekali sebab mak cik dila yang suruh.. ana rasa bersyukur gak.. huhu..kat barisan depan ni, baik skit sebab majoriti yang duk depan ni geng2 pengawas dan pimpinan pelajar... asal duduk je kat depan, automatik kami terhulur tangan nak salam..diorang pun sambut huluran tangan kami.. pastu, mulalah sedewan bising " hah, salam.. salam .. salam then gelak".. kami hairan dan aneh betullah diorang ni.. haha..


Beberapa minit menunggu, program kembara kerjaya Petrosains pun bermulalah..program dimulakan dengan aktiviti ice breaking, Abg nazri yang handle.. best jugakla.. dari pandnagan fikrah, erm, bolehla diktakan dia ni agak berfikrah sebab boleh wat kluar dalil sambil2 dia bentang.. huhu.. 


Habis saja slot ni, kami pun pergi ke kantin untuk jamu selera.. huhu.. memang kenyang .. se'eh perut rasa.. kali ni makan nasi lemak pulak.. tadi mee goreng.. bapak ah.. huhu.. kami pun meneruskan slot yang seterusnya iaitu slot kembara kerjaya... dalam slot ni, dia beri kertas to us untuk kenal potensi dan minat diri.. sape2 yang nak cuba boleh comment lepas ni.. huhu.. tapi, ana dah pernah buat slot ni kat sekolah.. so, takdelah jakun sgt.. huhu.. Lepas slot ni, ada pula slot ceramah dan pengenalan kepada petronas dan benda2 yang berkaitan dengannya..


Dalam slot ni, diorang ada terang pasal peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang engineering dan geoscientist.. syarat utama ialah PHYSICS.. pergh, tulah satu2nya subjek yang paling *** ***** sekali.. huhu.. so, patutnya izzat yang dtg.. at least dapat gak input2 psal engineering.. rasa nak tepu je otak dengar ceramah.. dahlah byk, xde kaitan langsung dengan biology... memang killer moment ah... huhu..


Lepas habis beberapa slot yang *****, kami lunch dan solat zohor... baru rasa lega skit otak.. heheh.. lepas tu, kami masuk semula dewan untuk slot kemuncak.. hurm, kali ni dia bahagikan peserta2 yang hadir dari seluruh wakil sekolah SMK dari seluruh kemaman kecuali beberapa sekolah kepada beberapa kumpulan kecil.. rasanya 6 kumpuulan kot.. then fasi datang kepada kami.. time ni, kami boleh tanya apa saja pasal ceramah2 yang dah diorang sampaikan tadi... tapi mesti yang ada kaitan la.. huhu.. lepas tu, barulah aktiviti sosial..


Kira2 kat pukul 2 lebih.. kami pun kene main game yang dah disediakan.. best gak.. kali ni, dibagikan kepada lagi banyak kumpulan mengikut sekolah masing-masing.. kumpulan ana terdiri drpd sekolah Alamin, SMK Geliga dan SMK Badrul Alam Shah (SMBAS)... Ahmad Haniff yang jadi ketua kumpulan...


game yg pertama, kami kene buat sebuah platform pelantar minyak dari straw2 yang diberikan.. dengan menggunakan straw dan salotape, kami pun buatlah dua buah platform minyak.. katanya platform mana yang paling byk dpt tampung botol air mineral, dia yang menang.. katanya setakat ni, rekod seluruh malaysia sebanyak 19 botol.. hurm, camne la nak wat kukuh smpi boleh tampung byk gitu.. ish3.. kami pun bantai jer.. haha.. time test, kitorang punyer platform boleh tampung 4 botol je kot.. haha.. pemenang game ni sekolah Ayer Puteh rasanya sebab dpt tampung 11 botol air.. pergh.. kukuh betol..


Habis je game ni, ada pulak game hangman namanya.. dlm game ni, kami diberi 20 biji belon dan berbelas2 kertas saiz A3 dengan loytape putih... kami pon tak tahu mcm mana gamenya.. mula2, dia suruh tiup semua belon2 yg ada dlm masa 5 minit.. memandangkan kami agak ramai banin+banat+sekolah2.. so, cepat saja belon ditiup.. huhu.. cuma agak bercampur la skit.. klau game tadi , banin buat satu platform dan banat buat satu lagi platform.. kali ni kami terpaksa bercampur.. memang segan seyh... lepas kesemua belon ditiup, dia suruh kami bina menara dengan belon2 ni.. pada waktu pembinaan, 2 biji belon telah terkorban dibaham loytape yang rakus.. haha... habis je buat menara yang hodoh jugaklah.. haha.. kami disoal dengan soalan2 berkaitan dengan sesi ceramah2 tadi.. mujur gak ana ada catat apa yang perlu.. tapi byk gak soalan yang xder dlm ceramah ditanya.. pyh kot... kali ni, dia akan tanya soalan di slide dan semua kumpulan kene berbincang untuk jawapannya... kalau A, Auni akan tulis huruf A kat kertas dan Ahmad Haniff akan bangun untuk tunjukkan jawapan.. satu soalan salah, satu belon akan terkorban.. so, akhir2 kami dpt  kekalkan 16 biji belon saja... 4 terkorban.. haha.. kali ni gak, kumpulan kami tak menang sebab ada kumpulan yang lagi byk belon.. huhu.. xder rezeki la katakan.. 


Habis game, ada sesi penyampaian sijil penyertaan dan hadiah dan kata2 akhir...lama gila dia berucap.. ana duk asyik tengok jam je.. bilalah agaknya nak abis.. program habis kira2 pukul 5.30 petang kot.. memang lama gila.. huh !.. Lepas habis saja program, ana dan haniff pergi solat asar cepat2 sebab dah lewat.. then, makan2 dulu barulah balik.. asalnya, niat nak naik kereta ridhwan haniff pukul 5 utk ke kemasik sebab dalam tentatif program habis pukul 4.30 kot.. so, kami bertolak dari sekolah untuk pulang kat2 pukul 6.40.. pergh.. mak cik dila ckp 12 jam kami duk kat situ sebab dari pukul 6.40 pagi smpila 6.40 petang..ish3.. so, x de harapan la nak pergi kemasik.. isk3.. sedih betullah...


* to kawan2 sekelas yg pergi kemasik = sorry tak dapat join atas sebab2 di atas.. sediyh kot.. well, xpelah kan.. xder rezeki.. huhu ~.. insyaAllah lain kali boleh lagi..


Sekian, wassalam ~


  

Ahad, 20 Jun 2010

Majlis Pelancaran IKRAM


Bismillah ~


Kali ni ana hadiri sebuah Majlis Pelancaran IKRAM di MINES ~
Memang dapat sambutan hangat... Pergh~ ramai betul orang yg ada dlm dewan pelancaran ni ~ sesuailah dgn dewannya yg besar tu ~ ceritanya camni....

Imbas Kembali, 20 Jun 2010, Ahad

Tepat jam 0000, ana, abg ana, dan ayah ana dah ada di depan centre point, menunggu kedatangan bas SP Bumi yang jemput kami ke Majlis tu... Xdelah lama sgt tunggu... TikTok2 je, bas dah sampai.... memang rasa agak teruja kali ni.. entah kenapa... masa nilah bayang camne org lainkat skolah blja kat dlm kelas tapi ana ponteng untuk ke majlis ni.. hehe.. tapi, xpe... COO, PK Hem skolah pon pegi jugak ke majlis ni.. tak perlu dirisaukan .. huhu

Ana kene duduk di tempat paling belakang.. agak tinggi... habis sakit2 kaki duk asyik menayang je dari tadi.. huhu... Dalam bas, ramai jugak PakCik2 yang datang dari KT, Dungun, Kerteh.. kiranya ni konvoi wakil IKRAM Terengganu la.. huhu..


Kira2 beberapa jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Masjid Pandan Indah... memang indah masjid tu.. kami berhenti solat2, mandi2 dan siapkan diri.. wangi2... huhu.. usai solat subuh, pukul 6.30 pagi kami bertolak ke sebuah restoran yang berdekatan for sarapan pagi... REAL MAMAK NASI KANDAR ! haha.. makan roti canai kot.. huhu..
Habis saja menjamu selera, kami pun bertolak ke Mines.... X 


lama sangat pon... Sampai2 je terus nampak ramai orang dari kejauhan... sayup mata memandang.... huhu.. ayah ana cakap kira2 5000 lebih orang yang akan datang kali ni.. Fuh, ramai betul... sesuailah dengan dewan dia yang besar macam gudang tu... 

*(Pemandangan dewan dari tingkatan atas, ZON F)*

Sebelum mula majlis tu, ana sempat jugak bersalam-salaman dengan kawan2 MGBSIM yang kenal masa Print, staff sarjan, leaders, Xrek and so on.. ramai betul yang dtg.. ish3.. kecik betul dunia ni.. huhu.. ramai je org yang kenal muka tapi x ingat nama...setelah masuk dewan, masing2 dibekalkan dengan 1 batch free... bertulis IKRAM.. ukhuwwah teras kegemilangan dan The Brootherhood, foundation of Glory..huhu.. 

Memang sangat89 ramai orang yang ada kat dalam dewan ni..... ibarat semut menghurung gula je..heheh.. Majlis dimulakan dengan memperkenalkan orang2 kuat IKRAM.. pastu ada ucapan daripada YDP IKRAM... memang lama betul ucapan dasar dia... siap beri buku lagi.. dalam tu ada tertulis skrip2 ucapan yang disampaikan.. orang2 sekeliling ana asyik duk hitung je berapa muka surat lagi nak habis ucapan ni.. huhu..memang lam dan penuh mesej... sampai ada yang mengangguk terlebih faham ~ huhu


Lagu IKRAM :




Then, kami ramai menyanyikan lagu IKRAM... lirik yang mantap dan nyanyian dari kumpulan SaffOne... kalau dulu Saff One nyanyi lagu KRJ Terengganu, sekarang mereka pulak yang nyanyi lagi IKRAM... Kami ingatkan ada lagu je.. rupanya penyanyi2 sekali datang jugak nyanyi lagu tu..

Sementara, si anas dan icap yang duk sebelah ana suka sangat buat kecoh.. haha... tapi, best jugaklah sebab dapat pengalaman ke majlis yang betul2 grand macam ni... bukan senang kan nak pergi.. siap ada etika pemakaian lagi.. kalau yang pkai selipar tu kene duduk belakang2 je sebab x formal.. huhu.. so, kami kenelah pkai kemeja smart2 nak ke sana.. huhuhu....

Ada jugak seorang Pak Cik tu memang semangat betul bertakbir dalam dewan tu.. bayangkan dewan yang sebegitu besar dan orang yang sebegitu ramai dengar takbir dia dan sahut ramai2.. pergh... memang menggetarkan jiwa sesiapa yang memahaminya.. huhu..

Habis sahaja ucaptama persmian majlis pelancaran IKRAM, sahlah tertubuh IKRAM yang sudah sah.. Lepas tu, kami semua boleh rehat2 dulu... time nilah, ana jumpa kembali sahabat ana dari Hira' jeram... Zahin.. betullah.. dunia ni memang kecil... huhu..

Lepas rehat, kami masuk semula dewan untuk sesi tazkirah perdana.. memang best tazkirah dia.. agak mantap.. Then, persembahan dari kumpulan Saff One dengan album barunya.. Best kot.. huhu.. Akhir sekali ialah doa penutup.. kali ni, memang lama betul doanya.. kira2 15 minit kot.. memang mengharukan... x kurang juga ada yang terlelap sebab lama sangat doanya dan agak keletihan duk atas kerusi lama2... 

Kami keluar dewan selepas habis majlis kira2 pukul 1.50 petang.. so, kami pon meronda2 dulu kawasan sekitar situ.. ada banyak je jualan yang dibuat.. riuh sekali macam pasar malam.. kot2 lebih riuh.. dahlahh ramai kene bersesak2 nak lalu... Lepas solat jama' takdim di surau, kami bertolak pulang tapi kene berhenti lagi di masjid yang lain sebab ada lagi yang x sempat solat tadi sebab suraunya kecil sangat.. huhu...

Conclusion, moga IKRAM terus subur membangun bersama islam.. amin ~


Untuk maklumat lanjut, layari :


HarakahDaily ~
MalaysiaHarmoni ~
IKRAM.org ~
 
DLL... Sekian, Terima Kasih ~

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews