Ahad, 20 Jun 2010

Majlis Pelancaran IKRAM


Bismillah ~


Kali ni ana hadiri sebuah Majlis Pelancaran IKRAM di MINES ~
Memang dapat sambutan hangat... Pergh~ ramai betul orang yg ada dlm dewan pelancaran ni ~ sesuailah dgn dewannya yg besar tu ~ ceritanya camni....

Imbas Kembali, 20 Jun 2010, Ahad

Tepat jam 0000, ana, abg ana, dan ayah ana dah ada di depan centre point, menunggu kedatangan bas SP Bumi yang jemput kami ke Majlis tu... Xdelah lama sgt tunggu... TikTok2 je, bas dah sampai.... memang rasa agak teruja kali ni.. entah kenapa... masa nilah bayang camne org lainkat skolah blja kat dlm kelas tapi ana ponteng untuk ke majlis ni.. hehe.. tapi, xpe... COO, PK Hem skolah pon pegi jugak ke majlis ni.. tak perlu dirisaukan .. huhu

Ana kene duduk di tempat paling belakang.. agak tinggi... habis sakit2 kaki duk asyik menayang je dari tadi.. huhu... Dalam bas, ramai jugak PakCik2 yang datang dari KT, Dungun, Kerteh.. kiranya ni konvoi wakil IKRAM Terengganu la.. huhu..


Kira2 beberapa jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Masjid Pandan Indah... memang indah masjid tu.. kami berhenti solat2, mandi2 dan siapkan diri.. wangi2... huhu.. usai solat subuh, pukul 6.30 pagi kami bertolak ke sebuah restoran yang berdekatan for sarapan pagi... REAL MAMAK NASI KANDAR ! haha.. makan roti canai kot.. huhu..
Habis saja menjamu selera, kami pun bertolak ke Mines.... X 


lama sangat pon... Sampai2 je terus nampak ramai orang dari kejauhan... sayup mata memandang.... huhu.. ayah ana cakap kira2 5000 lebih orang yang akan datang kali ni.. Fuh, ramai betul... sesuailah dengan dewan dia yang besar macam gudang tu... 

*(Pemandangan dewan dari tingkatan atas, ZON F)*

Sebelum mula majlis tu, ana sempat jugak bersalam-salaman dengan kawan2 MGBSIM yang kenal masa Print, staff sarjan, leaders, Xrek and so on.. ramai betul yang dtg.. ish3.. kecik betul dunia ni.. huhu.. ramai je org yang kenal muka tapi x ingat nama...setelah masuk dewan, masing2 dibekalkan dengan 1 batch free... bertulis IKRAM.. ukhuwwah teras kegemilangan dan The Brootherhood, foundation of Glory..huhu.. 

Memang sangat89 ramai orang yang ada kat dalam dewan ni..... ibarat semut menghurung gula je..heheh.. Majlis dimulakan dengan memperkenalkan orang2 kuat IKRAM.. pastu ada ucapan daripada YDP IKRAM... memang lama betul ucapan dasar dia... siap beri buku lagi.. dalam tu ada tertulis skrip2 ucapan yang disampaikan.. orang2 sekeliling ana asyik duk hitung je berapa muka surat lagi nak habis ucapan ni.. huhu..memang lam dan penuh mesej... sampai ada yang mengangguk terlebih faham ~ huhu


Lagu IKRAM :




Then, kami ramai menyanyikan lagu IKRAM... lirik yang mantap dan nyanyian dari kumpulan SaffOne... kalau dulu Saff One nyanyi lagu KRJ Terengganu, sekarang mereka pulak yang nyanyi lagi IKRAM... Kami ingatkan ada lagu je.. rupanya penyanyi2 sekali datang jugak nyanyi lagu tu..

Sementara, si anas dan icap yang duk sebelah ana suka sangat buat kecoh.. haha... tapi, best jugaklah sebab dapat pengalaman ke majlis yang betul2 grand macam ni... bukan senang kan nak pergi.. siap ada etika pemakaian lagi.. kalau yang pkai selipar tu kene duduk belakang2 je sebab x formal.. huhu.. so, kami kenelah pkai kemeja smart2 nak ke sana.. huhuhu....

Ada jugak seorang Pak Cik tu memang semangat betul bertakbir dalam dewan tu.. bayangkan dewan yang sebegitu besar dan orang yang sebegitu ramai dengar takbir dia dan sahut ramai2.. pergh... memang menggetarkan jiwa sesiapa yang memahaminya.. huhu..

Habis sahaja ucaptama persmian majlis pelancaran IKRAM, sahlah tertubuh IKRAM yang sudah sah.. Lepas tu, kami semua boleh rehat2 dulu... time nilah, ana jumpa kembali sahabat ana dari Hira' jeram... Zahin.. betullah.. dunia ni memang kecil... huhu..

Lepas rehat, kami masuk semula dewan untuk sesi tazkirah perdana.. memang best tazkirah dia.. agak mantap.. Then, persembahan dari kumpulan Saff One dengan album barunya.. Best kot.. huhu.. Akhir sekali ialah doa penutup.. kali ni, memang lama betul doanya.. kira2 15 minit kot.. memang mengharukan... x kurang juga ada yang terlelap sebab lama sangat doanya dan agak keletihan duk atas kerusi lama2... 

Kami keluar dewan selepas habis majlis kira2 pukul 1.50 petang.. so, kami pon meronda2 dulu kawasan sekitar situ.. ada banyak je jualan yang dibuat.. riuh sekali macam pasar malam.. kot2 lebih riuh.. dahlahh ramai kene bersesak2 nak lalu... Lepas solat jama' takdim di surau, kami bertolak pulang tapi kene berhenti lagi di masjid yang lain sebab ada lagi yang x sempat solat tadi sebab suraunya kecil sangat.. huhu...

Conclusion, moga IKRAM terus subur membangun bersama islam.. amin ~


Untuk maklumat lanjut, layari :


HarakahDaily ~
MalaysiaHarmoni ~
IKRAM.org ~
 
DLL... Sekian, Terima Kasih ~

Selasa, 15 Jun 2010

LeADeRs...

Bismillah...


Blogger2 sekalian, ~ tahu x L.E.A.DE.R.S tu ape ?
kalau nak tahu, dalam program ni ada slot2 di bawah..

slot 1 = ice breaking
slot 2 = Public speaking
slot 3 = Karnival Palestin
slot 4 = Jungle Trekking
slot 5 = GMI
slot 6 = Dakwah
slot 7 = Syabab: Merealisasikan....

tujuh je rasanya.. mungkinlah.. x ingat mana..
mungkin kat atas ni point2 yang panjang sangat kot...
ringkasan kepada slot2 ni ada kat bawah ni..
Baca kat bawah ok ?... baca sampai habis pon takpe..
habis bace tu, follow dan komenlah skali kalau sudi.. huhu

Imbas kembali, 14 jun 2010, Rantau Abang

Pagi ni, ana ke satu program krj... Leaders.. Kami team ganu baru bertolak pukul 7 lebih.. Huhu

Tuan rumah sendiri sampai lambat .. Heheh.. Sampai2 je kami terus daftar dan masuk dewan kat sana.. de، teratai resort..lambat betol sampai.. Ish3. Slot pagi ni as usually.. Sesi bahagi kumpulan dan
Ice breaking .. tapi ramai je peserta yang memang dah kenal sebab hampir 98% peserta leaders adalah peserta XRek... Dah bahagi tu.. Ana kenelahlah pulak jadi ketua kumpulan.. Ni semua angkara anas dan icap..ish3... Nama kumpulan ana 'Hassan Al-Banna'... ~

Nama yg diambil sempena dengan nama yang tertera pada baju yang sedang ana pakai.. Huhu.. Senang je kan pilih nama kumpulan .. betol x anas ? Huhu..

well, lepas slot ice breaking, ada pulak slot yg disampaikan oleh pak cik abas sahat.. Public speaking... Dlm slot ni, kami diberi taklimat tentang camne nak sampaikan public speaking dgn berkesan dan smpi mesej tu kepada pendengar dan mad'u kita....

habis je slot ni, kami terus rehat tghri.. Tugasan yg lebih mencabar diberi.. Apa tu ?.. Arahan dr abg mus selaku pengarah program : antum semua kne sediakan booth utk pameran malam nanti sempena karnival palestina !.. Kami memang blur lah.. Tak tahu mcm mana nk buat ruang pameran lebih2 lg abg mus ckp org kg. Sekitar cni nk dtg... whoaa ! Cmne nk buat ni...

Sementara, bilik chalet baru je terima kunci bilik 214... Bhagian tepi skali, igtkan best la ni 
angin sejuk boleh masuk.. Tgk2 kipas syiling rosak kot.. Mujur gak ada kipas stand... Huhu... Roomates, syafiq akram, salahuddin, zulfadhli: amir, dan nasrullah si putrajaya.. Huhu..

 Selesai saja solat zohor dan pack2 brg masuk ke dlm bilikku yg comel.. Haha..
Kami terus ke tempat perbincangan terbuka kat tepi pantai yg indah dan angin sepoi2 istilah.. Huhu.. Memang pyh betol nak perah otak nak pikir idea yg sesuai nak buat booth ni... Lagi2 si anas, baim ngan icap ni memang mcm bertih jagung ckp nonstop.. Haha ~


kami memang betul2 perah otak nak pikir camne nak buat booth ni.. akhir2, kawan segroupku yang betul2 pandai lukis.. lukis peta gaza.. perbandingan palestin dahulu dgn skrang.. fuh, kami pon mulalah timbul mcm2 lagi idea yg lain... buat list barangan boikot.. kata2 hikmah, puisinya lagi and so on... dipendekkan kisah malam tu, memang *(ikut kepada pembaca nak ckp apa)* lah... huhu..


Perasmi majlis karnival palestin kali ni, YB Haji Zameran.. huhu.. kenapa panggil YB ek? entahlah.. huhu.. then, kami pon dengar persembahan2 dari kumpulan2 yang telah dipilih.. nasyidlah and so on.. habis saja sesi persembahan, kami terus keluar ke tempat booth masing2 kat luar dewan.. mana tahukan ada pengunjung nak datang jenguk2..huhu..

* ini booth kumpulan kami yang terletak di atas kapal mavi marmara tiruan*

Sampai2 saja, ada sorang Mak cik dan anaknya kot yang tengah tengok2 booth kami.. kami pon sapalah mak cik tu.. skali tu, dia nampak ada kertas A4 yang tertulis Hassan Al-Banna di atasnya.. jadi, dia pon tanya macam2 ah psal hassan al-banna... haaa... memang byk betul soalan yg xleh dijawab... dia tanya.. bila dia lahir, kat mana dia lahir, bila dia meninggal, sapa anak dia... uuuwwaaa....memang ah ! tak tahu byk maklumat pon.. huhu...

Tiba2, kedengaran suara abg afiq menjerit dari pantai... skrang adalah masa demo ! semua sekali turun ke pantai cepat !... dengar je jeritan anak ganu tu, semua orang bergegas berlari2 ayah menuju ke pantai sebelah chalet kami... bila semua dah berkumpul di persisirang pantai, abg afiq mula ckp " kamu semua diminta beredar sekarang ! ini tempat awam dan kamu semua x dibenarkan berdemontrasi di sini !".. pastu, mulalah ada jeritan2 dari akhawat terutamanya membantah pihak kerajaan a.k.a FRU ! huhu... banin yang tadi masih terpinga-pinga mula mencedok kefahaman ... lantas, terus saja ada yang jerit jugak membantah kerajaan lakonan.. malam tu memang gelap... mujur gak adalah skit2 sumber cahaya dari lilin.. huhu.. kami terus saja berdemo menentang kerajaan lakonan... banin pon dah mula nak bising.. suasana jadi hiruk pikuk.. menjerit sana sini... bertakbir bergema alam.. "hidup...hidup !, hidup islam !.. hancur2! hancur zionis !... masing2 menyahut suara lantang amir kami.. huhu

Dipendekkan kisah mengenai demo, kami kene berkumpul semula selepas demo dalam dewan perasmian tadi... semua skali kene marah sebab xde bakat nak berdemo... berdemo dengan cara yang salah.. "kalau macam nilah antum semua berdemo, memang dah lama islam digelar sebagai pengganas...".. kami hairan ?.. :yelah, cuba kamu ingat semula tadi, kamu semua x beri peluang kepada kami, kamu baling2 kertas, kamu serang camtu je !" ckp abg mus palestina...bila tiba turn abg bai ckp, barulah kami rasa bersalah sebab x reti berdemo... kita perlu 'semah' bukan 'sesi'.. apakah ??.. semah= semangat + berhikmah bukannya sesi= semangat + beremosi....

habis saja sesi leteran dan jeritan.. kami semua boleh masuk bilik dan tido.. tapi, bukannya kami tidur terus.. mestilah ada punyer sesi bincang2 dan sembang2.. maklumlah, setahun berlalu baru berjumpa semula..huhu..

Imbas Kembali, 15 Jun 2010, Rantau Abang

Mataku tetiba saja terbuka luas... celik ! jelas !.. suis lampu ditekang dengan jari kecilku... "dah pukul bape ni ?.. "dah pukul 4.50 dah !!.. cepat bangun, kejut semua orang", suara serak basah Salahuddin kedengaran.. ana segera bergegas bangun.. ya Allah, lambat betul ana bangun, sepatutnya pukul 4.30 dah bangun dan pergi ke surau buat qiam... alamak~.. mesti orang lain semua dah ada kat surau tgh wat qiamullail... ana cepat2 bersiap amik wudhu' dan ke surau... mesti lewat macam apa dah ni !!!..

Pintu bilik dikuak, ~ bunyi nyaman suasana sebelum fajar terbit kedengaran.. ombak tiba2 memecahkan kesunyian pagi.. bunyi deru ombak yang nyaman.. tapi, x de sorang pon lagi yang dah bangun selain daripada ana dan salahuddin.. ya ampun !!.. rupanya semua bilik masih bergema dengkurannya.. aish.. teruk betullah.. kami pon terus mengejutkan orang ramai supaya bangun ! pintu baik diketuk sekuat hati, (aish, x de lah sampai macam tu.. hiperbola betul).. kami terus mengejutkan org ramai... banin bukan main liat nak bangun pagi... dan terus ke surau.. lampu surau pon, bahagian akhawat saja yang dah cerah... kami masuk dan buat apa yang patut.. sampailah waktu subuh, leaders kali ni ada KULTUM ataupun KULiah TUjuh Minit.. setiap waktu solat, mesti ada satu kumpulan yang perlu handle setiap waktu solat such as imam, bilal dan KulTuM.

Usai solat, kami semua bebas buat aktiviti masing2... ada yg *****.. ada yang termenung tgk sunrise, ada yang macam2 lagilah...ana ngan beberapa org included warga 'JBg' memutuskan kata untuk tengok sunrise.. better than tido pagi kan ?..huhu... memang lawa sungguh ciptaan Allah.. pergh !.. suka ah... Subhanallah ! pagi tu jugaklah ada main posing2 gambar, sesi pukat tunda ketam pon ada.. ish3.. teruk betullah.. sian ia..








Pukul 8 pagi, semua sekali berkumpul depan kapal 'mavi marmara tiruan'.. huhu.. kali ni ada jungle trekking.. hurm ?.. sebenarnya lebih kepada League of Leaders... misi adalah untuk selamatkan gaza tercinta dengan kumpul 12 puzzle poster gaza yang bercampur2... memang banyak checkpoint yang kene hadapi.. such as, berjalan aneh, tengok penyu, jahit bantal, main benang, main belon dan macam2 lagilah.. huhu.. memang penat tahap Mega !.. anyway, memang best sangat kali ni... kadang2 masa tengah trekking mesti ada yang terjatuh ke, and so on kot.. huhu.. kali ni, kene jalan triple, bukan single atau couple.. kalau sorang terlepas akan jadi single dan dua orang lagi akan jadi couple.. apalah~.. anyway, ana triple dgn anas dan icap... memang mulut kami "ghohok" @ payah nak berhenti duk asyik potpet2 je sepanjang perjalanan... heheh

Kami kene redah hutan, masuk 'paya' dan so on untuk dapatkan semua kepingan puzzle ni... dari dungun sampailah ke marang.. abg bai ckp kami berjalan kira2 7.5 kilometre kot.. huhu.. memang penatla.. kira2 ni macam trek merentas desalah.. balik2 chalet je dah pukul 3.43 petang... masing2 nak berehat.. keletihan.. mengantuk menguasai jiwa sanubari ... huhu.. namun, makan dululah sebelum rehat.. usai rehat, kami solat jama' ta'khir.. org ganu pon boleh jama' sebab lebih 81 kilometre.. ada sign board tulis ' chukai - 95 km" .. huhu.. pandai betul urusetia pilih tempat... dan boleh berehat lagi lepas itu... rasa memang banyak betul masa rehat yang diberikan kali ni.. kalu nak banding dgn XRek dulu agak ketat skit la..

Namun, ketua2 kumpulan xboleh nak rehat sewenang-wenangnya tau.. kami masih ada tugasan yang lebih besar lagi... iaitu kene cantum puzzle palestina.. setiap kumpulan dapat 6 sampul surat dan terkandung puzzle yang berlainan jenis semuanya... kami rasa macam pelik semacam je puzzle ni.. mula2, amir kumpulkan banin saja untuk cantum puzzle2 ni.. tapi nampak sangat tak cukup dan tak serasi.. jadi, amir pon panggillah akhawat skali untuk cantum puzzle ni bersama-sama... so, terhasillah dari kerjasama tu 12 kepingan poster palestina... huh.. selesai saja tugas kami, ana terus keluar dewan.. rasa macam nak berehat sangat.. x sempat2 lagi nak berehat dari tadi.. OTW ke bilik... budak2 jb panggil masuk join mereka... bilik sebelah2 je kan.. kitorang pon sembang2 snack dulu.. sambil tengok ramai orang lain tgh mandi pantai .. dahlah tgh hujan pulak tu.. haha.. ni mesti sebab kempunan sangat tgk laut... nmpk best diorang mandi, tapi x timbul pulak hasrat nak join mereka mandi..huhu.. Habis je beberapa snack, ana pun masuk pulak ke bilik sendiri, kene join pulak sembang2 handphone dengan nasrull... x sempat nak rehat.. heheh..

Malam tu, Abg Bai ada beri satu slot mengenai GMI dan perkara2 yang ada DNA Relationship dengan GMI.. GMI = Gerakan Mansuhkan ISA... malam tu, baru rasa macam jelaslah skit psal ISA.. kalau sebelum tu, dengar2 macam tu je.. kali ni baru tahu dgn lebih detail lagi.. huhu.. tamat saja slot GMI, Ust Lokman pulak yang beri slot sterusnya... mantap jugaklah !... pasal dakwah dan perkara2 yang berkaitan dengannya...

* Ustaz Lokman khusyu' memberi penerangan mengenai dakwah dan kaifiyyatnya*

Usai saja slot tu, sepatutnya banin kene denda sebab dtg lewat solat maghrib di surau, tapi sebab dapat siapkan semua puzzle tepat pada masanya, abg mus tarik balik denda tu.. Alhamdulillah !!.. dapatlah kami rehat hari ni dengan aman... huhu...

Imbas Kembali, 16 Jun 2010, Rantau Abang

Pagi tu, usai solat subuh, semua kene pergi ke dewan untuk slot kedua terakhir iaitu slot Syabab: merealisasikan..... dalam slot ni, memang best cara penyampaian dia... kalau concentrate penuh mesti lagi best... huhu.. tapi, ramai betul yang syahid-mahid dan kalah berperang dengan nafsu.. kadang2 kami pun ada jugak yang terlelap dan terlebih faham sampai angguk2 lebih2.. huhu.. memang kali ni saat yang gentingla... pasukan nafsu ramai sangat !..tapi, pasukan syabab x cukup kuat untuk kalahkan semua sekali pasukan nafsu.. pasukan fatayat tak tahulah macam mana.. huhu..

Dengar saja perkataan "wabillahitaufiq......." tiba2 saja mata jadi segar bugar. Peperangan sudah tamat.... aish !. teruk betullah... semua peserta perlu berkumpul semula kat dewan pukul 9 pagi.. memang x cukup 'chan' lah nak tido.. haha... lepas makan, kami terus mandi sebab kene cepat2 skit.. masa rehat dia bagi 1 jam je.. huhu

Pukul 9 pagi, semua dah siap bersedia ada di dewan untuk slot terakhir... kali ni, kami bukan kene berkumpul dalam kumpulan, tapi dalam zon masing2.. such as zon pantai timur, zon johor, zon selangor, zon negeri2 utara, zon perak and so on... kali ini, kami semua perlu buat 'POWER' point berkaitan dengan slot2 yang telah kami lalui sebelum ini.. apa rasional yang dapat dilihat daripada semua slot2 sebelumnya... memang susah betullah nak buat kali ni.. sebab ana catit skit saja nama slot dan data2 slot2 sebelumnya.. huhu.. tu pon mujur gak ada catit skit... tapi, banat yang rajin dah siapkan semua rasional2 dan pengajaran daripada setiap slot.. so, kami pun just design power point dan letakkan gambar2 yang berkaitan dengan slot2 sebelumnya.. huhu.. nak letak animation pon dah tak sempat.. huhu..
Pukul 12, barulah sesi pembentangan bermula... kali ni, ana dengan syafiq akram a.k.a wasabi lemonz yang kene bentang.. fuh, lama betul kene berdiri kat depan ni.. segan rasa... habis saja semua kumpulan bentang kat pukul 2 lebih, ada pulak ucapan2 yang diberikan oleh para fesi dan urusetia... terharu jugaklah skit.... 


  
* Abg Hafiz Bai (kiri) dan Abg Alif Afiq menyampaikan kata2 akhir sebelum program tamat*


Selesai saja makan tengahari dan tamat segala program, masing2 bebas nak buat apa saja.. kalau sebelum tu kene tahan jugaklah kalau nak mandi pantai, kali ni, semua boleh bantai.. huhu.. apalagi, ramai jugalah yang macam x pernah jumpa pantai je.. haha.. main sakan katakan.... bukan setakat pasir pantai habis dia bantai, bola2 resort skali pon kene bantai skali sampai melayang jauh dari persisir pantai.. haha..


* Riang betul diorang ni main pasir pantai*

*ish3, harap je duk kat ganu, pasir pantai pon nak lagi ker ?*

* Athlete JB tengah bina muscle dengan pasir*  








* Kubur di tepi pantai, menunggu masa*

* Adake patut kami ni kembar seiras, x masuk akal lah budak2 JB ni.. ish3"

Ingatkan kali ni bolehla balik awal sebab dekat, rupanya kene hantar pulak peserta2 negeri lain ke stesen bas.. huhu.. memang lama betul tunggu.. lepas maghrib baru boleh jalan... Anyway, harap2 ukhuwwah yang terjalin akan kukuh dan utuh... Ukhuwwah fillah abadan abada ! dan sentiasa istiqamah dalam join program2 seperti ni... lepas ni, XPert pulak... moga2 dapat pergi.. kalau tahun lepas sukma di Terengganu, tahun ni sukma di melaka.. kalau kali ini Leaders di Terengganu, Xpert pulak di Melaka.. huhu.. moga2 dapat ke sana.. for peserta Leaders yang baca post kali ni... istiqamahlah dalam join program2 mcm ni yer.. huhu... Moga jumpa lagi di XPert Melaka akan datang.. insyaAllah...
Wassalam ~..
Coretan bermula 6.44 petang, 15 Jun 2010 dan berakhir 2.42 petang , 17 Jun 2010...


Sabtu, 5 Jun 2010

Palestine Will Never Be Theirs !

Bismillah ~
Lama sungguh x menaip keyboard 'Qwertyuiop' ni ...
Well, moga2 selamat kembali ke dunia blogging.. huhu

Semalam ~
Ana pergi ke sebuah demontrasi ~
Best sungguh ~..
huh, first time..
Ramai betul orang kat sana..
menurut the star.. seramai 35 NGO yang hadir bersama..
termasuk kami... dari jauh.. Terengganu ke Selangor...

Pukul 8.45 pagi, kami bertolak ke KL.. konvoi ramai2.. dgn seluruh pak cik
dari Seluruh Terengganu.. kira2 belas2 family kot yang hadir..
Kami bawa anak2 yang ramai.. huhu..
semangat palestin kan ..

Pukul 12.24.. family ana yang first sampai ke situ.. bawak laju sgt.. sampai kene saman.. heheh..
kami turun di tabung haji.. berdiri di bawah bangunan tabung haji yang ramping tu..
kat sana.. demontrasi x occurs lagi.. tapi, kelihatan ramai rakyat2 jelata yang pkai muffler palestine.. dari Haluan.. aqsa syariff.. many more..
Memang smart ah..
Ramai betul.. Yang tunggu lepas solat jumaat .. mesti x sabar2 tuk demo..
Terlalu ramai.. hinggakan solat jumaat terhimpit2... dalam sebuah lorong yang bengkok..
Ada juga kelihatan seorang pak cik yang terpaksa sujud di atas kerusi besi panjang sebab x cukup ruang.. terlalu crowded.. tapi, tiada pulak crow yang kelihatan.. huhu

Habis saja solat jumaat, terus kedengaran bunyi orang bersorak semangat Palestine..
'HIDUP2 !, HIDUP ISLAM !.. HANCUR2.. HANCUR ISRAEL !.. ramai saja yang menyahut.. masing2 berkesemanggapan yang amat sangat.. Sangat mengharukan.. Abg Hafiz Bai juga ada jadi MC la majlis ni.. semua orang turun ke jalan besar.. Semua pakat serbu jalan raya... kereta2 disekat sementara dan dialih ke laluan yang lain.. Semua bertakbir gempita insyaAllah memecahkan ruang angkasa..


Kami Semua bersemangat menuju Ke US Embassy punya rumah.. Sampai di hadapan rumah.. banyak yang bagi ucapan semangat AQSA.. dari semua NGo.. Semua bertakbir.. semua bersemangat.. bahkan orang2 kecil juga bersemangat raya.. Memang sangat meriah !

Tiba-tiba datang sebuah traktor besar.. ada orang2 di atasnya.. ana tanya kepada akh Mursyid JB yang ponteng sekolah hari tu~ ngee.. huhu.. sape tu ??.. dia ckp tu orang PeKiDa.. hurm?.. pekida pon dtg jugak eh ?.. huhu
Lepas Habis saja semua NGO2 bagi ucapan, kini turn orang2 politik beri ucapan.. PKR and so on kot.. Time tu, kira dah habis la demo kami..
Ana terus ke sebuah jejantas berdekatan.. dekat sgt dgn demo tu.. kelihatan semut2 manusia di atas jalan.. ramai sungguh.. Memang sgt mengkagumkan.. ramai juga yang datang ke sini.. Namun, adakah cukup sekadar sekolompok semut2 HITAM dibandingkan dengan belambak2 lagi semut2 MERAH di luar sana untuk PALESTINE ??
Fikir-fikirkan.. mata hati saja yang dapat menilai..
Wallahua'lam...




-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews