Isnin, 7 Disember 2009

Menari ?

Petang Ahad, tgh chatting ngan syafiq... tibe2 syafiq akram bagi kat ana buletin nih..erm.. x tahulah bley nak cayer ke x sbb ada pendapat mengatakan yang lain.. tetapi sekati ah nak caye ker x . Baca sampai habis...

*******************************************dicopy dari YM*************************************************
Syafiq Akram: hah
jup2

Anda semua digalakkan menari selepas membaca bulletin ini :

Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersidang pada 3.12.2009

Berikut merupakan keputusan gred PMR yang telah muktamad. Keputusan akan diumumkan pada 27.12.2009

SO. ini gred A :

Bahasa Malaysia : 65 %
Bahasa Inggeris : 75 %
Science : 55 % *gelek ! haha
Mathematics : 80 %
Pendidikan Agama Islam : 85 %
Sejarah : 80 % *gila ! haha
Geografi : 85 %
Kemahiran Hidup Bersepadu : 80 %

So sekarang dipersilakan dengan segala hormatnya, bekas calan PMR 2009, untuk menari..


Syafiq Akram :bce
BUZZ!!!
KaiKyou No HasE: apa ?
Syafiq Akram: bce lar .. ;)
KaiKyou No HasE: argh
KaiKyou No HasE: naper sejarah !
KaiKyou No HasE: geografi !
Syafiq Akram: ok aper
Syafiq Akram: im glad..!!
KaiKyou No HasE: tidak !
************************************************************************************
Debar pulak rasa 4 subjek2 yg gred naik... harap2 A.. insyaAllah.. tapi perlu ke nak nari sebab ni.. haha..x perlu kot.. sajer je penulis tulis camtu...x per.. asalkan dah ada duit (doa, usaha, tawakal).. redha je dgn apa2 keputusan yang bakal keluar walaupun x mencapai target kita.. well, as a f3 yg skrang dah free... patutnya kita dah mula skrang nak tgk2 skit buku2 f4 kot.. such as sejarah n anyelse subjek yang senang faham tanpa kene ajar.. bukan apa, kita kenelah wat persediaan awal skit.. takut nanti tetibe je shock bile masuk f4... macam pernah kakak ana ckp yg dier memang shock bile masuk f4 sebab persamaan silibus f3 dan f4 tuh agak sukar la...sekadar ada dlm sstgh keadaan.
Mungkin sekarang patut dah antum pikir aliran apa yang antum nak pilih.. sesuaikan dengan cite2 ntum sendiri... kalau minat nak jadi accountant, pilih PA.. kalau nak jadi doktor, pilih bio and so on.. kalau yang awal2 dah masuk tuisyen pon lagi bagos kot.. sebab skrang x perlu sgt bersuka2 dan konon2 terlebih lps tension lps pmr.. padahal pmr x mentensionkan pon.. huhu.. (pada pandangan ana lar).. then, buatlah kalau bleh perkara2 yg berfaedah masa cuti ni.. em, cuti dah nak habiskan ?.. so, perancangan for next year patut dah ada dlm kepala.. huhu.. oklah.. sekadar pendapat.. 4 all f3.. ana doakan antum dapat mencapai target masing2... dalam PMR.. huhu.. PMR past, SPM next.. coming soon.. sekian, wassalam...

PERINGATAN !!!... { pedoman buat kaum adam dan hawa}

Sanggup hilang 'dara' hanya nak membuktikan cinta kepada bf??? [sila baca sampai habis]


Assalamualaikum, InsyaAllah, post kali ini, adalah tazkirah buat kita semua terutamanya kaum Muslimah, dan tidak lupa juga buat Muslim.


"Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang mukmin"

"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "Saya tak boleh hidup tanpa awak!"..."Saya sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Saya sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..


Itulah antara kata-kata yang indah yang selalu diungkapkan oleh wanita kepada teman lelaki mereka. Seolah-olah teman mereka yang menciptakan dan meniupkan roh ke dalam jiwa mereka. Kata-kata ini boleh menyebabkan menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas ianya berkalimah syahadah mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit hampir RM 100 sehari hanya nak 'topup' handphone untuk bermesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej2 mereka. Bayangkan kalau mereka menggunakan duit tersebut untuk di jalan Allah. Print artikel Islam. Pastu potostat banyak2. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang mereka dapat?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang best. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?. Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebigini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapa mereka yang telah membela mereka berbelas tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana Ibumu betapa seksanya selama 9 bulan mengandungkanmu, membawamu ke sana sini. Ayahmu pula tak henti2 keluar ke sana sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tidak ada rasa malukah kamu?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye.

"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari wanita lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum luaslah teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa pakaian. Ada yang beraksi telanjang. Ada yang beraksi kat taman-taman. Ada yang beraksi kat depan masjid!. Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone untuk buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tidak berguna. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak. Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan dah halau. Ingatkan nak pergi cari Allah. Pergi masuk masjid ambik wudhuk pi sembah Allah. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam anak tu!. Dia cuba sumbat dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek2 anjing!. Celakalah kau perempuan!. Dahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last2. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala2nya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang pastinya akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH2NYA!!!...SAKIT!.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kerana kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!. 


Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati2lah.

"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37)


Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut yang Allah tidak menerimu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Wanita!. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kau syirik kepada Allah, kemudian kamu bertaubat!. Nescaya Allah menerima mu!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah kepadamu!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."



Walaupun artikel ini sekadar artikel yang difotokopi.. namun, apa yg nak kita lihat daripada sesuatu artikel itu ialah mesej yang hendak disampaikan.. semoga kita semua dapat mengambil manfaat daripada artikel ini.. Inilah realiti sekarang yang mana kita sebagai seorang daie, muslim dan musleh perlu mengubah keadaan ini menjadi lebih baik..sekadar renungan buat kita semua...kita sebagai manusia biasa yang tidak lari dari melakukan sebarang dosa.. dan ingatlah bahawa kita bukanlah ma'sum.. maka berpesan-pesanlah ke arah kebaikan dan kesabaran ... Amar ma'ruf nahi munkar.. Sekian, wassalam.
P/s: sebarang perkataan yang x difahami... boleh ditanya.. insyaAllah.. ana jawab..



Its me..

Kaikyou Hase...

Jumaat, 4 Disember 2009

Berkhatan ?


Baru2 ni, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Terengganu (SRIAAKT) membuat sebuah program berkhatan secara beramai-ramai. Cuti yang lama camni bukan senang nak dapat...jadi, dua orang adik ana telah berkhatan di pusat berkenaan. Tergerak pulak hati nak ceritakan pasal berkhatan atau lebih dikenali bersunat atau jawwi(ganu), {erm, x tahu lak ada ker x dalam kamus ganu.. tapi nenek ana sebut camtu}...apa yang ana nak utarakan di sini ialah mengenai kebaikan berkhatan.. erm, apa yang bagus sangat dengan bersunat ni ? adakah ia sekadar adat resam masyarakat?.. tuntutan agama ?.. sama2lah kita mencedok sedikit ilmu daripada artikel di bawah..(artikel di bawah kurang bertapis, so, pandai2lah orang yang baca tapis sendiri)..artikel ini sebagai hujah bukti kebijaksanaan Allah dalam mengatur segala urusan manusia.. ..fikirkanlah maksud yang tersirat, melalui mata hati...

*********************************dipetik dari sebuah laman web****************************************
SETIAP tahun, tanggal 1 Disember diraikan sebagai tarikh penting yang memberi peluang penduduk dunia bersatu tenaga memerangi penyakit HIV dan Aids yang dilaporkan sudah menjangkiti berjuta-juta penduduk dunia.
Pelbagai cara diperkenalkan kepada masyarakat dunia terutama mendidik masyarakat supaya sentiasa mengamalkan seks selamat manakala sesetengah negara menekankan kepentingan seks hanya membabitkan pasangan suami isteri.
Selain itu, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut menekankan kepentingan pendidikan seks di kalangan generasi muda supaya mereka tidak terdedah kepada risiko penyakit berkenaan.
Ketika pelbagai kaedah diutarakan bagi membendung penyakit itu, hasil kajian seperti dibentangkan penyelidik Amerika Syarikat, Dr Milton Amayun pada Sidang Belia HIV/Aids yang dianjurkan World Vision International di auditorium Universiti Pengurusan Singapura minggu lalu amat menarik perhatian.
Dalam kertas kerjanya, beliau menyatakan, mengkhatankan anak lelaki boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV sebanyak 70 peratus berbanding mereka yang tidak dikhatankan.
Katanya, amalan ini juga salah satu sebab kurangnya bilangan jangkitan HIV di kalangan lelaki yang mengamalkan berkhatan dari agama tertentu, terutamanya Islam.
Menurut Dr Amayun, 54, ujian berkenaan dijalankan di beberapa negara termasuk Afrika Selatan dan Kenya sejak dua tahun lalu.
Penyelidik Perancis yang menjalankan kajian di Afrika Selatan dan penyelidik di Kenya yang dibiayai Yayasan Gates menunjukkan dua pertiga lelaki dikhatankan tidak dijangkiti HIV.
Kajian itu dijalankan ke atas 3,000 lelaki yang disahkan tidak menghidap HIV.
Malah, beliau berkata, keberkesanan ciri pencegahan jangkitan HIV bagi lelaki yang dikhatankan sekuat vaksin yang digunakan.
Katanya, kulit luaran zakar lelaki yang tidak dibuang boleh menjadi tempat virus membiak dan merebak.
“Bagi mereka yang sudah dikhatankan, kulit mereka akan menebal lantaran dapat menahan jangkitan virus,” katanya.
Dr Amayun turut berkata kertas-kertas kerja itu dikemukakan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mendapatkan sokongan mereka.
Tetamu terhormat majlis itu, Ahli Parlimen Singapura Dr Fatimah Lateef, pula tidak menolak kemungkinan menggalakkan kaum lelaki di sini dikhatankan dalam usaha memerangi jangkitan HIV/Aids di republik itu.
Mengulas lebih lanjut mengenai kajian Yayasan Gates itu, kajian yang dijalankan pakar Perancis dan Afrika itu dijalankan ke atas golongan aktif seks iaitu lelaki berusia di antara 18 hingga 24 tahun.
Separuh daripada 3,000 lelaki itu dipilih secara rawak untuk dikhatankan. Selepas mengikuti rapat perkembangan lelaki itu selama setahun, penyelidik mendapati setiap 10 lelaki kajian itu yang tidak dikhatankan sudah dijangkiti HIV, virus yang menyebabkan Aids.
Kajian itu turut mendapati hanya tiga daripada lelaki yang disunatkan dijangkiti virus berkenaan, lapor akhbar The Wall Street Journal (5 Julai 2005).
Kajian ini dianggap penting kerana ahli sains belum lagi menemui pelalian berkesan untuk menentang virus HIV atau membangunkan kaedah terbaik untuk menghalang jangkitan penyakit itu berbanding kaedah seks selamat.
Selain itu banyak lagi kajian sudah dijalankan yang mendapati bahawa lelaki yang tidak dikhatankan menghadapi risiko jauh lebih tinggi menghidap HIV berbanding lelaki yang sudah disunatkan.
Penyelidik mendapati seorang lelaki yang sudah bersunat, lapan kali ganda kurang kemungkinan dijangkiti HIV ketika melakukan hubungan kelamin.
Sebuah pasukan penyelidik di Australia turut menjalankan kajian dengan melihat kepada hasil lebih 40 kajian.
Mereka juga mendapati virus HIV menyerang sel khusus dari permukaan dalam kulit di hujung zakar.
Sel ini memiliki penyerap HIV, menjadikan kawasan itu amat terdedah kepada jangkitan.
Penyelidik ini menegaskan, amalan bersunat di kalangan lelaki memberi perlindungan penting daripada jangkitan HIV kerana kebanyakan daripada penyerap HIV ini sudah dibuang.
Selain itu, penyelidik juga menyatakan, bersunat turut mengurangkan kemungkinan dijangkiti penyakit kelamin lain seperti syphilis dan gonorrhea, jangkitan yang menjadikan seseorang itu lebih terdedah kepada jangkitan HIV.
Kajian paling dramatik dijalankan baru-baru ini di Uganda yang membabitkan wanita yang didapati menghidap HIV dengan lelaki yang disahkan belum dijangkiti penyakit itu.
Dalam tempoh 30 bulan kajian dijalankan, didapati tiada jangkitan baru dikesan di kalangan 50 lelaki yang bersunat manakala 40 daripada 137 lelaki yang tidak bersunat dijangkiti penyakit berkenaan meskipun semua pasangan itu diberi nasihat bagaimana mengelak jangkitan dan kondom percuma disediakan.
Selain itu, penyelidik yang mengumpul data daripada 50,000 kes barah dalam tempoh separuh kurun turut menyatakan, amalan bersunat secara amnya dapat mencegah barah zakar.
Daripada 50,000 kes barah, hanya 10 kes membabitkan lelaki yang bersunat. Lelaki terbabit pula hanya bersunat ketika sudah meningkat dewasa. Kajian itu juga mendapati hampir semua yang dijangkiti barah tidak bersunat.
Beberapa minggu lalu, berita mengenai kanak-kanak lelaki bukan Islam di Malaysia termasuk bayi dikhatankan pada musim bersunat atau cuti sekolah tahun ini, turut mendapat liputan meluas.
Kebanyakan ibu bapa kanak-kanak terbabit menyatakan mereka mengkhatankan anak mereka atas nasihat doktor bagi mengelakkan jangkitan.
Kajian mengenainya juga sudah lama dijalankan dengan doktor sering menegaskan bahawa amalan bersunat bertujuan memastikan kebersihan serta mengelak daripada keadaan yang berpunca daripada sesuatu yang tidak bersih.
Bagaimanapun, alasan utama untuk bersunat bagi pakar kanak-kanak dan pakar bedah adalah disebabkan balanitis (radang glans) dan phimosis (keadaan sempit pada kulit hujung zakar akibat daripada jangkitan berulang-ulang).
Keadaan yang menyakitkan ini kerap kali berlaku pada lelaki yang tidak berkhatan. pada bayi, balanitis berpunca daripada lampin kotor serta ketika bermain atau duduk di kawasan kotor.
Banyak pihak di Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa berkhatan berasal dari Islam sedangkan amalan ini sebenarnya sudah wujud sebelum kedatangan Islam di bumi Arab.
Amalan berkhatan ini dikaitkan dengan amalan lazim bagi masyarakat yang bertamadun di benua Afrika zaman dulu kala. Dan lazimnya, amalan berkhatan dikaitkan dengan peralihan daripada zaman kanak-kanak ke zaman dewasa.
Amalan bersunat ini sebenarnya tidak dinyatakan dalam al-Quran tetapi dianggap sebagai tradisi atau Sunnah Nabi Muhammad yang amat dituntut.
Nabi Muhammad pernah dipetik sebagai bersabda: “ia (berkhatan) adalah kewajipan bagi lelaki dan kemuliaan bagi wanita” membayangkan amalan ini diterima oleh Islam malah dianggap amat digalakkan.
Dalam satu lagi hadis, nabi menyatakan, bersunat adalah fitrah, bermaksud bahawa ia adalah suatu yang semula jadi.
Ramai ulama Islam menegaskan berdasarkan riwayat dan catatan dulu, Nabi Muhammad serta semua nabi dilahirkan dalam keadaan diri mereka sudah disunatkan.
Dalam Islam, amalan bersunat ini dijalankan ke atas kanak-kanak dan golongan dewasa yang baru memeluk agama ini.
Berdasarkan riwayat, amalan bersunat dalam Islam ini berasal dari amalan Nabi Ibrahim, nabi yang turut diakui oleh Yahudi.
Kini selepas sekian banyak kajian dijalankan, terserah kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sama ada ingin mengarahkan penduduk dunia berkhatan sama seperti mewajibkan pelalian polio di negara yang mempunyai wabak itu.
Ini kerana, berkhatan atau tidak terserah kepada budi bicara individu, adat resam atau agama masing-masing.
Dan satu lagi, ada sebuah hadith Rasullullah yang bermaksud "Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati"... dari hadith ni dah dapat kita concludekan bahawa awal-awal lagi Allah telah sediakan penawar bagi penyakit2 yang Allah sendiri turunkan. Perubatan moden semata-mata tidak berupaya untuk mengubati penyakit2 yang Allah sediakan bagi ujian untuk hamba-hambanya...melainkan jika kita benar2 mengikut apa yang telah Allah syariatkan 100%... Sebagai contohnya, ada kajian yang menyatakan bahawa selain berkhitan, Penyakit HIV dapat diubati melalui hukuman sebat yang wujud dalam hukum hudud yang dikenakan ke atas mereka yang berzina dan belum berkahwin...Jelaslah bahawa Allah sentiasa merencanakan yang baik2 untuk hamba-hambanya. Harap dapat memahami..
Sekian, Wassalam...~\(*_*)/...


Sabtu, 28 November 2009

~{xReK}~.... xpedisi remaja kental ?

Assalamualaikum... lama x post ni.. x sempat.. dgn internetnya lack down slalu.. huhu.. akhirnya bley jgk nak post.. tgh2 mlm buta ni.. huhu

a : nta gi xrek ?
b: o'o', wakpe tanye ?
a: saje je tanye.. best dok ?
b: bleh gak ah..
a: wak mende dinu ?
b: panjang cite...
a: wak mendek jelah...
b: doh panjang doh nok wak mendek guane ?
a: wak mendek jelah.. macang nta tu..
b: macang nganying ambe je ...
a: dok eh, gurra je...
b: huhu..~
a: cite ah...
b: klah, klah .. ana cite....

dah on nih ? ( nada suare tuk dalang) huhu

Hari Isnin

Camni.. hari tu.. kitorang ( 12 orang) peserta wakil negeri terengganu gi xrek.. produce gen 5... 6 banin dan 6 banat... kitorang btolak kol 6.15 n smpai kl kat kol 10.30... pastu sesat2 dulu dan sampai kat sana dlm kol 12.25 ah lebih kurang... naik dua buah kete unser.. sampai jer.. terus daftar kat ahlan wasahlan.. masuk dewan.. jadi tumpuan sekejap.. org lain tgh main lwn ckp2.. goreng pisang, goreng pisang skrang, pisang ape, pisang ape, pisang ape skarang ?.. lebih kurang camtu ah...then, terus kene berpecah masuk dalam kumpulan masing2 dgn tolakan rambang. huhu.. ana dpt kumpulan umar al-farouq.. nama yg dicadangkan oleh esh~... kitorang setuju.. kumpulan lain pulak ada abu bakar, ali, hamzah dan khalid al-walid... masing2 kene buat 'yell' ( betul ker eja camni?)... masing2.. senang citer trademark kumpulan masing2..

Mula2 jumpa esh dlm kumpulan.. pastu sorang budak tuh.. (anas) dtg menyepe duk tepi.. huhu.. jgn mrh nas.. kitorang pon jadilah kenal.. Hah? adik muaz?.. jadi diorang pon panggil ana muaz.. arsh.. cincan betul.. kat ctu ada 3org nama muaz.. 3 org nama mujahid.. ahaks... kalau dah tahu kitorang ni budak ganu, habislah mereka sebut sume 'ng' yg ada dlm loghat ganu... tapi x jadi ngak sbb mereka bukan ganu pure.. huhu.. loghat ganu bkn je ada 'ng'.. tapi byk agi mende lain.. mungkin patut ada kamus ganu kot. hhaha.. lupakan kes tuh... buat kumpulan umar.. esh, mujahid melaka, zahin, izad, luqman hakim, Muaz, amin, ameer, ismail, hanif, abid, dan fidaus.. bawak2 contact ah. huhu....ingat sinetron kite...kalau nak no. ana minx je.. ana beri nyer..

Pastu sesi berkenal-kenalan antara satu sama lain... tapi ana rasa lebih rapat dan serasi dgn budak hidayah jb sbb ada byk connection.. yg lain pon kami rpt jugak.. pastu, solat zohor berjemaah, jamak sekali... ok.. sorang tuh nama abg long.. fesi kat ctu suruh kitorang buat satu karangan klasik... bermula dgn huruf dpn yg sama.. baru sekarang terfikir.. (jamal jual jambu.. jambu, jambu, jambu !, jamal jual, jambu, jambu, jambu, jamal jual...) pastu byk gak kumpulan yg buat karangan kelakar2.. lawak aneh.. haha.. petang tuh, kitorang tukar baju utk satu trekking.... banin saja ! tuk wan ( seorang manusia).. berbising2 kat pdg pns.. kehausan.. " saya bagi salam tu sunat! kamu ! jawab! wajib!"... marah betul dier petang tuh.. sume tunduk.. tapi ada gak yg menyampuk. woi.. cucu gajah.. kau nak panjat camner ting tuh.. tuk wan x nak tgk ada org yg melompat dari atas tiang tu !... tapi tuk wan ni cara dier ckp pelik skit... faham2 jelah..

Kami kene lalu laluan berhalangan.. mula2 panjat tiang, pastu panjat bukit, lalu monkey ropes, dan kene niaran bawah parit macam2 lagi ah.. habis basah jerruk baju kitorang, berselut2.. pastu kitorang amik kesempatan utk mandi sg. sekejap.. bebas jer.. banat x tahu tgh wat mende... indoor kot.. mandi sampai busuk baju.. sg. bau pelik semacam.. dahlah ada silver.. haha.. then, semua banin kene kumpul untuk main satu games.. sport.. bola apa entah nam dier.. tapi yg pasti x pernah agi main sebelum nih.. best!.. tapi selalu mampus tanpa mempuskan orang lain terlebih dahulu...puas main.. pegi mandi kat bilik air dier.. berkolah.. mujur ada bilik air.. kalau x.. nattural lah katakan.. haha..pastu kami makan malam.. kali ni sedia.. cume just kene beratur jer.. kene kumpul kat musolla kol 6.30.. solat maghrib dan mathurat... aik kenapa pendek semacam?.entah, mazhab lain kot.. haha.. pastu.. kitorang kene sambung karangan bagi kumpulan yg x wat agi..

Hari ni malam kebudayaan.. so, Umar!! buat sinetron... faham nggak?... tanye abg long.. arsh.. sinetron.. bagus jgk.. hehe.. layan~... kitorang terus jer berlatih sekali buat gaya untuk lagu jalan juang.. izzatul islam.. tapi susah gak nak set utk tukar balik lirik lagu.. sbb f3 skolah alamin dah edit lagu ni jadi lagu tema f3 tahun ni... bley tgk kat post2 lama dlm blog sebelum ni.. pastu mulalah lakonan pukul 10 malam.. banat x yah wat lagu.. tapi hunna dah buat lakonan dpn banat je.. tapi kol 10 ttgk plk bnn nyer persembahan.. kali ni bertemakan palestin... ana kene jadi pemberita ckp indon tuh..pengacara tv 78.. jauh di mataku.. haha.. bley tahan tapi kumpulan umar present last skali.. kot2 masa org len dah kuyup mata... habis jer.. bley tido.. ana sekhemah ngan zahin, dan dua org lagi bdk hira' jeram... best jgk ah.. selesa dan nyenyak lagi dari tido kat umah.. huhu.. (thanks zahin.. bawak sleeping beg)... ngeh3..

Hari Selasa

Bangun pagi pukul 5.00.. ada qiam... dlm keadaan mengantuk dan keletihan.. tapi kene kuatkan jiwa lawan setan durjana.. huhu.. :) .. pastu habis jer qiam.. bace mathurat.. pagi tuh awal2 lagi dah kene pumping sebab lewat 5 saat..sakit habis tangan2.. pastu...joging atas jalan tar.. pusing2 sekejap.. habis jer joging kitorang kne masak sendiri lak kali ni.. entah ape nama menu.. bubur nasi cicah roti coklat.. haha.. tapi best jugak.resepi syafiq akram haha.. (http://itswasabi.blogspot.com)... byk gile bwk telur.. habis kem pon ada lebih lagi..
pastu habis makan kene jungle trekking lagi.. arsh, tukar kelah baju busuk semalam yg belum kering agi sebab malam tuh hujan... letih.. trek lain lak kali ni.. byk betul lah trek yg dier buat nih.. habis jer jungle trekking turun terus kat sg. mandi dulu.. sementara tunggu banat sampai.. lambat betullah.. (biasalah, perempuan~) haha.. ana basuh dulu kasut ana.. dah kotor semacam je.. air terjun buatan pon laju gak.. kat ctu nmpk jer anak2 ikan berenang lwn arus air.. masa tu gak ah mursyid sembang2 sambil mandi ngan kitorang pasal loghat2 nih.. mursyid.. piyye tu ?..bkk ah(http://menujugerbangilahi.blogspot.com) .. ade ah tuh gmbr mursyid. haha. kan mursyid kan.. sorry ah .. x igt url blog anta.. yg ni url blog anas..arsh.. lupakan...

Pastu kitorang mandi dan masing2 siapkan diri dgn baju bersih.. kene masak lagi.. kali ni senang kerja.. tgh2 mls nak msk.. saladin pon belanja makan kat warung mak wan.. makan nasi goreng.. haha asal kenyang.pastu, kitorang sedia nak solat zohor.. solat jamak.. usai solat, abg long suruh mana2 kumpulan yg belum bentang lagi karangan huruf.. umar !. jap2.. orang yg pegi amik kertas x blk agi abg long.. rupanya buat karangan baru.. hahah... sian luqman... (5syaratnakbuatmaksiat.blogspot.com).. patut nta kene suruh kitorang wat sama2 sekali.. huhu.. Ok... abg long nak korang sume buat biodata mengenai tokoh kumpulan yg korang pilih.. sbb bkn kite sumer dah tahu pasal tokoh tuh.. contoh, zinnirah, khaula dan lain2 ek.. ok.. pastu bukan main semangat kitorang wat.. lalu bertungkus lumuslah kitorang sumer wat biodata umar.. pergh ayat gramatis tuh.. siap igt semula pelajaran pai yg dah lps.. syura. apa lagi ek.. ikut ah. tapi syg x smpt bntg... pastu, kitorang pon kene buat skali lagu tema kumpulan masing2... yg tuh.. sumer zahin yg perah otak nak memikir.. huhu...

then, tetibe jer abg long suruh berenti wat keje dan salin baju sukan.. asrh! ada lagi ker? ... huhu.. pastu kitorang kenelah.. main galah panjang versi pelik.. haha.. ikut diorang jer nak wat peraturan baru... dahlah ada tiga line .. kitorang pon main jelah... best jugak.. . 4 match.. 2 kali menang.. 2 kali kalah.. huhu.. ok ah tuh... ( eh, betul ke.. x igt ah.. tapi rasanya camtuh)... lantak ah.. pastu kitorang pon kene masak skali agi.. kali ni tetibe jer banta skolah alamin bermurah hati nak tolong masakkan semuanya... beras, lauk, dan semualah.. banin beli sup sayur ngan mak wan (isteri pak wan) jer.. haha.. senang kerja.. pastu, kitorang mandi.. well, banat, kami nak ucapkan terima kasih sebab tolong masakkan.. walaupun sedikit tawar, kami menerimanya denga hati terbuka.. (jiwang lah pulak)...huhu..

Malam tu, malam last.. jadi kenelah wat special skit.. mlm tuh.. mulanya ada perbentangan pasal tokoh2 tuh.. tapi kumpulan umar x kenelah pula...then kat kul 10 gitu, ada muhasabah.. pastu, tuk wan mula marah2.. nak tahu camner dier marah ?..(tgk ah dlm blog syafiq).. ish, suke hati jer nak ckp camtu.. entah bley ker tidak.. x tahu lah... lupakan.. pastu, kitorang pown duk dlm gelap2 muhasabah pasal ibu , pasal peranan dakwah dan lain2.. sebenarnya muhsabah ni untuk mukaddimah night trekking.. asalnya suruh jalan sorang sorang.. tapi dier ubah balik jalan bertiga-tiga.. fuh, lega skit.. x ah takut sgt klau camtuh.. ramai jugak yg tido masa muhasabah tuh.. tapi ana tak tido.. mana x ngantuk.. dahlah duk dlm gelap2 pastu ditambah pulak dengan keletihan main galah panjang... memang sesuai sgt nak tido.. haha.. ana group ngan anas jb ngan ikhwan, seremban(rasanya) kalu x silap.. hehe.. pastu kami bertiga duk sama2 ah pegang tali khemah yang nipis dan kasar tuh waktu malam tuh.. tuk wan lps tiga2... jarak skit antara kumpulan dgn kumpulan yg lain.. tapi x gntr sgt sbb jarak antara kumpulan dgn kumpulan lain x jauh.. jadi kitorang pon jalan ah rami2 hingga penamat tapi turun tiga2 ah.. jahat skill.. heheh..

habis jer ninght trekking terus salin seluar sebab selut dah memonopoli seluar dan kasut kitorang.. jalan dahlah licin.. mujur x rebah tersungkur mematuk bumi.. ngeh3.. pastu.. apalagi.. tido ah, dengkur letih semakin membingit telinga manusia yg mendengarnya...~.. \(^0^)/...aik, ayam bunyi ah.. huhu.. ok. terus sambung tulis.. x puas lagi...

Hari Rabu
Pagi tuh, memang takder qiam ah.. semua mengantuk, semua tido.. x ah semua.. tapi ada Berapa kerat jer yg bangun qiam sendiri2... bile subuh menrpa barulah sedar insan2 dari tidornya.. huahua...solat subuh, bace ,athurat.. macam rutin harian...pastu, terus ada tazkirah dari zahin.. semangat betul dier beri.. tabik zahin.. ..(^1^)\... hehe.. pastu, kitorang sume kene masak dulu sebelum ada program nak bermula... kali ni nak habiskan stok makanan... kalau banat sume makan mende yg same jer... roti ngan sardin ngan telur.. hehe.. banin belum lagi mecapai kata sepakat utk ber1... kitorang makan pagi tuh agak special skit.. sup bubur ayam.. best giler.. dgn telur hancur(popcorn) ngan kari ayam.. kalau semalam kari daging.. best memang best tapi nmpk aneh skit haha... usai makan, terus tukar baju krj warna merah yg dia beri untuk explorace..

Acara last, explorace agak best skit.. sebab dia panggil acara ni spontan.. byk permainan2 yg diadaptasi dari cier spontan masuk dan perlu dipraktikkan dalam game ini.. spontan.. huhu.. byk gak ah.. kene nyanyi lah, pemberita berkepala 13 lah.. tahu x apa tajuk dia beri.. shhh.. jgn bising sgt taw.. (seluar pendek terkorek hidung).. haha.. tajuk sengal gile.. habis games ni dlm pukul 11.30 kot.. best dan puas main game akhir sekali..dan debaran nak tingglkan kawan2 yg akhir2 program baru rasa kemanisan ukhuwwah tu.. sayang nak tinggalkan time2 camni.. majlis perpisahan akhirnya tiba jugak selepas kumpulan abu bakar dan ali dah menang keseluruhan... abg long( username dlm facebook, ibnu Tajuddin) lak duk asyik bakar banat.. biasalah perempuan.. sama ah abg hafiz bai(hafizbai@gmail.com : search facebook) duk asyik gelak jer.. bile abg long wat lawak... kitorang pon salam sesama sendiri. berpeluk-pelukan... sempat lagi abg long n de geng tangkap gambar wakil krj setiap negeri ... sedih nak tinggalkan sahabat2 walaupun baru jer kenal 3 hari.. minx maaf kalu ada salah silap.. bagi ana .. terutamanya zahin, x dpt ana lupakan nta.. anas, rindu ah kat anta.. haha.. mursyid, budak jb ganu.....haha... mujahid melaka, sama species ngan ana.., fidaus, ceria sentiasa dan ramai lagi ah.. tak dpt nak sebut semua sekali sebab semuanya penting dan baik.. terima kasih all.. moga kita jumpa lagi di leaders tahun depan kat tanah tumpah darah ana, bumi terengganu." ALL OF US ARE PRODUCING GEN 5 ".. pegi tau terutamanya yg dah pegi xREk tahun ni.. tunggu di sana.. bersurai....

coretan hati seorang insan...
Kaikyou Hase

Jumaat, 6 November 2009

inilah BarBekuKu...

BarBeku PaNas.. fuh3

Hari yg dinanti2 utk minggu ni dahpun tibe.. hari khamis.. bagi f3 hari ni jelah yg best skit berbanding hari2 yg lain.. bukan x suke blaja, tapi terlalu byk sgt hari lain.. jadi setiap minggu, hari ni je yg biasanya ada aktiviti2 lain.. hari ni bermula dgn sesuatu yg biasa.. kuliyyah ust. manan kat musolla alamin..habis jer bbq.. mulalah berasap kat asrama banat tuh.. bbq semalam memang best.. ramai guru yang sertai, mlmh Ain, mlmh An, mlmh Hayati, mlmh roshayati dan ramai lagi ah... masing2 mencuba peluang keemasan ni.. x kiralah sape pon.. hari yg semi-bahagia.. haha..
ni ana bersama qaribnya, adli.. huhu.. comel x ? ( ish, perasan betul lah dier ni)

ish3 kenapa lah banat beli arang batu.. bukan main susah nak nyalakan api... ( meratapi kesedihan hati) ngeh3..

Astaghfirullahal'azim... banat2 ni memang nak kene.. kenapalah beli arang ni.... mujur gak ada dapur gas.. baru senang nak bakar... kalau x, meranalah tangan kene pegang lighter tuh.. asyik padam jer.. apai x melekat pon..

"nak skit... x kan x nak bagi kat ana.. ana kan f5, nak exam ni.. x kan nak masuk dwn dlm keadaan lapar camni ?" bebel azri.. nah amik lah skit... ala, beri la byk skit lapar ni.. huhu..

apehal lak dengan antum sumer nih, buat mogok ke ape nih ? pelik ngak mogok muka sengih kucing siam ala thai..

okay, kita mula majlis kita dengan al-fatihah... pastu, kita kene streching dulu sebelum memasak.. panaskan dulu badan kita dengan peluh untuk tempuh api yang marak... da habis, tutup m ajlis kita dengan selimut kain tebal.. warna purple..
sekuad sedia.. molek skit sarjan faiq weyh.. dahlah sinsin lengan kaki sampai nampak betis bunting 6 bulan.. haha... pakai selipar pulak doh... ish3
rajin nyer dier.. nilah contoh lelaki idaman.. ngeh989796

Adli: mus'ab, laju lagi, laju lagi.!
Mus'ab: sabo ah, nok wat skill skit nih..
Adli: " senyap ah mu "...

asakir : Sapu molek skit syapik !!
syafiq : Nak sapu ah ni, tunja baru tahu !

wartawan: Hai anwar, bley tanye skit ?... keje apa yg paling penat dan sdg dilakukan ?
anwar : BOH! solan gitu pon gi tanye orang !.. dok napok ker benda hok saya tgh wak ni..
heishy, dok leh mikir gouh lah..

api ! api ! api ! comelnye dier !


harraz : mujahid, gane nok kerat batang serai ?
Mujahid : alah, senang jer.. wat gitu ah..
harraz: oh.....(nada shin chan)

herm... ni ayam golek ker, ayam percik ker, ayam goreng ker, takpun ayam panggang berempah pedas bercampur tuna x ?

dalam banyak2 ayam, ayam apa yang ada kaki ?(0...0)?

sir malik : heiysh, halal x hot dog yg antum beli ni? ada isu sekarang ni tahu ...
pelajar: dakyoh risa sir... dijamin halal...tapi dok tahu lak jenama mende

ish3, comel betul hotdog belang carbon ni.. sape lah tukang masaknya yer ?

amboi anwar, bergaya betullah... ada makne tersirat ker ? ker sakit belakang tuh ?

syahiran : mlmh nampak x dulang ni ?
mlmh : nampak, dah tu kenapa ?
syahiran : mane bleh beritahu, ade lah tu.. sajer jer tanye ...


This is my room... there is no vacuum here.. non-gravitional force rubik's... anda bagaimana ?


anwar : harraz, cepat berlari pusing sekolah !.. hujan2 ni best skit main pusing2...
Harraz: Okey, satu dua tiga... mujahid, cepat rekod ana nak sampai kat bengkel kekgi !! Google !!


yeah, kanak2 riang dah sampai... !

cameraboy: aik, tiba2 jer berubah air muka bile duk depan kamera...
mlmh : alah biasalah saya... ini namanya posing tau..

hei anwar, tgk kameralah.. nak tangkap gambar pon x senang..nakal betul...

tgk tuh adam.. ada burung pipit lah.. mane gok muqsit, tuh kambing ah...tgk molek skek.. kat ctu ade ah.. berkapoh ( biar x dok sekor pon)

cocok dier ! cocok dier... wahai ayam, cocoklah kamu sebelum kamu dicocokkan !

boom !! (bunyi air disiram ke atas sink...).. memang x logik akal..

inilah model kereta terbaru kami dengan melekatnya seketul sosej di tiub tayar.. lihatlah.. hebat betul.. ( sebenarnya, ni kereta sir malik)....kalau die nampak.. kenelah korang nanti

hai, ini muka bunuh saya ... takut x ? syahiran nih, pelik semacam betul budak nih...

Demikianlah berbagai2 aksi dan ragam f3 semasa barbeku berlangsung... anda bagaimana ?

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews