Sabtu, 5 Jun 2010

Palestine Will Never Be Theirs !

Bismillah ~
Lama sungguh x menaip keyboard 'Qwertyuiop' ni ...
Well, moga2 selamat kembali ke dunia blogging.. huhu

Semalam ~
Ana pergi ke sebuah demontrasi ~
Best sungguh ~..
huh, first time..
Ramai betul orang kat sana..
menurut the star.. seramai 35 NGO yang hadir bersama..
termasuk kami... dari jauh.. Terengganu ke Selangor...

Pukul 8.45 pagi, kami bertolak ke KL.. konvoi ramai2.. dgn seluruh pak cik
dari Seluruh Terengganu.. kira2 belas2 family kot yang hadir..
Kami bawa anak2 yang ramai.. huhu..
semangat palestin kan ..

Pukul 12.24.. family ana yang first sampai ke situ.. bawak laju sgt.. sampai kene saman.. heheh..
kami turun di tabung haji.. berdiri di bawah bangunan tabung haji yang ramping tu..
kat sana.. demontrasi x occurs lagi.. tapi, kelihatan ramai rakyat2 jelata yang pkai muffler palestine.. dari Haluan.. aqsa syariff.. many more..
Memang smart ah..
Ramai betul.. Yang tunggu lepas solat jumaat .. mesti x sabar2 tuk demo..
Terlalu ramai.. hinggakan solat jumaat terhimpit2... dalam sebuah lorong yang bengkok..
Ada juga kelihatan seorang pak cik yang terpaksa sujud di atas kerusi besi panjang sebab x cukup ruang.. terlalu crowded.. tapi, tiada pulak crow yang kelihatan.. huhu

Habis saja solat jumaat, terus kedengaran bunyi orang bersorak semangat Palestine..
'HIDUP2 !, HIDUP ISLAM !.. HANCUR2.. HANCUR ISRAEL !.. ramai saja yang menyahut.. masing2 berkesemanggapan yang amat sangat.. Sangat mengharukan.. Abg Hafiz Bai juga ada jadi MC la majlis ni.. semua orang turun ke jalan besar.. Semua pakat serbu jalan raya... kereta2 disekat sementara dan dialih ke laluan yang lain.. Semua bertakbir gempita insyaAllah memecahkan ruang angkasa..


Kami Semua bersemangat menuju Ke US Embassy punya rumah.. Sampai di hadapan rumah.. banyak yang bagi ucapan semangat AQSA.. dari semua NGo.. Semua bertakbir.. semua bersemangat.. bahkan orang2 kecil juga bersemangat raya.. Memang sangat meriah !

Tiba-tiba datang sebuah traktor besar.. ada orang2 di atasnya.. ana tanya kepada akh Mursyid JB yang ponteng sekolah hari tu~ ngee.. huhu.. sape tu ??.. dia ckp tu orang PeKiDa.. hurm?.. pekida pon dtg jugak eh ?.. huhu
Lepas Habis saja semua NGO2 bagi ucapan, kini turn orang2 politik beri ucapan.. PKR and so on kot.. Time tu, kira dah habis la demo kami..
Ana terus ke sebuah jejantas berdekatan.. dekat sgt dgn demo tu.. kelihatan semut2 manusia di atas jalan.. ramai sungguh.. Memang sgt mengkagumkan.. ramai juga yang datang ke sini.. Namun, adakah cukup sekadar sekolompok semut2 HITAM dibandingkan dengan belambak2 lagi semut2 MERAH di luar sana untuk PALESTINE ??
Fikir-fikirkan.. mata hati saja yang dapat menilai..
Wallahua'lam...




Sabtu, 20 Mac 2010

StufF SurGeon'S

Bangun subuh pagi ni... rasa seperti masih berada di Pulau pangkor... angin sepoi2 terasa menyentuh cold receptor tubuh ini... masih segar ingatanku di sana.. 1001 ingatan masih kekalhingga kini.. sebelum ia pergi.. lebih baik awal2 ana ceritakan kepada pembaca sekalian...

Imbas kembali, Kemaman, Malam

" Cepat3... bas dah sampai ni..masukkan dahulu barang sekolah.. lantang suara ustaz khai mengarah kami bersegera.. malam ni, hati terasa berat nak naik bas.. aish, terasa bagai cuti tersangat pendek.. whooaa... x sempat lak nak study.. dahlah bukak sekolah nanti terus exam 0ti 1...
kali ni, program yang tiba2 ada ni pulak yang buat cuti semakin pendek.. namun, dengan perasaan berat hati dan sedih.. kami bertolak dari sini ke satu tempat yang memang sedia maklum keadaannya... sitiawan, perak.. di sinilah kampung halaman Chin Peng... namun, bukanlah hasrat kami untuk menjenguk2 Chin Peng kerana kami ke sana untuk sebuah program.. Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan, Staf Sarjan dan Leftenan Muda KRSM... program yang berlansung selama 5 hari 4 malam ini ternyata bukan sekadar program biasa yang mementingkan kekuatan spritual semata-mata ataupun kekuatan jasmani semata-mata.. namun, ia lebih dirangkumi daripada kekuatan spritual dan jasmani sekaligus...

Imbas Kembali, Amir Chalet, Sitiawan, Perak, Pagi

Berbalik kisah asal, kami sampai lewat pagi tu... Terasa malu pulak bila ramai orang dari sekolah luar tengok kami masih lagi berpakaian semalam... mujur x berbau.. huhu.. sampai2 jer, kami kene berbaris... mereka nak check barang2 larangan untuk dirampas.. kami bertindak lebih awal.. jangkaan kami tidak meleset sama sekali... semua barang larangan sudahpun kami serahkan kepada guru pengiring kami yang setia... Leftenan Muda KRSM Hayati Hussien.. huhu..

Diringkaskan cerita, para bakal Staf Sarjan berkumpul di suatu sudut di bawah naungan dahan pokok yang redup tersengih2 melihat telatah sarjan yang sedang panas dibakar terik matahari.. di situ jugalah kami dahulu tatkala diperhatikan oleh staf sarjan yang sebelumnya.. dalam hati sempat berbisik.. huhu... setelah dibahagikan kumpulan.. ana dapat kumpulan nombor 2.. kami berkumpul, berbincang mengenai cadangan nama kumpulan kami... mula2 ada yang cadang syumul, jiil quran... namun, tiada suara sepakat... melihat keadaan ini, ana lantas mencadangkan " KAIKYOU HASE" yang bererti pejuang islam dalam bahasa jepun.. semua setuju.. dengan itu, diiktiraflah nama kumpulan kami sebagai kaikyou hase... sebenarnya, nama ni adalah nama samaran ana... memandangkan agak sesuai keadaan dan kesempatan ini, ana tanpa segan silu mempromote nama sendiri.. heheh..

Setelah beberapa lama berbincang dan bermesyuarat.. tibalah masa yang kami nantikan dari tadi lagi... x sabar rasanya nak tinggalakan dunia Nyalat ni... (nyamuk + lalat = nyalat)...

Kira2 pukul 2.30 petang, kami semua bertolak ke jeti Lumut dengan sebuah bas kecil... wow... sangat padat dan pack !!!.. kepanasan yang membara... uncle india tu sengih2 je tengok kami ramai sangat... sebab tiada ruang lagi, ramai yang terpaksa berdiri dalam bas tu sepanjang perjalanan... termasuklah diri ini.. uwwaaa.. letih betul.. menggalas beg sambil pegang botol air mineral besar... kadang2 terjatuh juga botol mineral lantaran tersengguk-sengguk badan pemegang botol... haha.. tertido sambil berdiri.. menyiksakan... mujur x terkeluar air liur basi.. haha..

sampai-sampai saja ke sana, penyiksaan berlaku lagi ke atas diri kami.. bukankah penantian itu suatu penyiksaan ... kami terpaksa tunggu feri seterusnya kira-kira 2 jam... kami duduk merempat di depan pintu masuk terminal jeti lumut... haha.. setelah dirasakan badan benar-benar berada di dalam feri... barulah lega sikit keadaannya.. namun, bunyinya sangat membingitkan telinga setiap penumpang.. ana cepat2 mengambil posisi duduk di tepi tingkap.. nak tengok pemandangan kot... first time naik feri, biasalah.. jakun sikit.. haha... dari dalam ruang legar feri yang bagai bas itu... bunyi air x habis2 menderu... jenguk ke luar.. hurm, lautan dalam... nampak juga anak-anak ikan melompat.. obor-obor oren berenang... pemandangan yang mengasyikkan diriku sehingga ramai peserta lain yang syahid sudah di dalam feri ini lagi...

X berapa lama kemudian, jumpalah dari kejauhan kampung nelayan.... oo... dah hampir sampai rupanya... haha.. trip vacation for staf sarjan la kot.. setelah feri berlabuh.. kami turun... dengan muka yang mengantuk.. mata senget separuh... kami berkumpul semula di perhentian kami yang kedua.. jeti Pangkor... "ini ke pangkor ??" tanya beberapa orang musykil melihat ketidakunikan kawasan sekitar.. kotor... hurm, ada jugaklah sampah2... kami mengabaikan hal itu... kami terus masuk kumpulan masing2... "okay, check point seterusnya ialah Teluk Sekadeh"., fasi kami, Muallimah Mazuwin lantang berkata-kata... kami segera bergerak paling awal sekali... berpandukan peta dan bearing... perjalanan kali ni dirasakan agak jauh... huhu..kami melalui jalan raya kemudian keluar ke teluk tersebut melalui jalan bukit.. kene gak panjat2 sikit.. mujur hari belum malam lagi.. hampir2 malam...

Sampai2 saja kat sana, kelihatan semua kumpulan banat telah lama sampai ke sana meskipun kami kumpulan banin yang paling awal sampai ke sana.. mereka bertolak lebih awal daripada kami... kira2 selang 45 minit dengan feri yang kami naik... kami terus mendirikan khemah di satu tempay yang dirasakan aman, nyaman, sentosa, dan selesa.. haha.. Ketua kumpulan kami hari ini, Izzat mengarahkan pengkhususan pekerjaan seperti dalam tamadun mesir purba.. haha.. kami dipecahkan kepada dua bahagian, sebahagian masak nasi dan sedia makanan, selebihnya dirikan khemah... yang bestnya, Kat sini ada banyak air segar bugar... sejuk lak tu.. air sungai pure.. x der klorin punyer maa... haha... buat letih kami jer duk berpeluh2 angkat botol air mineral besar ke sini.. bekalan air melibihi daripada keperluan kami.. haha..

malam tu, seperti biasa... kami makan2.. solat2... dan ada refleksi.. kata fasi kami, setiap malam akan diadakan refleksi atau glamour juga dengan nama muhasabah... so, mana2 anggota kami yang buat silap ke akan ditegur terus oleh kami semua... malam ni jugak akan dipilih semula ahli mt yang baru dan bertukar-tukar setiap hari.. contohnya ketua, penolong dan jurutulis... tapi bukan dalam tulisan hieroglif je.. hahax.. malam ini, dengkuran keletihan kurang bergema.. malulah staf sarajn tido still dengkur.. haha..

Imbas Kembali, Teluk Sekadeh/ Segadas, Pagi

Pagi isnin, tido kami semua sangat2 lena... cuma tak pula dibuai mimpi.. seekor nyamuk pun x ada kat sini sebab semua nyamuk x sempat nak hisap darah kami pun dah dipukul angin masin air pantai teluk ini... haha.. pagi ini, awal2 lagi dah bangun.. udara sangat2 segar... baru best buat qiam time2 gini.. huhu.. selesai qiam, sementara tunggu azan subuh berkumandang, kami berkumpul di satu sudut... berapa darjah agaknya sudut ini...x delah... ana tersengih kambing aje bile tengok nasi dah masak... orang yang hirasah time2 akhir yang masak nasi.. . lepas subuh, kami menjamah sedikit makanan... sekadar memenuhkan perut.. hehe..

Hari ini, kata tuan zaini, cabaran lebih besar daripada semalam punyer.. hari ini.. besar punyer !!!! haha... Kene redah hutan belukar... berapa kilolah agaknya ~. disebabkan kumpulan kami sampai paling awal kat sini semalam, so, kumpulan kami kene pulak berlepas no. 3 dengan selang masa 15 minit antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain... lepas habis semua kumpulan banin berlepas, barulah kumpulan banat dilepaskan dari kem..

Pengembaraan bermula... mula2 kami masih steady lagi... lama2 bunyi deruan nafas semakin kencang ... letih betul.. destinasi pertama kami... puncak bukit 509... letih jugaklah sampai di sana.. tapi x brape letih sangat pon sebenarnya.. huhu.. cuma lenguh aje.. lenguh bahu kene pikul khemah, lenguh bahu kene pikul beg yang berisi makanan dan berbotol2 air masak... sampai sahaja di puncak bukit.. kami semua sampai bersama-sama... kumpulan ana dan kumpulan 1 sampai serentak sebab jalan sama2 takut sesat pulak.. hehe.. bila sampai saja atas tanah rata puncak bukit tu, kumpulan 3 pulak yang tiba2 sampai dari arah yang berlawanan.. fuh, mesti jauh mereka pusing sampai boleh lalu keluar dari track asal.. huhu..

setelah puas bergambar dan berehat sebentar, bermulalah ekspedisi sebenar kami.. destinasi seterusnya ialah di pasir bogak... what !!!.. jauh betol !!!.. kami tentukan bearing dahulu sebelum turun... mulanya, semua kumpulan jalan sama2.. redah hutan, turun daripada batu besar cerun > 70 darjah.. pergh.. memang ah gitu sebab jalan ni kami buat sendiri...

Setelah lam berjalan, kumpulan kami berpisah dengan kumpulan hadapan dan kumpulan belakang.. entah bagaimana... kami melalui sebuah jalan yang belum diteroka lagi.. memang jenuh kami cari jalan keluar, namun bukan senang sebab ada batu besar dan gua2 yang menghalangi perjalanan kami... ada jugak kami nampak burung hantu tengah tidur siang.. haha.. comel lak tu.. kami pon berhenti rehat sebentar sambil berposing-posing dengan burung tersebut.. haha..

Setelah lama mencari, tiba2 ana ternampak bumbung rumah... berdekatan dengan sebuah tangki air yang usang.. hurm, ini petanda ada jalan keluar.. kami berjalan di atas sebuah jalan batu yang ditinggalkan.. penuh semak dan ranting2 patah... entah macam mana boleh ada jalan bersimen seperti jejantas dalam hutan-hutan begini.. kami berjalan terus... akhirnya terjumpa sebuah rumah usang yang ditinggalkan.. separuh siap.. nampak terbengkalai kerjanya... berdekatan rumah itu juga terlantar sebuah balak reput yang besar menghempap jalan bersimen itu sehingga nampak kesan runtuhan simen2 gara2 dihempap kayu balak itu.. kami berusaha mencari jalan untuk turun ke lantai hutan memandangkan jejantas yang kami lalui agak tinggi... akhirnya, kami nampak sebuah jalan kecil... perjalanan di teruskan hinggalah kami menyentuh pasir pantai.. whoaa... sukanya kami.. bukan senang nak ada pengalaman sesat macam ni.. haha..

kami berhenti sebentar di pantai ini... bila dikebas2, ditampar2, diperiksa kaki ana... hurm, ada sebelas gigitan pacat... termasuk dua ekor yang baru terjatuh menggelupur bile diketuk2... gemuknya dia.. kenyang betul makan darah orang... habis basah seluar krs yang ana pakai.. basah dengan darah.. bau yang agak hanyir... bau darah... macam manalah kuat sangat pacat2 ni panjat kaki orang sampai bahagian paha2 sekali digigitnya.. sengal punyer pacat.. haha..

bergambar sekejap, itulah hobi fasi kami.. hehe... okasan memang sporting... kami meneruskan perjalanan panjang kami ini dengan gembira.. haha.. kesan gigitan pacat kot... hampir sampai ke destinasi, kami nampak segerombolah banat sedang meluru ke arah destinasi Kedua, Pasir Bogak... kiranya, kumpulan kami sampai yang keempat selepas banat2 tu semua.. entah, mana agaknya kumpulan banin2 lain.... belum keluar dari hutan lagi agaknya..

sampai di Pasir Bogak... kami kene ambil gambar sebagai bukti kami sudah melalui check point tersebut... okasan belanja kami minum air sirap ais segar bugar.. haha... bestnye... lepas berbaldi-baldi peluh merembes keluar.. kami tambahkan balik kuantiti NaCl dalam badan yang dah hampir habis, bak kata orang muda, refill balik dengan air syrup.. haha.. biar xder NaCl pown.. erm, ada jugaklah skit2.. kami semua cepat2 lintas banat2 yang berjalan ramai2 tu...

Setelah berehat seketika, kami meneruskan
perjalanan ke check point terakhir untuk hari ini.. Teluk Nipah ~.. wow ... menggeletar rasa lutut kami bila tengok peta.. uwaa.. jauhnya.. bagaimanapun, perjalan mesti diteruskan.. macam mana nak jadi rijal kalau setakat berjalan sikit macam tu dah nak pengsan.. mengeluh ??.. huhu.. nabi muhammad dulu pergi berhijrah berapa jauh agaknya kalau nak bandingkan dengan pulau pangkor ni agaknya ... setakat pulau ini, alamak... kura2 pon bley pusing... huhu.. hurh... kata2 semangat semakin membara di dalam dada kami... bagaimanpun, kami berhenti sekejap dalam perjalanan .. nak makan tengahari.. hehe.. roti + coklat Nutella~ pergh.. best betul... kami dapat byk pulak kcal dari coklat ni.. huhu..
Keringat merembes sepuas-puasnya mengalahkan keringat masa merentas desa dulu... fuh.. dahlah kene naik turun bukit .. sign board banyak tulis " 15%".. kami x faham apa2 pon.. pastu turun bukit.. lama sikit ada lagi sign board "10%"... fuh, tinggi betul curam jalan ke teluk nipah ni.. kami menggunakan sebanyak mungkin daya untuk naik bukit ini... sangat curam... meletihkan.. fuh ~... sedang kami semua berusaha sehabis daya naik bukit turun bukit... tiba2 bunyi deruman enjin van pinky... ngee ~... segerombolan banat tengah syok abis duk dalam van tu... amboi ~.. skati je naik van... kami menahan liur je melihat telatah mereka... perjalanan tetap perlu diteruskan...

Berkat kesabaran kami, kami sampai ke Raudhah Camp, Teluk Nipah... sampai je kat sana, semua banat dah ada.. satu kumpulan jalan kaki.. dua kumpulan naik van... ngee ~.. banin, kumpulan kami lagi yang sampai awal sekali.... entah kat mana lagi banin2 lain... Banat senang ah… naik van lak tu.. geram den… kiranya kami kumpulan kedualah yang sampai sini yang x pakai Van~… kalah ngan banat… malunyerla..hahax… kenapa asyik2 kami yang sampai dulu.. fuh.. bosan arh kalau macam ni.. heheh…

Sejurus selepas sampai di Raudhah Camp, kami terus solat dan mendirikan Khemah… kira2 setengah jam selepas itu, barulah kumpulan banin yang seterusnya sampai di sana. Waktu itu, kami dah rehat dan tido2.. mereka baru sahaja sampai… huhu…

Malam ini, tiada apa2 program… namun kami berlatih kawat untuk persembahan kawat .. dan merancang persembahan sejurus selepas Refleksi mala mini… kali ni, refleksi kami lebih ceria berbanding hari-hari sebelumnya… kini, kami lebih mesra bersama lagi2 dengan okasan.. huhu…


Imbas Kembali, Raudhah Camp, Teluk Nipah, Pagi


Pagi ni kami bangun awal juga tapi terlewat sedikit sebab berlatih banyak sangat semalam sampai tak terhirasah pulak.. heheh… Mujur gak sempat solat sunat 3 rakaat.. Lepas solat subuh saja, Tuan Zaini denda terus mereka yang x bangun qiam… kene berendam dalam kolam air.. huhu..

7.30 pagi, ingatkan ada latihan dan persembahan BaSeD ( Basic Self Defense) tapi x der pown sebenarnya….Lepas bersiap-siap kami pakai half uniform KRSM, kami semua segera bertolak ke Pantai teluk Nipah… Syabab pergi berkayak dahulu sementara Fatayat pergi berrepelling dulu… huhu.. best betul main kayak kat laut dalam ni.. kalau dulu, sarjan main kayak dekat2 je.. kali ni kami boleh main kayak jauh2.. lenguh habis bahu2 berkayak.. kene pusing satu pulau kecil dekat2 situ.. habis saja berkayak.. kami ke tempat repelling a.k.a abseiling ~ main repelling … best woo… rasa serum lak bila duduk kat atas.. .. sgt best.. tapi bese2 jer.. x letih mana program untuk hari ni…

Habis saja dua program tersebut, kami semua makan2 dulu.. sempat jugak masak kat pantai.. makan bubur bapak sedap.. haha.. usai solat zohor dekat surau berdekatan, kami mula cari Van untuk balik ke jeti pangkor…

Kerja kali ni mudah je… naik van.. tunggu sampai.. turun… haha.. mudahkan ??.. kali ni kami x tunggu lama sangat sebab feri awal2 lagi dah ada.. Tapi time balik ni, cepat saja feri berlayar… dengkuran pun bermula membingit suasana feri..

Sampai ke jeti lumut… kami diberi masa for shopping sampai pukul 5 petang.. whoa !!!.. apolagi, borong sakan lah kami.. hehe… masa yang sedikit ni ramai yang gunakan untuk mengalas perut… sebab tu malam tu, x ada dapur yang berasap.. huhu..


Imbas Kembali, Amir Chalet, Sitiawan, Perak, Pagi


Pagi ini, semuanya okey !.. makan pagi pon best.. huhu.. mee yg bentuk macam Maggie tuh cicah dengan sup Campbell .. haha.. special betol.. bapak best tau ..

Puas makan, kami ke tapak base, belajar banyak benda kat situ… Gerak asas level 2, Elak Guna Level 2 dan kekemasan pattern..

Balik ke Pengkalan, kami kene kawat kaki pulak.. kali ni, silibus baru dia ajar cara gerak laju kepada gerak perlahan dan daripada tiga barisan nak jadikan dua barisan… huhu.. x pernah diajar pown sebelum ni.. . ada jugak mende2 macam tu..

Petang, kami semua buat Pesta Sardin mackerel sebab ada banyak sangat tin sardine yang lebih.. masa nak pergi ke Pangkor, dia suruh bawak barang2 yang perlu saja.. so, semua tin2 sardin yang berat2 tak terbawa.. banyak jugaklah makanan yang lebih tinggal kat sini.. Best pulak makan sardine malam ni sebab dah campur beberapa perisa sardine.. heheh..

Malam terakhir, kali ni… refleksi kami lebih lain daripada yang biasa.. kalau malam yang sebelumnya kami buat refleksi.. sorang dua aje yang bercakap.. tapi kali ni, semua orang kene komen setiap orang yang dia rasakan sepanjang empat hari bersama… inilah dia.. HoTseaT sPeciaL.. huhu.. habis semua orang kene bakar… ana lagi teruk kene bakar !!!.. haha.. xpe3.. ana pon bakar jugak orang lain.. haha.. saling bakar membakar ~… habis jer, kami terus tido.. mengantok sangat.. mula2, anggar nak kemas barang dalam bilik khas.. Nampak katil ada kat situ, so, tertidolah atas katil malam last.. heheh..


Imbas Kembali, Amir Chalet, Setiawan, Perak


Hari Last, rasa x sabar2 nak balik rumah.. home miss me.. heheh.. hari Pentauliahan sebenarnya.. pagi tadi, makan pon x sempat gara2 nak kejar majlis pentauliahan ni.. Berdebar pulak rasa jantung ini.. Takut membazir gitu aje RM 250 datang sini.. rugilah kalau x dapat mende2.. time tu, dia ckp hanya ada 23 orang sahaja yang dapat cemerlang daripada semua peserta yang datang sebagai leftenan muda, Staf Sarjan dan Sarjan… Sijil penyertaan seramai 7 orang dan yg selebihnya dapat lulus atau kepujian… kalau x dpt cemerlang pon x apa ah.. asalkan boleh dpt jugak jadi staf sarjan.. Mula2 start majlis pentauliahan, Leftenan Muda dulu yang ambil sijil kat pentas dengan etika hormat selaku mengambil sijil… X lam lepas itu, barulah turn Staf pulak ambil sijil.. rasa terketar2 pulak lutut time nak ambil sijil… Ana duduk kat kerusi row yang kedua bagi Staf..Masa tgh beratur.. Lepas Hafizi Hira’…dia panggil namaku ~ “ Staf Sarjan Ahmad Mujahid bin Mazlan”… “Tuan”.. bunyi suara kawat sengau .. haha.. lantas datang naik pentas amik sijil… turun-turun jer.. rasa cuak tiba2.. sebab tulah salah lalu jalan shortcut balik ke kerusi asal.. patutnya kene pusing satu dewan dahulu baru boleh balik kat kerusi asal.. hahax.. malunya la..

Bila duduk saja, baru tengok keputusan sijil… nak tahu result dier ape ?.. jeng3....




Alhamdulillah… dalam ramai-ramai gitu, boleh jugak ada peluang dapat cemerlang,, staf banin

alamin yang lain dpt kepujian.. habis saja Majlis pentauliahan~ suara nyanyian lagu tema Tuan azzrul terus bergema.. ~ kami pon nyanyi sama2 kuat2…

Sedih pulak bila nak berpisah dengan okasan dan kawan2..tapi rasa x sabar2 nak balik.. huhu.. Untuk kenangan, Okasan dan kami ramai2 tangkap gambar berbackgroundkan kolam udang yang ada dekat kem itu… hehe.. pastu, okasan beri kami key chain kat kami buat kenang- kenangan.. hadiah dari okasan.. simpanlah sampai bila-bila...


Bas kami sampai awal kat situ.. awal sangat !

Kami pun pulang ke pangkal jalan ~ meninggalkan 1001 kenangan indah…


Dedikasi buat Staf Sarjan kaikyou Hase,


Okasan Mazuwin Mohammad Yusuf

Staf Sarjan Ali Hidayati Hira’

Staf Sarjan Izzat Irsyad

Staf Sarjan Wan Anwar Saidiyyah

Staf Sarjan Sofwan Kelantan

Staf Sarjan Mujahid Mazlan

Staf Sarjan Hazalif SMART

Staf Sarjan Aiman JB

Staf Sarjan Yusuf Bangi

Staf Sarjan Muttaqin Kemaman

Staf Sarjan Ahmad Sg. Petani


Ukhuwwah Fillah Abadan Abada ~

Aja-aja Fighting KaikYou Hase !!!


Sabtu, 6 Mac 2010

Terkandas sementara... traffic jem..

Bismillah...Kekeringan idea penulis menyumbang kepada kekosongan blog penulis-penulis muda terkini. Mereka tidak tahu apa yang perlu dan hendak diisi di dalam blog mereka. Malah, lebih malang lagi... mereka tiada masa untuk menulis artikel2 terbaru. x Cukupkah 24 jam sehari yang Allah beri ??tentu sekali sangat cukup.. cuma masa yang dibahagikan sedikit kecundang sehingga memberi impak kepada aktiviti-aktiviti lain.... hurm... termasuklah empunya blog ini... sering menjadi masalah untuk buat post baru.. kadang2 internet problem... kadang-kadang meeting sampai maghrib... kadang-kadang macam-macam lagi la... to all visitors, mintak maaf banyak2 sebab x terupdate blog ini.. nak buat macam mana kan??.. form 4, tahun sibuk... fuh.. moga2 cepat hilang kesibukan tersebut... amiin..

Sabtu, 20 Februari 2010

Semangat Terpupuk Sudah ~

Kemaman: Sekelompok pelajar menaiki bas menuju ke Pusat Integriti Terengganu atau lebih dikenali dengan nama Pupuk Semangat. Mereka telah menghadiri sebuah kem yang bertemakan kepimpinan. Lapisan-lapisan pelajar tersebut terdiri daripada golongan Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakaan, MPP( AMT dan WT) dan AJK Asrama Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman yang ternyata sedang menerajui barisan pimpinan sekolah tersebut. Kem yang berlangsung selama dua hari satu malam itu telah berjalan dengan jayanya walaupun perasmian majlis tidak dibuat sama sekali.
Menurut seorang pelajar, kem tersebut telah dimulakan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan menguji tahap kerjasama dalam kumpulan. Ketika ditanya salah seorang peserta, beliau mengulas tahap permainan tersebut sangat menguji minda dan memberansangkan otak kiri dan kanan peserta yang hadir. Aktiviti diteruskan dengan permainan-permainan pantai yang menguji tahap kerjasama kumpulan. Malah, setiap pelajar diberikan setiap orang belon air yang dikira sebagai amanah yang perlu dipikul atas bahu mereka.
"Kami sentiasa kena jaga amanah ini tak kira di mana kami berada .Kami juga sentiasa diburu atas keprihatinan kami menjaga amanah ini. Malah, para fesi akan sentiasa mengganggu kami dan cuba mensabotaj amanah kami sama ada memecahkannya atau merampasnya"
Para Peserta
Kem Kepimpinan 2010

"Kami sentiasa kena jaga amanah ini tak kira di mana kami berada seperti yang telah Muallimah Ann beritahu . Kami juga sentiasa diburu atas keprihatinan kami menjaga amanah ini. Para fesi akan sentiasa mengganggu dan cuba mensabotaj amanah kami sama ada memecahkannya atau merampasnya," ulas seorang peserta melanjutkan bicaranya.
Ketika Blogger menemui para peserta di sini, mereka sedang sibuk bersiap-siap untuk mempersembahkan pembentangan mereka mengenai Masalah Disiplin Para Pelajar di SMIAAK dan cara-cara untuk mengatasinya. "Kami bercadang untuk membuat persembahan yang terbaik dalam masa 3 minit ini dan berharap semua peserta yang lain memahami sedalamnya persembahan kami semua," ulas salah seorang peserta.
Setelah para peserta lelaki pulang dari masjid sejurus menunaikan solat jumaat dengan bekas Jelly Kelapa di tangan masing-masing, slot diteruskan dengan seorang pakar yang mengkaji surah Al-Fatihah. Pakar tersebut menerangkan mengenai sistem CASIC yang ternyata terkandung dalam surah tersebut serta perkaitannya dengan kepentingan kerjasama dalam sesebuah kumpulan atau organisasi. Ketika ditanya seorang peserta yang bernama Izzat Anuar untuk mengulas lebih lanjut, beliau telah menyenaraikan beberapa perkara penting yang telah diperolehi sepanjang kem tersebut seperti yang tertera dalam blog beliau:"

1) we must thing first b4 doing something..
2) Jika tiada tekanan,kita tidak akan memperolehi kejayaan..
3) Jika mahukan kejayaan,pasti ada tekanan...(same je...haha)
4) Mestilah yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan.
.

5) CASIC n PIES system..
6) We must have
TEAMWORK to succeed..

7) Mantapkan AQIDAH boleh menghindarkan drpd melakukan kesalahan..
8) Mestilah menjadi seorang yg seimbang (dunia dan akhirat)
9) Kita merupakan orang dunia dulu,barulah menjadi orang akhirat.
10) Mestilah menjadi seorang yg seimbang
(physical,iQ.eQ,sQ)

11) Mestilah menjadi seorang yg berjiwa besar.
12) Jangan 'menyampah' dengan soalan budak2..

13) Interdependence is only a choice for independent people..

14) Ikhlas dalam setiap perkara..

15) Allah memberkati orang yg memelihara wudhu'

16) 'Perkara remeh bukanlah urusan kita'....(sentiasa cari jalan penyelesaian)
17) Sharing,caring,helping...

"Kem ini memberikan saya banyak kebaikan dan pengajaran untuk berjaya di dunia ini sekaligus di akhirat . Saya berharap agar semua pemimpin-pemimpin yang menyertai kem ini akan menjadi seorang pemimpin yang berjaya dalam pimpinannya," ulasnya lagi. Sejurus selepas tamat kem tersebut, para peserta beransur pulang ke rumah masing-masing. BB.

Ahad, 31 Januari 2010

whoa !!... it was 30 jan 2010


~ It was 30/01/10 ~

Salam alaykum
Jam digital yang selalu melekat di tanganku jelas tertera di atasnya '12.20 pm'.. dah tengah hari rupanya.. x sedar pulak ada event arini... dengan pantas ana bersiap-siap nak pergi ke event hari ni... majlis juara rakyat ~.. hurm, mujur gak sempat.. lepas habis bersiap2 nak ke sana.. abg ana hantarkan.. my sis yg temankan ke sana..

sampai2 je kat sana, terus jumpa gengs... izzat, m.daus, hanifuddin... kami berborak2 sekejap.. x lama pon.. huhu... terus ke meja pendaftaran nak daftarkan nama kat kaunter.. hurm, 561 ?.. kenapa nombor ana jauh sangat ngan nombor nta ?... aish, macam x kene je.. ana pergi check..

aik, apehal plak dah ni.. nama ana dah termasuk dalam list bebudak geliga.. wargh !!.. goram den... so, masuk jer dewan kenelah duduk tempat sebelah budak2 geliga.. alamak... seksanya duduk tengah2 antara dua orang perempuan... mujur ada laluan sebelah ana.. kalau x tak tahulah nak cakap apa..

~ Me and my Kak Long ~

ana still diam membisu tuli ... kadang2 sms tertera di skrin.. kak longku sempat wat lawak mengusik.. haha... sampai2 je YAB mat said dan Shabery cheek, barulah majlis mula.. dengan nyanyian lagu Negaraku... dan lagu juara rakyat.. what ??... what is that... hurm, entahlah nak cakap apa... keliling dewan penuh ngan bendera2 yang berwarna biru gelap dan merah aje.. mak cik2 yg duk kat barisan hadapan kerusi pown serba merah je... hahahax... politik betul... ucapan demi ucapan menjengah telinga kecilku.. uwargh... ana menguap beberapa kali... kebosanan yang melampau.. kadang kala jawab soalan yang budak geliga tanya kat ana.. hurm, jawab sekadar yang dia tanya... pastu terus diam... Ya Allah... seksanya mengunggu.. hurm, betullah cakap orang lain.. penantian itu suatu penyiksaan... huhu..

Tiba turn ana bangun nak beratur untuk naik ke pentas... hurm, barisan nampak penuh je.. so, ana pon jalan lambat2 ke arah barisan .. petugas2 kat ctu nampak ana jalan lambat2.. dia 'sound'... fuh...~ kene jugak skit.. haha....

Naik pentas dengan muka teruja nak terima sijil anugerah kecemerlangan PMR 2009... huhu.. ana salam ngan Mat Said... sempat dia tanya..."dapat berapa 'A' PMR ?".. ana jawab 8a je.. "so, dia suruh ana dapatkan 10a spm nanti... hurm, 10a ?.... sian ana, amik sebelas sepuluh aja yang diiktiraf.. haha...

Habis sesi tu... 'photographer utama' pon dtg kat ana.. tangkap2 gmbr... haha.. izzat lah tu.. si chillax yang sangat suka bergambar.. haha.. emak izzat pon tangkap gambar kami... hehe.. Best jugaklah dapat gak sikit imbuh bulan ni..

Pulang ke rumah... sampai lebih kurang pukul 5 lebih.. lepas solat asar, abg muaz ckp nak pergi pantai sekejap.. haha.. maklumlah baru dapat duit kan.. terus nak kene belanja.. haha.. umi ngan abah kat KL.. so, da siblings 8 beranak pon mulalah journey ke pantai chendor... sorry kak rah, x leh ikut.. tulah, lain kali balik ah skali.. hehe.. Well, kami makan2 di sana ... main2 pasir, main2 tangkap gambar and so on larh
Kanak2 riang bermain air pantai..hua3

Kepok geter dan aiskrim ??...heheh

lukisan url blogku ~

hehe... puas main2 kat pantai.. kami pulang ke rumah... kan best kalau boleh selalu kumpul sekeluarga kat saru tempat .. main tangkap gambar ramai2.. hehe.. well, esok kak long nak balik dah ke sana.. so, bawak2 update blog yer.. hehe..

oklah, wassalam...
coretan personal

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews