Sabtu, 30 Oktober 2010

Peperiksaan Islam ~

Bismillah...

Segala puji bagi Allah tuhan yang menciptakan kita semua... tiada tuhan yang layak disembah selainnya... sama ada amon re, re atum, patung vishnu, siva dan apa2 sahaja... Allah sahaja tuhan yang layak digelar tuhan...

Dalam ranjau liku kehidupan ini, sentiasa ada 'peperiksaan' yang Allah berikan kepada kita... kenapa panggil 'peperiksaan' ?.. sebab 'result'nya akan kita tahu bila kita dihadapkan kembali kepadanya di akhirat kelak... sudah tentu kita nakkan result yang cemerlang.. bukan begitu ?...

kalau PMR, SPM kita dah buat yang paling baik untuk dapat kepujian, kredit cemerlang dan sebagainya.. inikan ujian daripada Allah, mestilah kita kene buat yang terbaik.... Ujian pula, ada yang senang dan ada yang susah.. satu analogi mudah, kita suka soalan yang senang2 dalam peperiksaan.. dan kita sangat x suka soalan yang susah2 dan complicated nak jawab macam soalan KBKK... tapi, kita harus sedar.. soalan yang susah, complicated, yang kita benci itulah yang menyumbang banyak markah kepada kita... samalah konsepnya dalam hidup kita sebagai seorang muslim... kita sentiasa takutkan ujian yang berat2 jatuh menimpa pundak kita.. namun, di sebalik ujian itu, Allah nak berikan ganjaran yang besar buat kita...

Dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik... sentiasa ada halangan.. antaranya termasuklah maksiat yang sentiasa berlegar-legar mencari mangsa..... bagi tujuan penyucian jiwa, janganlah kita sesekali terjebak dalam maksiat kepada Allah... ingatlah bahawa hati dan jiwa manusia sentiasa mendorong ke arah maksiat... maka, apabila sudah berlaku maksiat tersebut, di situlah munculnya peranan taubat kepada Allah... Taubat nasuha... bukan taubat yang main2... sambil gelak tawa berpanjangan... Orang yang berjaya ialah mereka yang mampu untuk membersihkan jiwa dengan segala ketaatan, akan tetapi mereka yang rugi atau gagal ialah mereka yang mengotorkan jiwa dengan kemaksiatan...

Apa yang kita lakukan di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah di Akhirat kelak... malah, ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita di mana kita berada... kita hipokrit, bercouple senyap2 mahupun terang-terangan, meniru dalam tandas, x jaga ikhtilat, dan macam-macam lagilah kemaksiatan yang dilakukan...adakah mende tu semua yang kita nak tunjuk di hadapan Allah nanti... klau kita disuruh dihadapkan di depan raja... mesti kita punyalah lawa2, kemas, cantik, dan klau boleh nak beri hadiah yang berharga sekali kepada raja semasa menghadapnya... tapi, bagaimana dengan hadiah yang kita nak bawa kepada Allah ??.. Maksiat ? dosa ? mende itu semuake ??.. kita punya takut kalau polis tangkap kita dan masukkan ke dalam lokap... tapi ingat, neraka Allah lagi dahsyat daripada itu semua... lebih dahsyat daripada dahsyat 13...undang2 yang manusia reka kita takut nak langgar... tapi, undang2 Allah kita langgar selamba je saja.. muka tak bersalah langsung..

Contohnya, kita tak suka trafic light( undang2 ikhtiari)... jadi, langgarlah semua lampu isyarat... apa jadinya ??. mati ! dah tentu... tapi kalau kita langgar undang2 Allah.. lagi teruk daripada mati yang kita dapat...

Moga2 kita dapat muhasabah balik diri kita yang lemah ini ( termasuk diri ana)... tiada yang sempurna dan iman kita ibarat roda... sekejap turun sekejap naik... tapi, sebenarnya kita yang perlu mengawal roda tersebut... jagalah iman kita sebaiknya... tiada jaminan untuk kita beriman kepada Allah esok hari... jadi, banyakkan berdoa agar Allah sentiasa menetapkan hati kita ini dalam agama ini...

Wallahua'lam..

Rabu, 6 Oktober 2010

Sejarah ?

Bismillah... kali ini tidak mahu berceloteh panjang.. namun, sekadar ingin berkongsi ilmu.... 

Biasanya, apa yang akan orang jawab kalau disoal mengenai tamadun awal manusia ?.. zaman prasejarah ??... 
Pasti apa yang terpacul dari mulut majoriti umat manusia ialah paleolitik, mesolitik, neolitik, dan logam... namun, sedarkah kita bahawa itu adalah satu pembohongan besar yang sentiasa bersama kita .. ayuh, sama2 kita renungkan video di bawah ini... berilah fokus dan luangkanlah masa hanya 20 minit sahaja untuk melihat video di bawah ini... semoga bermanfaat... dan cuba kita fahami sebaiknya apa yang dikatakan dalam video ini ! jangan kita bercakap mengikut emosi semata-mata...
 Part 1


Part 2


mogga2 kita tidak tergolong dengan orang yang terpengaruh dengan fitnah dajjal .. nauzubillahiminzalik.. ! wallahua'lam...

Ahad, 12 September 2010

Eidul Fitry ?

Bismillah...

terdetik tiba-tiba hati ini untuk menaip sebuah post tentang aidilfitry kali ini..
entah kenapa, ..
walaupun sudah maklum internet di kampung sangat perlahan.. mengalahkan kura-kura.. sungguhpun, signal di sini kurang mantap..
well, anyway...
mengenai raya aidilfitry ...
ana terfikir balik tentang amal kita selama Ramadhan kali ini...
haritu, ana terdengar sebuah tazkirah ringkas dalam radio IKIM.fm..
seorang ustaz itu, katanya, amal kita di bulan Ramadhan ini umpama baja-baja yang diberikan kepada  pokok... dan dahan-dahan, iaitu hasil daripada baja-baja itu pula ialah amalan kita selepas Ramadhan... cuba kita bayangkan kalau sebatang dahan daripada pokok itu buruk dan rosak, apa yang akan kita lakukan untuk menyingkir dahan itu... sama ada kita mengambil gergaji dan memotong dahan itu atau kita mencantasnya, adalah terpulang kepada kita sendiri.. apabila kita sudah mencantas dahan itu.. lalu tak lama kemudian keluarlah pula tunas baru daripada dahan itu.... dan apabila ada dahan lain pula yang rosak, kita cantas pula dahan yang lain.. itulah perbandingan dengan akhlak kita... bagaimana apabila ada akhlak yang buruk, kita singkirkan segera... mungkin kerana satu sahaja akhlak buruk kita ini akan menyebabkan akhlak baik kita yang lain akan kene tempiasnya...oleh itu, mari kita tengok balik amalan kita.. dengan baja-baja nutrisi yang telah kita tabur pada bulan Ramadhan, apa pula hasilnya ?... kita selidik sendiri..

Berbalik kepada cerita asal.. huhu..
sebenarnya raya tahun ni ana rasakan tidak semeriah mana.. entah kenapa.. mungkin diri ini sahaja... hari petama sahaja kami lawat beberapa rumah sahaja...memang sedikit.. kata ummi, ramai saudara yang akan melawat kami di rumah apabila ada kenduri kahwin pada hari raya ketiga.. tapi, sedikit saja yang dapat cam sebab sibuk buat kerja...

Pasal itu, hari raya kedua, kami kene siapkan segera tempat perkahwinan mak saudara ana... (kami panggil mak nor).. sebab itulah tak ada masa nak ziarah rumah saudara-mara terdekat.. dengan pelaminnya, kerusinya, lembunya, sembihlanya, ayamnya dan macam-macam lagilah... kali ini baru rasa dapat pengalaman mengendalikan sebuah kenduri kahwin...

pasal kenduri, awal-awal pagi lagi, kira-kira pukul 8.00 pagi, ana dan lelakis yang ada dalam rumah atuk ana dikerah keluar rumah.. pasalnya, awal-awal dah kene siapkan bahan-bahan nak memasak.. kenduri start pukul 11 tapi pukul 8 dah start masak... mula-mula, kami dah siang daging semalam sampai pukul 1.20 pagi kot...banyak betul daging.. dahlah pisau tumpul.. huhu... then, mulalah kene angkut barang-barang memasak.. kalau ana ni dikira macam orang suruhan la... awang, amik itu.... 5 minit... awang, amik ni..., 7 minit, awang amik nun... 10 minit.. jahid, amik santan ni letak dalam guni.. nanti nak hantar ke rumah nininini... huh.. memang letih.. kalah merentas desa... haha..

kat-kat pukul 11 pagi, baru orang ramai start datang.. time tulah kami kene kerja keras sikit... nak kene sentiasa tengokkan apa yang tak cukup... biasanya kami tengok2 then cakap kat orang dapur belakang.. nasi perempuan.... nasi lelaki... belacan lelaki... sayur labu lelaki... bagi arahan, bilan orang dapur bagi baldi berisi lauk, kene tuang pulak dalam tempat lauk.. (apa ntah namanya)...memang letih sebab start sampai pukul 11 pagi sampai pukul 5.30 petang orang ramai dah berhenti -henti mari.. dalam hati ada gak kadang2 rasa macam nak sekat jalan jangan bagi orang masuk .. baru tak payah letih2 nak kene tambah nasi, basuh cawan, macam2 lagilah.. tapi, kalau sekat, sape nak datang makankan... membazir pulak.. huhu..

Pengajaran diterima : sesiapa yang menyusahkan seorang muslim, Allah akan susahkan dia pula..
Rasional : fikirlah sendiri..

Khamis, 12 Ogos 2010

Amanah ini.

Bismillah... agak lama ana tak menaip... soalnya, sibuk sekali.. dengan bermacam2 program sejak akhir2 ni... mukhayyam, debat, AMT dan sebgainya...

Bukannya nak berbangga.. tetapi sekadar berkongsi sebuah cerita agaknya.. pilihanraya tahun lepas, ana terpilih dan terasa agak terkejut dan tak dijangka... mana mungkin tiba2 seorang form 3 menjadi AMT dalam kalangan AMT yang lainnya tingkatan 4... agak sukar kerana nak cari masa meeting yang memenuhi kehendak kedua-dua form.. sgt sukar sekali... Memang saat itu terasa urat nadi dipenuhi keringat2 amanah yang dijunjung.. namun, sebagai manusia memanglah terdapat khilafnya di mana-mana... manifesto yang dibentang tidak semua dijalankan... Organisasi saat itu menjadi lebih kucar kacir saat guru bimbingan tidak ada...

Namun, kali ini... kali kedua ana terpilih untuk sesi 10-11.. baru pagi tadi mengundi dan diumumkan keputusannya lepas zohor tadi.... meski tidak banyak poster2 yang ditampali, keputusannya muktamad... tangga teratas dengan undian terbanyak.. itulah ana... hampir semua form yang memangkah kotak yang berisi nama ana... kenapa ?.. sebab mereka yakin dan percaya terhadap pimpinan ana ? atau sebab yang lain ?.. ana tak tahu.. bagimanapun, ana terasa tiba2 bahu mula memberat, setelah dua hari menjadi ringan sebentar, urat nadi kini kembali tegang... hampir mahu tertanggal... 

Ana sendiri tidak nampak apa sebenarnya yang membuatkan mereka mengundi ana.. apa yang ana tahu mereka telah mengundi ana dan bersedia berada di bawah pimpinan ana... Ya Allah, berat sungguh amanah ini... namun, ana berpegang teguh dan ana yakin dan percaya 100% bahawa firmanNya dalam mukjizat al-qur'an .." La yukallifullahu nafsan Illa Wus'aha"... ana yakin dengan firmanNya...Tidak ada keraguan dalam meyakininya..

Sungguh, siapalah ana dalam kalangan umat manusia di alamin ini.. bahkan ramai lagi yang lebih layak lagi memikul amanah ini... ibarat memikul seguni besi di atas bahu dan melalui jalan-jalan berliku yang sempit dan penuh duri.. sesuaikah perumpamaan itu ?.. tanya hati sendiri...

Sungguh, selagi mana ana memimpin dan tidak melanggar syariat islam, maka, taatilah pimpinan ana dan janganlah kalian taati pimpinan ana andai ada yang tidak benar, bertentangan dengan firmanNya.. tegurlah ana... 

Sungguh, bukannya ana yangmelantik diri sendiri menjadi pemimpin.. tapi, hujung jari antumlah yang telah memberi kuasa pimpinan kepada ana... memang ana tidak mahukannya... kalau semua cakap macam itu, siapa yang nak kalau bukan kita ? .. kalau bukan orang yang berfikrah ? kalau bukan orang yang faham ?... fikirlah sejenak.. cukup sejenak... kalau kita nak cakap kita belum lagi bersedia nak jadi pemimpin... masih banyak silapnya... Siapa kalau macam tu yg nak jadi pemimpin... tiada yang sempurna walau sekuat manapun nafsu mementingkan kesempurnaan dalam diri... namun, kalau kita nak tunggu sempurna, sampai bila ~?... Allah tak tengok pada hasil kita... Allah tengok pada usaha kita.. sejauh mana usaha kita...

Sungguh, ana bukanlah nabi yang maksum... ada khilafnya.. maka tegurlah ana andai ada sisa-sisa dosa yang terserlah di celah2 pimpinan ana... ana sangatlah mengalu-alukan teguran terus daripada antum...

Luahan hati ikhlas... dedikasi buat rakyat2 dan teman seperjuangan di Alamin.... moga bermanfaat... 

Selasa, 20 Julai 2010

Dedikasi buat adikku tersayang ...

Bismillah...
Agak lama x menaip lagi.. huhu.. memang sibuk beberapa minggu ni sebab kene handle program dan macam2 lagi.. Anyway, ana just nak ceritakan sedikit mengenai 'kes' adik ana yang memang x putus2 ada orang yang tanya pasal dia ..

Pada hari rabu lepas, dia ada buat satu pembedahan kulit daripada kulit peha tampal kat kulit bahagian perut... tapi bukan cukup nak tampal semua sebab bahagian kulit yg terbakar tu agak besar dan x padan dengan kulit yang dibedah... emak ana cakap macam tampal rumput karpet aje.. petak2 kat badan.. moga2, cepat bercantum kembali kulit tu..

Dan esok, (20 Julai 2010) , dia akan jalani satu lagi pembedahan kulit sekali lagi.. kali ni untuk bahagian belakang badan pula yang hampir 90% yang terbakar... kali ni terpaksa bedah lebih byk lagi kulit di peha dia yang kecil lagi kurus tu..hurm, xpe.. asalkan dapat cepat sembuh.. doktor cakap kekulit tu akan memitosis semula untuk bercantum... tapi akan mengambil masa yang agak lama... Ana mohon doakan agar pembedahan tu berjaya berjalan dengan lancar..insyaAllah...

Mengenai musibah, ana pernah terbaca mengenai satu dalil yang mengatakan bahawa Allah tak akan menarik sesuatu nikmat tu daripada kita melainkan Allah akan gantikan dengan nikmat yang lebih baik daripada tu... Jadi, kalau antum semua rasa musibah yang kita hadapi terlalu byk, seperti yang banyak puisi2 ada tercoret..lebih kurang berbunyi : Kita rasa sedih bila matahari hilang dan hujan pula yang turun... tetapi kita lupa bahawa Pelangi akan hadir kembali apabila hujan mula reda... maka, ingatlah dalil tersebut, (maaf sebab tak ingat dalil yang mana.. insyaAllah ana akan post di lain masa).. insyaAllah.. kita akan rasa musibah itu suatu ujian yang Allah nak uji tahap kesabaran, keimanan dan pengorbanan kita untuk hadapi musibah tersebut.. dan kita bakal mengahadapi musibah dan ujian itu dengan penuh sabar dan ikhlas..

Wallahua'lam.. moga bermanfaat..

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews