Sony Vegas Pro ? :)
Terasa berminat untuk mempelajari cara buat video guna Vegas pro ? apalagi, tanya je -|SyaheedViaMujaheed|- skrang juga ! apa tangguh lagi ? Kalau nak lagi private, emailkan je ke ahmadmujad@gmail.com
~ Tarbiyyah bermula di sini ~
Tarbiyyah a.k.a pendidikan bukanlah suatu yang membosankan, malah tarbiyyah sememangnya OSEM kot ! huhu. Selamat mentarbiyyah diri !
Dah hafal muwassafat tarbiyyah ?
Amacam dengan tarbiyyah anda kini ? OSEM bukan ?, btw, untuk memastikan tarbiyyah kita mencapai taraf yang lebih OSEM, hafal dan amalkan apa kita hafal. Ilmu bila amal kal syajar bila tsamar kan ~
Dai'e ? Khalifah ? Apa tugas Mereka ?
Asyik2 dakwah... kenapa topik ni hangat sangat ?, klau nak tahu, tugas dakwahlah merupakan tugas yang tak akan selesai till the end of our life. so, jika kita nak selamat di ahirat kelak, perbekalkan amalan baik sebanyak-banyaknya including dakwah. We are khalifah of Allah ! Let's do it !
Sabtu, 25 Februari 2012
Details Kursus Mencipta Video Mudah. Click !
Khamis, 16 Februari 2012
Kursus Buat Video Mudah !
Akhirnya, setelah sekian lama dirancang....
Kepada warga malaysia yang berminat untuk menghadiri kursus mencipta video mudah menggunakan perisian Sony Vegas Pro 10, anda dijemput hadir ke :
"Kursus Video Mudah Sony Vegas" Tarikh : 27 & 28 Februari 2012Masa : 8.00 - 10.30 MalamTempat : SM Islam Al-Amin KemamanYuran : RM 20 - Pelajar, RM 25 - Selain Pelajar
kalau dapat banyak penyertaan, tarikh di atas akan proceed seperti biasa. Jika anda berminat, sila beri respon segera dengan email kepada ahmadmujad@gmail.com
p/s: Kursus ini dianjurkan bagi mengumpul dana LKD Hijau serta mencari bakat baru dalam seni membuat video mudah Sony Vegas.
Selasa, 31 Januari 2012
LKD a.k.a Lelaki Kental Dugaan
Angin pantai yang berdesir meniup sayup ke telinganya. Abdullah berpaling seketika, melihat gigi-gigi pantai bermain riang bersama ombak rindu. Ombak yang silih berganti, kau datang, aku pergi, aku datang kau pergi. sejak azali lagi kawan. Setiap yang bertemu pasti berpisah jua. Tak akan selamanya kita bersama. Abdullah merenung jauh, dalam menembusi jiwa kalbunya. Kisah tiga hari lalu masih kukuh di ingatannya. Sahabat, sebuah kalimah keramat yang cukup menyentuh jiwa, mengusik kalbu sesiapa sahaja. Melabuhkan punggungnya ke pasir pantai Terengganu, dia mula merenung kisah silamnya, copp. tak adalah terlalu silam. baru tiga hari. Ish. Susah la nak tulis ayat2 gramatis ni. Hee. Kisahnya begini
Khamis Malam,Segerombolan bakal dai'e bertolak dari Kemaman ke Kuantan. Mereka tiba di Kuantan lebih kurang pukul 7.00 malam. Bas malam ni nampaknya pukul 8.30 malam. Alhamdulillah, usai solat jamak maghrib, isya', perjalanan
Alhamdulillah, bas mereka selamat sampai di bumi kedah kira2 jam 6.15 pagi. Inilah permulaan untuk program Latihan Kader Du'at (LKD). Team pertama yang ditemui, Crew Hidayah JB. Asyik2 hidayah. Hehe. "Mereka... tak bestlah guna mereka... "
Revert !
Kami segera mendirikan tiang agama yang pertama. Sebuah permulaan hari yang menenangkan jiwa. Usai solat, kami menuju ke destinasi yang hendak dituju, SM Islam Al-Islah Sg. Petani, Kedah. Awal Muallim Nizam sampai menjemput kami. kira-kira 20-30 minit, kami tiba di sana. Sebuah sekolah yang besar, terpegun indah. Jauh berbeza keadaannya 2007 dahulu. Haruslah, dah 6 tahun. masakan tidak berubah strukturnya. :D
Kami rehat2 sehingga pukul 12 tghari, sambil ta'aruf sesama sendiri. Alhamdulillah, ramai kenalan yang ditemui.
![]() |
| Pandangan Sinis, Zahier, pandangan comel Amir Luqman |
Peserta lain semuanya berjalan kaki, cuma kami berempat (ikhwah je) yang naik kereta ke tapak perkhemahan. Bukan letih berjalan, cuma agak letih berhimpit dalam kereta. Hee. Tapi, rasanya ukhuwwah kami makin erat. :D
Sampai saja di tapak perkhemahan, sesi ta'aruf bermula. Masing-masing kelihatan begitu asing di mata ini. Tidak pernah bersua muka. Tapi, ada juga yang dah kenal daripada program2 musleh n ikram yang lain. Dorm kami cukup cantik. Dorm ?. ahah, mukhayyam kali ni agak berbeza dan mungkin janggal buat mereka yang dah terbiasa dengan lasak. Khemah kami macam dorm asrama, ada simen memanjang dan di alas dengan tikar. wah, first time mukhayyam ada khemah camni. hehe. Biasanya mukhayyam sekadar tidur atas pasir n tanah. paling hebat pun dalam khemah yang basah, kadang2 banjir kilat.:D
Petang tu aktiviti tidak banyak. Kami ditugaskan untuk memasak apa yang kami beli tadi. Nasi Putih duet kari ayam, sambal bilis dan rendang daging. Menyelerakan bagi orang yang kelaparan. Sepatutnya, tiga2 kumpulan akan melakukan aktiviti dalam kumpulan masing-masing. Tapi, kami, walaupun terdiri daripada tiga kumpulan seolah-olah tiada kumpulan kerana setiap aktiviti kami lakukan bersama-sama. Tiada hijab pula antara kami. Ukhuwwah mula mantap saban waktu.
Malam, usai solat isyak dan maghrib, kami mula sesi beramah mesra. Dilakarkan muka masing2 dan ditukar-tukar pula muka tersebut. Kami asyik, beghitu seronok sekali beramah mesra. Haha. teringat pula lukisan ambe yang matanya berkaca-kaca sampai Fazli tak cam sape agaknya empunye lukisan itu. Ana pula dapat yang anwar, jauh berbeza. Memang kami cukup mesra malam itu. Alhamdulillah, gap semakin terhakis.Kemudian, kami diberi ceramah oleh Ustaz Idris Kassim mengenai Ukhuwwah. Pengisian yang cukup mantap. Khusyuk menulis berkongsi idea bersama Aminuddin. Kadang-kadang hati ini tercuit pabila melihat sahabat handai terlalu khusyuk hingga terangguk-angguk (khusyuk ke tido tu ?). hee. biasala tu, lumrah ceramah, mesti ada yang terlena.
Malam itu, hirasah berjalan seperti biasa. Tugas kami menyempurnakan hafazan surah al-hujurat Ayat 9-12. Namun malam itu, mata ana seolah tak boleh celik segar waktu hirasah. memang tak dapat tumpukan perhatian pada hafazan. sekejap saja hirasah. Ana segera kembali menyambung mimpi. Mimpi ke ? tak kisahlah.
*********************************************************************************
Pagi sabtu, Qiam didirikan menjadi teras kekuatan ummah. Alhamdulillah, usai solat subuh, kami mula berslot-slot. Pagi itu, cukup bahagia. Tali ukhuwwah makin menebal. Bak kata izzat anuar, patutnya kita tukar nama slot ' ice breaking ' jadi ' water freezing ' tak pun ' ice bonding '. Sebab ukhuwwah fillah a.k.a fillah bonding. Malah lagi kuat daripada Ionic Bond. Makanya, kita nak kukuhkan ukhuwwah. Hehe.
![]() |
| Mursyid dan Izzat bersama sang Qurthon ! |
Slot kali ini agak berbeza, kami diberi tugas untuk merancang program untuk kami sendiri. Selaku kumpulan 2, slot kami pagi ini. Apa yang kami buat adalah menyemarakkkkkan lagi ukhuwwah. Acara mula dengan permainan tabir ukhuwwah, kami mula berkenal-kenalan bukan sekadar nama semata, malah saiz kasut, saiz seluar, saiz baju, nama nenek sebelah ibu, lagu feveret semuanya ditanya. Sungguh riang sekali pagi itu. kemudian, kami meneruskan game entah apa namanya, tasknya cukup mudah, peserta dikehendaki membuat gaya2 yang pelbagai di atas sehelai kain pelikat secara berkumpulan. Katekan arahannya " 1 muka, 2 dahi, 3 tangan, 4 kaki", maka pandai2lah sekumpulan itu buat gaya mereka untuk memanifestasikan arahan tersebut. Maka, kerjasama atau ta'awun amat diperlukan. :D
![]() |
| Ikhwah LKD GEN 3 |
Usai slot kami, kami rehat sebentar sebelum slot yang dikendalikan oleh kumpulan seterusnya berlangsung. Kali ini, mu'az omar pula yang jadi kepala. Slot yang juga hebad. inilah kali pertama kami buat piramid orang yang begitu tinggi, hingga tangan kami mencecah wayar kabel. Alhmadulillah, ukhuwwah kami makin erat sebenarnya. Matlamat utama mukhayyam kali ni adalah mengeratkan ukhuwwah fillah.
Kemudian, permainan diteruskan dengan sesi yang agak aneh. Hehe. Mursyid yang comel, selaku orang yang kami thiqah perlu duduk di atas sebuah kerusi. kami perlu menutup mata dan mengikut arahannya untuk bergerak dan mengutip sebanyak mungkin kertas2 point di tanah. memang menguji muscle jugaklah permainan ini. Tapi tak apa, asalkan ukhuwwah kami terus mantop. :D
Sesi slot rancangan kami sendiri dah tamat. Kini, kami mula memasak kembali. :D. Hidangan kari ayam dalam tin membuka selera. Ditambah pula dengan Nasi, Sambal Bilis dan rendang daging lagi sekali. Lebih nikmat lagi apabila dimakan bersama-sama. Kali ni, kami goreng sepapan telur. Wahaha. Memang seronok. Segalanya beres. Persediaan untuk ekspedisi petang ini.![]() |
| Wah ! Menyelerakan, resepi ukhuwwah ! |
Solat zohor dan asar, kami seterusnya menyambung perjalanan mukhayyam kami dengan berhijrah ke sebuah tapak perkhemahan yang baru. Perjalanan secara ber'couple2' itu mengambil masa selama kira2 30-45 minit berjalan kaki. Sepanjang perjalanan, sesi ta'aruf mula berlangsung, Mursyid memang mesra. Alhamdulillah, terasa kemanisan ukhuwwah itu. Kali ini, ana lebih rapat mengenal hati budinya. Sahabat2 yang lain juga melakukan perkara yang sama.
![]() |
| Tapak perkhemahan yang tersorok ! |
Malam itu juga, ditemani suara cengkerik, kami mula melakar mimpi yang indah bersama-sama sahabat yang tersayang di sisi.
*********************************************************************************
Pagi itu cukup hening, hirasah pula kali ini agak segar. setia disisi, mursyid, ana, syarifuddin, dan beberapa lagi ahli kumpulan 2 mula berhirasah. Kami riang mengusik unggun api, melontar ranting-ranting kecil. Api pula makin marak sekejap-sekejap seolah-olah menunjukkan ekspresinya marah kepada si pelontar. Pagi itu, ana bersama Mursyid mula menjalankan amanah yang kami pikul, melengkapkan ayat hafazan. Alhamdulillah, tak sampai 1 jam, kira2 semuka ayat hafazan itu berjaya kami hafal. Mungkin berkat dek kemanisan ukhuwwah yang terbina. kira-kira jam 3.40 pagi, kami menyambung mimpi, untuk kesekian kalinya sebelum fajar terbit.
Suasana qiam kali ini cukup mendamaikan, kalau malam sbelumnya, kami mendirikan qiam secara berseorangan tapi kali ini qiam secara berjemaah. Moga2 qiam kami diterima disisiNya. Amin.
Fajar terbit, kami mula menyinsing lengan menyiapkan sarapan pagi. sup Campbell sekali lagi menjadi hidangan ukhuwwah kami. Kami yakin, istilah "QurThon", Q qalqalah sughra dan Th qalqalah sughra juga, On mad A'rid lilsukun, pasti akan tersemat kukuh dalam ingatan kami, istilah yang menjadi saksi kemanisan ukhuwwah ini. :D
Perjalanan pulang kami ke kem lata celak mula diteruskan. Kali ini melalui trek yang lain pula. Berborak riang sepanjang perjalanan bercakap mengenai SPM, loghat terengganu, kami rasa cukup pendek perjalanan kali ini. wah, dah sampai rupanya.Kami dibenarkan untuk mandi di sungai, yang begitu jernih. Menggigil kesejukan, masing-masing sibuk menyimbah air sesama sendiri. Kami mula menjalankan sesi muhasabah wida' di dalam air nan sejuk. Menahan kesejukan, sesi muhasabah kali ini memberi kami motivasi untuk terus memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini. InshaAllah. Kali ini, akhi zubair sudah bersama kami dalam muhasabah kali ini selepas ke klinik semalam gara-gara gatal2 seluruh badan yang membengkak. Syafakallah.
Organisasi LKD perlu segera menghabiskan mandi. Ada meeting pula. Usai segala perancangan dalam meeting diketengahkan, Majlis penutup pula berlansung. Kami mula bersiap-siap untuk pulang ke SM Islam Al-Islah Sg. Petani. Selepas solat zohor dan makan tengahari. kami bertolak pulang dengan bas. kali ini, sesi taaruf Mujahid muda dan Mujahid Senior mula berlangsung. Hee.
![]() |
| Gambar Terakhir Mukhayyam LKD |
*********************************************************************************
"18 Jam" perjalanan pulang ke rumah ?, memang memeritkan.
10.15 bas mula bertolak. Entahlah kenapa, biasa perjalanan dari kemaman ke kuantan dalam 35-50 minit je. kali ini kira2 pukul 11 kat2 pukul 12 baru sampai ke kemaman. Alhamdulillah, sampai juga kami di kemaman. Ingatkan dah berakhir, baru fikir nak balik rehat sekejap. Rumah pun kira2 4-5 kilometer je lagi. Tapi, takdir Allah. keempat-empat kami handphone takleh pakai. Izzat punye hp habis bateri sebab hang, ana punya dah rosak awal2 lagi di Kedah, hanifuddin ngan yakan pulak tak pakai telefon, nak harapkan telefon siapa lagi untuk call mak izzat datang ambil kami. Ayah ana ngan mak ana dua2 kerja. Hanifuddin pun sama.Yakan pula pergi tunggu di stesen bas untuk ke kerteh. Kami bertiga perlu berjalan kaki kira-kira 2 kilometer kot dari stesen bas ke yellow town sambil menggalas beg2 yang berat ini kehulu-kehilir mencari telefon awam. Entah kenapa kat kemaman ni, semua telefon awam rosak. Ish.
| Centre Point Kemaman |
sekejap je". Sambil buat muka tebal. Allah je tahu letihnya kami time tu. Dengan pakaian semalam dan muka tak mandi lagi, lagi2 beg2 berat kami pikul ke sana-sini. Mujur je gigi dah gosok awal2 lagi. kat2 lima minit, kami ambil balik handphone izzat dan mula2 handphone dah jadi hang. Dua kali hang, akhirnya boleh pakai. alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Izzat boleh call mak dia datang amik kami. Tapi, mak izzat dari kuantan, jadi kene tunggu 40-50 minit lagi. Alang-alang dah nak masuk waktu zohor, kami terus ke surau untuk solat zohor sambil rehat2 tunggu mak izzat datang. Usai solat zohor, kami rehat sebentar. Kira2 jam 2.30, mak izzat sampai. Alhamdulillah. Tapi, otw nak ke tempat kereta mak izzat tunggu, Yakan pulak yang baru nak ke surau sebab katanya dah tunggu lama dah kat stesen bas tu, tapi tak ada jugak bas yang datang. Ada pak cik kat situ suruh dia tunggu dulu, tapi kalau dah tak ada yang datang pukul 2, memang sampai bila2 pun tak adalah tu. Alhamdulillah yakan dapat jugak call akak dia datang amik. entah telefon awam mana yang dia jumpa ok tu. huhu.
Kira2 jam 2.40, ana membuka pintu rumah dan Alhamdulillah, cabaran ini sudah berakhir.
مجاهد مزلن
18 jam perjalanan balik memang menjenuhkan. Ya Allah, jadikanlah
pengorbanan kami tidak sia-sia di sisiMu. Amin.
Dedikasi buat sahabat seperjuangan yang dicintai. Izzat Anuar, Fathi Yakan, Hanifuddin Mustafa dan sahabat-sahabat LKD yang dikasihi. Moga ukhuwwah kita kekal sampai ke syurga.wallahua'lam. 10.38 pagi, 31 Januari 2012.
Rabu, 25 Januari 2012
Nostalgia Video Pertama. :D
anyway, this is the first video that I made. Dibuat bersempena pertandingan mencipta video batch 2010 anjuran kelab komputer SMIAAK 2010 .Simple and erk ! . Made by using Sony Vegas Pro 9 in 2010.
segala kehodohan video harap dimaafkan. Okeh. Enjoy je walaupun agak lama skit. Nostalgic skit. :D
P/s : Jangan lupa untuk Follow blog ini dan klik segala iklan nuffnang di blog yang tak seberapa ini. :D
Ahad, 22 Januari 2012
KBM ? memang OSEM !
Kali ini ingin berbicara mengenai KBM...
Apa tu KBM ?
x pernah dengarkah ?
KBM adalah akronim kepada Keindahan BersamaMu, sebuah program motivasi yang cukup gempak !
Waima, (trademark wasabi senpai), apa sebenarnya yang ada dalam KBM ni >>>?
meh sini, ni nak citer satu2 ni.
kalau org terengganu, mesti selalu dengar ayat ni, 'Ce citer' = 'cuba ceritakan'
KBM, detik manis bersama KBM dalam hidup ini bermula 5 Januari 2012 harituh, even sebelum ni tak pernah tahu pun apa sebenarnya yang ada dalam KBM ni. Jadi peserta pun tidak, tiba2 ditawarkan untuk menjadi fasi. Ya Allah, beratnya tanggungjawab ni. bersama Wasabi Senpai, Muqsit, Izzat, Hanifuddin, Arif dan ramai lagi fasi lain, kami mula menunaikan amanah secermat mungkin.Alhamdulillah, setakat ini baru tiga kali menjadi fasi KBM di SM teknik dungun, dan dua lagi KBM untuk ketengah di Kuala Terengganu.
Walhal, tugas ana cukup mudah, selaku VideoMan semata. berbekalkan Nikon D3100 pada mulanya, ana mula menjalankan amanah. Alhamdulillah, 4 Video dapat disiapkan walaupun agak kekurangan. 1 slot, 1 video. tapi, ada juga slot yang tak memerlukan tugas ana. Asif, slot2nya dirahsiakan sebab KBM ada hak cipta terpelihara. tapi, absolutely OSEM !
Jap, bukan itu sebenarnya yang menjadi persoalan.
Tapi, apa yang kami dapat setelah bersengkang mata demi KBM ini ?
sejujurnya, memang banyak KBM mengajar ana erti dakwah.kenapa pulak ?, yelah, dengan menjadi fasi KBM secara tidak langsung dapat mentarbiah diri ini juga. masakan tidak, kita menjadi pendamping peserta hampir saban hari. bahkan, setiap malam pasti ada sesi refleksi bersama ummi nor dan walid muz. setiap kali KBM itulah, ukhuwwah antara fasi semakin terjalin erat. erat. erat. dan terus erat. Alhamdulillah, semakin ramai kenalan yang diperoleh. Kawan ? biar ramai. Musuh jangan ada.
Bahkan, setiap kali kita menegur orang, KBM mensyaratkan agar para fasi untuk tidak marah kepada peserta. setiap teguran wajib disertakan dengan HIKMAH, teguran memang lembut. Even, peserta yang hisap rokok pun kami tak boleh marah. malah, salute buat abang Aliff afiq pergi teman budak2 hisap rokok ( bukan hisap sekali, tapi sekadar memantau pergerakan mereka), itulah dakwah. Akhirnya, hasil yang cukup memberansangkan, mereka sedar. Kerana dakwah memerlukan uslub yang terbaik.
Kita lihat sendiri zaman rasulullah dahulu, Rasulullah tak terus2 marah2 kepada sahabat baginda yang buat kesilapan malah setiap teguran rasulullah kena dengan caranya. Maka, natijah memang OSEM.
Oleh itu, hiduplah kita dengan dakwah agar pengakhiran kita OSEM...
Sekian, salute !

Sabtu, Februari 25, 2012
Aheed Razlan










