Ahad, 31 Januari 2010

whoa !!... it was 30 jan 2010


~ It was 30/01/10 ~

Salam alaykum
Jam digital yang selalu melekat di tanganku jelas tertera di atasnya '12.20 pm'.. dah tengah hari rupanya.. x sedar pulak ada event arini... dengan pantas ana bersiap-siap nak pergi ke event hari ni... majlis juara rakyat ~.. hurm, mujur gak sempat.. lepas habis bersiap2 nak ke sana.. abg ana hantarkan.. my sis yg temankan ke sana..

sampai2 je kat sana, terus jumpa gengs... izzat, m.daus, hanifuddin... kami berborak2 sekejap.. x lama pon.. huhu... terus ke meja pendaftaran nak daftarkan nama kat kaunter.. hurm, 561 ?.. kenapa nombor ana jauh sangat ngan nombor nta ?... aish, macam x kene je.. ana pergi check..

aik, apehal plak dah ni.. nama ana dah termasuk dalam list bebudak geliga.. wargh !!.. goram den... so, masuk jer dewan kenelah duduk tempat sebelah budak2 geliga.. alamak... seksanya duduk tengah2 antara dua orang perempuan... mujur ada laluan sebelah ana.. kalau x tak tahulah nak cakap apa..

~ Me and my Kak Long ~

ana still diam membisu tuli ... kadang2 sms tertera di skrin.. kak longku sempat wat lawak mengusik.. haha... sampai2 je YAB mat said dan Shabery cheek, barulah majlis mula.. dengan nyanyian lagu Negaraku... dan lagu juara rakyat.. what ??... what is that... hurm, entahlah nak cakap apa... keliling dewan penuh ngan bendera2 yang berwarna biru gelap dan merah aje.. mak cik2 yg duk kat barisan hadapan kerusi pown serba merah je... hahahax... politik betul... ucapan demi ucapan menjengah telinga kecilku.. uwargh... ana menguap beberapa kali... kebosanan yang melampau.. kadang kala jawab soalan yang budak geliga tanya kat ana.. hurm, jawab sekadar yang dia tanya... pastu terus diam... Ya Allah... seksanya mengunggu.. hurm, betullah cakap orang lain.. penantian itu suatu penyiksaan... huhu..

Tiba turn ana bangun nak beratur untuk naik ke pentas... hurm, barisan nampak penuh je.. so, ana pon jalan lambat2 ke arah barisan .. petugas2 kat ctu nampak ana jalan lambat2.. dia 'sound'... fuh...~ kene jugak skit.. haha....

Naik pentas dengan muka teruja nak terima sijil anugerah kecemerlangan PMR 2009... huhu.. ana salam ngan Mat Said... sempat dia tanya..."dapat berapa 'A' PMR ?".. ana jawab 8a je.. "so, dia suruh ana dapatkan 10a spm nanti... hurm, 10a ?.... sian ana, amik sebelas sepuluh aja yang diiktiraf.. haha...

Habis sesi tu... 'photographer utama' pon dtg kat ana.. tangkap2 gmbr... haha.. izzat lah tu.. si chillax yang sangat suka bergambar.. haha.. emak izzat pon tangkap gambar kami... hehe.. Best jugaklah dapat gak sikit imbuh bulan ni..

Pulang ke rumah... sampai lebih kurang pukul 5 lebih.. lepas solat asar, abg muaz ckp nak pergi pantai sekejap.. haha.. maklumlah baru dapat duit kan.. terus nak kene belanja.. haha.. umi ngan abah kat KL.. so, da siblings 8 beranak pon mulalah journey ke pantai chendor... sorry kak rah, x leh ikut.. tulah, lain kali balik ah skali.. hehe.. Well, kami makan2 di sana ... main2 pasir, main2 tangkap gambar and so on larh
Kanak2 riang bermain air pantai..hua3

Kepok geter dan aiskrim ??...heheh

lukisan url blogku ~

hehe... puas main2 kat pantai.. kami pulang ke rumah... kan best kalau boleh selalu kumpul sekeluarga kat saru tempat .. main tangkap gambar ramai2.. hehe.. well, esok kak long nak balik dah ke sana.. so, bawak2 update blog yer.. hehe..

oklah, wassalam...
coretan personal

Isnin, 18 Januari 2010

seminar kerjaya ~

Assalamualaikum... post3.. bukan senang nak wat post baru kan?... kalau setakat tulis ayat sejengkal je.. tak boleh kot diiktiraf sebagai post yang bertauliah.. hehe..

Petang tadi, ana hadiri satu seminar kerjaya.. dianjurkan oleh cikgu Jamal Sidek dari SMK Geliga..jiran alamin je..huhu.. semua form4 dan form5 hadiri seminar ni.. bertempat di library.. library kami tak lah berapa besar... tapi cukuplah untuk semua pelajar bernafas dalam tu.. O2 yang ada dalam library masih lagi banyak..huhu.. memandangkan pelajar f4 dan f5 tidak terlalu ramai.. jadi, seminar ni pon berjalan dengan jayanya...

seminar ni sebenarnya memberikan kepada kami pendedahan terhadap kos2 yang bakal kami ambil apabila menjejak alam universiti nanti... apa yang sesuai dengan kami .. sesuai dengan nama seminar ni.."seminar kerjaya".. owh.. rupanya ia penentu kerjaya kita pada masa hadapan.. macam2 yang dia terangkan kepada kami.. ada sekali tu, dia beri sehelai kertas yang tertinta atasnya 6 kolum... dalam sebuah kolum itu ada bermacam2 jenis perbuatan yang kita suka buat atau ingin melakukannya... dia suruh kami tick dan kolum bahagian yang paling banyak ditanda adalah bahagian yang kita cenderung... kalau ana lebih cenderung kepada Investigate ataupun nama tempatannya Kajian... maksudnya lebih kepada benda2 yang boleh dikaji dan dicari seperti kerjaya sebagai seorang doktor dan lebih dalam bidang perubatan lah...

banyak lagi bidang lain... namun ana tidak cenderung pada yang lain.. artistik pon kurang..huhu.. well, sengaja ana nak kongsikan sedikit pasal seminar ni.. harap2 kita semua dapat ambil keputusan yang terbaik untuk menentukan kerjaya kita..

Namun, bukanlah semua kerjaya ini yang kita nak kejar sebenarnya.. kalau kita fikir2 balik.. kenapa kita belajar ???.. adakah sebab nak dapat kerja yang baik ??.. kalau macam tu.. kenapa x masuk sekolah yang lebih baik dan lengkap semua frasarananya.. kenapa still pilih alamin ??... ( untuk bebudak alamin sahaja)..huhu..

sebenarnya, bukan kita belajar semata2 sebab nak kerjaya yang tinggi gajinya... seperti yang telah diperkatakan oleh Pak Cik Abbas, kalau kita tengok orang2 yang paling kaya di dunia, kebanyakkan daripada mereka tak masuk pon universiti.. malah Bill Gates pun tak masuk universiti... so, macam mana mereka boleh jadi kaya sedangkan mereka tiada pon ijazah2 ni.. lebih2 lagi master.. so, mulai sekarang baik betulkan niat kita untuk masuk universiti bukan untuk jadi kaya, tetapi untuk untuk menuntut ilmu, menjadi seorang yang alim... sebagaimana
falsafah pembentukan Alamin adalah untuk melahirkan seorang ulama' yakni orang yang alim.. yang berpengetahuan luas.. yang mana orang yang kita nak lahirkan dikelilingi oleh tiga aspek utama, ataupun ciri2 alaminians yang nak dilahirkan iaitu umara'( pemerintah, ketua, leader), azkiya' (seorang yang professional, sebagai contoh, seorang jurutera yang dalam ilmu agamanya, seorang doktor yang alim) dan akhir sekali aghniya'(seorang usahawan) yang mana semua aspek2 ini insyAllah bakal menaikkan nama islam di persada dunia kembali setelah jatuhnya islam sebelum ini...kalau bukan kita semua yang nak naikkan islam, siapa lagi??

Di kesempatan ini, ana nak mengucapkan selamat hari lahir buat abang YDP Amt SMIAAK, Hafizuddin Redzuan.. semoga diberkati Allah dan ana doakan anta mencapai target anta dalam SPM nanti.. dan, jadilah pemimpin yang membawa rakyat alamin kemaman ke arah kebaikan dalam usaha membanteras kebatilan di bumi alamin ini.. insyaAllah..

Sekian post kali ini, buat budak alamin.. fikirlah masak2 akan kerjaya antum di masa hadapan.. demi melahirkan seorang ulama' yang umara' , professional..bersifat holistik dalam segala aspek.. Wallahua'lam.. wassalam..

Sabtu, 9 Januari 2010

Inilah BarbekuKu~ Part II

Assalam Alaykum buat semua pembaca yg budiman ~.. erm, nak ceritakan sekit pasal.. hua3...

Imbas kembali, 8 Januari 2010

Pagi yang segar... hua3... ana masih di sini seperti biasa mata terbuntang luas melihat post2 blog terbaru rakan2... sengihan kadang kala menjelma.. hehe.. tiba2 berdering telefon bimbit... lagu tema manchester united memecah sunyi... ana angkat telefon tu, suara izzat menjelma.. haha...

seperti yang telah dipersetujui ana sampai di rumah Izzat, hairan melihat dua orang sahaja yang ada dalam rumah itu.. hurm, seperti x cukup orang je.. huhu..ana nampak hanif ngan izzat je... "mana yg lain ?" soalku.. bunyi jawapan di bibirnya memuaskan hatiku.. "masih dalam perjalanan".. owh.. kami menunggu sambil mengambil kesempatan melihat video di laman you tube, coral speaking hira' jeram.. kami tersenyum, geli hati melihat celoteh mereka.. bagus... sgt bagus.. kedengaran bunyi kereta berhenti di luar rumah, izzat segera melemparkan pandangan ke luar tingkap... " muqsit dan syafiq dah sampai".. kata izzat sambil menutup komputernya segera.. enjin kereta dihidupkan... mak izzat yg drive... kami menyempit di barisan belakang kereta.. hehe.. perjalanan bermula menuju ke destinasi melalui jalan ibok.. jalan kampung.. biarpun x der pon rumah di tepi jalan... perjalanan diteruskan .. kami hairan melihat persekitaran, pacuan empat roda yang kami naiki lancar melalui sebuah perkampungan .. yang terpencil.. kg. cina.. hurm, banyak betul patung2 yang dipuja di sekitar jalan.. terlintas di benak fikiranku, kenapa org cina letakkan tuhan kat luar rumah dia ?.. kene tempias hujan, hina sgt tuhan kalau macam tu... sesungguhnya Allahlah yang maha menguasai sesuatu.. dialah tuhan yang sebenar.. tiada tuhan yang layak disembah selainNya... kelihatan Izzat sibuk membuka tingkap untuk menangkap gambar.. (aik, bley 'tangkap' ke gambar ?).. hehe..

Perjalanan kami hampir berakhir, destinasi telah kami kecapi.. (eh tak3, mak izzatlah).. hehe... ana hairan, macam mana ada jalan lain dari ibok terus keluar kat belakang mesra mall.. x pernah lalu pon jalan kat cni.. huhu... terima kasih mak cik sebab tolong hantar kami ke sini.. (x sempat nak berterima kasih haritu).. hehe.. kami keluar dari kereta.. segera berlari bimbang ditimpa hujan secara berlebihan plak kan..nasib baik gak hujan hanya renyai2 kalau nak dibandingkan dengan dalam perjalanan tadi.. sgt lebat...

kami masuk ke mesra mall... destinasi pertama.... Popular.. entah kenapa kami suka sgt tempat tu.. hehe.. kami cari macam2 dalam tuh.. x beli pon.. sekadar tengok2 mana tahu ada yang menarik.. novel baru ke.. segalanya kosong.. kami keluar dengan tgn kosong kecuali syafiq yang rajin2 sgt nak beli rubix cube.. hehe.. novel ramlee awang mursyid yang latest haritu pon semua dah licin.. stok habis.. cepat betul habis.... huhu..

ana berjalan dengan izzat laju meluncur dengan harapan nak ke medan yang penuh selera... hehe.. tiba2 muqsit dan syafiq memanggil.. kami berpatah... uwaaaa!!!.. kami terlopong... jauh dalam Toys R us, kelihatan kelibat ustaz azhar dengan isteri mudanya.... mula2 rasa nak tegur.. pastu, x der keyakinan... nak terus lari.. izzat cakap kat emak dia jumpa ustaz azhar.. mak izzat terus dengan berani nya masuk ke dalam toys r us.. kami masih menyorok di satu sudut lain.. malu hendak berjumpa.. hehe.. mengintai2.. mak izzat datang menegur dia.. dia tersenyum.. kami pon keluar bersalam2 salaman dengan dia.. hohoho.. bukan senang nak jumpa dia.. kat mesra mall plak tu.. hehe.. kami pon sempat berfoto dengan dia.. sebaik sahaja cahaya flash benderang memenuhi ruang..bunyi suara gurau ustaz azhar.. " ada kodak dok tu" dengan slanga terengganunya.. kami tersengih..." nok gi mane lepah ni ?" tanyanya... kami menjawab nak pergi makan.. "owh, same ah kita. jom ah gi makan sama".. hehe.. kami masih tersengih bercampur teruja.. pantas ke destinasi medan selera.. perut sudah berkeroncong ni.. hehe

Kami segera ke medan selera, mengisi perut dan ke tmc sebentar utk beli buah sbgi cenderahati.. hehe.. buah tangan lah... kami menjejakkan semula kaki ke dalam pacuan empat roda... menuju ke destinasi sementara, masijid tengku mizan zainal abidin, kerteh... solat jumaat ... huhu... sehabis solat, kami terus ke keluar ke perkarangan masjid.... mencari2 kelibat kereta izzat.. tapi kelibat budak2 kerteh aje yang ada.. hehe.. budin ngan yakan... aik ada gak, bdk kemaman ?.. w.a. firdaus ngan salahuddin awal2 lagi dah tido kat umah yakan.. hehe.. kami bersalam2an... pacaun empat roda tersebut tiba.. kami ke destinasi terakhir buat hari ini... rumah Wan Muhammad Adam bin Wan Mohammad.. hehe.. eh.. taklah.. rumah ayah ngan mak dia.. hehe.. kami sampai agak awal... perancangan bbq malam ni masih belum bermula.. so, kami terus bermain apa sahaja yang ada dalam rumahnya.. haha.. lepak2 dulu.. tgh syok tengok cerita rompakan kabinet.. "boom" bunyi macam bukit kene bom dan pecahkan.. slow aje bunyinya.. hehe.. kami x layan bunyi tu.. mata terus menonton.. sesakali bunyi gelak tawa berlegar-legar di ruang tamu rumah....

TV tiba2 malap.. kipas kehilangan sumber... bak kata orang muda.. "blackout".. ataupun kata ganu " tendang".. hehe..wwaaa... bunyi keluhan kecil... kami kepanasan.. mujur gak rumah adam ni sebelah hutan.. so, sejuk jugaklah sikit... hehe.. kami terus melepaskan kebosanan melalui pelbagai kaedah utama... main alat gym, tiod ataupun main handphone.. hehe.. bosan yang melampau2.. kami habiskan dengan tidur.. hehe... kadangkala melemparkan pandangan ke segenap ruang tamu.. melihat foto frame yang ayah adam tangkap sendiri.. eksklusif tu.. hehe.. lawa pulak..
kadang2 kami wawancara dengan tuan punya rumah... bercakap mengenai bermacam2 soal dan persoalan.. bercampur2.. selalu ubah topic... budin pon sampai ke sini.. .. awal2 lagi dah jamah alat gym tuh.. sbb rumah dia pon blackout jugak .. hehe.. x leh study, so, datang melemparkan kebosanan di sini.. hehe.. kadangkala kami berbaring2 atas patung anjing comel.. haha.. mujur x najis mughallazah yang betul2.. kalau x kenelah sertu.. huhu..

macam dalam program Biggest Loser kerteh je.. hahax...

Azan asar berkumandang... kami terus solat dan keluar rumah selepas berejam-rejam terperap dalam rumah ... mengambil angin segar di halamn rumah adam... rumah yang agak terperosok jauh ke dalam lorong2 kecil..
aik kucing pon pandai berposing... haha.. ada sesetengah yang tolong mak ngan ayah adam nyalakan api.. sedia utk Barbeku... hehe.. kami tolong sikit2 je... izzat, syafiq ngan syahiran awal2 keluar naik basikal.. pegi mana ntah... kata diorang sesat.. haha.. kami yang masih di sini tiba2 terdetik di hati untuk masuk ke rumah usang.. kata adam, dah lama ia ditinggalkan terbengkalai begitu saja , entah kenapa..dari dia tahun dua lagi.. erm, dari darjah dua sampai tingkatan empat.. huuu~ lama tu.. kami x rasa takut langsung.. entahlah naper.. tapi tak takut la.. hehe.. masuk2 jer.. terus nampak sebuah sofa hancur dimamah anjing + usia.. tapi banyak betul tahi2 kat sana.. (eee~~.. yek!).. macam2 ada.. haha... kami pon pelik sebab kat dalam ni ada tahi lembu + kambing + anjing + kelawar... macam2 ada.. macam dunia tahi.. haha.. kotor betul.. mujur kami bijak mengelak dari godaan bau tahi2 durjana tu... haha..
Pon begitu, kami masih sempat berfoto-foto sambil berposing dalam rumah tu.. tingkat dua.. haha.. ada gak yg sekati je panjat bumbung dan main2 kat ctu.. haha.. nak kata betapa lamanya rumah ni kene tinggal sampai berlumut habis lantai2 kat sana.. siap tumbuh pokok langsuyar lagi.. haha.


kat atas bumbung ni ~~ hahaha

kami puas bermain-main di rumah usang ~... hehe.. kami meneruskan aksi rancak panggang2 BBQ.. hehe.. biarpun ana dan ramai lagi yg x sentuh ayam pon.. hehe.. well, ana malas lak nak tulis panjang2.. so, cuba antum tgk gambar2 di bawah dan cuba buat satu cerita berangkai berdasarkan gambar2 di bawah ni.. okay.. wassalam.. selamat mencuba.. hehe..
(macam exam lah plak kan).... sebarang cerita berangkai boleh dipost melalui komen post ini.

video



















Post tamat.. hehe.. okay.. wassalam..

Jumaat, 8 Januari 2010

dear buddiesku...


Assalam alaykum... huhu.. pagi yg cerah.. (gelap lagi lar).. hehe.. xpe2 asalkan dah lps subuh.. ana teringatkan pasal system buddies yg sekolah buat semalam... amenda tu ?.. tak tahu ek ? xpe3.. ana terangkan..

hurm, system ni.. kira macam disatukan antara pelajar form 2 ngan form 4 dan form 3 ngan form 1.. system ni nak suruh kita berkenal-kenalan dgn buddies kita dan buddies tu anggap kita sbgi abg angkat dia.. huhu.. kalau ada apa2 masalah boleh rujuk kat kita.. hehe..

Ramai yg disatukan semalam, ana orang first yg dpt dua orang buddies sekaligus.. hehe.. Zaki dan Ikram.... zaki sekolah alamin dari darjah lima.. ikram lak sekolah cni dari darjah satu ... sama mcm ana.. hurm, budak lama yg familiar sgt .. hehe.. mula2 introduce pasal diorang.. kemudian, buddies lak dgr ana introduce diri ini.. hurm, bukan senang nak ada dua orang buddies sekaligus.. ada org lain dpt sorang je buddy... hehe.. sebenarnya abg2 senior form 4 dah lama nak buddies ngan adik2 form 1 yg comel2 tuh.. hehe.. dahlah comel, kecik pulak tuh.. muka baik je sorang2... hehe.. tapi dpt ngan form 2.. xper ah.. asalkan ada gak buddies... hehe... well, kat cni ana nak nasihatkan supaya berbuddies sebaik mungkin buat budak2 alamin .. hehe.... (korek tau rahsia diorang).. hehe.. buat adik2 yg telah dibuddieskan, anggaplah kami ni macam abg sendiri dan jgn segan2 dan malu2 nak tanya something ke.. x faham belajar kat kelas ke.. kami sentiasa terbuka.. huhu.. okay, selamat berbuddies... sekian, wassalam...

Rabu, 6 Januari 2010

aliran sains tulen or teras ?..


Assalam alaykum buat semua.. hurm, kalau lihat pada tajuk saja mungkin dah tahu ana nak cakap pasal ape.. alam form 4 sudah pon bmula.. baru beberapa hari sekolah.. rasa lama plak.. hehe.. then, muallimah tawarkan hanya dua aliran untuk kami.. kalau lihat kat sekolah lain macam2 aliran.. tapi ana rasa dua aliran sebenarnyya dah cukup untuk bidang2 umum... such as doctor, jurutera, accountant and so on.. nak ceritakan kat cni.. ada kecelaruan dalam memilih airan.. huhu.. aliran pertama, sains tulen, subjek2 wajib ambil bagi sekolah kami.. bm,bi, bat, pqs, psi, matematik moden, add math dan sejarah... ditambah dengan tiga subjek penambah perisa spm.. biologi ( best9), chemistry dan physics.. kalau sesiapa yang tak nak amik biologi, disarankan amik PP.. prinsip perakaunan.. rugilah kn kalau kurang sat subjek.. huhu..
then, aliran kedua.. 8 subjek wajib sekolah... ditambah dengan ekonomi asas, PP dan Sains biasa..

So, kat sini ana sarankan antum buat pilihan betol3.. kalau nak jadi doctor amik biology yang best tu.. hehe.. kalau antum nak bukak syarikat atau bussiness.. amik account... x susah pon sebenarnya nak pilih2 aliran ni.. asalkan dah ada matlamat dan cita.. buat pelajar yang tak boleh nak amik sains tulen, jgn sedih.. mungkin ini bukan kepakaran antum.. so, kalau semua orang jadi jurutera, doctor .. sape yang nak jadi accountant kan ?.. x leh lar semua orang sekaligus amik sains tulen walaupun best.. huhu.. okaylah harap dpt memilih segera sebelum sesi pembelajaran bermula... kalau runsing jugak,buat solat istikharah.. insyaAllah selesai masalah antum berkat pertolongan dari Allah.. marilah kita sama2 bersedia menghadapi SPM tahun depan di samping dapat menjana iman dan akhlak yang mantap.. insyaAllah.. wallahua'lam..

-| JOM! Follow. Hehe |-

 
Design by -|SyaheedViaMujaheed|- | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews