Rabu, 25 Januari 2012

Nostalgia Video Pertama. :D


Bismillah, kali ni ana ingin post sebuah video. Video usang yang buruk dan tak cantik langsung. Haha ( x ape kan kutuk video sendiri)

anyway, this is the first video that I made. Dibuat bersempena pertandingan mencipta video batch 2010 anjuran kelab komputer SMIAAK 2010 .Simple and erk ! . Made by using Sony Vegas Pro 9 in 2010.
segala kehodohan video harap dimaafkan. Okeh. Enjoy je walaupun agak lama skit. Nostalgic skit. :D



P/s : Jangan lupa untuk Follow blog ini dan klik segala iklan nuffnang di blog yang tak seberapa ini. :D 




Ahad, 22 Januari 2012

KBM ? memang OSEM !

Bismillah,

Kali ini ingin berbicara mengenai KBM...
Apa tu KBM ?

x pernah dengarkah ?
KBM adalah akronim kepada Keindahan BersamaMu, sebuah program motivasi yang cukup gempak !
Waima, (trademark wasabi senpai), apa sebenarnya yang ada dalam KBM ni >>>?

meh sini, ni nak citer satu2 ni.
kalau org terengganu, mesti selalu dengar ayat ni, 'Ce citer' = 'cuba ceritakan'

KBM, detik manis bersama KBM dalam hidup ini bermula 5 Januari 2012 harituh, even sebelum ni tak pernah tahu pun apa sebenarnya yang ada dalam KBM ni. Jadi peserta pun tidak, tiba2 ditawarkan untuk menjadi fasi. Ya Allah, beratnya tanggungjawab ni. bersama Wasabi Senpai, Muqsit, Izzat, Hanifuddin, Arif dan ramai lagi fasi lain, kami mula menunaikan amanah secermat mungkin.Alhamdulillah, setakat ini baru tiga kali menjadi fasi KBM di SM teknik dungun, dan dua lagi KBM untuk ketengah di Kuala Terengganu.

Walhal, tugas ana cukup mudah, selaku VideoMan semata. berbekalkan Nikon D3100 pada mulanya, ana mula menjalankan amanah. Alhamdulillah, 4 Video dapat disiapkan walaupun agak kekurangan. 1 slot, 1 video. tapi, ada juga slot yang tak memerlukan tugas ana. Asif, slot2nya dirahsiakan sebab KBM ada hak cipta terpelihara. tapi, absolutely OSEM !

Jap, bukan itu sebenarnya yang menjadi persoalan.

Tapi, apa yang kami dapat setelah bersengkang mata demi KBM ini ?

sejujurnya, memang banyak KBM mengajar ana erti dakwah.kenapa pulak ?, yelah, dengan menjadi fasi KBM secara tidak langsung dapat mentarbiah diri ini juga. masakan tidak, kita menjadi pendamping peserta hampir saban hari. bahkan, setiap malam pasti ada sesi refleksi bersama ummi nor dan walid muz. setiap kali KBM itulah, ukhuwwah antara fasi semakin terjalin erat. erat. erat. dan terus erat. Alhamdulillah, semakin ramai kenalan yang diperoleh. Kawan ? biar ramai. Musuh jangan ada.

Bahkan, setiap kali kita menegur orang, KBM mensyaratkan agar para fasi untuk tidak marah kepada peserta. setiap teguran wajib disertakan dengan HIKMAH, teguran memang lembut. Even, peserta yang hisap rokok pun kami tak boleh marah. malah, salute buat abang Aliff afiq pergi teman budak2 hisap rokok ( bukan hisap sekali, tapi sekadar memantau pergerakan mereka), itulah dakwah. Akhirnya, hasil yang cukup memberansangkan, mereka sedar. Kerana dakwah memerlukan uslub yang terbaik.

Kita lihat sendiri zaman rasulullah dahulu, Rasulullah tak terus2 marah2 kepada sahabat baginda yang buat kesilapan malah setiap teguran rasulullah kena dengan caranya. Maka, natijah memang OSEM.

Oleh itu, hiduplah kita dengan dakwah agar pengakhiran kita OSEM...

Sekian, salute !

Isnin, 16 Januari 2012

Ya Allah, aku rindu Sahabat !

Assalamualaikum ~

Rindu sahabat ? memang... dah bertahun-tahun kita bersama. Kini, lepas SPM, semua sudah berpisah membawa hala tuju masing-masing. Maka, doakanlah kejayaan sahabat anda serta doakan sahabat anda sentiasa istiqamah dalam jalan dakwah ! Segala salah silap, maafkanlah dan mohonlah kemaafan daripada sahabat tersayang kita. Rasulullah sendiri pernah cakap 'aku sayangkan engkau' kepada para sahabat baginda... Segan ? ish, kenapa pula kita perlu segan untuk implementasi perkara yang mulia. Oleh itu, boleh dah slow2 ucap perkataan keramat itu kepada sahabat anda ~

Moga ikatan ukhuwwah berkekalan selama-lamanya. Amin.

Rasulullah bersabda : "Tidak beriman seseorang antara kalian sehingga mereka mengasihi saudara mereka sebagaimana mereka mengasihi diri mereka sendiri"

Sedikit rakaman kenangan kita bersama :)

Lompat !

Best nya dulu main dalam kabin ~

Darjah enam, muka berbeda ?

Hitler ?. tak kot.

selesai mencuci -cuci, sesi bergambar !

5 tarmizi 2011, 11A+ Spm insyaAllah, Amin

Ukhuwwah fillah abadan abada

3 ibnu Majah 2009

Barbekukukuku ~

Sahabat2 Seventh Generation Guys 5 Tarmizi 2011. Missing ; Hanifuddin. Hee. :D
Sila layari www.createdbyseventh.blogspot.com

P/s: Credits to all sahabat seventh generation of Al Amin kemaman Islamic School. from darjah 1 2001 till form 5 2011. Rindu amat Kalian !

sekian, -|SyaheedViaMujaheed|-

Tycoon ?

        Bismillah, lama tak post. kali ni, memang saje je post tajuk ni.tycoon ?. ada apa dengan tycoon ?.

Tycoon merupakan koleksi game strategy yang ana minat sangat. Majoritinya berasaskan perniagaan.entah kenapa. walaupun orang cakap biasa2 je, tapi best la. Walaupun hanya main kadang2 kalau ada masa lapang, sebenarnya game macam ni menambahkan pengetahuan dan skill kita.Hee.

sebelum ni ana post berkenaan fish tycoon. Tapi sebenarnya banyak lagi tycoon yang ada included :

Fish Tycoon : Jaga ikan dalam Aquarium. dah besar jual ikan.

Zoo Tycoon : Bina zoo yang menempatkan haiwan2 seluruh dunia. Bina sampai dapat 5 bintang dengan adanya kemudahan, haiwan2 yang memuaskan hati pelawat zoo kita.

Plant Tycoon : Kita tanam pokok dan jaga pokok daripada serangan parasite n serangga perosak. + practice agro technology dengan kaji specimen pokok. dan boleh dijual pokok2 ni.

Tabloid Tycoon : Kita kene rancang macam mana nak muatkan berita dalam surat khabar syarikat kita. Hantar wartawan untuk kaji tragedi2 dan boleh kira macam game detektif.

Airport Tycoon : Kita selaku manager bina Airport yang betul2 smart, sampai kapal terbang mampu dan mahu mendarat di airport kita.
Mall Tycoon : Kita diberi task untuk membina sebuah mall maximum 5 tingkat yang menempatkan puluhan kedai. Bina kemudahan dalam mall supaya ramai pengunjung yang datang berpuas hati.

Roller Coaster Tycoon : Kita bina pusat roller coaster, Roller coaster ikut design kita sendiri. dilengkapi dengan kedai2 sesuai dengan pusat roller coaster.

Cookie Tycoon : Kita kena buat cookies dan cakes dengan pelbagai resepi. Dan jual hingga beroleh keuntungan. Sesuai sangatlah untuk sape2 yang nak tambahkan resepi biskut dan kek mereka. :D

Coffee Tycoon : Kita kena buat kopi dengan resepi yang pelbagai.

Port Tycoon : Kita kena bina port kapal untuk berlabuh. Kire macam pelabuhan la. Bina tempat yang strategik dan kapal2 dapat berlabuh secara sempurna.

Lemonade Tycoon : Kita kena buat lemonade (gerai tepi jalan), dan upgrade slow2. Tapi, bukan buat sembarangan, kena tengok cuaca dan keadaan. ais nak letak banyak mana, lemon nak letak banyak mana. 

Burger Tycoon : Kita kena buat burger. Hee. Best. Memang sesuai dengan naluri seorang penjual burger.

Grand prix Tycoon : Haa, untuk orang yang minat racing ni, apakata try main game ni, kita kena pastikan kereta dan pusat grand prix sesuai untuk perlumbaan.

Hospital Tycoon : hah, ni yang paling ana suka, Hospital tycoon. Kita dikehendaki untuk membina sebuah hospital yang cukup lengkap dengan segala prasarana. Hasilnya, pesakit2 yang dirawat terjaga emosi mereka. :D.
Yang ni kita dapat laksanakan muwassafat tarbiyyah yang terakhir sekali iaitu bermanfaat kepada orang lain.Jadi doktor kan ?


           Actually banyak lagi game2 tycoon yang lain. Cuma belum diterokai. Well, memang bijak pereka2 games ni. Mereka sedar walaupun hanya sekadar game, business merupakan agenda yang utama dalam kehidupan. Bahkan, mereka buat dan jual game ni pun dah jadi bisnes. Jadi, muncullah pelbagai kaedah bisnes gaming ni. Kalau tengok pun kebanyakkan game tycoon berasaskan bisnes. Rasulullah sendiri seorang businessman yang berjaya. Macam mana boleh berjaya ? dengan menggunakan uslub yang terbaik demi mencapai matlamat. 

Klau orang kafir, tujuan untuk gapai keuntungan itu dimanifestasikan dengan guna kaedah2 yang mudah kaya. RIBA, dan Penipuan dan macam2 lagi. Sebab, matlamat tidak menghalalkan cara.
Kita pula sebagai orang Islam, hendaklah menggunakan cara yang betul dan tidak melangar syariat Islam untuk dapat keuntungan dan perniagaan. Guna kaedah yang betul, komunikasi yang berkesan dan faktor2 lain mampu untuk memberi kejayaan kepada kita. Paling penting, jangan sesekali kita menjadikan dunia sebagai matlamat utama kita kerana kehidupan Akhirat yang OSEM adalah matlamat hidup kita. Jangan lupa tu.

p/s : Jadi, rasa2 kalau nak main game, nak main tycoon yang mana satu dulu ? :D

Sekian, wassalam. 

Selasa, 27 Disember 2011

Fish tycoon ~

Fish Tycoon ~
FISH TYCOON: sebuah game yang menyeronokkan. hee. biasa je. Game dia, kita diberi telur ikan untuk dibesarkan, jaga, bagi makan ikan dalam aquarium. pastu, bila ikan berumur 20 tahun baru boleh jual balik ikan tu. bukan senang. kene upgrade environtment, upgrade makanan baru ikan tak mati. Bila ikan dah besar, kita boleh kacukkan ikan antara satu dengan yang lain untuk cari spesies baru. jadi, dalam operasi kacuk mengkacuk itu, kita perlu cari ikan magic. ada 7 ekor ikan magic, dan bukan senang nak dapat ikan magic tu, tapi bila dapat sekali.. harganya melambung tinggi sampai 400 ringgit pun ada org nak beli. :D memang seronok. tapi, permainan sebegini sangatlah rugi kalau kita tidak ambil pengajaran daripadanya.. aik ? pengajaran.. adakah pengajaran ?

Hah, ni ambe nak citer. Cer citer.
Ibrah(pengajaran) daripada game fish tycoon :

- awal2 permainan : Nak kene cari byk2 duit sebab nak beli macam2 brg...
- bila duit byk : yeay ! duit byk boleh beli mcm2 brg !
- bila duit berkurangan : alaa... kene cari lagi ni... byk lagi brg yang nak kene beli... hah ! main cheat la.. cepat skit kaya.. hoho
- bila semua barang dah dibeli : huh, bosan nye... nak buat apa la dgn duit byk2 ni... nak bagi kat gamers lain rugi, diorang cepat menang nanti... usahalah sendiri klau nak sgt...
- bila dah menang : huh, bosan nya.. cari game lain lar..

antalogi sebuah kehidupan yang bertujuan untuk material semata...

- awal2 kehidupan : target besar nanty nak jadi org kaya, boleh beli macam2...
- bila dah 'berjaya' : bestnya kehidupan aku... mcam2 boleh beli...
- bila harta berkurangan : alamak, ni kene usaha lebih sikit ni... rasuah cepat skit dpt duit... hoho
- bila semua benda sudah dimiliki : hisy, nak buat apala duit banyak2 gini... semua benda dah dibeli... nak bagi zakat ?.. hurm... biarla diorang usaha sendiri lar.. aku letih2 kerja senang2 je diorang dpt free..
- bila life over :........ kau pandailah fikir sendiri.

begitulah kehidupan klau berlandaskan nafsu semata, mana pernah puasssssss .... akhirnya, kehidupan menjadi sia-sia semata... Oleh itu, hiduplah kita sebagai hamba Allah yang patuh padanya, khalifah Allah, quest dia memang byk tapi ending dia yang kita dambakan... Amin....

~ credits to Fish Tycoon ~

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews