Jumaat, 10 Julai 2009

Eks Indo

EKS InDo

Ekspedisi Indonesia

Selasa- 2 juni 2009

Tepat jam 12.30, kapal terbang udah steady di atas udara. Aku kini sedang menulis di atas flight sambil flightnya gesek-gesek di udara Malaysia- Indonesia.

Kalau kira-kira, waktu di Malaysia lewat satu jam daripada waktunya di Indonesia.

Asalnya, kami warga Malaysia harus tolakin dari Malaysia jam 8.30 tapi asyik2 ditunda hingga tiba jam 11.45 malam. Kalau perjalanan itu ngambil kira-kira 2 jam saja.

Tiba-tiba datang pramugari berbangsa indon lalu minta apa-apa yang bisa ditempah, kok aku rasa pelik juga kadang-kadang karna variasi banget makanan makanan yang bisa ditempah di sana, maggi cup, nasi ayam juga ada sih.Ngantuk, gue ketidurin~

Bangun, hampir udah sampai di sana.. dari tingkap kulihat kerdipan bangunan-bangunan dari atas udara… “ bersedia untuk mendarat, para wisata diminta untuk pakai sabuk pengaman keselamatan” bilang pramugari yang kami gelar sebagai pontianak kerna celaknya tebal bagat sih. Kami akhirnya selamat mendarat di lapangan terbang Soekarno Hatta, bapa kemerdekaan Indonesia.. keluar aja dari flight kami lihat ada satu bis yang mungkin udah lama nunggu kami turun. Wah, cantik sekali keadaan di sana, kulihat jam, udah jam 1.50 dini hari . Udah ambil beg saja , check out dan para pak Guru dari SMP IT Iqro’ udah lama nunggu di luar, rupanya mereka udah nunggu sejak pukul 9 malam lagi.. kasian bangat sih.

Jam 3 dini hari, waktu Indonesia ~ saat itu baru kami sampai ke SMP IT Iqro’.. bisa tahan, bangunan juga sederhana besar. Nggak terlalu besar dan nggak terlalu kecil .

Kami terlalu ngantuk dan terus masuk tidur di asramanya SMP IT iqro’ .. kalau pronounnya dalam bahasa Malaysia kayak gini, Es Em Pe Ite’ IQRO’… kan pelik sih. Ya udah, sambung ceritanya subuh di sana pukul 4.30 pagi, awal bangat sih~ kayak masa qiamullail di Malaysia.. habis subuh sambung tidurin.. kerna ngantuk bangat … sambil tidur, tiba-tiba masuk pembantu ke dalam asrama bawain mie nasi~ .. pelik bangat.. awalnya, kami jakun sekali lihat makanan aneh kayak gitu. Mie kayak mie sedap dan campurin nasi putih kosong biasa, mungkin padi huma.. nggak papa.. lupain aja itu..

Jam 7.30 pagi, para wisata, pelancong lantas memberi taklimat dan memperkenalkan identiti masing-masing kepada para siswa-siswa dan siswi- siswi di SMP IT Iqro’ .selesai arena itu, kami ke lab computer, kamat computer untuk taklimat lawatan dan keberadaan kami di sini.. Dari situ jugalah baru kami bisa mengenali para pak guru dan buk guru kayak Pak Suharto, Priono dan pelbagai lagi yang kadang2 rasanya aneh sekali.huhu.. Jangan terasa ya.. maaf saya ucapkan awal2 buat guru-guru di sana. Para Osis juga ada yang menemani kami dalam briefing itu.. kalau di Alamin kita panggilnya AMT.

Selesai taklimat itu, kami warga wisata terus ke Monas Tower , mercu tanda yang famous di Indonesia.. Nggaklah terlalu tinggi tapi uniknya di atas sana ada emas, bukan2 tapi sebenarnya besi unik bentuknya di salut emas.. tapi tentu sekali nggak bisa dicuri kerna tinggi sekali. Huhu.lihat aja foto di bawah inidi bawahnya ada museum bersejarah yang agak besar sih, tetapi kalau nunggu untuk naik dan turun di sana begitu lama sekali kerana hanya ada satu lif saja di dalam batang monas ini.

Selepas itu, kami terus ke masjid istiqlal yang merupakan masjid yang paling besar di asia tenggara setakat ini.. tapi yang anehnya di sana hadapan masjid itu, terus ada satu gereja yang besar juga kalau sekarang ini sedang dibina dan dalam proses pembaikan.. Berbalik cerita tadi, dalamnya masjid istiqlal ini besar sekali, lempat tingkat dan sungguh indah sekali ukiran khatnya. Itulah destinasi yang terakhir kami pada hari tu, kerna selepas ini ada satu dugaan dan cabaran yang lebih besar buat kami di sana ~

4.30 sore, Bantar gebang kini semakin kuhampiri, bau-bau yang memberansangkan busuknya semakin menusuk kehidungku seolah-olah bau-bau itu melambai-lambai kearah kami untuk semakin didekati. Kami lantas menurut kemahuan bau itu… van yang dinaiki wisata siswa pria dari Malaysia kurang enak, panas juga dan bau itu tetap hadir meskipun tingkap dan pintunya ditutup rapat-rapat gitu. Destinasi sudah kukecapi kini ~

Catatan Nazifi…


Aku kecapekan yang amat bangat. Inilah konsekuensi orang yang tidak cukup tidur kerana kami baru sampai pagi tadi jam 2. Walau bagaimana pun, itulah hidup kadangkala senang kadangkala susah, tetapi kalau kita fikir, hidup tanpa susah pun tidak juga nikmat, kerana apa? Karena itulah kehidupan. Berbalik kepada kisah tadi. Kami kemudiannya menaiki mobil menuju destinasi. Aku sedar bahawa sekarang aku di Indonesia. Sepanjang jalan yang dilalui amat sempit dan penuh berlubang. Siksa. Kami terpaksa duduk seperti tidak duduk.Aku juga melihat jalan yang begitu sesak dengan kereta dan motor. Dalam fikiranku, aku terfikir, bagaimana jika pemandu di Indonesia memandu di Malaysia?. Kerana mereka tidak kisah mencelah meskipun dalam situasi berbahaya. Seterusnya kami singgah di Masjid untuk mengerjakan solat jama’ fardu Maghrib dan Isya’. Salah satu kelebihan Indonesia adalah masjidnya kerana semua masjid yang aku lewati sangat indah, bersih dan berestestika tinggi. Langsung selepas itu,kami meneruskan perjalanan tetapi pemandangan agak terbatas kerana suasana di luar sudah gelap.

Aku dapat mengagak bahawa kami sudah hampir dengan lokasi kerana tanda – tanda sudah dapat dikesan. Tanda apa? Tidak lain dan tidak bukan bau sampah yang sangat kuat dan meloyakan. Tidak lama selepas itu kami tiba di Sekolah Alam, Bantar Gebang. Pada mulanya, aku tercari-cari dimanakah sampah kerana suasana sangat kelam. Aku hanya pendamkan sahaja persoalan yang timbul di benakku itu. Aku agak terkejut melihat sekolah itu kerana ia tidak seperti itu. Apa yang ada ialah dua buah pondok setingkat yang kecil dan satu pondok kayu. Kami melihat beberapa orang remaja yang sedang khusyu’ bermain gitar. Kami sempat berta’ruf dengan sahabat sekolah alam. Dalam sesi ta’ruf kami turut diadakan persembahan dari mereka dan kami. Begitu fasih sekali mereka bermain gitar tetapi sayang lagunya tidak islami’. Tetapi kami sedar mereka ini adalah pemulong dan salah satu cara mereka menggembirakan hati ialah dengan menyanyi dan bergurau senda. Tidak lama selepas itu kami bersiap untur tidur. Terdapat seorang kanak-kanak yang paling rapat dengan kami. Dede’. Dia ini sampai mahu tidur bersama kami.

Keesokan harinya, selepas solat subuh Mujahid menyampaikan tazkirah yang bertajuk 10 muwassafat muslim. Terus selepas itu, kami diajak bermain bola sepak bersama mereka tetapi aku tidak bermain begitu serius kerana sedar ada dalam kalangan mereka yang masih lagi kecil. Namun sahaja yang fizikal kecil tetapi semangat sangat kuat. Selepas puas bermain, kami membersihkan kaki dan menikmati juadah breakfast.

Tidak lama selepas itu, kami diberi taklimat dan terus bertolak ke BUKIT SAMPAH. Tetapi aku singgahdi rumah tatong dahulu. Tatong ialah adik angkat aku. Rambutnya sangat menakjubkan. Tatong memberiku alatan untuk mengutip sampah iaitu bakul dan pencangkuk besi yang tajam pada hujungnya.

Terus selepas itu, aku dan Tatong menunggu orang lain untuk menjalankan tugas sebagai PEMULONG SAMPAH, kurang 10 minit syamil dan partner dia sampai. Kami mendaki bukit sampah itu. Baunya tidak perlu diceritakan lagi. Pak hairi yang turut bersama kami hampir termuntah keran terbau busuk yang kuat. Bayangkan, inilah tempat pembuangan sampah dari seluruh Jakarta. Aku terus memungut barang-barang berharga seperti pelastik dan penutup botol.

Hidungku terus mencari udara segar namun tidak ditemui. Tetapi itulah yang mereka lalui sehinggakan terdapat anak yang baru berusia 8 tahun menjadi pemulong sampah. Wajah mereka memang comel tetapi inilah cara mereka meringankan beban ibu dan bapanya. Aku bernasib baik kerana Tatong hanya mengajakku mengutip sampah hanya beberapa minit sahaja. Kemudia dia membawaku bersiar-siar di sekitar kampung. Melewati sawah padi dan macam-macam lagi.

\Saat yang paling sedih tentunya ketika berpisah dengan pelajar sekolah itu Aku sempat memberi sekeping not rm10 kepada Tatong ternyata dia gembira sekali. Aku teringat dalil ”walaingsyakartum laazidannakum walaingkafartu inna ’azabi lasyadid”. Sesungguhnya mereka ini walaupun bekerja pemulong tetapi lebih baik daripada mereka yang mengganggur di Malaysia. Semua ini disebabkan mereka bersyukur dengan apa yang mereka dapat bukannya hanya tahu mengkritik.

“Ya, udah kalian saksikan tadi di mana bantar gebang yang menjadi pusat tumpuan sampah …….Eks Indo ~”

Rabu~ 3 Juni 2009

Selesai sesi di Bantargebang jam 11 pagi… nggak sabar2 rasanya mahu bersihkan diri, mandi di Iqro’ setelah berbusuk-busukan selama hampir 1 per 3 hari di sana… selesai mandi para pak Guru membiarin kami rehat-rehat dahulu, soalnya kerna capek sekali bermain-main sampah di sana … hinggalah jam 2 sore barulah kami mula nonton filem yang udah dirancang awal-awal lagi..asalnya yang direncankan mereka ialah filem ayat-ayat cinta namun setelah dipertimbangkan baik-baik, lebih baik nonton laskar pelangi kerana majority, bukan ! kesemuanyalah yang udah nonton filem tersebut… secara konklusinya, kami nonton filem laskar pelangi.. \(^-^)/…

Setelah selesai nonton filem itu, kami terus aja dibiarin rehat gitu aja.. kurang perisian detik itu, ya iyalah, tentu capek sekali jadi pemulong sepagi di Bantargebang…

Lama bangat kami berehat dan bersenang –senangan hingga waktu malam , jam 8 malam dimualain dengan presentasi dari teman-teman terutamanya osis di Musolla SMP Iqro’.. namun kayaknya mereka seperti hanya baca sahaja apa aja yang di tulis di atas wayang gambar tersebut yang mana ia dipancarkan melalui LCD sekolah Iqro’…blab la bla… aik ? sekejap sahaja udah tamat udah sesi presentasi dari mereka, yang selebihnya dipaparkan foto-foto mereka saat adanya perkhemahan sekolah di curug naga, macam mukhayyam di Alamin…

Malam itu juga, kami bersenang-lenang sekali lagi kerana masa yang terluang yang panjang sekali… inilah hari yang paling terluang waktunya.

\

Khamis, 4 Juni 2009

Jam 8 pagi, kami semua berkumpul di dalam kamar komputer di sana .. dalam sesi Quantum Memory, bukannya Quantum Solace ..huhu.. dalam aktivitas kali ini, kami semua telah menguji tahap kemampuan otaknya kami.. disuruh menghafal 30 perkataan dalam masa 1 minit dengan membuat jalan cerita menarik, lucu dan kadang kala aneh juga..tapi saya nggak bisa hafal cepat kayak gitu, hehe, niru Ikmal aja… ikmal juga ada juga ada meniru saya.. sama2 berkomplot… selesai saja sesi itu, kami semua bersiap sedia mahu bertolak ke Sekolah Dasar Iqro’ ataupun Sekolah Rendah Iqro’ yang separuh pelaung sahaja dari Tadika Iqro’…

Jam 9.45 Pagi, kami baru tiba di sana … kedatangan kami mulanya telah disambut hangat oleh budak2 tadika yang comel sekali… mereka udah mempersembahkan sebuah tarian bersama2 dengan payung apa ntah… tapi menarik juga.. huhu..(^_^)…

Terus, kemudian kami lawati pula sekolah dasar Iqro’ , banguan cantik, besar dan banyak sekali. Mulanya , kami ke perpustakaan sekolahnya, besar lagi tapi lebih kagum kami bila lihat kamar auditorium sekolah kayak sebuah bioskop, pawagam . Kami terus dijamukan dengan kue yang enak.. sambil2 itu ada perbincangan antara guru alamin dan guru Iqro’, berkongsi idea dan pengalaman masing-masing.

Selepas itu, kami semua telah bertolak ke sebuah restoran yang sederhana besar, tapi unik sekali dalamnya.. kayak sebuah rumah tradisional yang dianyam dengan tikar-tikar dan buluh2.. dari situ jugalah kami mula mengenali perkataan baru, ikan lele, atau ikan KELI… dan pelbagai lagi jenis lauk yang boleh dikatakan pelik sekali…..

Perjalanan diterusin ke Pondok Pesantren Darul Hikmah atau YaPiDH… sekolah besar sekali, siap ada kolam renang, dewan Badminton hingga 4 gelanggang sekaligus, dan masjid sendiri. Orangnya juga di sana ramah sekali. Kata2 hikmat seorang siswa dari situ “ stay away from drugs”.. hehe.. selesai sesi di situ, kira-kira jam 4 sore kami baru pulang dari sana..

Kalau diceritain waktu malamnya itu, ada sebuah presentasi dari kami kepada siswa-siswa di SMP IT Iqro’.. siswa kelihatan begitu hangat sekali..kira-kira jam 10 baru selesai presentasi itu…

Juma’t ~ 5 Juni 2009

Jam 8 pagi, sesi mind mapping dimulain setelah bersiap-siap pagi itu, mulanya kami diajarin dengan cara-cara untuk membuat peta petiran, dan peta minda.. menarik juga . setelah selesai sesi mind mapping itu, kami sekali lagi dibiarin untuk beristirahat ataupun main2 futsal sama siswanya dari Iqro’..

Jam 2 sore, kedatangan pengamen2 dari mana ntah ke sekolah Iqro’ .. pengamen2 itu memperkenalkan dirinya lantas menyanyikan beberapa lagu yang mendayu-dayu sekali.. kadang-kadang terasa sedih juga kalu dilihat sama pengamen2 ini kerna mereka sanggup untuk mencari rejeki melalui cara kayak gini walaupun sebenarnya mereka malu untuk menjadi seorang pengamen..

Jam 4.30 sore, Pak Sartono telah mengiri kami ke kampong sekitar sekolah Iqro’.. kami lihat-lihat sekitar gimana suasana dan keadaan di sana.. tandasnya juga awam kayak gitu… asalnya, kami mahu ke restoran di sana, namun kami sempat membiliin beberapa cd islami di sana .. saya sendiri udah membeli Cd sang murabbi yang harganya nggak mahal dikit… kira2 30 000 rupiah ( RM 10) .. original pula itu….

Kami teruskan ekspedisi kami ke masjid setelah selesai makan, kalau maghribnya di sini ialah pada pukul 6.15 sore gitu.. sangat awal sih.. kami terus solat jama’ berjamaah di sana maghrib-isya’ … stelah itu, kami pulang dengan berjalan kaki kerna jaraknya dengan sekolah nggaklah terlalu jauh.. tapi sir malik aja yang naik motosikal sewa.. nggak ingat pula namanya..huhu..

Malam itu, kira2 jam 8.00 malam, kami telah mempersembahkan dan dipersembahkan dengan beberapa persembahan yang mungkin menarik juga.. para siswa tingkat 2 telah bersemangat seklai melakonkan kisah saidina umar denagn naratornya Pak Priono… ada juga siswi tingkat 1 yang telah mempersembahkan lagu laskar pelangi dan sebuah lagu berbahasa arab yang aneh sekali.. hihi… selesai saja persembahan itu, kami dihidangkan dengan jagung rebus dan air halia yang pergh!!! Rasanya aneh sekali…

Terus sambil juga nonton persembahan mengeluarkan api dari mulut.. wah, bahaya sekali.. kalau tertelan, nggak tahu mau dbicara apa sih… penghujung hari ini diakhiri dengan satu tazkirah sambil mengelilingi unggun api yang dibina di padang futsal sebelah bangunan sekolah itu..

Tapi saying, tiba-tiba saja tazkirah sedih itu turut ditangisi oleh awan yang mungkin sudah terharu bangat mendengar tazkirah tersebut.. kucar-kacir habis pelajar bertempiaran melarikan diri mencari atap untuk berteduh.. kami terus masuk bilik dan ~ dengkuran bermula…

Transform !!! Bahasa Malaysia ~

6 juni 2009 ~ Sabtu

Jam 6.30 pagi , kami pergi ke sebuah padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Jalan raya dan sebuah sekolah internasional dengan berjalan kaki. Menurut Pak Husnul, kebanyakan pelajar di situ adalah dari Negara Korea. Terdapat juga sedikit pelajar Indonesia yang belajar di situ tetapi hanyalah dari keluarga yang kaya-raya. Kami dan siswa-siswa lelaki SMP IT IQRO’ bermain bola sepak di padang tersebut. Selepas dibahagikan kumpulan, aku dan yakan berada di dalam satu pasukan manakala nazifi, haniff, syamil dan ikmal di kumpulan berlawanan. Perlawanan bola sepak tersebut diadakan selama satu jam.

Aku dan yakan berada di posisi back tetapi pada separuh masa kedua, yakan pula menjadi penjaga gol memandangkan dia handal menjaga pintu gawang gol. Di kumpulan yang berlawanan pula, haniff, syamil dan ikmal menjadi ‘striker’. Nazifi pula memegang posisi ‘back’. Masing-masing menunjukkan kehandalan masing-masing untuk menjaringkan gol. Di akhir perlawanan, keputusannya pasukan nazifi, syamil, haniff dan ikmal memenangi perlawanan tersebut namun tiada hadiah atau cenderahati yang diberikan kepada pemenang.

Selepas itu, kami pergi ke rumah Pak Baihaqi untuk melihat kelinchi.

Terdapat pelbagai jenis kelinchi yang dipelihara oleh Pak Baihaqi. Beliau juga memelihara seekor Marmut. Marmut merupakan seekor haiwan yang lebih menyerupai ‘Guina Pig’. Kami berasa sungguh seronok kerana dapat melihat pelbagai jenis kelinchi.

Kami pulang ke SMP IT IQRO’ selepas itu.

Pada hari itu, pelajar-pelajar SMP IT IQRO’ pulang ke rumah masing-masing. Menurut siswa-siswa di sana, setiap hari sabtu meraka akan pulang ke rumah. Semua siswa-siswa telah pulang ke rumah masing-masing kecuali hanif kerana mahu menemani kami ke Taman Mini Indonesia.

Selepas bersarapan, kami pergi ke Taman Mini Indonesia Indah ditemani oleh Pak Bogie dan Pak PKS. Beliau digelar Pak PKS kerana selalu memakai pakaian PKS. Perjalanan ke taman mini tersebut mengambil masa selama 30 minit. Besarnya Taman Mini Indonesia Indah sehingga dapat memuatkan pelbagai jenis muzium. Di antaranya muzium yang sempat kami lawati ialah Muzium Ikan Air Tawar dan Muzium Serangga.

Kami dapat melihat pelbagai hidupan air tawar yang terdapat di Indonesia. Di dalam muzium tersebut, terdapat sebuah perkhidmatan membuat kalendar yang disediakan. Sir Malek tidak melepaskan peluang untuk turut serta mencuba. Di pintu keluar muzium tersebut, ada sebuah gerai makanana ringan dan minuman. Nazifi tidak melepaskan peluang untuk membeli sebungkus Pop Corn berperisa Mozarella Chese. Baunya memang menaikkan selera yang menghidunya termasuklah kami.

Kemudian kami ke Muzium Serangga yang terletak lebih kurang 100 meter dari Muzium Ikan Air Tawar. Di Muzium Serangga tersebut, terdapat pelbagai jenis serangga yang telah diawet dan bingkaikan. Kami sempat berfoto-fotoan dengan serangga-serangga tersebut. Berdekatan dengan pintu keluar muzium tersebut, terdapat beberapa sangkar. Di dalam sangkar-sangkar tersebut, ada kelawar, tupai dan ular yang diletakkan secara berasingan. Selepas itu, kami singgah di sebuah kedai cenderahati. Terdapat pelbagai jenis cenderahati yang dijual di situ.

Selepas puas melihat serangga, ikan dan tempat-tempat yang menarik di situ, kami meneruskan perjalanan ke sebuah restoran yang terletak di bandar Jakarta. Nama restoran tersebut ialah Restoran Padang. Restoran tersebut agak mewah kerana dilengkapi penghawa dingin. Kami dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk Indonesia. Namun tidak semuanya kami makan. Selepas itu, ikhwah Al-Amin Kemaman solat Zuhur di sebuah surau yang disediakan di restoran tersebut. Kami dijamin oleh seorang ibu yang baik hati.

Namanya aku tidak ingat namun aku tahu bahawa beliau adalah pengerusi PIBG SMP IT IQRO’. Selepas makan, kami pergi ke rumah ibu tersebut. Kami istirehat di situ.

Perjalanan diteruskan, kami pergi ke rumah Ustaz Mahfudz bin Abdul Rahman. Beliau merupakan kabinet menteri PKS dan bendahari PKS. Kami berasa sungguh bertuah kerana dapat bertandang ke sebuah rumah ahli kabinet. Kami berdiskusi dengan beliau tentang dakwah di Indonesia. Kami dihidangkan dengan Bakso dan So May yang amat lazat. Kami makan terlalu banyak sehingga sakit perut. Selepas bersalaman dan berfoto bersama beliau dan isteri beliau, kami menuju pulang ke SMP IT IQRO’.

Pada pukul 8.15 malam selepas solat Isyak, kami ada perbincangan dengan SMR mengenai dakwah di Malaysia dan Indonesia. Melalui perbincangan tersebut, kami dapat berkongsi tentang pengalaman dakwah masing-masing. Selepas perbincangan, ada sedikit makanan yang disediakan. Selepas itu, dengkuran mula bergema...

Selasa, 16 Jun 2009

Di Sempadan Ini
dipetik dari sebuah laman web...


( Cerpen didedikasikan khas buat memperingati pembunuhan tragis sukarelawan Amerika, Rachel Aliene Corrie yang mati digilis bulldozer Israel pada 16 Mac 2003 )

* * *

Mama, hari ini genap tiga bulan saya di sini. Saya sudah dapat menyesuaikan diri meskipun keadaan benar-benar di luar jangkaan. Mama, di sempadan ini kematian berlaku setiap hari, hingga ia lebih dianggap biasa daripada kehidupan. Tentera-tentera penjajah mengacukan senjata kepada kami siang dan malam.

Saya kirim foto lagi buat tatapan kalian. Biar ia menceritakan segala. Mama, saya rindukan rumah. Tapi maaf, saya belum mahu pulang. Tanah ini mengajar saya erti syukur dan sederhana. Mama, saya rindukan kalian. Peluk cium saya untuk mama, papa, Allen dan Cody juga salam sayang dari teman-teman saya di sini. Sampai bertemu lagi dengan kasih sayang dan kerinduan.

Anakanda Rachel Rafah, Gaza.

* * *

"Triiit....". Rachel menyambar telefon bimbit, lihat nombor Sidney tertera.

"Hei Rach, kami tunggu awak di rumah Encik Sofwan. Jangan lewat ok".

"Ya Sid, saya datang".

Pagi sudah mula memanas. Kejiranan Bir Naema lengang dan senyap-sunyi. Sebahagian besar rumah di situ telah dimusnahkan oleh tentera Yahudi. Hanya sebahagian kecil yang masih tinggal. Anak-anak mereka yang berkeliaran bermain di celah runtuhan berlari mendekat sebaik melihat kedatangan mereka.

"Hei Rachel, kaif Bush?"

"Bush majnoon", sambut Rachel galak dengan gayanya mengundang tawa kumpulan kanak-kanak itu.

Matahari terik memanah ubun-ubun. Rachel menyeka peluh yang meleleh di dahi. Rambut perangnya diikat kasar sambil mendengar perbualan Matt dan Sean sekali lalu. Will berbaring santai di atas pasir sementara dia dan Sidney masih di mulut perigi, mencabut rumput yang tumbuh meliar.

Itulah kerja mereka saban hari, menjaga sumber air penduduk yang sering menjadi sasaran Yahudi untuk diracun. Dari enam telaga yang ada di kawasan itu, empat daripadanya sudah tidak boleh digunakan. Kini perhatian mereka seratus peratus tertumpu kepada dua telaga yang berada di Bir Naema itu.

Pernah mereka didatangi sekumpulan tentera Yahudi dengan selori pasir mahu menimbus perigi itu. Tetapi akhirnya ketegasan dan diplomasi mereka berjaya menyekat niat si penjajah. Sekumpulan tentera itu pergi begitu sahaja. Yahudi sebenarnya pengecut.

Rachel mengimbas kata-kata Ruqayya, anak perempuan Dr. Nasralla yang menjadi keluarga angkatnya di situ. Ruqayya sering menceritakan pengalamannya berdepan dengan tentera Yahudi. Selalu juga dibacakan kisah-kisah Yahudi di dalam Al-Quran. Penipu, pengkhianat, pembunuh, semua dilihat kebenarannya di depan mata. Kadang-kadang takjubnya sampai membuat dia terfikir bahawa kitab orang Islam itu benar.

"Malam ni kita semua dipanggil berkumpul di pejabat", Sean bersuara menarik perhatian teman-teman.

"Israel akan lancarkan semula operasi 'pembersihan rumah'. Mungkin Nick akan bahagikan kita ikut kawasan jagaan nanti".

Operasi pemusnahan kediaman penduduk di sempadan Rafah berjalan dengan rancak ketika dia mula tiba di Gaza awal tahun itu. Penduduk yang tidak berdaya melawan hanya mampu melihat rumah mereka ranap di depan mata. Namun operasi itu telah berjaya dihentikan sebulan lepas lantaran menerima tentangan hebat kumpulan mereka. Pihak Yahudi yang bersenjatakan bulldozer agam setinggi bangunan dua tingkat alah dengan mereka yang cuma bersenjatakan pembesar suara. Rumah terakhir yang berjaya mereka selamatkan adalah rumah Dr. Nasralla, ayah angkatnya sendiri.

"Saya sudah mengenalpasti beberapa kawasan yang menjadi sasaran utama Israel. Di setiap kawasan ini saya akan letakkan satu kumpulan kecil yang saya sudah bahagikan".

Rachel kembali ke ruangan sederhana luas itu, ibu pejabat rasmi Gerakan Solidariti Antarabangsa cawangan Gaza. Nicholas, ketua mereka yang berbangsa Jerman tegas memberi taklimat di hadapan.

"Dennis, Tom, Hannah dan Rachel, awak semua di Bir Naema".


Bayu malam awal musim bunga dingin menghembus kulit. Rachel bergulung di dalam selimut lusuh memerhatikan Ruqayya, menghayati bacaan Al-Qurannya di tengah kesenyapan malam. Suaranya biasa-biasa tapi cukup menghadirkan perasaan luarbiasa kepada Rachel yang mendengar penuh takjub.

"Kamu belum tidur?"

Terkejut dia disapa Ruqayya yang entah bila menyudahkan bacaan. Si manis tujuh belas itu meniarap di sebelah, membentang buku sekolahnya yang sudah tidak berkulit.

"Rachel, saya masih tak faham. Kenapa kamu datang ke sini?", seperti biasa gadis bijak itu memulakan topik. "Kamu semua hidup selesa di negara masing-masing, apa yang kamu cari lagi di sini?"

Rachel mengerdip mata. Ah, gadis mentah ini...jiwanya terlalu polos! "Kami tak miliki segalanya, Ruqayya...dan di sini kami temui apa yang kami cari"

"Apa yang kamu cari?" "Kemanusiaan". Ruqayya melongo tak mengerti. "Kamu cari kemanusiaan di tempat yang tiada perikemanusiaan ni?"

Rachel senyum dalam samar lilin. Ruqayya bingkas duduk.

"Kamu semua sukarelawan GSA, Kamu berdiri melindungi rumah-rumah kami dengan tangan kosong...kamu sedar tak dengan siapa kamu berhadapan? Kamu tahu tak kamu gila?".

Rachel bangkit perlahan merenung mata Ruqayya yang berkaca. "Ruqayya, kami datang menentang dangan aman. Kami pertaruhkan status 'antarabangsa' kami untuk melindungi bangsa kamu. Bukankah kita semua warga dunia yang perlu saling membantu?"

Ruqayya tunduk. Bahunya terhinggut-hinggut.

"Rachel, kamu orang Kristian...datang dari jauh untuk menyapu airmata kami...sedangkan saudara Islam kami yang dekat menolong musuh untuk menumpahkan darah kami...". Rachel dijentik pilu. Tubuh kurus Ruqayya didakap ke dada. "Rachel, masuklah Islam. Jadilah saudara kami."

Deruman enjin jentolak bergema dibawa angin. Cukup memberi kepastian akan kemaraan tentera Yahudi mahu memusnahkan kediaman penduduk Gaza. Rachel masih di tepi perigi itu, mengulum gundah. Khuatir akan keselamatan rumah keluarga angkatnya di Haiyu Salam yang menjadi sasaran utama. Matanya merenung ke ufuk.

Pagi tadi dia tidak sempat bertemu Ruqayya. Ruqayya sudah ke sekolah ketika dia bangkit dari lena. Mujur dia sempat meninggalkan nota, harap Ruqayya akan menyimpannya sebagai kenang-kenangan. Kata-kata Ruqayya malam tadi masih berlegar di benak. Masuklah Islam, jadilah saudara kami. Akibatnya dia bermimpi pelik malam tadi.

Mimpi pelik yang indah, dia bertemu bonda Maria yang bertudung litup seperti Ruqayya. Bonda Maria memegang tangannya mesra dan berbisik, "Anakku, Allah cuma satu. Tidak lahir dan tidak melahirkan.". Namun baru hendak memikirkan maksud mimpi itu, panggilan dari Jesse, sukarelawan Kanada membuatnya tersentak.

"Rachel, lekas pulang ke Haiyu Salam. Rumah Dr. Nasralla akan dirobohkan!"

Kejiranan Haiyu Salam heboh. Bunyi dengungan jentolak melantun-lantun di udara. Penduduk mengerumuni rumah Dr. Nasralla melihat para sukarelawan berkumpul menghalang jentolak dari terus mara. Kumpulan sukarelawan yang asalnya berlima mula bertambah. Seorang demi seorang datang bergabung.

"Sila berhenti. Anda tidak berhak memusnahkan harta orang lain", suara Liam, sukarelawan China bergema dari corong pembesar sementara Khaled dan Omar dari Turki mengibar kain rentang gerakan mereka.

Rachel berlari terkocoh-kocoh. Bersyukur dia sempat tiba. Pandangan lantas menerpa wajah Sidney yang berlumur cemas. "Rach, diorang nekad. Seorang remaja dah ditembak. Tak tahulah kali ni dapat selamat ke....."

"Ssyttt...", Rachel menggeleng memotong. Tanpa sepatah kata dia meninggalkan Sidney, segera mendapatkan megafon dari Liam. Darahnya benar-benar mendidih. "Tentera Israel, sila tinggalkan tempat ini. Kami merayu anda, sila berundur sekarang".

Jentolak 300 meter di hadapan mengaum garang. Rachel melambai-lambai saat jentolak itu mara perlahan. "Berhenti! Sila berhenti. Kami dari Gerakan Solidariti Antarabangsa minta anda berhenti sekarang!" Rachel nekad berlutut ke tanah. Tangan didepang ke udara. Hari ini tubuhnya dijadikan perisai. Hannah di belakang memanggil cemas. Begitu juga suara Tom, Will dan teman-teman yang kian tenggelam jauh. Rachel tidak peduli. Yahudi laknat itu sangka cuma mereka ada kehendak?

Ngauman bertukar perlahan. Jentolak berhenti beberapa inci di hadapannya menolak timbunan tanah ke lutut. Rachel bingkas memanjat timbunan itu hingga ke puncak. Jelas dia melihat pemandu jentolak dengan seorang askar Yahudi di dalam kokpit. Tangan dilambai memberi isyarat. "Sila berundur. Kamu faham tak? Berundur sekarang!"



Ruqayya berlari termengah-mengah mendapatkan orang ramai yang mengerumuni rumahnya. Dengan beg sekolah masih di bahu, dia menyusup ke belakang rumah. Terbelalak melihat Rachel di atas timbunan tanah di depan jentolak. Ruqayya menerpa ke tanah lapang tapi segera ditarik Ummu Zainab, jirannya. Jiran-jiran yang lain mula mara mahu mengepung Yahudi-Yahudi itu namun tiba-tiba jentolak bergerak semula melanggar timbunan tanah di depan.

Rachel hilang keseimbangan. Jatuh terbenam. Jentolak bergerak terus. Sidney menjerit haru. Kumpulan aktivis tergamam kaku. Dr. Nasralla menerpa marah. Ruqayya menangis histeria.

Rachel mendengar semuanya sayup-sayup dari bawah jentolak gergasi Caterpillar D9. Dia lihat Bonda Maria dalam mimpinya. Bonda Maria tersenyum manis menghulurkan tangan.

"Anakku, Allah tuhan yang satu. Tidak lahir dan tidak melahirkan. La ilaha illallah."

* * *

Dear Ruqayya, We should be inspired by people like you who show that human beings can be kind, brave, generous, beautiful, strong, even in difficult circumstances. Follow your dreams, believe in yourself and don't give up.

Much love and respect, Rachel from Olympia, Wahington, US.

* * *

Ahad, 28 Disember 2008

...malasnyer nak sembahyang...

untuk kau yang rasa malas nak sembahyang....

Apasal kau belum terfikir nak bentang sejadah,
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik syaitan suruh lengah2,
atau nak suruh Allah tarik nikmatmu sampai kuar air mata darah...???

Untuk dirimu dan rakan2 yang tersayang............
apasal kau malas sembahyang,
Tuhan beri kau jasad siap ngan bayang2,
Bukan ker lebih beruntung daripada tiang,
berdiri tanpa roh malam siang....

Apasal kau malas sembahyang ...????
kerja daa best keluarga pown daa senang,
Negara pown dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit jer kau x leh luang ???

Apasal kau malas sembahyang... ?????
Tuhan beri otak supaya kau tak bangang,
Tuhan beri ilmu bley fikir susah senang,
Tuhan beri nikmat kenape kau x kenang??

Apasal Kau malas sembahyang...??????
men bola kau sanggunp sampai petang,
Beli tiket konsert kau sanggup beratur panjang...
Apa kau ingat masuk syurga bley hutang ...??????

Apasal kau malas sembahyang...??????
kau kene ingat ingat umur tu bukannya panjang,
Pagi kiter sihat petang bley kejang,
Nanti dalam kubur kene seksa sorang2...

Apasal kau malas sembahyang....,???????
Seksa neraka kau cuber bayangkan...,
perjalanan akhirat memang terlalu panjang...,
janji Allah Taala akan tertunai
x siapa bley halang..................

Sabtu, 25 Oktober 2008

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram

Berapa Kali Nak Cakap,Couple tu Haram
dipetik dari www.iluvislam.com...
dan bukannya berdasarkan pengalaman...
harap dapat ambil iktibar...


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..



Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..


Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?
" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)
?
Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil
dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.

(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya.
.

La tahzan

Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenapa kehidupan tidak semudah perancangan? Kenapa kebenaran itu kadangkala pahit? Wahai hati, itulah kehidupan. Sesaat manis akan melupakan setahun pahit. Setahun pahit akan hargai sesaatnya manis. Hidup manis tanpa pahit membuat kita lupa siapa kita. Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai.

http://img411.imageshack.us/img411/6366/sadness800ro7.jpg

Wahai hati, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Jika hari ini langit itu cerah, belum tentu cuacanya baik. Jika hari ini langit itu hujan, belum tentu cuacanya buruk. Wahai diri, simpanlah anganmu, jejaklah di bumi nyata. Lihat sekitarmu, hargai apa yg dimiliki. Cubalah menghargai walaupun tidak dihargai.

http://img503.imageshack.us/img503/3503/catsmilens6.jpg

Wahai minda, jernihkan dirimu. Ungkaikan segala kekusutan, hilangkan kabut keraguan. Bertindaklah secara berhikmah. Ingatlah, sekali gagal bukan selamanya gagal. Bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Ingatlah. Di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yang terang, Pahit itu cabaran tetapi yang manis itu belum tentu kurniaan. wallahualam...

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews